Wanita IKRAM Malaysia

Directions Contact the organization

Wanita IKRAM Malaysia Wanita IKRAM memainkan peranan penting dalam bersama-sama menggembleng tenaga wanita demi mencapai wawasan dan melaksanakan strategi IKRAM.

Wanita IKRAM Malaysia adalah sayap kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Usaha kami termasuk perjuangan menentang isu gangguan seksual dan nafkah wanita, pembangunan kanak-kanak, pembangunan wanita dan kesihatan mental wanita. Hal ini termasuklah memperjuangkan isu-isu wanita di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta membela hak-hak mereka seperti yang digariskan oleh syarak. Wanita IKRAM komited untuk membangunkan potensi dan kepemimpinan wanita yang akan menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan ummah seluruhnya. Wanita IKRAM percaya bahawa dalam memperjuangkan isu-isu wanita, Wanita IKRAM tidak akan bergerak bersendirian malah menjalin hubungan dan membina gabungan dengan pertubuhan-pertubuhan wanita yang lain. Tujuan penubuhan sayap wanita IKRAM tercatat di dalam fasal 3 UUKWI, iaitu:

3.1 Menggembleng tenaga wanita untuk mencapai wawasan dan melaksanakan strategi IKRAM.
3.2 Memperjuangkan isu-isu wanita diperingkat kebangsaan dan antarabangsa serta membela hak-hak mereka seperti digariskan oleh syarak.
3.3 Membangun potensi dan kepimpinan wanita yang menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan ummah.
3.4 Membolehkan perkongsian yang adil terhadap ruang dan peluang penglibatan, manfaat pembangunan dan sumber-sumber di antara wanita dan lelaki.
3.5 Mempertahan dan mengukuhkan sistem kekeluargaan Islam
3.6 Memainkan peranan efektif dalam membina keluarga du`at.
3.7 Mewujudkan wacana, menjalin hubungan dan membina gabungan di kalangan pertubuhan wanita dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan wanita.

|| Lensa Wanita IKRAM || 14 Oktober 2026Solidariti Bersama Palestin di Majlis Makan Malam Sumud NusantaraBangi, 13 Oktob...
14/10/2026

|| Lensa Wanita IKRAM || 14 Oktober 2026
Solidariti Bersama Palestin di Majlis Makan Malam Sumud Nusantara

Bangi, 13 Oktober 2026 – Wanita IKRAM Malaysia telah menghadiri Majlis Makan Malam Sumud Nusantara bersempena Global Sumud Congress 2026 yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Center, sebagai NGO jemputan di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia - Yadim

Majlis anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM : Malaysian Consultative Council for Islamic Organization) dengan kerjasama Cinta Gaza Malaysia Official, Cinta Salam Malaysia - CSM dan MyAqsa Defenders ini menghimpunkan pelbagai pihak yang berkongsi aspirasi dan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Antara pengisian majlis ialah pameran dan Sumud Talk: The Road Ahead, ucapan wakil Global Sumud Flotilla (GSF), ucapan Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, serta jamuan makan malam dan persembahan. Majlis turut disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, selaku Penaung Perdana Sumud Nusantara.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen Wanita IKRAM untuk terus bersama-sama menyuarakan solidariti terhadap rakyat Palestin serta menyokong usaha kemanusiaan dan perjuangan menegakkan keadilan buat mereka.

Semoga semangat sumud terus menyatukan kita dalam memperjuangkan keadilan buat Palestin. Mudah-mudahan solidariti rakyat Malaysia tidak sekadar menjadi ungkapan, tetapi terus diterjemahkan melalui doa, kesedaran dan tindakan yang berterusan, demi sebuah Palestin yang merdeka, aman dan bermaruah.

Agak-agak, ada tak sesuatu yang anak kita simpan dalam hati, tapi tak tahu macam mana nak cakap? 💭 Pertandingan Warkah C...
13/10/2026

Agak-agak, ada tak sesuatu yang anak kita simpan dalam hati, tapi tak tahu macam mana nak cakap? 💭

Pertandingan Warkah Cilik 2026

Membuka ruang selamat untuk anak-anak meluahkan isi hati mereka, sama ada harapan, impian atau kerisauan.
Luahan ini disampaikan melalui lukisan atau tulisan kepada seseorang yang istimewa dalam hidup mereka.

