Musleh Integrated Education Berhad

Call Directions Website Contact the organization

Musleh Integrated Education Berhad Musleh Integrated Education Berhad (MIEB)

"Membina Insan Rabbani" Moga-moga Allah swt merahmati kita semua dengan al-hidayah dan taufiq-NYA – amiin.
(223)

Semenjak tahun 1985, beberapa individu yang mempunyai passion terhadap pendidikan anak bangsa, telah mula menubuhkan beberapa buah Sekolah Rendah Islam di tempat tinggal masing-masing. Sehingga kini, sebanyak 25 buah Sekolah Rendah Islam (SRI) dan 15 buah Sekolah Menengah Islam (SMI) telah ditubuhkan. Setelah beberapa tahun sekolah beroperasi, terdapat keperluan untuk mengasaskan satu jaringan yang boleh membantu kepentingan bersama SRI dan SMI dari sudut:

1-Memperkasa pendidikan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah.
2-Mengintegrasi kurikulum pembelajaran berteraskan nilai Islam dengan pendekatan pedagogi terkini dan kemudahan teknologi berpandukan pendekatan Tauhid.
3-Sistem pentaksiran pelajar yang holistik, bersepadu dan berterusan melibatkan semua pihak berkepentingan, termasuk ibubapa atau penjaga.
4-Peningkatan profesionalisme dan kualiti guru di SRI dan SMI supaya mereka menjadi seorang Murabbi dan menjadi contoh melalui perlakuan dan sahsiah yang tinggi
5-Menjadi badan berwibawa yang mengawal proses pendidikan SRI-SMI. Pada tahun 2000, MUSLEH (sebelum ini dikenali sebagai Pusat Pendidikan SRI-SMI) telah ditubuhkan bertujuan untuk memantapkan kerjasama, penyelarasan, perkongsian wawasan dan sumber dalam kalangan SRI-SMI. MUSLEH berpegang kepada prinsip bahawa para pelajar seharusnya di beri pendidikan secara tauhidik (holistik dan bersepadu) sehingga mereka mampu menghayati sifat-sifat insan rabbani. MUSLEH, sebagai sebuah badan yang telah berdaftar di bawah Registrar of Societies (ROC) pada tahun 2000 (no. pendaftaran 513402), adalah sebuah syarikat berhad menurut jaminan (Company Limited by Guarantee). Pada tahun 2010, data menunjukkan bahawa seramai 14,085 orang pelajar telah berdaftar di SRI-SMI, 10,246 orang di SRI dan 3839 di SMI. Bilangan pendidik pula adalah seramai 1,024 orang; iaitu 682 orang di SRI dan 342 orang di SMI. Dalam konteks pengurusan, pihak Lembaga Pengelola SRI-SMI diberi autonomi mentadbir SRI-SMI masing-masing. Kini MUSLEH telah bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan di kenali sebagai IKRAM-MUSLEH. Adalah diharapkan agar konsep dan falsafah pendidikan yang ingin diketengahkan oleh MUSLEH akan memberi impak kepada pendidikan perdana di peringkat nasional dan serantau . FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Satu proses pendidikan berteraskan Tauhid yang bertujuan membina dan melahirkan insan rabbani yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk kehidupan diri sendiri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah melalui satu sistem yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.

16/10/2026

🌧️ DOA KETIKA CUACA BURUK DAN JEREBU

Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada segala keburukan dan kemudaratan akibat cuaca buruk serta jerebu.

Marilah kita sama-sama mengamalkan doa ini dan memohon agar Allah mengurniakan keselamatan, kesihatan serta kesejahteraan buat seluruh warga sekolah dan masyarakat.

اللَّهُمَّ احْفَظْنَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ وَضَرَرٍ

Ya Allah, peliharalah kami daripada segala keburukan dan kemudaratan.

🤲 Semoga Allah sentiasa memelihara kita dalam rahmat dan perlindungan-Nya.

Sumber asal: https://www.facebook.com/share/p/1DcEVnJcDR/

[Berita] NYIC 2026: Simulasi Pelaburan Dedah Pelajar kepada Pasaran Saham, SMI Hidayah Rangkul Tempat ke-5Tahniah kepada...
12/10/2026

[Berita] NYIC 2026: Simulasi Pelaburan Dedah Pelajar kepada Pasaran Saham, SMI Hidayah Rangkul Tempat ke-5

Tahniah kepada pasukan Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru atas kejayaan meraih tempat kelima daripada 10 sekolah dalam peringkat akhir National Young Investor Challenge (NYIC) 2026.

