Puspanita Cawangan Jabatan Perdana Menteri

Directions

Puspanita Cawangan Jabatan Perdana Menteri page rasmi PUSPANITA Cawangan Jabatan Perdana Menteri bermula tahun 2024

FORUM LITERASI UNDANG-UNDANG “CURANG TANPA NIAT”Forum Literasi Undang-Undang “Curang Tanpa Niat” anjuran Biro Pendidikan...
29/09/2026

FORUM LITERASI UNDANG-UNDANG “CURANG TANPA NIAT”

Forum Literasi Undang-Undang “Curang Tanpa Niat” anjuran Biro Pendidikan & Pembangunan Keluarga PUSPANITA Cawangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah berjaya dilaksanakan pada 21 September 2026, bertempat di Dewan Syeikh Daud Al-Fatani, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya dengan kehadiran peserta seramai 150 orang

Forum ini mengupas isu “Curang Tanpa Niat” dari perspektif undang-undang, amanah dan integriti, khususnya dalam memahami bagaimana sesuatu tindakan atau tingkah laku yang dianggap remeh boleh memberi implikasi terhadap kepercayaan, hubungan kekeluargaan serta tanggungjawab individu.

Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Tuan Mohamad Hairuddin bin Ab Rahim Penolong Pengarah BL, JKSM, Puan Yuhaniz binti Mohd Yusop
Pegawai Hal Ehwal Islam, Unit Integriti, Kementerian Sumber Manusia dan Puan Tuan Sara Waheeda binti Tuan Dir, Penolong Pengarah BPKR, JKSM selaku Moderator.

Antara objektif dan pengisian forum yang telah disampaikan oleh ahli panel antaranya adalah meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai literasi undang-undang dalam kalangan peserta, khususnya berkaitan isu kekeluargaan, amanah dan tanggungjawab. Memberi pendedahan tentang sempadan antara pergaulan, kepercayaan dan tindakan yang boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga. Di samping itu, membincangkan bagaimana sesuatu tindakan yang bermula tanpa niat untuk berlaku curang boleh berkembang menjadi isu yang memberi kesan dari sudut emosi, sosial, kekeluargaan dan perundangan dan memberi ruang kepada peserta untuk mendapatkan pandangan dan penjelasan daripada panel berpengalaman, sekali gus meningkatkan kesedaran tentang kepentingan memahami hak, tanggungjawab dan implikasi undang-undang.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para panelis, moderator serta seluruh peserta atas perkongsian, komitmen dan sokongan dalam menjayakan forum ini.

Semoga pengisian yang disampaikan dapat memberikan kesedaran, ilmu dan manfaat kepada semua peserta dalam membina kehidupan yang berteraskan amanah, integriti, kejujuran dan tanggungjawab.

PUSPANITA Cawangan JPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini.

Aqua Fitness PUSPANITA JPM 2026 telah diadakan pada 19 September 2026 (Sabtu) bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 11.30 ...
29/09/2026

Aqua Fitness PUSPANITA JPM 2026 telah diadakan pada 19 September 2026 (Sabtu) bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 11.30 pagi di Marina Putrajaya.

Seramai 30 orang peserta telah menyertai program ini.
Program Aqua Fitness merupakan aktiviti kecergasan yang dijalankan dalam kolam renang dengan menggabungkan elemen senaman aerobik dan gerakan. Aktiviti ini dilaksanakan dalam suasana yang santai, menyeronokkan dan interaktif.

Program ini diadakan bertujuan untuk
menggalakkan amalan gaya hidup sihat & aktif dalam kalangan ahli PUSPANITA JPM;
selain meningkatkan kecergasan fizikal dan
mengeratkan hubungan silaturrahim serta semangat kerjasama dalam kalangan peserta.

Program ini berjaya mewujudkan suasana riadah yang positif dan ceria di samping menggalakkan peserta untuk menjaga kesihatan dan kecergasan diri.

Secara keseluruhannya, program Aqua Fitness PUSPANITA JPM 2026 telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta. Diharapkan aktiviti seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha memupuk budaya hidup sihat, aktif dan harmoni dalam kalangan ahli PUSPANITA.

