Mysuperheroes #singleparentsproject

Mysuperheroes #singleparentsproject MySuperHeroes is a CSR project. This campaign is to help single parent who raise their families without adequate financial support.

This online campaign will run from 17 May 2021 and will end on 9 July 2021.

Alhamdulillah dan tahniah  buat seluruh tim  atas kerja keras dan kejayaan tercalon dalam anugerah yang berprestig ini. ...
10/11/2021

Alhamdulillah dan tahniah buat seluruh tim atas kerja keras dan kejayaan tercalon dalam anugerah yang berprestig ini.

05/11/2021

Warm Greetings from ASEAN PR Network!

Thank you for registering for the Award Ceremony of The 3rd ASEAN PR Excellence Award. You can find information about this event below :

Day/Date : Friday, 5th November 2021
Time : 4 PM - 5.30 PM (GMT +7)
Venue : Zoom Meeting - https://us06web.zoom.us/j/86034745353?pwd=b2gvRjcvOFlNRzR4REFGUnRiZWdOQT09
Meeting ID: 860 3474 5353
Passcode: ASEAN2021

This award ceremony is in conjunction with the ASEAN International Film Festival that will be held earlier that day. Therefore, we would like to also invite you to join the Film Festival that start from 2 PM (GMT +7) through the same link as the award ceremony. Please kindly find the attached poster for your references.

On other note, enclosed you may find the virtual background for tomorrow's awarding ceremony. We'd really appreciate it if you could join us and use the virtual background.

Please do not hesitate to contact us if you are having trouble joining us tomorrow.

Looking forward to e-meet you during the award ceremony.

Thank you and stay safe!

Alhamdulillah. Syabas dan tahniah buat seluruh team  yang telah bekerja keras menjayakan kempen dan program CSR ini sehi...
01/11/2021

Alhamdulillah. Syabas dan tahniah buat seluruh team yang telah bekerja keras menjayakan kempen dan program CSR ini sehingga tercalon dalam The 3rd ASEAN PR Excellence Award bagi kategori The Best PR Campaign.

Terima kasih juga kepada semua yang turut bersama menyumbang dan menyokong usaha kami dalam membantu mereka yang memerlukan.

Sekali lagi syabas diucapkan, semoga pencalonan ini membakar semangat ramai lagi rakan-rakan di UiTM untuk turut menganjurkan program sedemikian di masa hadapan sekaligus dapat mengharumkan nama UiTM dan Malaysia.

Liputan berita program yang dijalankan oleh seramai 31 orang ahli My Superheroes   dilaporkan Utusan Online Edisi 19 Ogo...
19/08/2021

Liputan berita program yang dijalankan oleh seramai 31 orang ahli My Superheroes dilaporkan Utusan Online Edisi 19 Ogos 2021.

UiTM Shah Alam
UiTM MassComm
Institute of Continuing Education & Professional Studies

Liputan Projek My Superheroes    dalam Akhbar Harian Metro Edisi Isnin 9 Ogos 2021. Terima kasih.UiTM Shah Alam UiTM Mas...
09/08/2021

Liputan Projek My Superheroes dalam Akhbar Harian Metro Edisi Isnin 9 Ogos 2021.

Terima kasih.

UiTM Shah Alam UiTM MassComm Institute of Continuing Education & Professional Studies

SERAMAI 31 pelajar tahun akhir dari Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di bawah kelolaan Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS) berjaya mengumpul dana bagi membantu 77 ibu dan bapa tunggal yang tergolong dalam kategori B40 di sekitar Le...

Liputan Projek My Superheroes    dalam Akhbar Harian Metro Edisi Isnin 9 Ogos 2021. Terima kasih.UiTM MassComm UiTM Shah...
09/08/2021

Liputan Projek My Superheroes dalam Akhbar Harian Metro Edisi Isnin 9 Ogos 2021.

Terima kasih.
UiTM MassComm UiTM Shah Alam Institute of Continuing Education & Professional Studies

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونInna lillahi wa inna ilayhi raji'un..Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmati...
09/08/2021

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un..

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Al-Fatihah

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين ۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ۞

مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين ۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ ۞

امين

Seluruh team My Superheroes merakamkan ucapan takziah buat Saudara Shuib sekeluarga di atas pemergian Allahyarhamah Siti Sarah binti Raissuddin.

Semoga roh almarhumah ditempatkan dikalangan hamba yang beriman dan beramal soleh.

Jasa dan kesudian almarhumah membantu dalam projek yang kami jalankan amat kami hargai dan sanjungi.

