09/09/2026
PROJEK MENAIKTARAF TAMAN REKREASI MADANI
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1512262107593994&id=100064306587117
PROJEK NAIK TARAF TAMAN REKREASI MADANI TAMAN MALAYSIA, TAPAH, PERAK
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Landskap Negara telah melaksanakan Projek Taman Rekreasi MADANI di Taman Malaysia, Tapah, Perak yang melibatkan keluasan kawasan seluas 4.5 ekar.
Projek ini bertujuan menaik taraf komponen landskap sedia ada bagi meningkatkan kualiti, keselamatan dan keselesaan kawasan rekreasi awam, dengan tempoh pelaksanaan dari 03 April 2025 hingga 07 Ogos 2025 dan jumlah kelulusan kos sebanyak RM499,900.00.
Skop pelaksanaan projek ini merangkumi kerja-kerja menaik taraf bangku taman, laluan pejalan kaki, plaza, tangga, alat permainan kanak-kanak serta pembinaan entrance arch bagi memperkukuh fungsi dan imej kawasan rekreasi untuk kegunaan komuniti setempat.
Secara keseluruhan, projek ini melibatkan kerja-kerja membaik pulih, kerja-kerja mengecat, kerja-kerja penurapan asphalt, pembekalan taman permainan kanak-kanak serta kerja-kerja softscape selaras dengan aspirasi Taman Rekreasi MADANI dalam menyediakan persekitaran rekreasi awam yang selamat, berkualiti dan mesra komuniti.