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 (𝐉𝐏𝐌) 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔Mesyuarat Jawatankuasa PUSP...
29/09/2026

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐃𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 (𝐉𝐏𝐌) 𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝟑 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔

Mesyuarat Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Bilangan 3 Tahun 2026 telah diadakan pada 17 September 2026 (Khamis), jam 2.30 petang, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 8, Blok C1, Jabatan Perkhidmatan Awam.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Puan Sri Dr. Azlifah binti Bahari, Pengerusi PUSPANITA Cawangan JPM. Mesyuarat turut dihadiri oleh YBhg. Datin Rosiawati binti Mohd. Rahim, Timbalan Pengerusi I, YBhg. Datin Seri Safiah binti Md. Tahir, Timbalan Pengerusi III PUSPANITA Cawangan JPM, serta Pengerusi-pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil (PCK) dan wakil daripada 29 PCK di bawah PUSPANITA Cawangan JPM.

Antara perkara utama yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah berkaitan perancangan program PUSPANITA Cawangan JPM bagi bulan September hingga November 2026, laporan keahlian PUSPANITA Cawangan JPM sehingga 31 Ogos 2026 yang mencatatkan seramai 13,237 orang ahli, serta laporan kewangan PUSPANITA Cawangan JPM sehingga September 2026.

Mesyuarat turut diserikan dengan sambutan ulang tahun kelahiran Pengerusi-pengerusi PCK dan Ahli Jawatankuasa Induk bagi bulan Jun, Julai, Ogos dan September 2026.

Pada akhir mesyuarat, YBhg. Puan Sri Dr. Azlifah binti Bahari berharap agar semangat kebersamaan, keikhlasan dan sikap saling membantu terus menjadi budaya dalam kalangan warga PUSPANITA Cawangan JPM. Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama dan komitmen semua pihak dalam memastikan setiap perancangan serta program yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat yang ditetapkan.

Semoga semangat kebersamaan dan ukhuwah yang terjalin terus menjadi kekuatan dalam memperkukuh PUSPANITA Cawangan JPM sebagai sebuah organisasi yang sentiasa cakna, prihatin dan komited dalam melaksanakan tanggungjawab.

PART 9HARI TERAKHIR – PERJALANAN PULANG BERMULA13 September 2026 | Persiapan dan Perjalanan PulangPada awal jam 7.30 pag...
29/09/2026

PART 9

HARI TERAKHIR – PERJALANAN PULANG BERMULA

13 September 2026 | Persiapan dan Perjalanan Pulang

Pada awal jam 7.30 pagi, peserta berkumpul Restoran Sang Suria untuk menikmati sarapan pagi dan tibalah masa untuk mengakhiri pengembaraan Program Eksplorasi Alam dan CSR PUSPANITA Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2026 di Pulau Redang.

Setelah itu, pada jam 10.30 pagi, semua peserta telah check out dan Bersiap sedia untuk ke Jeti Laguna Redang bagi menunggu feri Laguna bergerak ke Jeti Taman Tamadun Islam. PUSPANITA Cawangan JPM telah diberi layanan istimewa oleh pihak Laguna Redang kerana telah diletakkan di bahagian atas feri dengan menikmati keindahan laut dari posisi atas.

Pada hari terakhir, para peserta bergerak meninggalkan Pulau Redang menuju ke Jeti Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu dengan membawa bersama seribu satu kenangan sepanjang tiga hari program. Setibanya di Jeti TTI, YBhg. Puan Sri Dr. Azlifah binti Bahari, Pengerusi PUSPANITA Cawangan JPM dan rombongan disambut oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu (ICU Terengganu). Pihak PUSPANITA Cawangan JPM juga turut berbesar hati menyampaikan penghargaan cenderamata kepada kepada YBhg. To’ Puan Hajah Iza Mardiana binti Mohd Zakaria, Pengerusi PUSPANITA ICU Terengganu, Encik Huzaifah bin Jaafar dari Jabatan Perikanan Negeri Terengganu, Leftenan Muhammad Izzat bin Saharizaman selaku Ketua Misi di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Koperal Amirul Hafiz bin Che Musa wakil polis pengiring dari pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.
Seterusnya peserta menaiki bas dan meneruskan perjalanan ke Pasar Payang, Kuala Terengganu bagi penjanaan ekonomi setempat. Pasar Payang ialah antara lokasi ikonik di Kuala Terengganu, terkenal sebagai pusat membeli-belah tradisional yang menawarkan pelbagai barangan tempatan seperti batik, songket, makanan tradisonal, produk makanan laut, kraftangan dan cenderamata. Lebih kurang jam 6.00 petang, kedua-dua bas bergerak balik ke Kuala Lumpur dan Putrajaya. Sepanjang perjalanan, semua peserta agak keletihan dan berehat untuk memulakan sesi di pejabat pada hari isnin.