✉️ "Dari Mata Anak, Untuk Dunia Kita"
📅 13 Oktober – 7 November 2026
👧🧒 Terbuka kepada semua kanak-kanak Malaysia berumur 4–17 tahun

Kategori:
A (4–6 tahun): Lukisan Hatiku
B (7–9 tahun): Kad Luahan Hati
C (10–12 tahun): Surat dari Hati
D (13–15 tahun) & E (16–17 tahun): Bisikan Hatiku

🏆 Hadiah bagi setiap kategori:

🥇Tempat Pertama: RM150 + Hadiah
🥈Tempat Kedua: RM100 + Hadiah
🥉Tempat Ketiga: RM50 + Hadiah
🎁5 hadiah saguhati

📜 E-sijil untuk semua peserta

📌Maklumat lanjut & syarat penyertaan:
[canva] https://canva.link/5lvsxg3qiquwmva
[pdf] https://bit.ly/3TWSyKZ

📌Borang penyertaan: https://forms.gle/p5db6kT6aDt1NZbZ6

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Puan Mursyidah (013-202 9924)
https://wa.me/mursyidahmdyusof

Anjuran Wanita IKRAM Malaysia

|| Lensa Wanita IKRAM || 12 Oktober 2026Muzakarah Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat Wanita IKRAM Pusat & Negeri 2026Men...
12/10/2026

|| Lensa Wanita IKRAM || 12 Oktober 2026
Muzakarah Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat Wanita IKRAM Pusat & Negeri 2026

Menyelaras Gerak Kerja, Memperkasa Pendidikan Masyarakat

Alhamdulillah, Muzakarah Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat (JKPM) Wanita IKRAM Pusat dan Negeri 2026 telah berlangsung pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) di Dewan Utama, Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Muzakarah ini menghimpunkan seramai 48 orang peserta dari 14 negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, termasuk jawatankuasa (JK) bagi berkongsi pandangan, pengalaman dan amalan terbaik dalam gerak kerja Pendidikan Masyarakat untuk wanita dan kanak-kanak.

Antara fokus utama muzakarah ialah:
* Penyelarasan gerak kerja Pendidikan Masyarakat bagi wanita dan kanak-kanak.
* Perkongsian naratif Pendidikan Masyarakat JK Wanita.
* Perkongsian aktiviti negeri.
* Sumbangsaran tentang pengukuran impak program Pendidikan Masyarakat.

Muzakarah ini menjadi ruang untuk menyelaraskan hala tuju, memperkukuh kerjasama dan meningkatkan keberkesanan gerak kerja Pendidikan Masyarakat agar usaha yang dilaksanakan lebih terarah serta memberi impak kepada masyarakat.

Semoga segala perkongsian dan hasil muzakarah ini menjadi pemangkin kepada gerak kerja yang lebih tersusun, berkesan dan berterusan dalam membina masyarakat yang sejahtera.

10/10/2026

Kita tidak perlu memikul segalanya sendirian. Meminta bantuan bukan tanda kelemahan, tetapi satu bentuk keberanian untuk menjaga diri sendiri.

Selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia
🗓️ 10 Oktober 2026

Dengar. Faham. Sokong. 💚

🌿 HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2026 - 10 OKTOBER 2026“Pengalaman Hidup Didengari: Suara Sebenar, Perubahan Sebenar.”Set...
09/10/2026

🌿 HARI KESIHATAN MENTAL SEDUNIA 2026 - 10 OKTOBER 2026
“Pengalaman Hidup Didengari: Suara Sebenar, Perubahan Sebenar.”

Setiap insan melalui perjalanan hidup yang berbeza. Ada kisah yang mudah diceritakan, ada juga yang tersimpan jauh di dalam hati.

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia 2026, marilah kita bersama-sama membina ruang yang selamat untuk mendengar, memahami dan menghargai pengalaman hidup setiap insan, khususnya mereka yang mungkin sedang berdepan cabaran kesihatan mental.

Kadangkala, satu pendengaran yang ikhlas mampu menjadi titik mula kepada perubahan. 🤍
Ayuh kita:
🌱 Berani bersuara dan berkongsi pengalaman.
🌱 Sedia mendengar tanpa menghakimi.
🌱 Saling menyokong dalam menghadapi cabaran.
🌱 Bersama membina masyarakat yang lebih prihatin dan cakna terhadap kesihatan mental.
🌱Berani dapatkan bantuan untuk kualiti hidup yang lebih baik.

Kerana setiap suara penting, setiap pengalaman berharga, dan setiap insan berhak untuk didengari.

|| Lensa Wanita IKRAM || 7 Oktober 2026Forum Kebahagiaan Rumah Tangga “Tenangkan Emosi, Eratkan KASIH”KUALA LUMPUR, 5 OK...
07/10/2026

|| Lensa Wanita IKRAM || 7 Oktober 2026
Forum Kebahagiaan Rumah Tangga “Tenangkan Emosi, Eratkan KASIH”

KUALA LUMPUR, 5 OKTOBER 2026 – Wanita IKRAM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) atas penganjuran Forum Kebahagiaan Rumah Tangga “Tenangkan Emosi, Eratkan KASIH” sempena Bulan Kaunseling Kebangsaan 2026.

