Pusat Khidmat Rakyat YB Dato' Sri Ramanan Ahli Parlimen Sungai Buloh

Call Directions Website Contact the organization

Pusat Khidmat Rakyat YB Dato' Sri Ramanan Ahli Parlimen Sungai Buloh Menteri Sumber Manusia | Ahli Parlimen Sungai Buloh | Naib Presiden KEADILAN Queensland University of Technology (QUT)
(1)

YB Dato' Ramanan is a highly driven and dedicated Member of Parliament for Sungai Buloh and Malaysian Indian Community Transformation Unit (Mitra) Special Committee Chairman. He is also member of Parti Keadilan Rakyat (PKR) as Timbalan Ketua Penerangan I that brings the experience and competencies related to governmental, political, social welfare and socioeconomics. Born into a family history of political activism which dates back to pre-independence, his grandmother Tan Sri Dr Devaki was the first woman to be elected to public office in Malaysia when she won a seat on the Municipal Council in Kuala Lumpur in 1952. Taking from his early exposure to leadership, YB Dato' Ramanan has a dedicated passion to contributing back to the well being of society and community. This is expressed through various social and welfare programmes, with the mantra being that the less fortunate should always be cared for and not left behind. YB Dato' Ramananโ€™s professional career successes stems from being an overseas trained engineer, which in turn led to numerous successful business ventures. After years of accomplishments, he has now turned focus onto devoting time, resources and efforts to addressing much needed changes in the national agenda. The calling to defend the rights of every marginalised community in this country fits a man trained with a practical problem-solving approach. YB Dato' Ramananโ€™s multiracial viewpoint and mastery of different languages including Chinese, is invaluable towards building bridges and narrowing the difference between the communities. There is the much needed need to reinvigorate our countryโ€™s political and economic agenda for the next generation of Malaysians to thrive and prosper without prejudice. YB Dato' Ramanan is now focused on the agenda for Youths of Tomorrow, which is to empower them and give them a bigger voice in society. New innovative policies and initiatives should be brought to the national platform, if the country intends to compete and prosper in a rapidly changing global environment. The next generations of Malaysians should be held in high esteem and be properly equipped in economic and social well being regardless of race, religion and status. Malaysia should once again regain its pride amongst its peers.

------------------------------------------------------------------------------------------

Datoโ€™ Ramanan Ramakrishnan
Age: 41 (born in 1981)
Place of birth: Klang Valley
Languages spoken;
English, Malay, Tamil, Chinese

Academic Qualifications;
Secondary Education, O' Levels
Kolej Tuanku Ja'afar (KTJ), Malaysia

Foundation in Business Studies, Diploma. Mississippi State University (MSU), United States (USA)

Advanced Diploma in Engineering (Mechanical & Manufacturing). Swinburne University of Technology, Australia

Degree, Bachelor of Engineering Technology (Mechanical).

๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐‘๐ˆ๐‡๐€๐“๐ˆ๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐€๐‹๐€๐ˆ ๐๐Ž๐Œ๐๐€ ๐’๐”๐Š๐€๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐€๐”๐‰๐€๐๐€ ๐”๐“๐€๐Œ๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐๐”๐‹๐Ž๐‡Pasukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen S...
07/10/2026

๐™๐ˆ๐€๐‘๐€๐‡ ๐๐‘๐ˆ๐‡๐€๐“๐ˆ๐ ๐Š๐„๐“๐”๐€ ๐๐€๐‹๐€๐ˆ ๐๐Ž๐Œ๐๐€ ๐’๐”๐Š๐€๐‘๐„๐‹๐€ ๐’๐€๐”๐‰๐€๐๐€ ๐”๐“๐€๐Œ๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐๐”๐‹๐Ž๐‡

Pasukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh telah hadir mengadakan lawatan di Hospital Sungai Buloh bagi menziarahi Ketua Balai Bomba Sukarela Saujana Utama, Encik Azman Bin Abdul Razak.

Ziarah ini diadakan susulan insiden yang menimpa beliau ketika bertindak pantas menjalankan operasi menangkap ular hasil aduan kecemasan penduduk di Saujana Utama.

Sewaktu melaksanakan tugasan berisiko tersebut, Encik Azman telah dipatuk pada lengan kiri hingga memerlukan beliau dipindahkan dari Hospital UiTM ke Hospital Sungai Buloh bagi menjalani prosedur pembedahan mengeluarkan taring ular yang tertinggal pada bahagian lengannya, namun keadaan beliau kini dilaporkan stabil dan dibawah pemantauan pasukan perubatan.