Lebih daripada pencapaian pertandingan, penyertaan ini membuka peluang kepada pelajar untuk mendalami literasi kewangan, memahami asas pelaburan serta mengasah pemikiran kritis dan kemahiran membuat keputusan.

Pendedahan seperti ini penting dalam membina generasi yang bukan sahaja berilmu, malah mampu mengaplikasikan pengetahuan secara bijak dalam kehidupan.

Syabas kepada para pelajar, guru pembimbing dan semua pihak yang menyokong usaha ini!

Sumber: Facebook Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru

Berita penuh: https://musleh.edu.my/2026/nyic-2026-simulasi-pelaburan-dedah-pelajar-kepada-pasaran-saham-smi-hidayah-rangkul-tempat-ke-5/

[Berita] SMI Al-Amin Kuching Serlah Bakat STEM di Pentas AntarabangsaKUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah ...
07/10/2026

[Berita] SMI Al-Amin Kuching Serlah Bakat STEM di Pentas Antarabangsa

KUCHING – Tiga orang pelajar dari Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Amin Kuching berpeluang menyertai International Sarawak Bridge & Mapping Challenge 2026 (iSBMC ’26) yang berlangsung selama dua hari sebelum berakhir pada Khamis, 1 Oktober lalu di Politeknik Kuching, Sarawak.

Dalam penyertaan tersebut, pasukan yang diwakili oleh Muhammad Haffiz Jamri, Aisha Lyana Airwan dan Irdina Aqilah Hamizan berjaya memperoleh Achievement Silver bagi Kategori B.

Sumber: Facebook SM Al-Amin Kuching

Berita penuh: https://musleh.edu.my/2026/smi-al-amin-kuching-serlah-bakat-stem-di-pentas-antarabangsa/

[Video] Rakaman perhimpunan pagi bersama Guru Besar SRI Hidayah Pasirris Batu Pahat Sebanyak 33 kawasan di seluruh negar...
07/10/2026

[Video] Rakaman perhimpunan pagi bersama Guru Besar SRI Hidayah Pasirris Batu Pahat

Sebanyak 33 kawasan di seluruh negara merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 6 pagi ini. Bacaan IPU di Batu Pahat, Johor mencatatkan bacaan 197.

🎙️ New to streaming or looking to level up? Check out StreamYard an...

[IENVR26] Surat Pengiktirafan Markah Kokurikulum Penglibatan Murid
07/10/2026

[IENVR26] Surat Pengiktirafan Markah Kokurikulum Penglibatan Murid

[Berita] CIPTR1X 2026: SMI Al-Islah Rangkul Juara Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa Acara Drone TransporterCYBERJAYA...
06/10/2026

[Berita] CIPTR1X 2026: SMI Al-Islah Rangkul Juara Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa Acara Drone Transporter

CYBERJAYA – Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Islah, Sg. Petani salah sebuah sekolah rangkaian Musleh Integrated Education Berhad (MIEB), mencatat rekod bermakna dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) apabila meraih pencapaian cemerlang dalam CIPTR1X International Competition 2026 (World Future Championship) yang telah melabuhkan tirainya pada Ahad, 4 Oktober lalu, di Multimedia University (MMU).

Rezeki nyata memihak kepada dua pasukan delegasi muda dari SMI Al-Islah ini apabila mereka berjaya meraih tempat pertama dan kedua dalam acara Drone Transporter kategori Menengah Rendah.

Berita penuh: https://musleh.edu.my/2026/ciptr1x-2026-smi-al-islah-rangkul-juara-peringkat-kebangsaan-dan-antarabangsa-acara-drone-transporter/

[Berita] Datin Wan Norsiah, Pengetua SMA Riyadatul A’mal Raih Pengiktirafan Kepimpinan Sekolah SwastaKUALA LUMPUR – Musl...
02/10/2026

[Berita] Datin Wan Norsiah, Pengetua SMA Riyadatul A’mal Raih Pengiktirafan Kepimpinan Sekolah Swasta

KUALA LUMPUR – Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) merakamkan ucapan tahniah kepada Pengetua Sekolah Menengah Agama (SMA) Riyadatul A’mal, Kuala Lumpur, Datin Wan Norsiah Wan Abdullah, atas penerimaan Anugerah Khas Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi kategori Kepimpinan Sekolah Swasta (Tempat Pertama).

Pengiktirafan tersebut disampaikan sempena Wacana Inspirasi Pendidikan 2026 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berlangsung pada 24 September lalu di Pusat Konvensyen HGH, di sini.

