Projek Komuniti Anggerik

Call Directions

Projek Komuniti Anggerik Projek Komuniti Anggerik, atau dikenali sebagai PEKA.

20/09/2026
🇲🇾 02 HARI LAGI! COUNTDOWN SUDAH BERMULA! 🇲🇾Tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum Pertandingan Video Pendek & Sayembara Saj...
10/09/2026

🇲🇾 02 HARI LAGI! COUNTDOWN SUDAH BERMULA! 🇲🇾

Tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum Pertandingan Video Pendek & Sayembara Sajak Merdeka – “MERDEKA KITA, CERITA KITA” melabuhkan tirainya! 🎬❤️🤍💙

Jangan lepaskan peluang untuk zahirkan semangat patriotisme, kreativiti dan kecintaan terhadap Malaysia melalui karya anda! 🇲🇾✨

👦🏻 Terbuka kepada anak-anak 9–17 tahun
🎥 Pertandingan Video Pendek Merdeka
📝 Sayembara Sajak Merdeka
📅 Tarikh akhir: 12 September 2026

✨ 2 HARI LAGI!
Pastikan karya anda dihantar sebelum tarikh tutup.

🇲🇾 Satu video, satu sajak, satu cerita — satu semangat Malaysia! ❤️🤍💙

📲Penghantaran secara dalam talian👇
Puan Adila : https://wa.me/601132489982

AYUH! MERDEKA KITA, CERITA KITA! 🇲🇾

🇲🇾 PERTANDINGAN VIDEO PENDEK & SAYEMBARA SAJAK MERDEKA 🇲🇾“MERDEKA KITA, CERITA KITA”🎬 Jom zahirkan semangat patriotisme ...
01/09/2026

🇲🇾 PERTANDINGAN VIDEO PENDEK & SAYEMBARA SAJAK MERDEKA 🇲🇾

“MERDEKA KITA, CERITA KITA”

🎬 Jom zahirkan semangat patriotisme melalui kreativiti anda!

Sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, PEKA – Projek Komuniti Anggerik menjemput anda menyertai Pertandingan Video Pendek Merdeka dengan mengetengahkan kisah, semangat dan kecintaan kita terhadap Malaysia.

🇲🇾 Tema pertandingan:
“Merdeka Kita, Cerita Kita”

📅 Tarikh Pertandingan:
31 Ogos 2026 – 12 September 2026

👦🏻Terbuka kepada anak-anak yang berumur 9 -17 tahun sahaja

🎥 Tampilkan kreativiti anda melalui video pendek yang menarik, kreatif dan penuh semangat kemerdekaan!

📲 Penghantaran secara dalam talian:
Puan Adila – https://wa.me/601132489982

atau

Google Drive : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdu980TPPygPdYPoXnR6_odOnXShmLVgCrMmdTd93avYdU5vg/viewform?usp=header

🇲🇾 AYUH! KITA RAikan MERDEKA DENGAN CERITA KITA!
Satu video, satu cerita, satu semangat Malaysia! ❤️🤍💙

🇲🇾 SALAM MERDEKA BUAT WARGA SHAH ALAM 🇲🇾Assalamualaikum dan Salam Merdeka buat seluruh warga Shah Alam dan komuniti Anju...
31/08/2026

🇲🇾 SALAM MERDEKA BUAT WARGA SHAH ALAM 🇲🇾

Assalamualaikum dan Salam Merdeka buat seluruh warga Shah Alam dan komuniti Anjung PEKA.

Merdeka kita, cerita kita.

Merdeka bukan sekadar tentang sejarah dan kibaran Jalur Gemilang, tetapi tentang bagaimana kita bersama-sama membina kehidupan dan komuniti — saling mengenali, saling membantu dan saling menjaga.

Di Shah Alam, daripada kejiranan kecil inilah kita berharap lahir generasi yang berilmu, berakhlak dan berjiwa merdeka, seterusnya menjadi nadi peradaban ummah.

Kerana kita bukan sekadar mewarisi sebuah negara yang merdeka, tetapi kita juga punya tanggungjawab untuk mencorakkan masa depannya.

Kita jaga komuniti, kita bina masa depan. 🇲🇾

Selamat Hari Kebangsaan buat seluruh warga Shah Alam.