Mewakili YB Datoโ€™ Sri Ramanan Ramakrishnan, pasukan Pusat Khidmat hadir meluangkan masa menyantuni beliau dan menyampaikan sokongan moral serta sumbangan bantuan bagi meringankan beban.

Dedikasi dan keberanian anggota bomba sukarela yang sanggup menggadaikan keselamatan diri demi melindungi keselamatan komuniti setempat amat disanjung tinggi oleh seluruh warga parlimen.

Warga Pusat Khidmat mendoakan agar Encik Azman segera sembuh, dipermudahkan urusan rawatan dan kembali sihat seperti sediakala untuk terus berbakti kepada masyarakat.



๐Ÿ“๐Ÿ“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐“๐„๐Š๐€๐ƒ ๐Œ๐„๐‹๐ˆ๐๐ƒ๐”๐๐†, ๐€๐Œ๐€๐๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ๐‰๐”๐๐‰๐”๐๐†Selamat menyambut Hari PERKESO ke-55 kepada seluruh warga PERKESO yang terus m...
01/10/2026

๐Ÿ“๐Ÿ“ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐“๐„๐Š๐€๐ƒ ๐Œ๐„๐‹๐ˆ๐๐ƒ๐”๐๐†, ๐€๐Œ๐€๐๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ๐‰๐”๐๐‰๐”๐๐†

Selamat menyambut Hari PERKESO ke-55 kepada seluruh warga PERKESO yang terus menjadi benteng perlindungan sosial buat pekerja dan rakyat Malaysia.

5 dekad lebih bukan sekadar perjalanan masa, tetapi satu amanah besar yang dibina atas keprihatinan, khidmat dan komitmen untuk memastikan tiada pekerja serta keluarga mereka dibiarkan bersendirian ketika berdepan kesukaran.

Teruskan tekad untuk melindungi rakyat Malaysia. Teruskan amanah untuk berkhidmat. Semoga PERKESO terus melangkah lebih jauh, memperluas perlindungan dan memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Selamat Hari PERKESO ke-55! PERKESO

Patik merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke atas KDYMM Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Di-Pertuan ba...
29/09/2026

Patik merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke atas KDYMM Sultan Muhammad V, Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi Negeri Kelantan Darul Naim, atas limpah perkenan KDYMM Tuanku mengurniakan Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.) kepada patik bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Yang Ke-57.

Sesungguhnya, pengurniaan ini merupakan satu penghormatan yang amat besar dan akan patik junjung sebagai suatu amanah untuk terus mencurahkan khidmat serta bakti kepada Raja, rakyat dan tanah air.

Semoga KDYMM Tuanku dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan untuk terus menaungi rakyat dan Negeri Kelantan Darul Naim.

Daulat Tuanku.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.Pemergian Allahyarhamah merupakan ...
28/09/2026

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Pemergian Allahyarhamah merupakan satu kehilangan besar buat keluarga dan juga Negara. Jasa, ketabahan serta bakti beliau sepanjang hayat akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada sejarah Malaysia.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat penuh dukacita ini."

๐Š๐ˆ๐“๐€ ๐’๐„๐Œ๐”๐€ ๐’๐€๐“๐” ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐๐”๐‹๐Ž๐‡ ๐ŸฎCahaya tanglung menyatukan kita malam ini di Kampung Baru Sungai Buloh. Saya g...
27/09/2026

๐Š๐ˆ๐“๐€ ๐’๐„๐Œ๐”๐€ ๐’๐€๐“๐” ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐”๐๐†๐€๐ˆ ๐๐”๐‹๐Ž๐‡ ๐Ÿฎ

Cahaya tanglung menyatukan kita malam ini di Kampung Baru Sungai Buloh. Saya gembira melihat penduduk berkumpul untuk meraikan Pesta Tanglung bersama-sama.

Perayaan ini mengingatkan kita bahawa perpaduan tumbuh apabila kita saling mengenali, mengambil berat dan berkongsi kegembiraan, walaupun berbeza kaum dan budaya.

Sepanjang tahun ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan di Kampung Baru Sungai Buloh, termasuk penambahbaikan jalan, pemasangan lampu solar, agihan bakul makanan serta sumbangan basikal kepada kanak-kanak.

Saya dan pasukan Pusat Khidmat Rakyat akan terus mendengar keperluan penduduk dan membuat tindakan susulan demi kawasan yang lebih selamat dan selesa.