Baca selanjutnya: https://musleh.edu.my/2026/datin-wan-norsiah-pengetua-sma-riyadatul-amal-raih-pengiktirafan-kepimpinan-sekolah-swasta/

Sinergi & Musyawarah: Memperkukuh Hala Tuju Pendidikan Musleh🍃✨Pada Sabtu, 26 September 2026 lalu, seluruh saf pimpinan ...
29/09/2026

Sinergi & Musyawarah: Memperkukuh Hala Tuju Pendidikan Musleh🍃✨

Pada Sabtu, 26 September 2026 lalu, seluruh saf pimpinan dan wakil Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) serta Lembaga Penyelarasan Pendidikan IKRAM Negeri (LPPIN) telah berkumpul dalam Bengkel Retreat MIEB 2026 yang berlangsung di Dewan Utama Kompleks Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Retreat ini menjadi ruang untuk bermusyawarah, menilai pencapaian semasa dan menyemak langkah yang telah dilaksanakan di samping menyelaras gerak kerja berdasarkan strategi utama 2025-2030 yang telah digariskan.

Bengkel dimulakan dengan amanat pembukaan daripada Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) MIEB, Prof. Dr. Omar Yaakob dan diteruskan dengan sesi pembentangan laporan prestasi dan penilaian tindakan strategik semasa serta perkongsian amalan terbaik (best practices) daripada pihak Sekolah Islam Hidayah Johor.

Bengkel dan diskusi mengikut kump**an turut diadakan bagi mengenal pasti keutamaan dan merancang penyediaan pelan tindakan untuk tahun berikutnya, dengan mengambil kira keperluan serta perkembangan semasa pendidikan Musleh.

Semoga ruang sinergi dan musyawarah ini menjadi sebahagian ikhtiar barisan pimpinan dan pengurusan dalam terus memelihara kualiti sistem pendidikan, pembangunan murid, serta tadbir urus IPI. Mohon doa dan sokongan berterusan daripada seluruh lapisan masyarakat agar segala ikhtiar ini diberkati dan memberi manfaat buat anak-anak bangsa 🤲.

Antara yang hadir, Setiausaha LPA MIEB, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor, Pengurus Besar MIEB, Dr. Noor Liyana Mohd Nor, Pengurus Besar Centre for Learning Excellence (CLE), Dr. Kamaliah Noordin serta Pengerusi Perunding KRS Musleh, Left. Kol. Abd Rahaim Md Isa.

28/09/2026

Salam takziah buat Tun Dr Mahathir Mohamad dan seluruh keluarga atas pemergian isteri tercinta, Tun Dr Hasmah Mohd Ali, pada jam 9.20 pagi tadi.

Allahyarhamah Tun Dr Hasmah yang meninggal dunia pada usia 100 tahun, banyak menyumbang kepada negara dalam pembangunan kesihatan awam, khususnya dalam aspek kesihatan ibu, kanak-kanak dan wanita.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Al-Fatihah.

[Berita] Konvokesyen SPAIM Zon Utara: 21 Guru Terima Syahadah Perguruan Asas IKRAM MuslehSUNGAI PETANI - Seramai 21 oran...
23/09/2026

[Berita] Konvokesyen SPAIM Zon Utara: 21 Guru Terima Syahadah Perguruan Asas IKRAM Musleh

SUNGAI PETANI - Seramai 21 orang guru dari institusi pendidikan, rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh di zon utara diraikan dalam Majlis Konvokesyen Syahadah Perguruan Asas IKRAM Musleh (SPAIM) Zon Utara 2026 yang berlangsung di Dewan Al-Banna, Pusat Pendidikan Al-Islah, di sini, pada Sabtu, 19 September lalu.

Para graduan yang berjaya menamatkan pengajian serta memenuhi semua keperluan pensijilan bagi SPAIM Sesi 2024/2025 itu terdiri daripada guru-guru dari Sekolah Rendah Islam (SRI) Al-Ikram, SRI Al-Azhar, SRI Al-Itqan, SRI Al-Islah, Sekolah Menengah Islam (SMI) Al-Itqan dan SMI Al-Azhar.

Sumber: Facebook Pusat Pendidikan Al-Azhar

Berita penuh: https://musleh.edu.my/2026/konvokesyen-spaim-zon-utara-21-guru-terima-syahadah-perguruan-asas-ikram-musleh/

Address

No. 6-1, Jalan DaGang SB 4/1, Taman Sg. Besi Indah
Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30

Telephone

+60162410277

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Musleh Integrated Education Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Musleh Integrated Education Berhad:

Shortcuts

Share