Merdeka Kita, Cerita Kita.

Ts Mohd Hazwan Ab Halim
Pengerusi Anjung PEKA

🇲🇾 SEMANGAT MERDEKA BERSAMA ANAK-ANAK PEKA ❤️🤍💙Malam ini bukan sekadar aktiviti mengemas dan menghias pejabat sempena Bu...
27/08/2026

🇲🇾 SEMANGAT MERDEKA BERSAMA ANAK-ANAK PEKA ❤️🤍💙

Malam ini bukan sekadar aktiviti mengemas dan menghias pejabat sempena Bulan Kemerdekaan 🇲🇾✨

Lebih istimewa, anak-anak mengaji & tuisyen turut sama terlibat, bersama ibu bapa yang hadir membantu memeriahkan suasana. 🥰

Anak-anak juga diberikan aktiviti bertemakan kemerdekaan sambil belajar, bermain dan mengenali erti kemerdekaan. 🇲🇾

Seronok tengok anak-anak begitu teruja untuk turut sama menghias dan menceriakan ruang kita. ❤️

Semoga aktiviti kecil ini menjadi kenangan manis buat mereka, di samping memupuk semangat cintakan negara, kerjasama dan kebersamaan sejak kecil. 🇲🇾

Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi nilai yang kita semai bersama generasi akan datang. ❤️

Salam Maulidurrasul“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah ﷺ itu contoh teladan yang terbaik bagi kamu.”— Surah Al-...
24/08/2026

Salam Maulidurrasul

“Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah ﷺ itu contoh teladan yang terbaik bagi kamu.”
— Surah Al-Ahzab: 21

Marilah sama-sama mengenang sirah dan perjuangan Baginda ﷺ, menjadi ruang untuk kita kembali menyemai rasa cinta kepada Rasulullah ﷺ, menghidupkan sunnah dan berusaha mencontohi akhlak mulia Baginda dalam kehidupan seharian. 🤍

✨ Salam Awal Muharram 1448H ✨Semoga tahun baru Islam ini membuka lembaran yang lebih baik buat kita semua.🌙 Semoga diper...
16/06/2026

✨ Salam Awal Muharram 1448H ✨

Semoga tahun baru Islam ini membuka lembaran yang lebih baik buat kita semua.

🌙 Semoga dipermudahkan segala urusan
🌙 Dilimpahkan rezeki yang berkat
🌙 Dikurniakan kesihatan yang baik
🌙 Diberikan ketenangan dan kebahagiaan yang berpanjangan

“Hijrah bukan sekadar berpindah tempat, tetapi menuju kebaikan dan redha Allah.”

Selamat Menyambut Awal Muharram 1448H. Semoga kita sentiasa menjadi insan yang lebih baik dari semalam. 🤍

Aidiladha mengajar erti taat, ikhlas dan pengorbanan.Semoga kita terus melangkah menjadi hamba yang lebih dekat dengan A...
26/05/2026

Aidiladha mengajar erti taat, ikhlas dan pengorbanan.

Semoga kita terus melangkah menjadi hamba yang lebih dekat dengan Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H/2026M.

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨Maaf Zahir & Batin di atas segala kekhilafan 🙏Semoga Syawal kali ini membawa seribu makn...
21/03/2026

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨

Maaf Zahir & Batin di atas segala kekhilafan 🙏

Semoga Syawal kali ini membawa seribu makna, kebahagiaan dan keberkatan buat kita semua 💚

Raikan kemenangan dengan penuh kesyukuran, eratkan silaturrahim, dan hargai setiap momen bersama insan tersayang 🤍

Semoga segala amal kita diterima dan hidup kita sentiasa dilimpahi rahmat-Nya 🌙

Salam Menyambut Ramadan 1447HSemoga Ramadan kali ini membersihkan hati,menguatkan iman dan mendekatkan kita kepada-Nya.D...
18/02/2026

Salam Menyambut Ramadan 1447H

Semoga Ramadan kali ini membersihkan hati,
menguatkan iman dan mendekatkan kita kepada-Nya.

Dengan ingatan tulus ikhlas daripada
Projek Komuniti Anggerik

Address

Seksyen 24
Shah Alam

Telephone

+601156502789

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Projek Komuniti Anggerik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share