IKRAM Muda Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

IKRAM Muda Malaysia IKRAM Muda Malaysia merupakan organisasi yang berusaha membangun anak muda yang rabbani, progresif dan inklusif melalui pelbagai platform anak muda.

IKRAM Muda juga berusaha membangun solusi yang berkesan bagi permasalahan semasa anak muda di Malaysia. Pemuda IKRAM Malaysia merupakan wadah gerakerja orang muda dalam IKRAM. IKRAM merupakan pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam.

[Kenyataan Media IKRAM Muda]BINA SEMULA EKOSISTEM SEJAHTERA BUAT ANAK-ANAK KITA IKRAM Muda Malaysia (IKRAM Muda) menzahi...
10/10/2026

[Kenyataan Media IKRAM Muda]

BINA SEMULA EKOSISTEM SEJAHTERA BUAT ANAK-ANAK KITA

IKRAM Muda Malaysia (IKRAM Muda) menzahirkan rasa dukacita yang mendalam terhadap insiden melibatkan kematian dua murid iaitu Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14 (25 September 2026), dan yang terkini Allahyarham Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16 (3 Oktober 2026).

Kami mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka ditempatkan dalam kalangan orang soleh.

IKRAM Muda menggesa siasatan yang telus dan pantas segera dijalankan serta menyeru orang ramai agar tidak menimbulkan spekulasi atau mendedahkan mana-mana identiti pesalah kanak-kanak yang terlibat sepanjang siasatan.

IKRAM Muda ingin mengajak seluruh masyarakat Malaysia untuk merenung dan menyedari bahawa dua insiden tragis ini tidak berlaku secara tiba-tiba.

Sebaliknya, kejadian ini merupakan isyarat penting kepada masalah yang lebih besar yang telah menjadi akar umbi dalam ekosistem tumbesaran anak-anak sejak sekian lama. Kejadian ini lebih membuka mata kita bahawa ia hanyalah natijah kepada masalah-masalah yang tercipta secara sistemik.

Justeru, semua pihak harus sedar dan menggalas beban peranan untuk membangunkan semula ekosistem yang sejahtera untuk anak-anak di Malaysia agar insiden memilukan ini tidak berulang lagi dalam generasi akan datang.

IKRAM Muda juga menuntut Kementerian Pendidikan Malaysia memperkukuh sistem yang menjamin kesejahteraan secara sistemik, melaksanakan langkah-langkah pencegahan dan menjunjung ketelusan, akauntabiliti serta semakan bebas dalam siasatan.

Kami menyeru pihak pentadbiran sekolah dan guru-guru untuk mewujudkan dan memastikan ruang fizikal selamat, mewujudkan sistem pelaporan salah laku yang baik dan dilindungi serta memberdaya apa jua bentuk pendidikan emosi dan sahsiah murid.

Kami menggesa pihak ibu bapa dan komuniti untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembangunan sekolah, menyediakan ruang digital yang selamat, mendampingi dan mendengar anak-anak tanpa menghukum dan menyediakan ruang sokongan yang selamat.

IKRAM Muda komited untuk menjalin kerjasama strategik dengan mana-mana pihak yang berkongsi aspirasi yang sama dalam usaha membina komuniti yang lebih baik, inklusif dan sejahtera.

Ekosistem yang sejahtera ini hanya akan wujud jika semua pihak memainkan peranan tersendiri, bermula dengan ibu bapa dan komuniti yang mendidik, cakna dan berperanan, sekolah yang menjamin suasana pembelajaran yang selamat dan Kementerian yang proaktif dalam mencegah dan membendung insiden buruk daripada terus berlaku di sekolah.

Abdullah Zubayr Mohd Aizaini
Ketua IKRAM Muda Malaysia

KENYATAAN MEDIA IKRAM MUDA MALAYSIA | 9 OKTOBER 2026Bina Semula Ekosistem Sejahtera Buat Anak-Anak KitaIKRAM Muda Malays...
09/10/2026

KENYATAAN MEDIA IKRAM MUDA MALAYSIA | 9 OKTOBER 2026

Bina Semula Ekosistem Sejahtera Buat Anak-Anak Kita

IKRAM Muda Malaysia (IKRAM Muda) menzahirkan rasa dukacita yang mendalam terhadap insiden melibatkan kematian dua murid iaitu Allahyarham Muhammad Idlan Fareeq Shahril, 14 (25 September 2026), dan yang terkini Allahyarhamah Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16 (3 Oktober 2026).