KEMASKINI SUMBANGAN MEGA  #4Assalamualaikum & salam sejahtera,Team My Superheroes   telah tiba ke lokasi terakhir senara...
23/07/2021

KEMASKINI SUMBANGAN MEGA #4

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Team My Superheroes telah tiba ke lokasi terakhir senarai penerima Sumbangan Mega yang bertempat di Beranang. Selangor.

Keluarga bapa tunggal ini telah menerima barangan kering keperluan harian seperti beras, makanan dalam tin, gula, minyak masak dan lain-lain. Turut disampaikan dua buah set tablet untuk kegunaan anak-anak mengikuti pembelajaran dan pengajaran dari rumah.

Kami juga sempat menyampaikan satu lagi sumbangan Mikro kepada seorang ibu tunggal di Kg. Sri Pajam, Beranang berupa barangan keperluan asas.

Kami merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang dan penaja yang turut menyokong dan menjayakan kempen ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak berkuasa yang turut memberikan kebenaran pergerakan kami menjalankan usaha murni membantu mereka yang memerlukan dan segala SOP telah kami patuhi sepanjang aktiviti penyerahan berlangsung pada 17 Julai 2021 yang lepas.

Teruskan menyokong dan kunjungi laman media sosial kami untuk maklumat lanjut.

FB: https://bit.ly/3oNCzej
IG: https://bit.ly/3hSxct3
TWITTER: https://bit.ly/3bMmBfo
CLUBHOUSE: https://bit.ly/3uakc4b








KEMASKINI SUMBANGAN MEGA  #3Assalamualaikum & salam sejahtera,Untuk lokasi sumbangan mega seterusnya, Team My Superheroe...
22/07/2021

KEMASKINI SUMBANGAN MEGA #3

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Untuk lokasi sumbangan mega seterusnya, Team My Superheroes telah turun padang dan melaksanakan penyerahan barangan keperluan di 2 buah rumah ibu tunggal terpilih di Taman Lestari Permai. Terima kasih diucapkan kepada wakil KRT Taman Lestari Permai yang turut membantu team MSH.

Barangan seperti mesin basuh dan bakul makanan telah selamat diserahkan dan diharapkan dapat meringankan beban mereka.

Pihak kami juga telah mendapat kebenaran oleh pihak berkuasa disamping semua SOP telah ddipatuhi sepanjang penyerahan berlangsung.

Nantikan kemaskini untuk lokasi penyerahan seterusnya. Sila layari laman sosial media rasmi di bawah untuk maklumat lanjut.

FB: https://bit.ly/3oNCzej
IG: https://bit.ly/3hSxct3
TWITTER: https://bit.ly/3bMmBfo
CLUBHOUSE: https://bit.ly/3uakc4b








KEMASKINI SUMBANGAN MEGA  #2Assalamualaikum & salam sejahtera,Amanah yang digalas oleh Team My Superheroes   diterusnya ...
22/07/2021

KEMASKINI SUMBANGAN MEGA #2

Assalamualaikum & salam sejahtera,

Amanah yang digalas oleh Team My Superheroes diterusnya dengan penyerahan Bantuan Mega ke lokasi Sri Serdang dan Sri Andalas dimana 3 buah keluarga ibu tunggal telah disantuni.

Barangan keperluan dan kelengkapan seperti mesin basuh, tilam, toto, cadar, lampin pakai buang, barangan dapur, tongkat serta tablet untuk keperluan PDPR anak-anak telahpun disampaikan kepada mereka.

Air mata syukur dan senyuman kegembiraan yang terukir sungguh bermakna buat kami semua kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka.

Team yang turun padang telahpun menerima kebenaran daripada pihak berkuasa dan mematuhi segala SOP sepanjang aktiviti penyerahan berlangsung.

Nantikan kemaskini untuk lokasi penyerahan seterusnya. Sila layari laman sosial media rasmi di bawah untuk maklumat lanjut.

FB: https://bit.ly/3oNCzej
IG: https://bit.ly/3hSxct3
TWITTER: https://bit.ly/3bMmBfo
CLUBHOUSE: https://bit.ly/3uakc4b








KEMASKINI SUMBANGAN MEGA  #1Assalamualaikum dan salam sejahtera,Program Khidmat Komuniti My Superheroes   telahpun melen...
21/07/2021

KEMASKINI SUMBANGAN MEGA #1

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Program Khidmat Komuniti My Superheroes telahpun melengkapkan aktiviti terakhir kempen iaitu SUMBANGAN MEGA pada Sabtu 17 Julai 2021 yang lepas.

Seperti semua sedia maklum,sasaran awal kami adalah untuk membantu 2 buah keluarga ibu & bapa tunggal terpilih. Namun, dengan jumlah kutipan dana dan tajaan yang diterima, pihak MSH memutuskan untuk meningkatkan jumlah penerima kepada 8 buah keluarga dan turut memanfaatkan seramai 41 orang isi rumah.

