Yayasan Bushra

Call Directions Website

Yayasan Bushra Berasaskan Dasar Utama KEBAJIKAN dan 2 Dasar Sokongan Pengurusan Harta & Pembangunan Ekonomi.

Penyerahan Sijil Khatam Pengajian Siri Kita Ambillah Aqidahmu penulisan Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu kepada para makc...
14/09/2026

Penyerahan Sijil Khatam Pengajian Siri Kita Ambillah Aqidahmu penulisan Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu kepada para makcik asnaf semalam.

Seronok masing-masing dapat sijil penyertaan dan jazakallahu khair kepada Ustaz Yob menjadi tenaga pengajar bagi buku ini.

InsyaAllah akan ada lagi buku-buku lain pada masa akan datang yang akan dijadikan bahan untuk para makcik asnaf sebagai pengisian rohani.

Semoga semuanya istikomah dalam perjalanan mencari ilmu ini.

12/09/2026

TikTok | Make Your Day

10/09/2026

Jom ikut kami ambil pek makanan asas yang akan kami agihkan kepada para asnaf untuk bulan September ini.

------------------------------------------
Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Yayasan Bushra di bawah:
𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗑 𝗕𝗨𝗦𝗛π—₯𝗔
𝟧𝟨𝟀𝟦 𝟨𝟫πŸ₯𝟀 𝟀𝟦𝟦𝟒 (𝖬𝖠𝖸𝖑𝖠𝖭π–ͺ)
π‘…π‘’π‘—π‘’π‘˜π‘Žπ‘› : Kebajikan

  terima satu permohonan bantuan untuk Muhammad Zafri yang merupakan seorang autism, strok p**a, bisu dan juga menghidap...
09/09/2026

terima satu permohonan bantuan untuk Muhammad Zafri yang merupakan seorang autism, strok p**a, bisu dan juga menghidap kencing manis.

Kami sepatutnya ke HUKM tetapi masa tak mengizinkan, maka kami ke rumahnya dan temuramah ayahnya yang memohon bantuan, Encik Zahari.

Terkejutnya ketika kami sampai dirumah, Encik Zahari sendiri berada dalam keadaan yang juga tak sihat, diserang gout dan tak boleh nak berjalan, Allahuakbar, moga beliau sekeluarga dikurniakan kesabaran dengan ujian ini.

Kami dapat serahkan bantuan berbentuk susu khas untuk anaknya kerana setakat ini Muhammad Zafri hanya boleh makan melalui bantuan tiub. Kita doakan agar Allah berikan kesabaran dan kemudahan untuk mereka mengharungi semua ini dengan redha Allah.

------------------------------------------
Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Yayasan Bushra di bawah:

𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗑 𝗕𝗨𝗦𝗛π—₯𝗔
𝟧𝟨𝟀𝟦 𝟨𝟫πŸ₯𝟀 𝟀𝟦𝟦𝟒 (𝖬𝖠𝖸𝖑𝖠𝖭π–ͺ)
π‘…π‘’π‘—π‘’π‘˜π‘Žπ‘› : Kebajikan

08/09/2026

Kemana pergi sumbangan tuan puan?

Sebenarnya bermacam jenis bantuan yang kami berikan kepada masyarakat. Antaranya adalah:

- Bantuan makanan asas
- Bantuan pendidikan & pelajaran
- Bantuan untuk pesakit
- Bantuan bencana dan bermacam lagi

Semua usaha ini adalah hasil dari sumbangan tuan puan dan kami berusaha agar diagihkan kepada yang memerlukan, insyaAllah.

Dan semua ini juga akan berterusan jika tuan puan dapat bersama-sama kami menyediakan kemudahan ini melalui Program Infak Bulanan kami, info lanjut rujuk dalam komen di bawah πŸ‘‡πŸΌ.

Ada satu perkara yang mungkin kita selalu terlupa.Kita berusaha untuk melakukan amal yang baik.Kita bersedekah.Kita sola...
05/09/2026

Ada satu perkara yang mungkin kita selalu terlupa.

