09/04/2024
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd.
Sempena meraikan Syawal yang bakal menjengah diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Raikan kemenangan dengan kita saling maaf bermaafan dan kuatkan jalinan silaturahim.
Semoga hari raya kali ini lebih ceria dan bermakna.
Gemersik Takbir mengundang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Ucapan Raya Tanda Ingatan.
Pelita indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di aidilfitri,
Ucapan dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu di hati.
Ramadan bakal beransur pergi,
Syawal menjelma penuh bererti,
Seikhlas hati menyusun jari,
Memohon dimaaf kekhilafan diri.
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap hari dimaafkan.