Forum yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, menghimpunkan 1,400 peserta secara bersemuka dan dalam talian, selain mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai aktiviti psikopendidikan pertama seumpamanya di negara ini.

Usaha membina keluarga bahagia perlu bermula dengan membina individu yang mampu mengurus emosi. Dalam kehidupan berkeluarga, konflik dan tekanan mungkin tidak dapat dielakkan. Namun, kemampuan untuk mengenal emosi, mengurus kemarahan, berkomunikasi dengan baik dan mendapatkan bantuan pada waktunya boleh menjadi titik perbezaan antara konflik yang berpanjangan dengan hubungan yang kembali dipulihkan.

Sebanyak 100 Sesi Kelompok Psikopendidikan Keluarga yang dikendalikan oleh kaunselor profesional turut memberi ruang kepada peserta memahami pencetus emosi, mengurus kemarahan serta mengenal pasti tanda awal konflik dalam rumah tangga.

Wanita IKRAM turut menghargai usaha LPPKN menyediakan perkhidmatan kaunseling keluarga dan Badan Pendamai Keluarga, yang memberi ruang kepada pasangan mendapatkan sokongan sebelum masalah menjadi lebih serius. Pendekatan mendapatkan bantuan lebih awal perlu terus diperkasa agar masalah keluarga dapat ditangani sebelum menjadi lebih serius.

Kita mahu budaya mendapatkan bantuan menjadi sesuatu yang normal, bukan hanya apabila rumah tangga sudah berada di hujung tanduk. Kesejahteraan emosi ibu dan ayah bukan isu peribadi semata-mata. Ia memberi kesan kepada suasana rumah, perkembangan anak-anak dan akhirnya membentuk generasi yang akan datang.

Wanita IKRAM menyokong usaha berterusan KPWKM dan LPPKN dalam memperluas akses kepada pendidikan keluarga, sokongan psikologi dan perkhidmatan kaunseling yang berkualiti agar lebih banyak keluarga dapat dibantu sebelum konflik menjadi krisis.

Tahniah KPWKM, LPPKN dan semua pihak yang menjayakan inisiatif ini.

Keluarga yang tenang bukan keluarga tanpa masalah, tetapi keluarga yang tahu bagaimana menghadapi masalah bersama. Semoga usaha ini terus menyemarakkan budaya KASIH dalam keluarga dan menyumbang kepada pembinaan masyarakat yang lebih sejahtera.

|| Lensa Wanita IKRAM || 5 Oktober 2026Program Dakwah Negara (PDN) 2026: Membangun Adab, Membina Negara.Membangun adab b...
05/10/2026

|| Lensa Wanita IKRAM || 5 Oktober 2026
Program Dakwah Negara (PDN) 2026: Membangun Adab, Membina Negara.

Membangun adab bukan sekadar membentuk peribadi, tetapi langkah awal untuk membina keluarga, masyarakat dan sebuah negara.

Alhamdulillah, Wanita IKRAM Malaysia turut mengambil bahagian dalam usaha memperkasa gerakan dakwah nasional menerusi Program Dakwah Negara (PDN) 2026 bertemakan “Membangun Adab, Membina Negara.”

PDN 2026 telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada 3 Oktober 2026 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan, dengan menghimpunkan gerakan dakwah dan rakan strategik dari seluruh negara. Program yang berlangsung dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2026 ini menyasarkan 500 program dengan penglibatan sekurang-kurangnya 10,000 peserta secara fizikal dan digital.

Dalam ucapan pelancaran, Senator Dr. Zulkifli menegaskan kepentingan usaha dakwah yang lebih tersusun, menyeluruh dan responsif terhadap keperluan masyarakat semasa. Beliau turut menekankan bahawa dakwah bukan hanya untuk golongan Muslim, bahkan perlu menyumbang kepada pembangunan masyarakat, keharmonian dan kehidupan bersama.

Majlis turut menyaksikan perasmian Permukiman Zamalah YADIM Peringkat Kebangsaan yang menghimpunkan lebih 700 peserta, termasuk 250 ejen dakwah YADIM dari seluruh negara. Permukiman ini memberi tumpuan kepada perubahan sosial dan peranan dakwah dalam menangani isu semasa, termasuk pemanfaatan teknologi sebagai medium mendekati masyarakat.