Pada jam 1.20 pagi, 14 September 2026, rombongan telah selamat tiba di Kuala Lumpur dan Putrajaya. Perjalanan yang bermula dengan semangat kebersamaan ini meninggalkan begitu banyak kenangan daripada khidmat masyarakat di SK Wakaf Mempelam, menikmati keindahan Pulau Redang, meneroka khazanah marin, menyaksikan usaha pemuliharaan penyu, sehinggalah menikmati detik-detik santai bersama dalam suasana yang penuh kemesraan.

Setiap destinasi mungkin telah kami tinggalkan, namun kenangan, pengalaman dan nilai kebersamaan yang tercipta akan terus menjadi memori yang indah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Puan Sri Dr. Azlifah binti Bahari, Pengerusi PUSPANITA Cawangan JPM, Pengerusi PCK, barisan urus setia, semua peserta serta semua pihak yang telah menjayakan program ini.

PART 8MATCHA STRAWBERRY NIGHT – SEPETANG KENANGAN, SEMALAM KEMESRAAN12 September 2026 | Majlis Makan Malam: Matcha Straw...
29/09/2026

PART 8

MATCHA STRAWBERRY NIGHT – SEPETANG KENANGAN, SEMALAM KEMESRAAN

12 September 2026 | Majlis Makan Malam: Matcha Strawberry

Malam di Pulau Redang diteruskan dengan Sesi Makan Malam bertemakan “Matcha Strawberry”, yang berlangsung dalam suasana santai, ceria dan penuh kemesraan pada jam 7.30 malam di Restoran Sang Suria, Laguna Redang.
Sentuhan warna matcha yang segar digabungkan dengan rona strawberry yang manis dan ceria, menceriakan suasana makan malam serta menambahkan keistimewaan pada malam kebersamaan warga PUSPANITA JPM.

Sambil menikmati hidangan, para peserta berpeluang beramah mesra, berkongsi pengalaman dan mengimbau kembali pelbagai momen menarik sepanjang aktiviti eksplorasi alam dan CSR yang telah dilalui.
Lebih daripada sekadar makan malam, sesi ini menjadi ruang untuk mengeratkan ukhuwah, meraikan kebersamaan dan mencipta kenangan indah bersama-sama.
Setelah selesai Makan Malam, kami semu bergerak bagi sesi bergambar dan seterusnya sesi karaoke sebagai hiburan santai malam. Para peserta mengambil kesempatan untuk tampil menceriakan malam dengan persembahan lagu pilihan masing-masing. Ada yang berani menjadi penyanyi utama, ada yang menjadi penyokong setia di belakang tabir, namun semuanya berkongsi satu perkara, iaitu menikmati masa bersama dan mencipta kenangan. Lebih kurang jam 10.40 malam, sesi karaoke selesai dan peserta p**ang ke bilik untuk berehat.

PART 7SARAPAN PAGI – MENGUMPUL TENAGA UNTUK HARI KEDUA  12 September 2026 | Program Eksplorasi AlamHari kedua Program Ek...
29/09/2026

PART 7

SARAPAN PAGI – MENGUMPUL TENAGA UNTUK HARI KEDUA

12 September 2026 | Program Eksplorasi Alam

Hari kedua Program Eksplorasi Alam dan CSR PUSPANITA Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2026 dimulakan dengan sarapan pagi di Restoran Sang Suria seawal jam 7.00 pagi dengan diringi oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sepanjang program di Pulau Redang diadakan.

