Islamic Aid Malaysia (IAM)

Call Directions Website Contact the organization

Islamic Aid Malaysia (IAM) Islamic Aid Malaysia (IAM) - THE LOCAL CHAPTER OF HUMANITY. You can also show your support by sharing this page with others. Warga miskin dan daif
2.

Check our website at www.iam.org.my or email to [email protected] to know more about our organization and to register as volunteer. Pertubuhan Islamic Aid Malaysia (IAM) adalah sebuah badan NGO Islam yang terlibat di dalam menjalankan aktiviti kemanusiaan khususnya di Malaysia. Merupakan sebuah pertubuhan NGO berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan No Pendaftaran 0076-11-WKL. Pertubuhan tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan mana-mana agensi kemanusiaan di peringkat antarabangsa. Di antara kumpulan sasar di bawah program bantuan kemanusiaan anjuran pertubuhan adalah seperti berikut:-
1. Ibu tunggal miskin
3. Warga emas/tua miskin yang tidak mempunyai pendapatan tetap
4. Anak-anak yatim yang memerlukan
5. Mangsa-mangsa bencana (seperti banjir, kebakaran, ribut dan lain-lain)
6. Warga OKU yang memerlukan
7. Masyarakat Orang Asli

[Aktiviti] – Siri 3 Program Bantuan Pukat Nelayan 2026Hari ini, Islamic Aid Malaysia (IAM) dengan kerjasama Etiqa Takafu...
11/10/2026

[Aktiviti] – Siri 3 Program Bantuan Pukat Nelayan 2026

Hari ini, Islamic Aid Malaysia (IAM) dengan kerjasama Etiqa Takaful telah menyantuni seramai 25 orang nelayan yang memerlukan di Kompleks LKIM Dungun, Kuala Dungun, Terengganu.

Menerusi program ini, para nelayan menerima bantuan set pukat, tong ikan dan jaket keselamatan bagi membantu meringankan beban mereka, menggantikan pukat yang usang serta memudahkan usaha mencari rezeki di lautan.

[Aktiviti] – Siri 2: Program Bantuan Pukat Nelayan 2026Bertempat di Kg. Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang, IAM dengan kerj...
10/10/2026

[Aktiviti] – Siri 2: Program Bantuan Pukat Nelayan 2026

Bertempat di Kg. Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang, IAM dengan kerjasama Etiqa Takaful telah menyantuni 25 orang nelayan yang memerlukan dengan bantuan set pukat, tong ikan dan jaket keselamatan.

Bantuan ini diharap dapat meringankan beban mereka, menggantikan pukat yang usang serta membantu usaha mencari rezeki demi keluarga tersayang.

Semoga setiap bantuan menjadi asbab rezeki yang lebih luas, hasil tangkapan yang lebih baik dan kehidupan yang lebih sejahtera.

Aktiviti – Jejak Prihatin]Siri keempat Program Jejak Prihatin 2026 bersama Etiqa Takaful di Kg. Tanjung Lumpur, Kuantan,...
10/10/2026

Aktiviti – Jejak Prihatin]

Siri keempat Program Jejak Prihatin 2026 bersama Etiqa Takaful di Kg. Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang.

Seramai 250 penerima menerima pek makanan berisi barangan keperluan asas serta sumbangan wang tunai.

Semoga sedikit bantuan ini dapat meringankan beban dan membawa senyuman buat mereka. ❤️

[Aktiviti] – Siri 1: Program Bantuan Pukat Nelayan 2026Bertempat di Jeti Nelayan Kg. Kepala Pulau, Kg. Gajah, Perak, IAM...
05/10/2026

[Aktiviti] – Siri 1: Program Bantuan Pukat Nelayan 2026

Bertempat di Jeti Nelayan Kg. Kepala Pulau, Kg. Gajah, Perak, IAM dengan kerjasama Etiqa Takaful telah menyantuni 25 orang nelayan yang memerlukan. Mereka menerima set pukat, tong ikan dan jaket keselamatan bagi membantu mereka mencari rezeki.

Bagi kita, bantuan ini mungkin kelihatan sederhana, tetapi bagi mereka, bantuan ini membawa harapan dan peluang untuk terus mencari rezeki demi keluarga.

Semoga setiap bantuan menjadi asbab kepada rezeki yang lebih luas dan kehidupan yang lebih baik.