Baca Penuh :
https://ikram.org.my/bina-semula-ekosistem-sejahtera-buat-anak-anak-kita-ikram-muda/

Dulu kita mungkin mampu buat banyak perkara. Hadir program, turun ke lapangan, pegang pelbagai amanah dan luangkan banya...
09/10/2026

Dulu kita mungkin mampu buat banyak perkara. Hadir program, turun ke lapangan, pegang pelbagai amanah dan luangkan banyak masa untuk dakwah.

Tapi hidup berubah. Tanggungjawab bertambah, tenaga tak lagi sama dan kemampuan juga ada batasnya.

Tak macam dulu bukan bermakna kita sudah tidak berguna.

Kadang-kadang, sumbangan kita cuma berubah bentuk. Daripada mengurus program kepada membimbing orang. Daripada berada di hadapan kepada menyokong dari belakang. Daripada banyak bergerak kepada lebih banyak membina diri.

Yang penting, 𝐮𝐛𝐚𝐡 𝐜𝐚𝐫𝐚, 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐫𝐚𝐡.

Jangan sampai sibuk membina orang, kita terlupa membina diri. Jangan sampai lama dalam dakwah, tetapi hati tidak semakin dekat dengan Allah.

Jadi, kalau rentak hidup kita berubah, jangan terlalu menghukum diri. Terima kemampuan yang ada, teruskan tarbiah dan jaga hubungan dengan Allah.

Sebab istiqamah bukan tentang sentiasa laju. Istiqamah ialah tetap memilih jalan yang sama, walaupun langkah kita berubah.

Apa cara yang anda buat untuk terus istiqamah dalam fasa hidup sekarang? Kongsikan di ruangan komen👇🏻

🔥 HIMMAH ’26 | PENDAFTARAN KINI DIBUKA!Himpunan IKRAM Muda Malaysia & Agensi kembali lagi! 💥🚨 Kepada semua pimpinan IMN,...
03/10/2026

🔥 HIMMAH ’26 | PENDAFTARAN KINI DIBUKA!

Himpunan IKRAM Muda Malaysia & Agensi kembali lagi! 💥

🚨 Kepada semua pimpinan IMN, IMK & Agensi, Jom daftar sekarang! 🚨

📅 31 Okt – 1 Nov 2026
⏰ 8.00 pagi (Sabtu) – 1.00 petang (Ahad)
📍 Dynasty Hotel, Kuala Lumpur

‼️ Tarikh tutup pendaftaran: 14 Okt. 2026 (Rabu) ‼️

Satu himpunan. Satu gerak. Satu misi. 💥

Jumpa anda di HIMMAH ’26 InsyaAllah! 🚀

IKRAM Muda Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohd Ali, isteri kepad...
28/09/2026

IKRAM Muda Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr Hasmah Mohd Ali, isteri kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, yang telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 bersamaan 16 Rabiulakhir 1448H.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarhamah diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Al-Fatihah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026! 🇲🇾Berbeza latar, budaya dan bahasa, kita tetap berkongsi satu tanah air. ❤️Malaysi...
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026! 🇲🇾

Berbeza latar, budaya dan bahasa, kita tetap berkongsi satu tanah air. ❤️

Malaysia bukan sekadar tempat kita berpijak, tetapi ruang untuk kita saling memahami, menghormati dan membina masa depan bersama.

Anak muda hari ini, pencorak Malaysia esok.✨

Bersama kita bina Malaysia yang lebih harmoni, adil dan sejahtera.

