14/08/2026
SEDEKAH JUMAAT | AIR BERSIH UNTUK YAMAN
Di Yaman, masih ramai saudara kita yang terpaksa berjalan jauh untuk mendapatkan air bersih. Ada yang terpaksa menunggu lama sehingga bantuan air tiba kerana mereka tidak mampu membeli air sendiri — harga air semakin mahal, sedangkan ada yang sudah tidak mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan.
Bagi kita, air mungkin sesuatu yang mudah diperoleh. Tetapi bagi mereka, setitis air bersih adalah satu nikmat yang sangat besar.
Rasulullah ﷺ pernah ditanya tentang sedekah yang paling utama. Baginda menjawab:
“Sedekah yang paling utama ialah memberi air.”
— Riwayat Abu Dawud
Jumaat ini, mari kita hadiahkan air kepada saudara kita di Yaman.
Sedekah kita mungkin kecil nilainya, namun bagi keluarga yang kehausan dan keluarga yang berdepan kesukaran kewangan, ia boleh menjadi bantuan yang sangat besar.
Semoga setiap titisan air yang sampai kepada mereka menjadi pahala yang terus mengalir untuk kita.