ๆœˆๅœ†ๅฟƒไนŸๅœ†๏ผŒๅ›ข็ป“ๅฟƒ็›ธ่ฟž๏ผ›ไธๅˆ†ไฝ ๅ’Œๆˆ‘๏ผŒๆˆ‘ไปฌๆ˜ฏไธ€ๅฎถไบบใ€‚

Tidak kira siapa kita, kita semua satu keluarga.

Selamat menyambut Pesta Tanglung kepada seluruh warga Kampung Baru Sungai Buloh! ๐Ÿฅฎ๐Ÿฎ

๐’๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐€๐’๐ˆ๐Š๐€๐‹ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐”๐‘๐ˆ๐ƒ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐’๐”๐๐€๐๐†Komitmen YB Datoโ€™ Sri Ramanan Ramakrishnan dalam menyokong kebajika...
26/09/2026

๐’๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐€๐’๐ˆ๐Š๐€๐‹ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐”๐‘๐ˆ๐ƒ ๐’๐„๐Š๐Ž๐‹๐€๐‡ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐’๐€๐€๐ ๐’๐”๐๐€๐๐†

Komitmen YB Datoโ€™ Sri Ramanan Ramakrishnan dalam menyokong kebajikan warga sekolah diteruskan lagi menerusi Program Serahan Basikal di Sekolah Kebangsaan Subang hari ini.

Mewakili YB Datoโ€™ Sri Ramanan Ramakrishnan, Pengurus Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh telah hadir menyantuni warga pendidik serta menyempurnakan penyerahan basikal terus kepada murid-murid penerima.

Inisiatif sumbangan ini disalurkan khusus bagi menggalakkan aktiviti riadah aktif di luar waktu sekolah, memupuk gaya hidup sihat, serta memberi ruang kepada anak-anak untuk beriadah dengan ceria bersama rakan-rakan di kawasan kediaman masing-masing.

Pusat Khidmat Parlimen Sungai Buloh sentiasa berusaha memastikan anak-anak di peringkat akar umbi mendapat sokongan asas yang mencukupi agar mereka dapat memberi fokus sepenuhnya kepada sesi pembelajaran.

Semoga sumbangan ini memberi manfaat besar dan menyuntik iltizam baharu untuk adik-adik terus cemerlang dalam pelajaran.



๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐’๐„๐“๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐’๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐€๐‡ ๐€ Gelanggang Futsal Kampung Sri Indah A hari ini dipenuhi dengan kemeriah...
26/09/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐’๐”๐Š๐€๐ ๐–๐€๐‘๐†๐€ ๐’๐„๐“๐„๐Œ๐๐€๐“ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐’๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐ƒ๐€๐‡ ๐€

Gelanggang Futsal Kampung Sri Indah A hari ini dipenuhi dengan kemeriahan penduduk setempat sempena penganjuran Program Sukan Warga Setempat.

Pasukan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh telah hadir meluangkan masa bersama para peserta dan penduduk yang turun padang menyertai pelbagai aktiviti riadah yang disediakan.

Penganjuran sukan komuniti sebegini bukan sahaja memupuk amalan gaya hidup sihat dan cergas, malah menjadi platform terbaik menyemarakkan semangat perpaduan serta mengeratkan ukhuwah sesama jiran tetangga.

YB Datoโ€™ Sri Ramanan Ramakrishnan sentiasa menyokong penuh aktiviti kemasyarakatan akar umbi yang membina keharmonian serta kesejahteraan warga parlimen.

Terima kasih diucapkan kepada barisan jawatankuasa penganjur Kampung Sri Indah A, para sukarelawan, serta seluruh penduduk atas sambutan mesra dan penyertaan aktif yang menjayakan program sepanjang hari ini.

Tahniah kepada semua peserta yang mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi!



๐’๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐€๐’๐ˆ๐Š๐€๐‹ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐”๐‘๐ˆ๐ƒ ๐’๐Š ๐Œ๐„๐‘๐๐€๐” ๐’๐„๐Œ๐๐€๐Š ๐Ÿšฒ๐ŸŽ’Aktiviti riadah sekumpulan murid Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak lebih m...
26/09/2026

๐’๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐๐€๐’๐ˆ๐Š๐€๐‹ ๐”๐๐“๐”๐Š ๐Œ๐”๐‘๐ˆ๐ƒ ๐’๐Š ๐Œ๐„๐‘๐๐€๐” ๐’๐„๐Œ๐๐€๐Š ๐Ÿšฒ๐ŸŽ’

Aktiviti riadah sekumpulan murid Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak lebih mudah selepas ini hasil penyerahan sumbangan basikal yang disempurnakan pagi tadi.

Mewakili YB Datoโ€™ Sri Ramanan Ramakrishnan, Pengurus Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh, Saudara Ikrami Mazli telah hadir menyantuni pihak sekolah serta menyerahkan sendiri basikal kepada setiap murid penerima.

