Pembina UPM

Pembina UPM Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA UPM) | Menyerlah Potensi, Membentuk Masa Depan

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA UPM) bertapak secara official di UPM dengan visi Meneraju Arus Mahasiswa.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UPM akan me...
25/06/2026

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) UPM akan mengadakan pencarian ahli jawatankuasa sokongan (JKS) bagi setiap exco PEMBINA UPM sesi 2026/2027

๐Ÿ“Permohonan ini terbuka kepada semua pelajar tetapi diutamakan kepada pelajar Tahun 1.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada JKS, anda dialu-alukan untuk mendaftarkan diri melaluiย  pautan Google Form di bawah:
๐Ÿ”—https://forms.gle/F47AA1ZVGsayswBT7

Tempoh permohonan ini akan dibuka dari 24/6/2026 sehingga 31/7/2026

Ayuh jangan lepaskan peluang ini untuk mengasah kemahiran dan menimba pengalaman dalam berorganisasi.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
0187786652 (Bro Haikal)
0137087097 (Sis Fatimah)

Sekian, terima kasih.

โœจ TARIKH-TARIKH PUASA SUNAT BULAN MUHARRAM 1448H โœจMuharram adalah antara bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT. Jangan le...
24/06/2026

โœจ TARIKH-TARIKH PUASA SUNAT BULAN MUHARRAM 1448H โœจ

Muharram adalah antara bulan yang dimuliakan oleh Allah SWT. Jangan lepaskan peluang untuk menambah amal dengan berpuasa sunat pada hari-hari yang dianjurkan.

๐Ÿ•Œ Puasa Tasu'a
๐Ÿ“… Khamis, 25 Jun 2026 (9 Muharram 1448H)

๐ŸŒ™ Puasa Asyura
๐Ÿ“… Jumaat, 26 Jun 2026 (10 Muharram 1448H)

โ˜€๏ธ Puasa Hari Putih (Ayyamul Bidh)
๐Ÿ“… Isnin, 29 Jun 2026 (13 Muharram 1448H)
๐Ÿ“… Selasa, 30 Jun 2026 (14 Muharram 1448H)
๐Ÿ“… Rabu, 1 Julai 2026 (15 Muharram 1448H)

๐Ÿ’š Rasulullah SAW bersabda:

"Puasa yang paling afdal selepas Ramadan ialah puasa pada bulan Allah iaitu Muharram."

(Riwayat Muslim, no. 1163)

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita untuk merebut peluang beramal dalam bulan yang penuh keberkatan ini. ๐Ÿคฒ




Biasa bangun sahur tak ? Kalau belum biasa, kena biasakan tau sebab dalam kita bersahur ni ada keberkatannya. Ni bukan k...
22/02/2026

Biasa bangun sahur tak ?

Kalau belum biasa, kena biasakan tau sebab dalam kita bersahur ni ada keberkatannya.

Ni bukan kami cakap tapi dalam hadis ada mengatakan.

Moga kita terus istiqamah untuk bangun bersahur lepas ni dan beroleh keberkatab dari Allah swt.

Salam ramadan kareem!



Jom kita sambut bulan ramadan ni dengan hati terbuka untuk memaafkan dan memperbanyakkan mohon keampunan dari Allah swt....
21/02/2026

Jom kita sambut bulan ramadan ni dengan hati terbuka untuk memaafkan dan memperbanyakkan mohon keampunan dari Allah swt.

Salam ramadan kareem.



Salam Penghulu Segala Hari Alhamdulillah, hari ni merupakan hari Jumaat pertama dalam bulan Ramadan. Semoga Allah permud...
20/02/2026

Salam Penghulu Segala Hari

Alhamdulillah, hari ni merupakan hari Jumaat pertama dalam bulan Ramadan.

Semoga Allah permudah segala urusan kita semua, diiberikan ketenangan dan kelancaran dalam setiap tugasan yang kita lakukan dan dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang dipikul dengan sebaik mungkin.

Jangan lupa baca Al-Kahfi ya hari ni. Moga Allah lipatgandakan pahala dan berikan kekuatan rohani buat diri kita ๐Ÿ’ซ


๐ŸŒ™โœจ Ahlan wa sahlan ya ramadan Bulan yang diberkati, bulan di mana pintu langit dibuka, pintu neraka ditutup, dan syaitan...
19/02/2026

๐ŸŒ™โœจ Ahlan wa sahlan ya ramadan

Bulan yang diberkati, bulan di mana pintu langit dibuka, pintu neraka ditutup, dan syaitan pun dibelenggu.

Ada malam yang istimewa iaitu malam lailatur qadr di mana satu malamnya lebih baik dari seribu bulan bersamaan 83 tahun!
Siapa tak nak, kan? ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ’›

Tapi bukan itu jeโ€ฆ bulan ni kita juga digalakkan untuk sebarkan berita gembira!
Kadang-kadang, satu ucapan manis, satu senyuman, atau kata semangat je, boleh buat hati orang lain tenang dan bahagia.

Jadi sambil kita puasa dan tingkatkan ibadah, jangan lupa juga bahagiakan orang sekeliling.
Sebab setiap kebaikan yang kita sebarkan, Allah gandakan pahalanya. ๐Ÿ™โœจ

Jom, jadikan Ramadan tahun ni bukan cuma bulan menahan lapar, tapi bulan penuh senyuman, kebaikan, dan berita gembira! ๐ŸŒธ



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Kami dari PEMBINA UPM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak ...
18/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Kami dari PEMBINA UPM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak ๐ŸŒ™โœจ

Semoga Ramadan kali ini menjadi medan untuk kita meningkatkan ketakwaan, memperbanyakkan amal soleh dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Moga setiap doa diangkat, setiap amal diterima dan setiap langkah perjuangan diberkati.

Ramadan Kareem ๐Ÿค


๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—œ๐˜€๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ถ๐—ธ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› ๐ŸŒ™โ€œMaha Suci Allah SWT yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad ๏ทบ) pada suatu malam dari M...
17/01/2026

๐—ฆ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—œ๐˜€๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ถ๐—ธ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—› ๐ŸŒ™

โ€œMaha Suci Allah SWT yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad ๏ทบ) pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya, untuk diperlihatkan kepada Baginda tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.โ€
(Surah Al-Israโ€™: 1)

๐Ÿ“… 27 Rejab 1447H

Dalam satu malam yang sunyi, Rasulullah ๏ทบ diangkat ketika baginda sedang terluka, diuji, dan disakiti.

Namun Allah tidak membiarkan hamba-Nya bersendirian.

Semoga peristiwa Israk Mikraj ini menjadi peringatan untuk kita memperkukuhkan iman dan takwa, memperbaiki amal ibadah, serta mencontohi akhlak mulia Rasulullah ๏ทบ dalam setiap aspek kehidupan.

Mudah-mudahan kita sentiasa istiqamah dalam mendirikan solat dan mendapat rahmat serta keberkatan daripada Allah SWT.


Address

Universiti Putra Malaysia, Serdang
Seri Kembangan
43400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pembina UPM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pembina UPM:

Shortcuts

Share