Gabungan Persatuan Pendidikan Islam Malaysia - GaPIM

Call Directions Website Contact the organization

Gabungan Persatuan Pendidikan Islam Malaysia - GaPIM Visi GaPIM adalah untuk menjadi gabungan badan-badan pendidikan Islam yang kompeten bagi memperkasakan ummah Ust Manolito Mohd Dahlan
2. Prof Musa Ahmad
4.

GABUNGAN PERSATUAN PENDIDIKAN ISLAM MALAYSIA (PPM-007-10-23092015)

Tujuan/Matlamat :

1) Tujuan GaPIM ini adalah untuk menggabungkan badan-badan pendidikan Islam dan memperkasakan pendidikan Islam di Malaysia.
2) Matlamat GaPIM ini adalah:-
a) Menjadikan Islam sebagai asas pendidikan arus perdana negara. b) Memperkasa pendidikan Islam dan menjadikannya pilihan utama ummah
c) Memperjuangkan hak-hak sistem pendidikan Islam berdasarkan akta dan perundangan
d) Mewujudkan gabungan badan-badan pendidikan Islam yang meluas dan mantap berteraskan pemuafakatan, perkongsian dan ukhuwah islamiah. Falsafah Pendidikan Islam :

Satu proses pendidikan berteraskan tauhid yang bertujuan membina dan melahirkan insan rabani yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri sendiri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh al-Quran dan as-Sunnah melalui satu sistem yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan. Visi :

Menjadi gabungan badan-badan pendidikan Islam yang kompeten bagi memperkasakan pendidikan Islam di Malaysia pada tahun 2020. Ahli-ahli Jawatankuasa :

Penaung : Dato’ (Dr) Hussamuddin Hj Yaacub
Penasihat : Prof Ulung Tan Sri Dr Kamal Hasan
Presiden : Dr Khodori Ahmad
Timb Presiden : Prof Dr Omar Yaakob
Naib Presiden 1 : Prof Zainal Abdin Kidam
Naib Presiden 2 : Ust Yaakob Haron
SUA : Ust Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor
Bendahari : Dato’ Hj Adnan Hashim
PSUA : Hj Suhaili Hussin

AJK :
1. Hj Abd Rahman Mohd Yasin
3. Ust Rosli Yusof
5. Hj Mohd Zawawi Aman
6. Ust Syed Sharim Shayid Khalim

Ahli-ahli Pengasas :

1. Ust Manolito Mohd Dahlan – Presiden Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA)
2. Prof Dr Omar Yaakob – Pengerusi JK Pendidikan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)
3. Ust Yaakob Haron – Timbalan Presiden Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA)
4. Dato’ Abu Bakar Chik – Pengerusi Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MAKPEN)
5. Dr Khodori Ahmad – Wakil Lembaga Pengelola Maahad Tahfiz Nurul Huda, Ulu Langat
6. Dr Ann Wan Seng – Setiausaha Agung Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA)
7. Dato’ Hj Adnan Hashim – Ahli Majlis Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA). Wilayah Persekutuan.
8. Ust Mohd Zai Mustafa – CEO, Majlis Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MAKPEN)
9. Hj Suhaili Hussin – wakil (Pengarah Pentadbiran), Yayasan Takmir Pendidikan (YTP)
10. Ust Megat Mohamed Amin – Ahli JK Pendidikan Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM)

09/09/2026
📢 *ROUND TABLE DISCUSSION (RTD) GaPIM 2026**Artificial Intelligence (AI) & Pendidikan Islam*Assalamualaikum wbt kepada s...
09/09/2026

📢 *ROUND TABLE DISCUSSION (RTD) GaPIM 2026*
*Artificial Intelligence (AI) & Pendidikan Islam*

Assalamualaikum wbt kepada semua warga pendidik, penyelidik, mahasiswa dan pencinta ilmu.
GaPIM dengan sukacitanya menjemput anda ke sesi Round Table Discussion (RTD) yang membincangkan topik besar dan sangat relevan hari ini — bagaimana Artificial Intelligence (AI) membuka ruang baharu dalam pembangunan Pendidikan Islam, baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

📅 *Tarikh: Rabu, 9 September 2026*

⏰ *Masa: 9.30 pagi – 12.30 tengahari*

📍 Format: Atas Talian via Google Meet

🔗 Link Google Meet: https://meet.google.com/tqe-ntkh-bga

🎙️ Moderator:
*Dr. Khodori Ahmad (Presiden GaPIM)*

🎤 Pembentangan 1:
*Datuk Dr. Amin Senin*
Pengerusi Kolej Profesional MAIWP

🎤 Pembentangan 2:
*Prof. Madya Dr. Nur Izura Udzir*
Faculty of Computer Science and Information Technology, UPM

🎤 Pembentangan 3:
*Profesor Emeritus Dato' Dr Mohamed Ridza Wahiddin FASc*
Felo Kanan, MIMOS Berhad

✨ Terbuka untuk semua
✨ *PERCUMA*

Mari bersama-sama mendalami potensi AI dalam memperkasa sistem pendidikan Islam, serta memahami peluang dan cabaran yang bakal membentuk masa depan ummah di era digital.