Wanita IKRAM dari pelbagai negeri turut menyertai Permukiman Zamalah sebagai daie komuniti dan daie muda. Penglibatan ini mencerminkan iltizam Wanita IKRAM untuk terus memperluas sumbangan dakwah dan membina jaringan kerjasama yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Semoga usaha yang digerakkan bersama ini terus menyemarakkan dakwah yang dekat dengan masyarakat, membina insan dan menyumbang kepada negara.

|| Lensa Wanita IKRAM || 4 Oktober 2026Siri Webinar Welcome Onboard Wanita IKRAM (WOW) — Sesi 3Alhamdulillah, Siri Webin...
04/10/2026

|| Lensa Wanita IKRAM || 4 Oktober 2026
Siri Webinar Welcome Onboard Wanita IKRAM (WOW) — Sesi 3

Alhamdulillah, Siri Webinar Welcome Onboard Wanita IKRAM (WOW) diteruskan lagi dengan sesi yang menghimpunkan para Bendahari dan Pemeriksa Kira-kira Wanita IKRAM Negeri dan Kawasan.

Sesi kali ini telah diadakan secara dalam talian pada 30 September yang lalu dan diserikan dengan perkongsian daripada Prof. Madya Dr. Norzitah Abdul Karim, Bendahari Wanita IKRAM Malaysia, sebagai ruang untuk saling mengenali, memahami amanah dan peranan, serta mendekati gerak kerja Wanita IKRAM.

Pertemuan ini menjadi satu lagi langkah bermakna dalam membina kesatuan, mempererat ukhuwah dan menyuburkan semangat untuk terus berkhidmat dengan amanah, bekerja dengan ihsan dan bergerak sebagai satu pas**an.

Semoga sesi ini dapat memperluas kefahaman, meningkatkan kejelasan dalam pelaksanaan tugas serta memperkukuh kerjasama dalam menjayakan gerak kerja Wanita IKRAM di setiap peringkat.

🌷 PENUAAN SIHAT, PILIHAN BERMAKNAUsia makin bertambah, banyak perkara yang masih boleh kita lakukan.Penuaan yang sihat b...
02/10/2026

🌷 PENUAAN SIHAT, PILIHAN BERMAKNA

Usia makin bertambah, banyak perkara yang masih boleh kita lakukan.

Penuaan yang sihat bukan sekadar tentang tubuh yang sihat. Kita juga perlu kekal aktif, jaga hubungan dengan orang sekeliling, terus buat perkara yang kita s**a dan paling penting, sentiasa dekat dengan Allah SWT.

Sempena Hari Warga Emas, 1 Oktober, jom kita lihat usia sebagai satu lagi fasa kehidupan yang boleh diisi dengan perkara yang baik.

🌿 Terus aktif
🌿 Terus belajar dan berkarya
🌿 Terus berbakti dan memberi
🌿 Terus dekat dengan Allah SWT

Usia bertambah, semangat jangan mengalah.

Kerana menua itu pasti.
Menua dengan sihat, aktif dan dekat dengan Allah SWT, itulah pilihan yang bermakna.

🌷 SELAMAT MENYAMBUT HARI WARGA EMAS | 1 OKTOBER 2026 🌷Hari Warga Emas Sedunia merupakan satu kesempatan untuk kita mengh...
30/09/2026

🌷 SELAMAT MENYAMBUT HARI WARGA EMAS | 1 OKTOBER 2026 🌷

Hari Warga Emas Sedunia merupakan satu kesempatan untuk kita menghargai jasa, pengorbanan dan sumbangan insan-insan yang telah banyak mencurahkan bakti kepada keluarga, masyarakat dan negara. 🤍

Warga emas membawa hikmah pengalaman,
generasi pertengahan meneruskan amanah,
generasi muda menyambung legasi dan harapan.

Setiap generasi mempunyai peranan dan kekuatannya tersendiri. Apabila pengalaman warga emas dipadukan dengan tenaga generasi pertengahan dan aspirasi generasi muda, terbinalah hubungan intergenerasi yang saling menghormati, menyayangi dan melengkapi.

Kerana sebuah masyarakat yang sejahtera bukan dibina oleh satu generasi sahaja, tetapi oleh generasi yang saling menghargai dan berjalan bersama. 🌿

Selamat Menyambut Hari Warga Emas 2026.
Terima kasih atas segala jasa, kasih sayang dan legasi yang diwariskan. 💐

Address

No. 6, Jalan DaGang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
Seri Kembangan
43300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita IKRAM Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Wanita IKRAM Malaysia:

Shortcuts

Share