Selamat Hari Malaysia 2026! 🇲🇾

GRAND 3.0: Satu Hari, Seribu Inspirasi![ Gambar Sesi Petang ]Alhamdulillah, GRADUATE NETWORKING DAY (GRAND) 3.0 telah be...
09/09/2026

GRAND 3.0: Satu Hari, Seribu Inspirasi!
[ Gambar Sesi Petang ]

Alhamdulillah, GRADUATE NETWORKING DAY (GRAND) 3.0 telah berlangsung dengan penuh semangat dan inspirasi! 🔥

Seramai 50 orang peserta telah bersama-sama menjadikan program ini sebuah ruang untuk belajar, membina jaringan dan melihat semula makna kejayaan melalui Lensa Muslim. 🎓✨

🎤 Perkongsian menarik daripada 3 orang penceramah yang membawa perspektif dan pengalaman tersendiri.

💡 Break-out session yang membantu peserta berfikir, berbincang dan mendapatkan input yang lebih dekat dengan keperluan mereka.

🎁 Tahniah juga kepada 10 peserta bertuah yang membawa pulang hadiah melalui sesi cabutan bertuah!

Terima kasih kepada semua peserta, penceramah dan pihak yang terlibat dalam menjayakan GRAND 3.0. 💚

Semoga setiap perkongsian menjadi langkah baharu untuk kita terus melangkah, membina masa depan dan mendefinisikan kejayaan dengan nilai yang lebih bermakna.

Redefining Success Through a Muslim Lens. ✨

.0


GRAND 3.0: Satu Hari, Seribu Inspirasi![ Gambar Sesi Pagi ]Alhamdulillah, GRADUATE NETWORKING DAY (GRAND) 3.0 telah berl...
09/09/2026

GRAND 3.0: Satu Hari, Seribu Inspirasi!
[ Gambar Sesi Pagi ]

Alhamdulillah, GRADUATE NETWORKING DAY (GRAND) 3.0 telah berlangsung dengan penuh semangat dan inspirasi! 🔥

Seramai 50 orang peserta telah bersama-sama menjadikan program ini sebuah ruang untuk belajar, membina jaringan dan melihat semula makna kejayaan melalui Lensa Muslim. 🎓✨

🎤 Perkongsian menarik daripada 3 orang penceramah yang membawa perspektif dan pengalaman tersendiri.

💡 Break-out session yang membantu peserta berfikir, berbincang dan mendapatkan input yang lebih dekat dengan keperluan mereka.

🎁 Tahniah juga kepada 10 peserta bertuah yang membawa pulang hadiah melalui sesi cabutan bertuah!

Terima kasih kepada semua peserta, penceramah dan pihak yang terlibat dalam menjayakan GRAND 3.0. 💚

Semoga setiap perkongsian menjadi langkah baharu untuk kita terus melangkah, membina masa depan dan mendefinisikan kejayaan dengan nilai yang lebih bermakna.

Redefining Success Through a Muslim Lens. ✨

.0


Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ 🤍Allah SWT berfirman bahawa Rasulullah ﷺ adalah contoh ikutan ...
24/08/2026

Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ 🤍

Allah SWT berfirman bahawa Rasulullah ﷺ adalah contoh ikutan yang terbaik bagi mereka yang mengharapkan rahmat Allah dan kebahagiaan di akhirat.

Dalam setiap langkah kehidupan, marilah kita menjadikan Rasulullah ﷺ sebagai panduan dalam membina akhlak, menyantuni manusia dan menghadapi setiap ujian dengan penuh keimanan.

✨ Salam Maulidur Rasul | 12 Rabiulawal 1448H

Semoga kecintaan kepada Rasulullah ﷺ bukan sekadar pada ucapan, tetapi terpancar melalui amal dan akhlak kita.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

IKRAM Muda Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Hj Mohd Adnan Bin Ismail, ayah kepada ...
24/08/2026

IKRAM Muda Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Hj Mohd Adnan Bin Ismail, ayah kepada akhi Iqbal, KJ Pendidikan Masyarakat, Pertubuhan IKRAM Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah pada 24 Ogos 2026 bersamaan 11 Rabiulawal 1448H.

Sesungguhnya, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar dalam dunia dakwah.

Kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham, semoga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Al-Fatihah.

Address

No. 6, Jalan DaGang SB 4/1
Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

+60389456999

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKRAM Muda Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IKRAM Muda Malaysia:

Shortcuts

Share