Link untuk mendaftar ==> *https://forms.gle/C39mroNoQZG6EEd98*

*Jumpa anda di RTD GaPIM 2026!*

Our very own President Dr Khodori Ahmad, was talking about tapping into ABILITIES of our special needs students instead ...
25/03/2026

Our very own President Dr Khodori Ahmad, was talking about tapping into ABILITIES of our special needs students instead of focusing on improving their disabilities

Credit video to Yayasan Hasanah

Teacher 'Cikgu' Zul is one of the 1.49 million people reached in 2021 across Malaysia, through programs supported by Yayasan Hasanah. Learn more at The Hasan...

Majlis Peluncuran & Iftar GaPIM 2026 telah berlangsung dengan penuh keberkatan di Sekolah Sri Al Amin, Bangi. Majlis ini...
12/03/2026

Majlis Peluncuran & Iftar GaPIM 2026 telah berlangsung dengan penuh keberkatan di Sekolah Sri Al Amin, Bangi.

Majlis ini menjadi medan penting untuk berkongsi perancangan tiga tahun GaPIM dalam usaha memperkasa Institusi Pendidikan Islam Swasta di Malaysia serta memperkukuh strategi penjanaan sumber dana GaPIM demi kelangsungan ekosistem pendidikan yang lebih mampan.

Dalam sesi perkongsian, GaPIM menekankan komitmen untuk meningkatkan kualiti tadbir urus, memperluas jaringan kerjasama, dan membangunkan program pembangunan kapasiti yang memberi manfaat langsung kepada sekolah-sekolah Islam swasta di seluruh negara.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para tetamu daripada Sekolah Menengah Sri Al Amin Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi, Sekolah Islam ADNI, Sri Al Amin Semenyih, ELMU University, Vector Harvest Sdn Bhd, Yayasan Sanabil Alkhyr, Sekolah Menengah Islam Darul Iman Kuala Nerus, Maahad Tahfiz Al Amin Bangi, MIEB, Pusat Pendidikan Al Amin Berhad, serta wakil-wakil organisasi ahli GaPIM: MUSLEH, HALUAN, PERMATA, IKRAM, PERTIM, Takmir Pendidikan ABIM, Al Manar Intelek Group Sdn Bhd, dan Yayasan Tahfiz An Nisaa (YTAN) atas sokongan dan kehadiran yang memeriahkan majlis.

Semoga usaha bersama ini menjadi pemangkin kepada transformasi pendidikan Islam yang lebih unggul dan berimpak tinggi menjelang 2026.

Assalamu’alaikum     https://www.youtube.com/watch?v=Alkb48roQfU EPISOD 1 | Apa Itu Susun Semula PENTAKSIRAN?  - Podcast...
11/03/2026

Assalamu’alaikum

https://www.youtube.com/watch?v=Alkb48roQfU

EPISOD 1 | Apa Itu Susun Semula PENTAKSIRAN?

- Podcast JAKA (DR.JAMIL DAN DR.KHODORI).

Tujuan utama pentaksiran formatif adalah untuk bantu murid perbaiki pembelajaran dan bantu guru tambah baik cara mengajar.

Sebab itu, sebelum mulakan pentaksiran, kita wajib tetapkan tujuannya dengan jelas supaya guru, murid, dan mak ayah faham matlamat sebenar.

Langkah ini sangat penting sebab kalau kita buat pentaksiran secara semberono tanpa arah tuju, aktiviti itu nanti takkan selari dengan matlamat asal.

Ibarat pandu kereta atau kapal terbang tanpa destinasi, akhirnya kita cuma buang masa, habis tenaga, dan tersasar jauh dari sasaran.

Jadi bagaimana nak betulkan balik arah tuju kita supaya tak tersasar lagi?

Jom dengar kupasan penuh Dr. JAKA dalam episod 1 ini.

Tujuan utama pentaksiran formatif adalah untuk bantu murid perbaiki pembelajaran dan bantu guru tambah baik cara mengajar. Sebab itu, sebelum mulakan pentaks...

Address

9-2, Jalan DaGang SB 4/1, Taman Sg. Besi Indah
Seri Kembangan
43300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gabungan Persatuan Pendidikan Islam Malaysia - GaPIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Gabungan Persatuan Pendidikan Islam Malaysia - GaPIM:

Shortcuts

Share