MY Bee Savior - Penyelamat Lebah Malaysia

Call Directions Website Contact the organization

MY Bee Savior - Penyelamat Lebah Malaysia Tiga Soalan Lazim:

1. Berapa caj pindahkan lebah? Kalau pengadu nak menyumbang untuk aktiviti sukarela begini, terpulang kepada pengadu.

Persatuan Penyelamat Lebah Malaysia (MY Bee Savior Associations) mahu melestarikan lebah dengan kempen kesedaran awam, pengurusan peningkatan populasi dan memperkasa perlebahan untuk potensi komersial. Jawapan: Kami aktivis yang sayangkan lebah, kerja sukarela, jadi tiada caj kami kenakan, cuma biasanya aktivis kami akan ambil koloni lebah dan dibawa balik ke ladang ternak jika ia adalah spesis yang boleh diternak (Apis cerana). Kalau pengadu nak simpan koloni yang telah dipindahkan dalam kotak, aktivis boleh minta pengadu bayarkan kos penyediaan kotak haif mengikut keadaan kotak itu sama ada dibeli, dibina menggunakan kayu terpakai dan sebagainya. Kalau nak membuat sumbangan besar, hubungi admin. Kita boleh gunakan sumbangan kalian untuk aktiviti kempen kesedaran pentingnya lebah terus dibiarkan hidup, membeli alatan yang diguna dalam operasi pindah sarang lebah, melakukan penyelidikan cara pindah lebah yang efektif-efisyen dan lain-lain.

2. Bila boleh datang pindahkan lebah? Jawapan: Tidak tentu, namun kami cuba yang terbaik untuk elakkan lebah dihapuskan oleh pihak lain sebelum kami sampai. Setakat ini Persatuan Penyelamat Lebah Malaysia telah mengumpulkan dalam 123 orang ahli seluruh negara yang masing-masing ada tanggungjawab di tempat lain sama ada berkerja, berniaga dan sebagainya. Jadi, sebarang aduan dan permintaan pindahkan sarang lebah akan kami semak dengan para aktivis, siapa yang berkelapangan dan ingin lakukan operasi, kami akan persilakan beliau hubungi pengadu.

3. Bagaimana kalau ada madu? Jawapan: Kami tidak menetapkan apa-apa syarat dalam perolehan madu. Jika madu ada sedikit, bolehlah sama-sama rasa antara yang hadir dalam operasi. Jika madu ada banyak, boleh bahagi dua antara pengadu @ tuan rumah dengan aktivis yang melakukan operasi. Sedia menyelamat lebah yang bersarang di kawasan kediaman manusia dengan memindah sarangnya ke lokasi lain. "Lestarikan lebah, demi kelestarian sejagat." Ready to help save bee nests located at residential area by moving the bee nests to another location. "Sustaining the bees, for mankind sustainability".

18/08/2026

Thank you, The Sun Malaysia, for the published article.

Please don’t burn the bees!
17/08/2026

Please don’t burn the bees!

Burning a bee nest needlessly destroys thousands of vital pollinators, says the conservation group MY Bee Savior.

Its representative Ken Lee said bees played a crucial role in pollinating 75% to 80% of flowering plants.

“Bees do not attack unless provoked. They sting only to defend their colony when they feel threatened," he said.

Read more: https://www.thestar.com.my/news/nation/2026/08/15/group-relocate-not-destroy

Let's save the bees together! Thank you The Star for this article.
15/08/2026

Let's save the bees together! Thank you The Star for this article.

IPOH: What began as a childhood fascination with bees has grown into a mission for beekeeper and rescuer Syafiq Jazli Hasikin to change public perception of bees from pests to vital pollinators.

Khutbah Jumaat di Selangor hari ni 14/8/2026 bincang pasal sifat ihsan kepada haiwan. Kami ada cara ihsan hadapi lebah. ...
14/08/2026

Khutbah Jumaat di Selangor hari ni 14/8/2026 bincang pasal sifat ihsan kepada haiwan. Kami ada cara ihsan hadapi lebah. Janganlah teruskan kaedah bakar lebah!

07/08/2026

Pokok gelam spesies Melaleuca cajuputi beri sumber makanan yang padat untuk lebah madu dan lebah kelulut.

06/08/2026

"Selamatkan lebah, bukan bakar sarangnya." Terima kasih Utusan Malaysia atas penerbitan artikel ini.

Ada yang tanya, nak tanam apa untuk bagi lebah makanan? Panjang senarai kami. Ini sebahagiannya. Cuba kongsi gambar atau...
04/08/2026

Ada yang tanya, nak tanam apa untuk bagi lebah makanan? Panjang senarai kami. Ini sebahagiannya. Cuba kongsi gambar atau video lebah datang ke tumbuhan-tumbuhan ni untuk cari makanannya.

02/08/2026

What should we do if we find dwarf honey bees nesting in our residential area? We suggest leaving it alone if it is not a regular pedestrian path or if there is no activity of picking fruit or pruning tree branches. After a few months, the bees will move on their own. This complainant, for example, after explaining the situation they faced, said they would try to get rid of them themselves. But a month later, they informed us that the bees were gone; the bees had moved on their own. We receive many complaints about dwarf honey bees. We suggest that we just let them move on their own later.

Nak tanya, ada tak producer filem nak buat filem adiwira dengan Zizan Razak lagi? Kali ni bagi jadi The Beeman pulak.   ...
30/07/2026

Nak tanya, ada tak producer filem nak buat filem adiwira dengan Zizan Razak lagi? Kali ni bagi jadi The Beeman pulak.

29/07/2026

Siapa pernah nampak lebah potong daun macam ni, ambil videonya dan kongsikan kepada kami. Tak ramai tahu ada jenis lebah yang buat macam ni.

Lebah pemotong daun ni tak makan daun tu, tapi dibawa balik untuk buat sarangnya.

Admin pernah nampak lebah jenis ni potong daun pokok salam. Mesti wangi sarangnya. Daun salam ni wangi, sedap buat ulam.

Address

Seri Kembangan
43400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MY Bee Savior - Penyelamat Lebah Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MY Bee Savior - Penyelamat Lebah Malaysia:

Shortcuts

Share