28/03/2025
26 Mac 2025
AKE Iftar Perdana
Bersama Anak Yatim, Asnaf & Pelajar Tahfiz 2025
Majlis bermula seawal 5:30 petang dengan kehadiran tetamu-tetamu undangan dan AKE Owners Circle.
Sebagai sebahagian daripada usaha menyemarakkan semangat kebersamaan di bulan Ramadan, Al Kauthar Eduqids melalui pertubuhan kebajikannya, Pertubuhan Kebajikan AKE (AKEcare) menyumbang dan berkongsi rezeki kepada lebih 120 Anak-anak yatim yang hadir bersama golongan asnaf dan pelajar-pelajar Tahfiz di kawasan sekitar Lembah Klang.
Turut diraikan bersama ialah jemputan khas AKE dan rakan-rakan strategik AKE termasuk,
Astro, Warnakala Studios, Pa&ma, Nona, TV Alhijrah, MARA, UNISEL, UiTM, Selangor FC, PBT Negeri Selangor, PDRM, PERKEP, KESUMA, SKMM, dan ramai lagi.
Majlis ini dianggap satu kejayaan besar, bukan sahaja dari segi kehadiran yang menggalakkan tetapi juga dalam memperkukuh semangat kebersamaan dan ukhuwah dalam kalangan keluarga besar AKE.
Semoga majlis ini mendapat keberkatan Allah SWT dan menjadi inspirasi untuk memperkukuhkan hubungan sesama komuniti dan menjadi medan untuk mengeratkan ukhuwah Islamiyah dan menyemarakkan semangat Ramadan.
InsyaAllah š¤²š»
Diharapkan majlis seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dengan lebih banyak penglibatan daripada pelbagai pihak demi manfaat bersama. Semangat kebersamaan dan nilai murni dalam bulan Ramadan terus terpahat melalui majlis seperti ini.
Terima kasih Semua!
Semoga semua amal kita diterima dan diberkati olehNya!
AKE Awesome!