03/05/2026
Program Taizé anjuran Parish Youth Ministry St. Theresa Serian telah berlangsung dengan penuh keheningan. Belia dari pelbagai kampung dari kawasan paroki hadir untuk bersama-sama berdoa, menyanyi, dan merenung firman Tuhan.
Suasana hening dengan cahaya lilin dan nyanyian Taizé membuka hati para peserta untuk mengalami kehadiran Kristus yang hidup. Tema “Tinggallah bersama kami, ya Tuhan” (Lukas 24:29) menjadi pusat refleksi, mengingatkan belia bahawa Tuhan sentiasa hadir dalam perjalanan hidup mereka, terutama ketika hati mereka mencari arah dan penghiburan.
Para belia menyatakan rasa damai dan kekuatan rohani yang diperoleh melalui doa bersama ini. Program ini berjaya memperkukuh iman belia, mengeratkan hubungan komuniti, serta menanamkan semangat untuk terus berjalan bersama Kristus dalam kehidupan seharian.