Sambil menikmati hidangan dalam suasana pagi yang nyaman, para peserta mengambil kesempatan untuk berehat dan mengumpul tenaga sebagai persiapan bagi meneruskan pelbagai aktiviti Eksplorasi Alam dan Marin yang telah dirancang.

Pada jam 8.30 pagi, semua peserta berkumpul ke Jeti Laguna dengan menaiki buggy dan tram, seterusnya menaiki tiga (3) buah bot yang telag dibahagi mengikut kump**an yang telah ditetapkan.
Perjalanan program bermula dengan dengan mengunjungi beberapa lokasi menarik di sekitar perairan Pulau Redang, iaitu Pasir Akar, Ekor Tebu dan Pulau Lima. Setiap tempat ditetapkan dengan tempoh masa 45 minit bagi aktiviti snorkeling. Pengalaman meneroka keindahan alam marin ini memberikan peluang kepada para peserta untuk menyaksikan sendiri kekayaan ekosistem laut serta keindahan khazanah semula jadi yang terdapat di perairan Pulau Redang.

Aktiviti ini bukan sahaja menjadi pengalaman yang menyeronokkan, malah turut meningkatkan kesedaran peserta mengenai kepentingan pemeliharaan ekosistem marin, biodiversiti dan kelestarian alam sekitar.

Dalam tempoh lebih kurang 3 jam, bermula di Pasir Akar dan Ekor Tebu sangat menarik kerana kawasan perairannya menawarkan pengalaman menikmati air laut yang jernih, terumbu karang dan kepelbagaian hidupan marin. Aktiviti snorkeling di kawasan sebegini memberi peluang peserta melihat sendiri keindahan ekosistem bawah laut. Manakala, Pulau Lima p**a memberikan pengalaman menikmati keindahan p**au-p**au kecil dan perairan sekitarnya.
Kawasan ini sesuai diketengahkan dari sudut panorama laut, kejernihan air dan pengalaman eksplorasi marin.

Setelah selesai aktiviti ekplorasi alam sebelah pagi, semua peserta p**ang ke Laguna Redang untuk menikmati makan tengah hari di Restoran Sang Suria. Setelah itu, Eksplorasi Alam di teruskan dengan menaiki bot ke Turtle Point, Teluk Dalam kerana kawasan ini memberikan peluang untuk peserta mengenali habitat penyu dan ekosistem marin dengan lebih dekat. Antara tarikan yang boleh diketengahkan ialah:

i. kawasan ini dikenali sebagai salah satu lokasi untuk aktiviti melihat penyu di sekitar Redang. Namun, penyu ialah hidupan liar, jadi penampakan tidak semestinya berlaku setiap kali.
ii. kejernihan air membantu peserta menikmati pemandangan dasar laut dan hidupan marin.
iii. kawasan sekitar Teluk Dalam mempunyai persekitaran marin yang sesuai untuk aktiviti snorkeling.
iv. peserta berpeluang melihat ikan-ikan tropika dan organisma marin lain dan
v. pengalaman melihat penyu dalam habitat semula jadinya boleh meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan pantai, laut dan habitat hidupan marin.

Setelah selesai aktiviti di Turtle Point, Teluk Dalam, kami bergerak ke Little Maldives salah satu lokasi yang mencuri perhatian para peserta dengan keindahan panorama lautnya yang mempesonakan. Air laut yang jernih dan berwarna biru kehijauan, dipadankan dengan hamparan pasir putih dan suasana tropika yang mendamaikan, menjadikan Little Maldives sebuah lokasi yang cukup istimewa untuk menikmati keindahan alam.

Kebanyakan peserta tidak melepaskan peluang bergambar di pesisiran pasir untuk dijadikan kenangan di Pulau Redang.
Pengembaraan Eksplorasi Alam PUSPANITA JPM 2026 diteruskan ke Pulau Paku, sebuah p**au kecil yang menawarkan pengalaman menikmati keindahan alam semula jadi dan perairan sekitar Pulau Redang.

