Salimah Prihatin Ummah

Salimah Prihatin Ummah Persatuan Persaudaraan Muslimah Selangor (SALIMAH)

11/03/2023
*السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه*YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan, Dengan sukacitanya, Persatuan Persaudara...
04/03/2023

*السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله وَبَرَكَاتُه*
YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan,

Dengan sukacitanya, Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (SALIMAH) Selangor dengan kerjasama Sektor Baitulmal MAIS dan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (MSSAAS), Shah Alam ingin menjemput YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan untuk menghadirkan diri ke *FORUM URUS HARTA SEBELUM BERPUAKA*.

Forum ini akan membantu YBhg. Dato/Datin/Tuan/Puan untuk memahami pelaksanaan instrumen perancangan dan pembahagian harta meliputi:

✅ Wasiat
✅ Hibah
✅ Harta Sepencarian
✅ Wasiat Wajibah
✅ Harta Pusaka

*Tarikh:* 18 Mac 2023 (Sabtu)
*Tempat:* Dewan Seminar, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
*Masa:* 10.00 pagi - 12.00 tgh.

*JOM DAFTAR SEGERA*
sebelum 12 Mac 2023.

*Bayaran:* RM20 seorang / RM30 berpasangan (termasuk jamuan dan sijil penyertaan) ke akaun *BIMB 12038010107403* (Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia).
*Ref: Pendaftaran Forum*

*Pendaftaran & pertanyaan:*
Whatsapp 0133818478 (Hjh. Cikgu Ton), 0162781158 (Hjh. Samtinar)

Terima kasih.

ISRAK MIKRAJ: MUKJIZAT SEBUAH PERJALANAN yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammmad SAW berlaku pada 27 Rejab 12 tahun se...
18/02/2023

ISRAK MIKRAJ: MUKJIZAT SEBUAH PERJALANAN yang membuktikan kerasulan Nabi Muhammmad SAW berlaku pada 27 Rejab 12 tahun selepas baginda diangkat menjadi Rasul

Pada perjalanan itu juga Allah telah menganugerahkan kewajipan solat 5 waktu ke atas ummat Muhammad SAW.

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Isra' ayat 1)

17/02/2023

Program Dapur HEP SALIMAH @ Kolej Melati UiTM Shah Alam merupakan kerjasama antara SALIMAH Selangor dengan Pengurusan Asrama Kolej Melati UiTM Shah Alam bagi membantu keperluan asas mahasiswa B40 yang terkesan akibat tempoh PKP Covid19. Kewujudan Dapur HEP SALIMAH memberi peluang mereka memasak sendiri makanan harian menggunakan bahan mentah dan peralatan dapur yg disediakan oleh SALIMAH di bawah projek MELATI CHAREATY. InsyaaAllah.

4 November 2022
Perbincangan awal antara SALIMAH Selangor yg diketuai oleh Pn Pengerusi Hjh Nooriyah Mohamed Ali bersama Pengurusan Kolej Melati

3 Januari 2023
Penghantaran peralatan dan keperluan dapur oleh SALIMAH Selangor diketuai oleh Bendahari Pn Samtinar Abdul Rahman, bernilai hampir RM2000 bagi merealisasikan penubuhan Dapur HEP SALIMAH @ Kolej Melati

14 Januari 2033
Perasmian Dapur HEP SALIMAH @ Kolej Melati oleh Timbalan Naib Canselor (HEP) Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shabibi sempena pelancaran Program Melati Chareaty. Rombongan SALIMAH Selangor diketuai oleh Timbalan Pengerusi Pn Hjh Ton Tijah Jajuli.

Pelbagai program susulan sedang diatur bagi memastikan kesinambungan bantuan SALIMAH kepada Dapur HEP.

Semoga usaha ini beroleh rahmat dan keberkatan dari Allah SWT.

06/02/2023

JELAJAH SKUAD TAHSIN SOLAT (JSTS) - ILTIZAM JIHAD UMMAH

Gabungan mantap 3 NGOI :
SALIMAH, MUBALIGHAT & PPSS dengan penuh iltizam berjihad mengajak ummah utk memperelokkan solat yg menjadi ibadah utama umat Islam.

Solatlah sepertimana Rasulullah SAW solat.

06/02/2023

Jelajah Squad Tahsin Solat Masjid Seksyen 7 Shah Alam pada 22 Oktober 2022

"Solat Sempurna, Agama Terpelihara"

06/02/2023

Jelajah Squad Tahsin Solat Madrasah Hidayah Seksyen 11 Shah Alam pada 18 Oktober 2022

"Solat Sempurna, Agama Terpelihara"

06/02/2023

Jelajah Squad Tahsin Solat SMK Presint 16 Putrajaya pada 15 Oktober 2022

"Solat Sempurna, Agama Terpelihara"

05/02/2023

JELAJAH SQUAD TAHSIN SOLAT
Jelajah Squad Tahsin Solat Surau Al-Amin U12 Shah Alam pada 2 Oktober 2022

"Solat Sempurna, Agama Terpelihara"

03/02/2023

Assalamualaikum WBT dan Selamat Petang semua ! ☺

🍁Kenapa harus kita dirikan solat ?🍁

💡 Setiap orang tidaklah sempurna dan mempunyai cacat cela masing- masing. Oleh itu, cacat cela kita dapat diperbaiki dengan menunaikan solat kerana apabila seseorang itu berada dalam solat, dia harus menjaga auratnya, tingkah lakunya dan dengan secara langsung, apabila seseorang itu kerap menunaikan solat, sifat-sifat mulia itu akan melekat dengannya, inshaallah !
😉

Bersesuaian dengan Tag line SALIMAH "SOLAT SEMPURNA, AGAMA TERPELIHARA", Persatuan SALIMAH telah mengadakan JELAJAH SQUAD TAHSIN SOLAT pada 1 Oktober 2022

27/09/2022
SALIMAH MENYOKONG SEPENUHNYA KEMPEN GEBERATION ENDGAME (GEG) demi kesejahteraan generasi masa hadapan yg lebih sihat dan...
27/09/2022

SALIMAH MENYOKONG SEPENUHNYA KEMPEN GEBERATION ENDGAME (GEG) demi kesejahteraan generasi masa hadapan yg lebih sihat dan selamat.

Bebaskan zuriat kita drpd musibah tembakau, asap rokok dan v**e.

This is our plan for today's live premiere of the GEG video.

1.30pm - Opening remark by YB Health minister
1.32pm - Video premiere (https://www.youtube.com/watch?v=0-mpT3LGulk)

Address

90 Jln. Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah 9/6
Shah Alam
40100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Salimah Prihatin Ummah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share