PSSCM Pusat Latihan Serdang

PSSCM Pusat Latihan Serdang Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Pusat Latihan Serdang terletak di Jalan 18/50, Taman Seri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor.

Seni beladiri yg mudah dan praktikal
Tempoh belajar hanya 7 bulan sahaja
Sijil diberi kepada penuntut yg layak

Hidup Cekak!
26/07/2026

Hidup Cekak!

26/07/2026
25/07/2026

Daulat Tuanku!

Selamat hari lahir, YM Datuk!
18/07/2026

Selamat hari lahir, YM Datuk!

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran diucapkan kepada Yang Mulia Datuk Haji Maideen bin Kadir Shah, Guru Utama & Presiden Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.

Semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan usia, kesihatan yang berpanjangan, kekuatan, kebijaksanaan serta rahmat-Nya dalam terus memimpin dan memartabatkan Seni Silat Cekak Malaysia.

Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan bimbingan yang dicurahkan dalam mendidik kami agar terus berpegang teguh kepada amanah, adab dan perjuangan yang murni.

Semoga Allah SWT sentiasa memelihara dan merahmati YM Datuk sekeluarga serta mengurniakan kejayaan yang berterusan di dunia dan akhirat.

Selamat Hari Lahir, YM Datuk.
🥰🥰🥰🥰🥰

16/07/2026

Selalu tengok cikgu mengajar depan kelas?
Ogos ni, kita tengok cikgu-cikgu ni beraksi p**a! 🔥🥋

Mereka bukan sekadar bakal pendidik.
Mereka juga pengamal Silat Cekak Malaysia yang bakal membawa nama IPG Kampus Pendidikan Islam ke Kejohanan Waja Diri 2026!

📚 Mata pelajaran terus dikuasai.
🥋 Latihan silat tetap dilalui.
Dua-dua bergerak seiring; membentuk pendidik yang berilmu, berdisiplin dan berani mencabar diri.

Kali ini bukan nak tengok mereka pegang pena…
Kita nak tengok mereka tunjuk aksi sebenar!

📍 USM Kampus Induk, Pulau Pinang
📅 7 - 8 Ogos 2026

Jom turun beri sokongan!
Biar satu Penang tahu, cikgu-cikgu IPGKPI bukan biasa-biasa! 💥

"Walau medan berbeza, Jiwanya masih sama."

16/07/2026

i-Mawaddah Menyatu Sanubari, Silat Cekak Membentuk Jati, Cikgu Berilmu Cekal Berbakti

Kami bukan sekadar Siswa Guru IPG Kampus Pendidikan Islam. Kami ialah bakal pendidik yang dibentuk melalui falsafah Seni Silat Cekak Malaysia—berteraskan i-Mawaddah, diperkasa dengan disiplin, dipimpin oleh adab, dan diperkukuh dengan jiwa seorang pesilat.

Kejohanan Wajadiri PSSCM Ke-11 bukan sekadar medan pertandingan, tetapi pentas untuk kami membuktikan bahawa seorang guru juga mampu berdiri sebagai seorang pesilat yang berprinsip, berani dan bermaruah.

Di dalam bilik darjah kami mendidik dengan ilmu. Di kelas persilatan, kami membina jati diri. Di mana sahaja kami berada, kami membawa akhlak seorang guru dan semangat seorang pesilat.

Doakan perjuangan kami. Semoga kontinjen PSSCM IPG Kampus Pendidikan Islam terus melakar kejayaan, mengharumkan nama institusi, serta mengangkat warisan Seni Silat Cekak Malaysia di pentas Kejohanan Wajadiri PSSCM Ke-11. 💪⚔️

16/07/2026
16/07/2026
Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Penghargaan dan Tahniah dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di atas keberangk...
16/07/2026

Merafak Sembah Setinggi-tinggi Ucapan Penghargaan dan Tahniah dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia di atas keberangkatan DYTM Tuanku Raja Muda Kedah serta keluarga & KDPB Pemangku Raja Pahang ke Program Kunjungan Muhibbah DiRaja.

Silat Cekak:
Dari Istana ke Jiwa Bangsa.

Silat Cekak:
Adat dijunjung, Daulat disanjung.

Silat Cekak:
Silat DiRaja, Bangsa Berdaulat.

Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.
Daulat Tuanku.

Kedah Royal Family

Address

Jalan 18/50, Taman Seri Serdang
Seri Kembangan
43300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSSCM Pusat Latihan Serdang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share