Selain keindahan alam, kunjungan ke Pulau Paku turut memberi ruang kepada peserta untuk menghayati kepentingan pemeliharaan ekosistem marin dan memastikan khazanah laut terus terpelihara untuk generasi akan datang.

Pada jam 5.00 petang, kami bergerak ke Laguna Redang Islang Resort untuk berehat seketika dan menunggu program Makan Malam bertemakan Matcha Strawberry.

PART 6PROGRAM “CSR: LOVE TURTLES”11 September 2026 | Teluk DelimaPada jam 6.00 petang, peserta bergerak menaiki buggy da...
29/09/2026

PART 6

PROGRAM “CSR: LOVE TURTLES”

11 September 2026 | Teluk Delima

Pada jam 6.00 petang, peserta bergerak menaiki buggy dan tram ke Teluk Delima bagi program “CSR: LOVE TURTLES” bersama dengan Jabatan Perikanan Negeri Terengganu. Ia merupakan salah satu pengisian yang cukup bermakna dalam Program Eksplorasi Alam dan CSR PUSPANITA Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2026. Kehadiran YBhg. Puan Sri Dr. Azlifah binti Bahari, Pengerusi PUSPANITA Cawangan JPM dan semua peserta memberikan pengalaman istimewa kerana dapat menyaksikan dan turut serta dalam usaha pemuliharaan serta perlindungan penyu, yang merupakan antara khazanah marin penting di perairan Terengganu.

Saat anak-anak penyu dilepaskan menuju ke laut menjadi satu pengalaman yang cukup menyentuh hati. Melihatnya bergerak perlahan menuju ke lautan luas mengingatkan kita bahawa kelestarian alam merupakan tanggungjawab bersama.
Melalui aktiviti ini, para peserta bukan sahaja berpeluang mengenali kehidupan dan habitat penyu dengan lebih dekat, malah dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya memelihara ekosistem marin dan melindungi hidupan liar untuk generasi akan datang.

Setiap penyu yang dilepaskan membawa bersamanya sebuah harapan agar terus hidup, membesar dan suatu hari nanti kembali ke pantai yang sama untuk meneruskan kitaran kehidupan.

Setelah selesai program Pelepasan Penyu, pada jam 7.00 malam, peserta menikmati makan malam di Restoran Sang Suria dalam suasana santai dan penuh kemesraan dengan berkenalan antara satu sama lain kerana pelaksanaan program ini melibatkan pelbagai agensi dan jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

PART 5SESI OOTD Soft & Airy : Touch of Sky Blue11 September 2026 | Laguna RedangKeceriaan Program Eksplorasi Alam dan CS...
29/09/2026

PART 5

SESI OOTD Soft & Airy : Touch of Sky Blue

11 September 2026 | Laguna Redang

Keceriaan Program Eksplorasi Alam dan CSR PUSPANITA Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2026 diteruskan dengan sesi OOTD pada jam 4.30 petang – “Soft & Airy: Touch of Sky Blue” di Pulau Redang. Bertemakan pakaian seluar jeans biru dan pilihan warna sky blue, denim blue dan white bagi baju, peserta bergambar berlatar belakang laut biru yang membiru dan langit yang cerah.

Sesi OOTD ini bukan sekadar ruang untuk bergaya dan merakam gambar kenangan, tetapi turut menjadi platform mengeratkan ukhuwah, menceriakan suasana dan mengabadikan momen kebersamaan sepanjang program. Setiap senyuman, gaya dan detik yang dirakam menjadi kenangan manis yang akan terus dikenang kerana perjalanan yang indah bukan hanya tentang destinasi, tetapi tentang siapa yang bersama-sama mencipta cerita sepanjang perjalanan tersebut.

