12/01/2025
MAJLIS IHTIFAL PROGRAM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK (PPAK) 2024M/1446H
PU Subang, 11 Januari 2025 - Majlis Ihtifal yang dilaksanakan setiap tahun oleh PPAK, PPQH telah berjaya dilaksanakan di Dewan Ababil, PU Subang. Komander Pangkalan, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM telah merasmikan Majlis Ihtifal PPAK, Masjid Al Muhajirin Pangkalan Udara Subang.
Majlis dimulakan dengan perarakan masuk pelajar-pelajar PPAK ke dewan dengan diiringi oleh guru kelas masing-masing. Majlis diteruskan lagi dengan persembahan pelajar PPAK mengikut kelas masing-masing dan tayangan montaj pelajar sepanjang aktiviti persekolahan berlangsung.
Seterusnya majlis penyampaian sijil dan hadiah telah disampaikan oleh Yang Berusaha Lt Kol Ahmad Basri bin Abdullah Pegawai Agama Pangkalan. Kemudian, penyampaian anugerah sahsiah dan pelajar cemerlang telah di sempurnakan oleh YBhg Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM, Komander Pangkalan Udara Subang. Komander juga, telah menyampaikan saguhati kepada guru-guru sebagai tanda penghargaan kerana telah bertungkus lumus mendidik pelajar-pelajar PPAK sepanjang tahun ini. Akhir sekali, Komander Pangkalan Udara Subang, Brig Jen Yusri bin Jamari TUDM telah merasmikan Majlis Ihtifal bagi tahun 2024/2025 dan beliau juga, mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staff PPQH sebagai tanda penghargaan atas kejayaan melaksanakan Majlis Ihtifal pada tahun ini.