Inisiatif sokongan logistik harian ini disalurkan bagi menyuntik motivasi kepada anak-anak agar sentiasa bersemangat menimba ilmu, di samping memupuk rutin kecergasan diri.

YB Datoโ€™ Sri Ramanan Ramakrishnan sentiasa meletakkan kebajikan sektor pendidikan di peringkat akar umbi sebagai keutamaan demi membina masa depan generasi muda yang lebih cerah.

Jutaan terima kasih dirakamkan kepada barisan pentadbir SK Merbau Sempak, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), serta guru-guru yang membantu menyelaraskan sesi agihan dengan teratur.



๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐๐„๐’๐“๐€ ๐“๐€๐๐†๐‹๐”๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿฎ๐ŸฅฎCahaya tanglung yang bergemerlapan dan keindahan bulan purnama mengiringi sambuta...
26/09/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐๐„๐’๐“๐€ ๐“๐€๐๐†๐‹๐”๐๐† ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”๐Ÿฎ๐Ÿฅฎ

Cahaya tanglung yang bergemerlapan dan keindahan bulan purnama mengiringi sambutan Pesta Tanglung atau Festival Pertengahan Musim Luruh yang diraikan oleh seluruh masyarakat Cina.

Perayaan tradisi yang kaya dengan nilai budaya ini membawa erti penyatuan semula, keharmonian keluarga, dan kesyukuran atas rezeki yang dinikmati bersama. Tradisi berkumpul menikmati kuih bulan serta berarak membawa tanglung bukan sahaja mengeratkan kasih sayang sesama sanak saudara, malah menjadi jambatan yang memperkukuh silaturahim dan persefahaman dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di tanah air kita.

Di Parlimen Sungai Buloh, kepelbagaian perayaan sebegini sentiasa menjadi sumber kekuatan dan kebanggaan kita bersama. Nilai muhibah dan saling menghormati warisan budaya inilah yang terus memelihara perpaduan dan keamanan komuniti kita selama ini.

Saya bersama seluruh warga Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Tanglung kepada seluruh komuniti Cina, khususnya di Parlimen Sungai Buloh.

Semoga perayaan ini menerangi kehidupan kita semua dengan kedamaian, kesejahteraan, kebahagiaan, dan kemakmuran yang berpanjangan bersama keluarga tersayang.

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐๐…๐€๐Š ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐”๐‘๐€๐” ๐€๐‹-๐‡๐ˆ๐Š๐Œ๐€๐‡ ๐’๐”๐๐€๐๐† ๐๐„๐’๐“๐€๐‘๐ˆInisiatif mingguan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh dite...
25/09/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐ˆ๐๐…๐€๐Š ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐’๐”๐‘๐€๐” ๐€๐‹-๐‡๐ˆ๐Š๐Œ๐€๐‡ ๐’๐”๐๐€๐๐† ๐๐„๐’๐“๐€๐‘๐ˆ

Inisiatif mingguan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh diteruskan hari ini bersempena Program Infak Jumaat di DM Subang Bestari.

Mewakili YB Datoโ€™ Sri Ramanan Ramakrishnan, Puan Sarimah telah hadir menyantuni para jemaah dan mengagihkan pek makanan tengah hari di Surau (Jumaat) Al-Hikmah ketika solat Jumaat.

Sumbangan ini disalurkan sebagai tanda ingatan tulus dan komitmen berterusan pihak parlimen dalam berkongsi rezeki bersama kariah setempat.

Program turun padang sebegini bukan sahaja membantu meringankan urusan jemaah, malah menjadi medan merapatkan ukhuwah antara barisan Pusat Khidmat dan penduduk di peringkat akar umbi.

Terima kasih diucapkan kepada pihak jawatankuasa Surau Al-Hikmah Subang Bestari serta para sukarelawan atas kerjasama baik dalam melancarkan sesi agihan hari ini.

Semoga usaha kecil ini membawa keberkatan buat seluruh warga Subang Bestari.



Address

Jalan Zuhal U5/178
Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 10:00 - 18:00
Tuesday 10:00 - 18:00
Wednesday 10:00 - 18:00
Thursday 10:00 - 18:00
Friday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 16:00
Sunday 10:00 - 18:00

Telephone

+60149637107

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Rakyat YB Dato' Sri Ramanan Ahli Parlimen Sungai Buloh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Khidmat Rakyat YB Dato' Sri Ramanan Ahli Parlimen Sungai Buloh:

Shortcuts

Share