Lokasi penerima pertama adalah bertempat di Desa Tun Razak, Cheras manakala penerima kedua p**a bertempat di Sg. Besi. Kuala Lumpur. Pihak kami telahpun berkesempatan untuk turun sendiri menyampaikan sumbangan kepada semua penerima dengan pematuhan SOP yang ketat dan telah mendapat kebenaran pihak berwajib.

Penyerahan yang dilakukan sebelum sambutan Hari Raya Aidiladha ini diharapkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan mengukir senyuman pada mereka sekeluarga.

Nantikan kemaskini untuk lokasi penyerahan seterusnya. Sila layari laman sosial media rasmi di bawah untuk maklumat lanjut.

FB: https://bit.ly/3oNCzej
IG: https://bit.ly/3hSxct3
TWITTER: https://bit.ly/3bMmBfo
CLUBHOUSE: https://bit.ly/3uakc4b








Assalamualaikum dan salam sejahtera,Syukur Alhamdulillah, hari ini My Superheroes   telahpun menghantar sumbangan Mikro ...
13/07/2021

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Syukur Alhamdulillah, hari ini My Superheroes telahpun menghantar sumbangan Mikro barangan keperluan asas kepada 3 orang lagi penerima yang merupakan ibu tunggal terpilih melalui perkhidmatan servis penghantaran.

Terima kasih kepada semua yang menghulurkan sumbangan dan tajaan bagi menjayakan kempen ini.

Sila layari laman sosial media rasmi di bawah untuk maklumat lanjut.










FB: https://bit.ly/3oNCzej
IG: https://bit.ly/3hSxct3
TWITTER: https://bit.ly/3bMmBfo
CLUBHOUSE: https://bit.ly/3uakc4b

13/07/2021

13 JULAI 2021

Assalamualaikum & salam sejahtera,
My Superheroes komited untuk terus menjalankan amanah orang ramai yang telah menyumbang melalui kempen ini bagi membantu golongan ibu dan bapa tunggal yang terpilih.

Untuk makluman, pihak kami dalam usaha untuk menyediakan barang-barang keperluan dan kelengkapan yang telah disenaraikan untuk disampaikan kepada mereka yang telah dikenal-pasti sebagai penerima SUMBANGAN MEGA.

Walaupun disebalik keterbatasan dan kekangan PKPD, pihak kami terus bersemangat dan berusaha memastikan semuanya berjalan dengan lancar.

Segala perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Terima kasih atas sokongan anda semua.










FB: https://bit.ly/3oNCzej
IG: https://bit.ly/3hSxct3
TWITTER: https://bit.ly/3bMmBfo
CLUBHOUSE: https://bit.ly/3uakc4b

NOTIS PEMBETULAN JUMLAH KUTIPANAdalah dimaklumkan terdapat ralat terhadap jumlah kutipan sumbangan yang diterima iaitu j...
07/07/2021

NOTIS PEMBETULAN JUMLAH KUTIPAN

Adalah dimaklumkan terdapat ralat terhadap jumlah kutipan sumbangan yang diterima iaitu jumlah sebenar adalah sebanyak RM34,432.70 dan bukannya sebanyak RM38,702.30 seperti dimaklumkan di dalam posting bertarikh 02 Julai 2021.

Perbezaan didapati kerana mengambil kira sekali kos operasi yang disediakan oleh pihak pelajar dan juga penerimaan wang dari Tabung Amanah Pembangunan Akademik (TAPA) UiTM.

Pihak kami memohon maaf di atas ralat ini.










FB: https://bit.ly/3oNCzej
IG: https://bit.ly/3hSxct3
TWITTER: https://bit.ly/3bMmBfo
CLUBHOUSE: https://bit.ly/3uakc4b

05/07/2021

Ucapan penghargaan oleh wakil Pengerusi KRT Zon 1, Taman Lestari Permai, Seri Kembangan ketika program penyerahan My Superheroes berlangsung.

Terima kasih atas doa yang dititipkan. Semoga sumbangan yang dihulurkan oleh rakyat Malaysia ini dapat meringankan sedikit beban kepada mereka yang terkesan.

Sila layari laman sosial media rasmi di bawah untuk maklumat lanjut.










FB: https://bit.ly/3oNCzej
IG: https://bit.ly/3hSxct3
TWITTER: https://bit.ly/3bMmBfo
CLUBHOUSE: https://bit.ly/3uakc4b

Address

Jalan Ilmu 1/1
Shah Alam
40450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mysuperheroes #singleparentsproject posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Mysuperheroes #singleparentsproject:

Share