Pemuda Padang Jawa

Directions

Pemuda Padang Jawa Selamat Datang Ke Group Pemuda Padang Jawa. Majulah Pemuda Untuk Kampung Padang Jawa.

Penubuhan Group ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama pemuda kampung secara am dan bersama-sama membangun kampung kita bersama penduduk kampung seisinya.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan, telah dijumpai kad pengenalan (IC) yang tercicir tanpa sebarang baranga...
20/07/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan, telah dijumpai kad pengenalan (IC) yang tercicir tanpa sebarang barangan lain. IC tersebut dijumpai di kawasan berhampiran Nasi Kalut, Seksyen 7.

Sekiranya ada yang mengenali pemilik IC berkenaan, mohon hubungi Saudara Lokman di talian 012-327 9767.

Mohon jasa baik semua untuk panjangkan maklumat ini.

Terima kasih.

Perhatian! Assalamualaikum Warga Padang Jawa.Jika ada sesiapa ternampak dan terjumpa dompet, boleh segera hubungi nombor...
06/07/2026

Perhatian! Assalamualaikum Warga Padang Jawa.

Jika ada sesiapa ternampak dan terjumpa dompet, boleh segera hubungi nombor yang tertera.

Dompet milik saudara Ahmad Adam (013-5304601)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Alhamdulillah, penuh kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana Progra...
30/05/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah, penuh kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana Program Ibadah Qurban Pemuda buat julung kalinya telah berlangsung dengan begitu gemilang dan penuh keberkatan.

Setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan terima kasih khusus ditujukan kepada Dato’ Narong atas sokongan padu, bantuan tidak berbelah bahagi, serta kepercayaan yang diberikan dalam menjayakan Program Qurban Perdana Pemuda bersama JPKK Petaling 2026. Segala nasihat dan dorongan beliau menjadi tunjang kekuatan di sebalik tabir kejayaan ini. 🤝✨

Program ini turut berjalan lancar hasil kerjasama erat semua pihak, semangat membara anak muda, serta sokongan jitu masyarakat setempat. Inilah bukti bahawa apabila hati dan tenaga digembleng bersama, tiada halangan yang tidak mampu kita atasi. 🐄🌟

Tidak dilupakan, setinggi penghargaan kepada tetamu kehormat yang sudi turun padang bersama masyarakat:

Y.B. Azli Yusof (Ahli Parlimen Shah Alam)

Haji Mohd Firdaus (Ahli Majlis MPP Zon 6)

Kehadiran mereka bukan sahaja menyemarakkan suasana, malah menjadi simbol sokongan terhadap usaha kebajikan dan pengukuhan ukhuwah komuniti setempat.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua AJK Pemuda, JPKK, peserta qurban, para penyumbang, serta penduduk yang berganding bahu dari awal hingga akhir. Semoga segala tenaga, masa, dan sumbangan ikhlas ini diganjari dengan keberkatan dan pahala yang berlipat ganda di sisi Allah SWT. 🤲🏻


Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemuda Padang Jawa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share