Kita berusaha untuk melakukan amal yang baik.
Kita bersedekah.
Kita solat.
Kita membaca al-Quran.
Kita membantu orang yang memerlukan.

Tetapi pernahkah kita berhenti sejenak dan bertanya.

β€œYa Allah, adakah amalanku ini Engkau terima?”

Kerana kita tidak tahu.

Mungkin amal yang kita anggap kecil, sangat besar nilainya di sisi Allah.

Dan mungkin juga amal yang kita rasa banyak, masih mempunyai kekurangan yang hanya Allah mengetahuinya.

Sebab itu, jangan pernah berhenti memohon:

Ψ±ΩŽΨ¨ΩŽΩ‘Ω†ΩŽΨ§ ΨͺΩŽΩ‚ΩŽΨ¨ΩŽΩ‘Ω„Ω’ Ω…ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘ΩƒΩŽ Ψ£ΩŽΩ†Ω’Ψͺَ Ψ§Ω„Ψ³ΩŽΩ‘Ω…ΩΩŠΨΉΩ Ψ§Ω„Ω’ΨΉΩŽΩ„ΩΩŠΩ…Ω

"Ya Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Bukan kerana kita yakin amalan kita sudah sempurna.

Tetapi kerana kita sedar kita sangat memerlukan rahmat Allah agar setiap amal diterima.

Semoga setiap kebaikan yang kita lakukan, walaupun kecil dan tidak diketahui sesiapa, Allah terima, Allah berkati dan Allah jadikan bekalan untuk kita di akhirat kelak.

Simpan doa ini dan kongsikankan kepada orang yang kita sayangi.

Dan share poster ini.

05/09/2026

Jom tuan puan, kita meriahkan lagi Program Infak Bulanan YB, pertamanya, insyaAllah kita tak terlupa untuk terus bersedekah setiap bulan, walaupun hanya RM10, keduanya, kita dapat bersama-sama kumpul saham akhirat kita. Nak join? Tengok dalam komen πŸ‘‡

03/09/2026
03/09/2026

Hakikat sebenar yang berlaku dalam masyarakat kita. Ramai yang hidupanya susah, kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Tapi, kami di YB cuma dapat bantu mana yang termampu dan untuk kekalkan bantuan-bantuan yang ada sekarang ni pun agak mencabar.

InsyaAllah, kami yakin akan ada rezeki untuk mereka yang memerlukan. Kami berusaha untuk meningkatkan jumlah penyumbang bulanan tetap supaya lebih ramai yang dapat kami bantu, insyaAllah.

Info lanjut Program Infak Bulanan YB - https://yayasanbushra.org.my/infaq-bulanan/

Walaupun umurnya sebaya dengan kemerdekaan Malaysia, beliau masih bekerja kerana tuntutan kehidupan.Alhamdulillah, Allah...
02/09/2026

Walaupun umurnya sebaya dengan kemerdekaan Malaysia, beliau masih bekerja kerana tuntutan kehidupan.

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan beliau yang sekarang ni tinggal bersama anak sulungnya yang juga bekerja membantu menambah ekonomi keluarga. Demikianlah keadaan makcik Hamidah yang merupakan salah seorang asnaf di bawah pengurusan YB ketika ziarah kami tempoh hari.

Semoga semua urusan beliau dipermudah Allah Subhanahu wa ta'ala.

------------------------------------------
Sebarang sumbangan boleh disalurkan ke akaun Yayasan Bushra di bawah:
𝗬𝗔𝗬𝗔𝗦𝗔𝗑 𝗕𝗨𝗦𝗛π—₯𝗔
𝟧𝟨𝟀𝟦 𝟨𝟫πŸ₯𝟀 𝟀𝟦𝟦𝟒 (𝖬𝖠𝖸𝖑𝖠𝖭π–ͺ)
π˜™π˜Άπ˜«: π˜’π˜¦π˜£π˜’π˜«π˜ͺ𝘬𝘒𝘯

Address

No 12-2, Jalan Lengkuas D16/D Taman Ken Rimba, Seksyen 16
Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Saturday 10:00 - 17:00
Sunday 10:00 - 16:00

Telephone

+60355232832

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Yayasan Bushra posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share