Panel Penasihat Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam

Panel Penasihat Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam Dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui JKNS dan PKD Petaling.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.Program Vaksinasi Influenza  Warga Emas & Saringan Kesihatan pada Sabtu ini.Klinik Kes...
19/06/2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Program Vaksinasi Influenza Warga Emas & Saringan Kesihatan pada Sabtu ini.

Klinik Kesihatan Seksyen 19 akan ada booth vaksinasi.

Semua umur 60 tahun layak - PERCUMA

Bagi yang berumur 50-59 tahun berpenyakit sahaja , boleh dapatkan di KK Seksyen 19 pada setiap hari isnin - khamis 2pm- 4pm dan jumaat 9am-4pm …
(Kerana ada dikenakan bayaran RM6)

11/03/2026
11 Mac 2026 | RABU | 3.30 PetangSumbangan Juadah Berbuka daripada YB Danial Al Rashid, Ahli Dewan Negeri Batu Tiga Pada ...
11/03/2026

11 Mac 2026 | RABU | 3.30 Petang

Sumbangan Juadah Berbuka daripada YB Danial Al Rashid, Ahli Dewan Negeri Batu Tiga

Pada jam 3.30 petang tadi, Ahli Panel Penasihat Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam yang diwakili oleh Puan Nur Najeeha, Encik Govin, Encik Aliff Syukri dan Puan Amirah bersama wakil YB Danial Al Rashid iaitu Tn. Firdaus Mokhtar serta En. Sanusi selaku Pengurus Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batu Tiga telah menyampaikan juadah berbuka puasa kepada para doktor dan pegawai di Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam.

En Muhammad Fathi bin Datuk Ismail selaku Pengerusi Panel Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Dun Batu Tiga diatas sumbangan yang diberikan.

Sumbangan ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada warga kesihatan yang sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. 🤲🏻

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Nor Fadilah Othman serta seluruh pegawai Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam atas kesudian menerima sumbangan ini.

Semoga usaha kecil ini dapat mengeratkan lagi hubungan serta membawa keberkatan di bulan Ramadan yang mulia. 🌙✨

📣Assalamualaikum dan Salam Sejahtera📣Salam Malaysia MADANI Salam Kita Selangor Maju Bersama Sempena sambutan Hari Tibi S...
11/03/2026

📣Assalamualaikum dan Salam Sejahtera📣
Salam Malaysia MADANI
Salam Kita Selangor Maju Bersama

Sempena sambutan Hari Tibi Sedunia yang disambut pada 24 Mac setiap tahun, Unit Tb/Kusta KK Seksyen 19 akan mengadakan sambutan hari Tibi peringkat klinik pada:

Tarikh: 13/3/2026 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi-12.00 tengah hari
Tempat: Ruang menunggu, OPD

Pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti:

- Pameran Tibi
- Ceramah ringkas
- Sesi soal jawab
- Kuiz (pengunjung klinik)
- Online Quiz (staff)
- Crossword puzzle (staff)
- Saringan High Risk Group (HRG)
- Saringan NHSI

Marilah sama-sama memeriahkan majlis sambutan Hari Tibi ini. Hadiah juga disediakan untuk pemenang kuiz dan permainan.

Yes ! We can end TB ‼️



Address

Klinik Kesihatan Seksyen 19
Shah Alam
40300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Panel Penasihat Klinik Kesihatan Seksyen 19 Shah Alam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share