PAKIN Malaysia

Directions

PAKIN Malaysia Pertubuhan Arah Kemanusian Insan (PAKIN)

MATLAMAT
Merancang membantu kearah kebajikan ahli dan masyarakat dari segi bantuan keperluan asas

Membantu ahli-ahli meningkatkan ekonomi dari segi menguruskan berniaga dan meneraju sektor kemahiran mereka

Melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan, kemasyarakatan dan rekreasi.

23/08/2026

Didakwa Diugut Ahlong, Mangsa Bimbang Gambar Peribadi Disebarkan

Seorang individu mendakwa menerima ugutan daripada pihak yang dipercayai berkaitan dengan pinjaman tidak berlesen atau Ahlong, termasuk ancaman untuk menyebarkan gambar peribadi kepada orang ramai.

Berdasarkan tangkap layar perbualan yang diterima, individu berkenaan didakwa menerima mesej ugutan supaya memberikan wang dalam tempoh tertentu.

Antara mesej yang dipaparkan turut mengandungi ancaman untuk mencari suami dan ahli keluarga mangsa sekiranya tuntutan tersebut tidak dipenuhi.

Lebih membimbangkan, satu gambar yang dipercayai bersifat peribadi turut dihantar dalam perbualan tersebut, sekali gus menimbulkan kebimbangan bahawa gambar berkenaan mungkin disebarkan tanpa kebenaran.

Wanita ITU telah menghubungi PAKIN Malaysia selepas mendakwa menjadi mangsa sindiket Ah Long dalam talian yang dipercayai berpunca daripada permohonan pinjaman melalui iklan pinjaman peribadi palsu di Facebook.

๐Ÿ›ก๏ธ PAKIN MALAYSIA BANTU SELESAIKAN KES MANGSA

Syukur, satu lagi kes berjaya dibantu sehingga menemui penyelesaian. ๐Ÿค

Berdasarkan maklum balas yang diterima, mangsa melahirkan rasa terima kasih atas bantuan dan usaha yang diberikan dalam menangani masalah yang dihadapinya.

๐Ÿ’ฌ โ€œTerima kasih banyak tuan sebab bantu sayaโ€ฆโ€

PAKIN Malaysia sentiasa berusaha membantu individu yang berdepan masalah, tekanan dan gangguan berkaitan kes pinjaman serta isu-isu yang memerlukan panduan dan sokongan.

๐Ÿ“ข Jangan hadapi masalah seorang diri.

๐Ÿ“ฑ Bincang dengan Perunding PAKIN MALAYSIA
๐Ÿ“ž WhatsApp: 013-311 1136

PAKIN MALAYSIA

๐Ÿค ANTARA BANTUAN YANG BOLEH DIRUNDINGKAN:โœ… Panduan menghadapi gangguan dan ugutanโœ… Rundingan berkaitan masalah hutangโœ… M...
22/08/2026

๐Ÿค ANTARA BANTUAN YANG BOLEH DIRUNDINGKAN:

โœ… Panduan menghadapi gangguan dan ugutan
โœ… Rundingan berkaitan masalah hutang
โœ… Membantu mangsa memahami pilihan yang ada
โœ… Nasihat untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa jika berlaku ancaman atau jenayah
โœ… Rujukan kepada pihak atau agensi yang berkaitan

โš ๏ธ JIKA ANDA DIUGUT ATAU DIANCAM, SIMPAN SEMUA BUKTI seperti mesej WhatsApp, nombor telefon, rakaman panggilan, gambar kerosakan dan bukti transaksi.

๐Ÿšจ JANGAN HADAPI SEORANG DIRI.

Jika anda atau ahli keluarga menjadi mangsa Ahlong atau pinjaman tidak berlesen, hubungi:

๐Ÿ“ฑ PAKIN Malaysia

Hubungi PAKIN Malaysia hari ini:

๐Ÿ“ฑ WHATSAPP Kami http://www.wasap.my/60133111136/KesAhlog

๐Ÿ“ž WhatsApp: 013-311 1136

๐Ÿ‘‰ Sebarkan maklumat ini kepada keluarga, rakan dan mereka yang mungkin memerlukan bantuan.

๐Ÿšจ AH LONG UGUT CARI KELUARGA MANGSA!โ€œKalau tak bayar, kami akan cari family kamu atau datang ke tempat kerja.โ€Itulah ant...
16/08/2026

๐Ÿšจ AH LONG UGUT CARI KELUARGA MANGSA!

โ€œKalau tak bayar, kami akan cari family kamu atau datang ke tempat kerja.โ€

Itulah antara bentuk ugutan dan tekanan yang dihadapi mangsa pinjaman dalam talian. Sindiket Ah Long bukan sahaja mendesak bayaran, malah mengugut untuk mencari ahli keluarga dan mengganggu mangsa di tempat kerja.

Seorang mangsa yang menerima ugutan daripada sindiket Ah Long dalam talian telah menghubungi pihak PAKIN Malaysia untuk mendapatkan bantuan.