[Aktiviti – Jejak Prihatin]Siri ketiga Program Jejak Prihatin 2026 bersama Etiqa Takaful singgah di Kg Kepala Pulau, Kg ...
04/10/2026

[Aktiviti – Jejak Prihatin]

Siri ketiga Program Jejak Prihatin 2026 bersama Etiqa Takaful singgah di Kg Kepala Pulau, Kg Gajah, Perak.

Seramai 250 penerima daripada 10 buah kampung sekitar menerima pek makanan yang mengandungi barangan keperluan asas serta sumbangan wang tunai.

Mungkin tidak seberapa, tetapi semoga sedikit perkongsian ini dapat meringankan beban dan menghadirkan senyuman buat mereka.

[Aktiviti – Jejak Prihatin]Siri kedua Program Jejak Prihatin 2026 bersama Etiqa Takaful diteruskan di Kuala Kedah, Kedah...
03/10/2026

[Aktiviti – Jejak Prihatin]

Siri kedua Program Jejak Prihatin 2026 bersama Etiqa Takaful diteruskan di Kuala Kedah, Kedah.

Seramai 250 penerima daripada golongan kurang berkemampuan dan majoriti penerima adalah komuniti nelayan. Mereka telah menerima sumbangan pek makanan berserta barangan keperluan asas serta sumbangan wang tunai.

Mungkin tidak seberapa bagi kita, tetapi cukup bermakna buat mereka.

Semoga perkongsian kecil ini dapat meringankan beban, menghadirkan senyuman dan mengingatkan mereka bahawa mereka tidak bersendirian.

Aktiviti – Jejak Prihatin]Bermulanya siri penjelajahan  Program Jejak Prihatin 2026 dengan kerjasama Etiqa Takaful, bert...
26/09/2026

Aktiviti – Jejak Prihatin]

Bermulanya siri penjelajahan Program Jejak Prihatin 2026 dengan kerjasama Etiqa Takaful, bertempat di Masjid Ahmadi, Rantau Panjang, Klang, Selangor.

Seramai 250 penerima daripada golongan kurang berkemampuan menerima pek makanan, barangan keperluan asas serta sumbangan wang tunai. Sumbangan ini melibatkan penerima daripada Kariah Masjid Ahmadi, Surau Hisbul Islami & Ikhwanul Muslimin, Surau Musran, Surau Nurul Haq serta Surau Taufiqiah. Semoga sedikit bantuan ini dapat meringankan beban dan menghadirkan senyuman buat mereka.

Ucapan| Selamat Hari Malaysia daripada seluruh warga Islamic Aid Malaysia.Semoga semangat perpaduan, kasih sayang dan ke...
16/09/2026

Ucapan| Selamat Hari Malaysia daripada seluruh warga Islamic Aid Malaysia.

Semoga semangat perpaduan, kasih sayang dan keprihatinan terus menyatukan kita dalam membina Malaysia yang lebih harmoni, prihatin dan sejahtera.

Bersama Menghulur Harapan, Menyantuni Kehidupan.

Aktivti| Satu lagi projek untuk komuniti bersama Etiqa Takaful yang akan memberi manfaat melalui penyediaan kenderaan Pe...
13/09/2026

Aktivti| Satu lagi projek untuk komuniti bersama Etiqa Takaful yang akan memberi manfaat melalui penyediaan kenderaan Penumpang kepada University College Bestari (UCB), Pertubuhan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA) dan Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) bagi menyokong keperluan pengangkutan, pendidikan dan aktiviti komuniti. Turut diserahkan sebuah van jenazah kepada Masjid Kampung Gong Pasir, Besut bagi membantu urusan pengurusan jenazah dan khairat kematian.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2026 dariipada kami di Islamic Aid Malaysia🇲🇾“Di sini bumi dipijak, Disini langit dij...
31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2026 dariipada kami di Islamic Aid Malaysia🇲🇾
“Di sini bumi dipijak, Disini langit dijunjung”
Bersama kita raikan hari Kemerdekaan dalam kepelbagaian. Semoga Malaysia terus aman, maju, dan bersatu.

Address

C-1-56A Jalan SP 5/4 Seksyen 5, Taman Serdang Perdana
Seri Kembangan
43300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Islamic Aid Malaysia (IAM) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Islamic Aid Malaysia (IAM):

Shortcuts

Share