Baitul Ulfah Centre Pusat Kebajikan, pendidikan & Tahfiz

Baitul Ulfah Centre Pusat Kebajikan, pendidikan & Tahfiz Rumah Kebajikan, Pendidikan dan Tahfiz. Untuk Anak-anak Yatim Fakir, Miskin dan Golongan Asnaf Zakat

13/02/2026
02/02/2026

*​🌙 AHLAN WA Sahlan Marhaban YA RAMADAN 🌙*
Ramadan yang mulia, Bulan Berganda² Amal dan kebaikan....

​Kami membuka peluang Tuan/Puan untuk meraih pahala "Jariyah" melalui program imarah Ramadan kami:

*​🍱 Peluang Infaq & Kebajikan:*

- ​Tajaan Sahur & Berbuka
- ​Sumbangan Terbuka: Zakat / Fidyah / Derma / Hibah
- ​Bacaan Tahlil, Yasin & Doa Selamat

Daripada Zaid bin Khalid, Rasulullah SAW bersabda:
"Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu." (HR Tirmidzi)

Firman Allah SWT:
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji..."
(Surah Al-Baqarah: 261)

​Semoga Allah SWT membalas kebaikan Tuan/Puan dengan ganjaran yang melimpah ruah, dimurahkan rezeki, dan diberkati hidup dunia serta akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.

26/10/2025

Belanjawan MADANI Keempat : Majlis Ilmu Diperbanyak, Kefahaman Umat Diperkukuh.

​Kerajaan komited untuk terus memartabatkan syiar Islam dan memperluas kefahaman umat MADANI terhadap ajaran Islam yang syumul.

​Dalam Belanjawan 2026, tumpuan diberikan kepada:
​Memperbanyak Majlis Ilmu: Langkah ini bertujuan meningkatkan kefahaman Islam dalam kalangan umat MADANI secara menyeluruh.

​Penganjuran Majlis Sama' Hadis 2026: Memberi peluang istimewa kepada umat Islam untuk menghayati hadis-hadis Rasulullah SAW yang dibacakan dengan penuh tartil oleh para ulama.

08/10/2025

KENYATAAN MEDIA

Gabungan Pelbagai Agama dan Kaum di Malaysia Teguh Menyokong Misi Kemanusiaan Sumud Flotilla ke Palestin

Kuala Lumpur, 6 Oktober 2025

Satu gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang mewakili masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia hari ini menyatakan sokongan padu terhadap Misi Kemanusiaan Sumud Flotilla ke Palestin, sambil memuji keberanian dan keteguhan para aktivis yang terlibat.

“Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan sokongan terhadap keberanian aktivis Misi Sumud Flotilla yang telah membawa mesej solidariti kemanusiaan untuk rakyat Palestin,” menurut kenyataan bersama itu.

Gabungan tersebut turut menyambut baik pembebasan semua aktivis yang telah ditahan, serta menganggap ketabahan mereka sebagai simbol keberanian sejagat dalam menentang kezaliman dan ketidakadilan.

Kenyataan itu menegaskan bahawa perjuangan ini belum berakhir, dan bahawa usaha kemanusiaan, kesedaran serta solidariti terhadap rakyat Palestin akan diteruskan ke fasa seterusnya.

Menyorot semangat keharmonian masyarakat majmuk Malaysia, gabungan ini menegaskan bahawa isu Palestin bukan semata-mata isu agama, tetapi isu kemanusiaan sejagat yang menuntut keprihatinan seluruh insan.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa:
1. Kebebasan dan maruah rakyat Palestin mesti dihormati sebagaimana yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa; dan
2. Solidariti merentasi kaum dan agama adalah kekuatan sebenar Malaysia — suara perpaduan dan keadilan sejagat.

“Kemanusiaan menyatukan kita. Solidariti ini akan terus hidup hingga Palestin merdeka,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan bersama ini ditandatangani oleh para pemimpin dan wakil pelbagai agama serta komuniti termasuk:

Dr Muhammad Fairuz Azmi (Youth for Unity Malaysia),
Shah Kirit Kakulal Govindji
(Global Unity Network),
Jason Leong (Association of Next Gen Christians of Malaysia),
Dr Balachandran Gopal Krishnan (Malaysia Hindu Sangam Terengganu),
Dr Charanjit Kaur (Aktivis agama Sikh),
Loh Pai Ling (Aktivis agama Buddha),
Dr Shawn Loh Sheng Nian (Asia Pacific Entrepreneurs Association),
Harinder Kaur (Gerakan Belia Se-Punjabi Malaysia),
Low Lee Leong (Gerakan Rakyat Patriotik),
Chew Hoong Ling (Aktivis Sosial),
Syahrul Md Yusoff (Kitakan Kawan),
dan Tai Zee Kin (Pendukung Perpaduan)

08/10/2025

MalaysiaKu,
malam ini akan jadi yang sangat penting dan panjang kerana kita kena terus satu hati bercakap tentang Gaza dan Palestin serta solat hajat khas dan Doa Qunut Nazilah untuk delegasi Malaysia yang baru sahaja diintercept oleh pihak regim zionist laknatullah !

Misi FFC dan TMTG
juga adalah misi dengan objektif besar untuk bebaskan Gaza justeru MalaysiaKu - ayuh kukuhkan barisan kita untuk kekal bersatu dan bersama titik susah senang ini bersama hingga delegasi Malaysia dibebaskan dan Gaza dihentikan perang

Hasbunallah waniqmal wakeel

Address

No. 1 Jalan Putra Permai 8G, Taman Equine
Seri Kembangan
43300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Baitul Ulfah Centre Pusat Kebajikan, pendidikan & Tahfiz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share