23/08/2024
*KERANA "LALAI" PEMUSNAH KEHIDUPAN?π°*
Ya .*Lalai.* adalah keadaan di mana seseorang tidak memberi perhatian. Atau kerap kali mengabaikan perkara-perkara penting dalam kehidupan.
Ini boleh menyebabkan kegagalan dalam tanggungjawab dan hilangnya peluang yang berharga.
_Apakah tanda orang yang lalai?_ Cuba kita teliti betul-betul.
*π 1. TIDAK MENGUTAMAKAN IBADAH*
Orang yang lalai seringkali mengabaikan ibadah wajib dan sunat. Mereka lebih mengutamakan hal-hal duniawi dan melupakan tanggungjawab sebagai hamba Allah.
*π2. MENGHABISKAN MASA DENGAN PERKARA YANG TIDAK BERFAEDAH*
Mereka lebih cenderung menghabiskan masa dengan perkara yang tidak memberi manfaat seperti menonton TV tanpa henti atau melayari media sosial tanpa tujuan yang jelas.
π *3. MENGABAIKAN TANGGUNGJAWAB*
Orang yang lalai sering abaikan tanggungjawab terhadap keluarga, pekerjaan, dan komuniti. Mereka tidak mengambil inisiatif untuk memperbaiki diri atau membantu orang lain.
Semoga kita semua tidak tergolong dalam kalangan hamba yang lalai.
WallahuA'lamπ€²π»
_Jika rasa ilmu ini bermanfaat berkongsilah dengan orang lain_