Mangsa mendakwa pihak terbabit mengugut untuk mencari ahli keluarga serta datang ke tempat kerja sekiranya bayaran tidak dibuat.

โŒ Jangan biarkan ugutan mengawal hidup anda.

Jika anda atau ahli keluarga menjadi mangsa Ah Long, hubungi PAKIN Malaysia untuk mendapatkan bantuan.

Hubungi PAKIN Malaysia hari ini:
๐Ÿ“ฑ WHATSAPP Kami http://www.wasap.my/60133111136/KesAhlong
Telefon: 013-311 1136

Jangan hadapi seorang diri. Dapatkan bantuan sebelum keadaan menjadi lebih serius.

Ah Long Suruh Potong Jari Jika Gagal Buat BayaranSeorang wanita telah menghubungi PAKIN Malaysia selepas mendakwa menjad...
05/08/2026

Ah Long Suruh Potong Jari Jika Gagal Buat Bayaran

Seorang wanita telah menghubungi PAKIN Malaysia selepas mendakwa menjadi mangsa sindiket Ah Long dalam talian yang dipercayai berpunca daripada permohonan pinjaman melalui iklan pinjaman peribadi palsu di Facebook.

Mangsa turut mendakwa menerima ugutan melampau daripada sindiket Ah Long dalam talian apabila diarahkan memotong jari sendiri sebagai bukti sekiranya gagal melunaskan bayaran yang dituntut. Ugutan kejam itu dipercayai bertujuan menakut-nakutkan mangsa sehingga mengalami tekanan emosi dan ketakutan yang serius.

Susulan ugutan tersebut, mangsa telah menghubungi PAKIN Malaysia untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat. PAKIN Malaysia memandang serius sebarang bentuk ugutan, pemerasan dan penyebaran maklumat peribadi oleh sindiket pinjaman wang tidak berlesen

๐Ÿ“ž Jika anda atau ahli keluarga menjadi mangsa Ah Long, jangan berdiam diri.

PAKIN Malaysia bersedia memberikan khidmat nasihat, bimbingan dan rundingan secara sulit bagi membantu anda menangani ugutan, pemerasan serta gangguan daripada sindiket pinjaman wang tidak berlesen.

Hubungi PAKIN Malaysia hari ini:
๐Ÿ“ฑ WHATSAPP Kami http://www.wasap.my/60133111136/KesAhlog
Telefon: 013-3111136

Bertindak segera. Lindungi diri dan keluarga anda daripada terus menjadi mangsa.

PAKIN MALAYSIA GESA TINDAKAN TEGAS TERHADAP PEMILIK ANJING YANG LALAIPertubuhan Arah Kemanusiaan Insan (PAKIN Malaysia) ...
03/08/2026

PAKIN MALAYSIA GESA TINDAKAN TEGAS TERHADAP PEMILIK ANJING YANG LALAI

Pertubuhan Arah Kemanusiaan Insan (PAKIN Malaysia) memandang serius sikap segelintir pemilik anjing yang cuai dan membiarkan haiwan peliharaan mereka berkeliaran sehingga mengancam keselamatan orang awam.

Perbuatan melepaskan atau membiarkan anjing bebas tanpa kawalan bukan sahaja menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat, malah boleh mengakibatkan kecederaan, penyebaran penyakit seperti rabies, dan dalam kes tertentu menyebabkan kehilangan nyawa.

PAKIN Malaysia menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pemilik anjing yang gagal mengawal haiwan peliharaan mereka mengikut undang-undang. Pemilik juga perlu bertanggungjawab memastikan anjing dipelihara dengan selamat, divaksin, serta tidak mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam.

PAKIN Malaysia turut menyeru orang ramai supaya segera melaporkan anjing yang berkeliaran atau bersikap agresif kepada pihak berkuasa tempatan agar tindakan segera dapat diambil sebelum berlaku kejadian yang tidak diingini.

Keselamatan rakyat adalah tanggungjawab bersama. Kecuaian segelintir pihak tidak boleh dibiarkan terus mengancam nyawa dan kesejahteraan masyarakat.

PERTUBUHAN ARAH KEMANUSIAAN INSAN (PAKIN MALAYSIA)
"Membela, Melindungi dan Memperjuangkan Hak Insan"

PAKIN Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Abdul Ghapar bin...
29/07/2026

PAKIN Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Abdul Ghapar bin Abdul Majid (Tokbat) yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 Julai 2026.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, melapangkan kuburnya, menerima segala amal kebajikannya, serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah segala kesalahannya, muliakanlah tempat kembalinya, lapangkanlah kuburnya, dan jadikanlah syurga sebagai tempat tinggalnya. Kurniakanlah kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada seluruh ahli keluarganya dalam menghadapi ujian ini. Aamiin Ya Rabbal 'Alamin. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Al-Fatihah.

Daripada:
Seluruh Warga PAKIN Malaysia

KENYATAAN PAKIN MALAYSIAPAKIN Malaysia memandang serius isu buli yang semakin membimbangkan dalam kalangan pelajar. Seti...
24/07/2026

KENYATAAN PAKIN MALAYSIA

PAKIN Malaysia memandang serius isu buli yang semakin membimbangkan dalam kalangan pelajar. Setiap anak berhak mendapat persekitaran yang selamat untuk belajar dan membesar tanpa ketakutan.