PART 4MENGISI PERUT, MENYUSUN TENAGA & CHECK-IN DI LAGUNA REDANG11 September 2026 | Laguna RedangSetibanya di Laguna Red...
29/09/2026

PART 4

MENGISI PERUT, MENYUSUN TENAGA & CHECK-IN DI LAGUNA REDANG

11 September 2026 | Laguna Redang

Setibanya di Laguna Redang pacda jam 1.50 petang, YBhg. Puan Sri Dr. Azlifah binti Bahari, Pengerusi PUSPANITA Cawangan JPM dan rombongan disambut dengan welcome drinks sangat Istimewa dan pihak Laguna mengambil kesempatan dengan merakam detik istimewa bersama YBhg. Puan Sri Dr. Azlifah binti Bahari, Pengerusi PUSPANITA Cawangan JPM bagi sesi menandatangani buku pelawat sebagai tanda kenangan dan kunjungan rasmi ke Laguna Redang.

Seterusnya peserta menikmati makan tengah hari bersama-sama setelah melalui perjalanan yang panjang dari Putrajaya. Suasana santai dan ceria mengiringi waktu makan, sambil para peserta mengambil kesempatan untuk berehat seketika dan mengumpul tenaga sebelum meneruskan aktiviti seterusnya.

Selesai menikmati hidangan, para peserta kemudiannya membuat check-in dan daftar masuk ke penginapan. Ketibaan di Laguna Redang menjadi detik yang dinanti-nantikan apabila para peserta akhirnya berpeluang menikmati suasana p**au yang indah dan mendamaikan.

PART 3PERJALANAN MENUJU PULAU REDANG BERMULA!11 September 2026 | Jeti Tamadun Islam, Kuala TerengganuPada jam 10.30 pagi...
29/09/2026

PART 3

PERJALANAN MENUJU PULAU REDANG BERMULA!

11 September 2026 | Jeti Tamadun Islam, Kuala Terengganu

Pada jam 10.30 pagi, setelah selesai melaksanakan program CSR di SK Wakaf Mempelam, perjalanan peserta Program Eksplorasi Alam dan CSR PUSPANITA Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2026 diteruskan dengan menaiki Feri Redang dari Jeti Tamadun Islam pada 11 September 2026. Kami menaiki feri Laguna Redang pada jam 12.00 tengah hari yang mengambil masa selama lebih kurang 1 jam 45 minit ke Laguna Redang. Dengan penuh keterujaan, para peserta menaiki feri untuk meneruskan perjalanan merentasi perairan Kuala Terengganu menuju ke Pulau Redang, destinasi yang dinanti-nantikan.
Sepanjang perjalanan, para peserta berpeluang menikmati panorama laut yang luas, hembusan angin laut serta pemandangan indah perairan Terengganu. Suasana ceria dan penuh kemesraan jelas terpancar dalam kalangan peserta, menjadikan perjalanan ke Pulau Redang sebahagian daripada pengalaman yang cukup bermakna.

Perjalanan menaiki feri ini menjadi pembuka tirai kepada pelbagai aktiviti eksplorasi marin dan alam semula jadi yang bakal dilalui, selain menjadi ruang untuk mengeratkan ukhuwah dan memperkukuh semangat kebersamaan warga PUSPANITA JPM.

TIBA DI LAGUNA REDANG – PENGEMBARAAN BERMULA!

Pada jam 1.40 petang kami tiba di jeti Laguna. Setibanya di Laguna Redang, para peserta Program Eksplorasi Alam dan CSR PUSPANITA Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2026 meneruskan perjalanan dengan menaiki buggy dan tram menuju ke penginapan. Perjalanan singkat menaiki buggy dan tram pastinya memberikan pengalaman tersendiri kepada para peserta, sambil menikmati suasana tropika dan keindahan persekitaran Pulau Redang.

Keceriaan jelas terpancar di wajah para peserta setelah menempuh perjalanan dari Putrajaya hingga ke destinasi. Ketibaan di Laguna Redang menandakan bermulanya pengembaraan yang dinanti-nantikan. Semasa di dalam Feri, YBhg. Puan Sri Dr. Azlifah binti Bahari, Pengerusi PUSPANITA Cawangan JPM dan AJK sempat merakam memori indah dan keindahan pemandangan laut serta merakam detik indah ketika melalui Jambatan Angkat Kuala Terengganu (Drawbridge) yang merupakan mercu tanda ikonik Terengganu dengan reka bentuk moden dan boleh diangkat untuk laluan kapal.

Address

Seri Kembangan

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita Cawangan Jabatan Perdana Menteri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share