11/06/2026
PROGRAM SULAM PEMINDAHAN ILMU KHASIAT BIOAKTIF PANDAN: FORMULASI DETERGEN MESRA ALAM DI KOMUNITI KARIAH SERDANG
10 Jun 2026(Rabu) β Program SULAM Pemindahan Ilmu Khasiat Bioaktif Pandan: Formulasi Detergen Mesra Alam di Komuniti Kariah Serdang telah berjaya dilaksanakan di Masjid UPM hasil kerjasama antara Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM, Pusat Islam UPM serta Jawatankuasa Kariah Masjid UPM.
Program ini merupakan projek pelajar Tahun 3 Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul bagi kursus Pembelajaran Perkhidmatan Berasaskan Komuniti dalam Biokimia (BCH4904) di bawah seliaan Prof. Madya Dr. Uswatun Hasanah Zaidan, Penyelaras Kursus BCH4904.
Pelaksanaan program melibatkan sesi teori dan praktikal yang memberi pendedahan kepada peserta mengenai khasiat bioaktif pandan serta penghasilan detergen mesra alam. Program ini turut disertai oleh staf Pusat Islam UPM dan komuniti Kariah Serdang sebagai usaha memperkukuh pemindahan ilmu antara universiti dan masyarakat.
Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap penggunaan produk mesra alam serta menggalakkan aplikasi ilmu biokimia dalam kehidupan seharian.