Kami menyeru semua pihak termasuk ibu bapa, sekolah, masyarakat dan agensi berkaitan untuk bersama-sama membanteras budaya buli serta memupuk nilai hormat, kasih sayang dan tanggungjawab dalam kalangan generasi muda.

Buli bukan budaya. Buli adalah jenayah yang merosakkan masa depan anak-anak dan negara.

Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima KasihPAKIN Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasi...
24/07/2026

Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih

PAKIN Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi sepanjang hampir 35 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sepanjang hampir tiga setengah dekad, Tan Sri telah mencurahkan khidmat bakti dengan penuh integriti, keberanian dan komitmen dalam menjaga keselamatan negara serta memelihara keamanan rakyat Malaysia.

Semoga segala jasa dan pengorbanan Tan Sri menjadi inspirasi kepada seluruh warga PDRM dan generasi akan datang. Kami mendoakan agar Tan Sri sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan bersama keluarga serta terus diberikan kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi selepas persaraan.

Terima kasih atas segala jasa dan pengorbanan. Selamat Bersara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Ikhlas daripada:
PAKIN Malaysia

Terkait ah long, suami isteri didakwa khianat simbah cat merah, baling bom molotovSepasang suami isteri yang terkait den...
10/07/2026

Terkait ah long, suami isteri didakwa khianat simbah cat merah, baling bom molotov

Sepasang suami isteri yang terkait dengan ah long mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas tiga pertuduhan melakukan khianat dengan api termasuk membaling bom molotov yang menyebabkan kerosakan harta benda, awal Jun lalu.

๐Ÿšจ Tersepit dengan Tekanan Ahlong? Kami Sedia Membantu! Adakah anda atau ahli keluarga berhadapan dengan masalah pinjaman tidak berlesen?

Jangan biarkan ugutan dan kadar faedah yang tidak masuk akal merosakkan hidup anda. Kami menawarkan perkhidmatan rundingan dan penyelesaian kes ahlong secara pantas, sah, dan selamat.

Kenapa pilih khidmat kami?

โ€ข 100% Sulit & Selamat: Privasi anda keutamaan kami. Tiada maklumat peribadi akan didedahkan.

โ€ข Rundingan Profesional: Kami bantu menstruktur semula hutang dan berunding dengan pihak peminjam.

โ€ข Bebas Tekanan (Stress): Bantu hentikan gangguan, ugutan, dan ancaman terhadap anda dan keluarga.

โ€ข Khidmat Nasihat Undang-Undang:

Panduan lengkap langkah seterusnya bagi melindungi hak anda. Jangan selesaikan masalah dengan membuat hutang baru. Dapatkan bantuan pakar sekarang juga!

๐Ÿ“ž Hubungi Kami Segera untuk Konsultasi Percuma:

โ€ข WhatsApp: 013-3111136

Panggilan: 013-3111136 --

๐๐€๐Š๐ˆ๐ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐œ๐š๐ฉ๐ค๐š๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‹๐š๐ก๐ข๐ซ ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐“๐ฎ๐ง ๐ƒ๐ซ. ๐Œ๐š๐ก๐š๐ญ๐ก๐ข๐ซ ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐š๐Seluruh barisan kepimpinan dan warga ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ฎ๐›...
10/07/2026

๐๐€๐Š๐ˆ๐ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ ๐ฎ๐œ๐š๐ฉ๐ค๐š๐ง ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‹๐š๐ก๐ข๐ซ ๐ค๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐“๐ฎ๐ง ๐ƒ๐ซ. ๐Œ๐š๐ก๐š๐ญ๐ก๐ข๐ซ ๐Œ๐จ๐ก๐š๐ฆ๐š๐

Seluruh barisan kepimpinan dan warga ๐๐ž๐ซ๐ญ๐ฎ๐›๐ฎ๐ก๐š๐ง ๐€๐ซ๐š๐ก ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ฎ๐ฌ๐ข๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐ฌ๐š๐ง (๐๐€๐Š๐ˆ๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€) merakamkan setinggi-tinggi ucapan ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐‹๐š๐ก๐ข๐ซ kepada Dr. Mahathir bin Mohamad

Semoga Allah SWT mengurniakan Tun kesihatan yang berpanjangan, umur yang diberkati, kekuatan, kebijaksanaan serta kebahagiaan bersama keluarga tercinta.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan sumbangan Tun dalam memimpin serta membangunkan negara. Semoga segala amal bakti Tun terus menjadi inspirasi kepada generasi masa kini dan akan datang.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran.

"Semoga Tun sentiasa berada dalam rahmat, lindungan dan keberkatan Allah SWT."

Ikhlas daripada:
๐๐ž๐ง๐ ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐๐š๐ค๐ข๐ง ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

Address

U9 Sunway Kayangan
Shah Alam
40150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAKIN Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share