Pertubuhan Muafakat Alam Ikhwani Malaysia

Pertubuhan Muafakat Alam Ikhwani Malaysia Nama Pertubuhan: Pertubuhan Muafakat Alam Ikhwani Malaysia (MAKNI)
Bidang Perjuangan: Warisan Budaya, Persilatan, dan Perubatan Alternatif.

Nama Pertubuhan: Pertubuhan Muafakat Alam Ikhwani Malaysia (MAKNI)
Bidang Perjuangan: Warisan Budaya, Persilatan, dan Perubatan Alternatif

MAKNI ialah pertubuhan yang komited untuk memelihara, mempromosikan, dan memperjuangkan warisan budaya Malaysia, persilatan tradisional, dan pendekatan perubatan alternatif. Kami berusaha untuk melestarikan nilai-nilai budaya tempatan sambil menyokong kemajuan

dalam bidang persilatan tradisional dan perubatan alternatif bagi kesejahteraan masyarakat Malaysia.

Cukup-cukuplah bermain api dengan isu yang menyentuh institusi diraja dan sensitiviti rakyat.Isu penternakan babi mungki...
26/04/2026

Cukup-cukuplah bermain api dengan isu yang menyentuh institusi diraja dan sensitiviti rakyat.

Isu penternakan babi mungkin boleh dibincangkan dari sudut dasar dan pentadbiran. Itu hak dalam ruang demokrasi.

Tetapi apabila Titah Sultan Selangor telah dikeluarkan, maka di situlah titik noktah bagi semua pihak yang masih waras dan tahu adab.

Malangnya, masih ada pihak yang berdegil, terus mempertahankan isu ini seolah-olah mahu mencabar autoriti negeri.

Ini bukan lagi soal dasar, ini sudah menyentuh soal hormat dan kedaulatan.

Lebih biadab, kini muncul p**a penyebaran gambar penghinaan yang melampau, menggunakan akaun palsu untuk menghina institusi diraja dengan cara yang jijik dan tidak beradab.

Jangan kita jadi naif.
Ini bukan kebetulan.

Ini adalah provokasi terancang untuk mencetuskan kemarahan rakyat, melaga-lagakan kaum, dan merosakkan keharmonian negara.

Saya ingin tegaskan:

❗ Institusi Sultan bukan bahan hinaan sesiapa

❗ Titah Sultan bukan untuk diperdebatkan secara biadab

❗ Mana-mana pihak yang melampaui batas ini WAJIB diambil tindakan

Saya mendesak pihak berkuasa:

⚖️ Siasat segera dalang di sebalik akaun palsu ini

⚖️ Ambil tindakan tegas tanpa kompromi

⚖️ Jangan biarkan perkara ini berulang sehingga menjadi barah dalam masyarakat

Jika hari ini kita diam,
esok lusa penghinaan ini akan menjadi perkara biasa.

Negara ini tidak akan hancur kerana perbezaan pendapat,
tetapi ia akan runtuh apabila rasa hormat terhadap institusi tertinggi mula hilang.

Jangan uji kesabaran rakyat.

Dato Sifu Najib
Pengerusi MAKNI
Timb. Presiden KMIB

17 April 2026 | 9.00 MalamGelanggang Sawiryo, Cheras PerdanaTelah berlangsung sesi pendaftaran dan pengenalan Seni Penca...
18/04/2026

17 April 2026 | 9.00 Malam
Gelanggang Sawiryo, Cheras Perdana

Telah berlangsung sesi pendaftaran dan pengenalan Seni Pencak Aliran 13 di bawah naungan Pertubuhan Muafakat Alam Ikhwani Malaysia (MAKNI).

Alhamdulillah, seramai lebih kurang 20 orang pelajar baharu telah mendaftar, melibatkan peserta seawal usia 7 tahun dan ke atas. Ini menunjukkan minat yang semakin meningkat dalam kalangan generasi muda terhadap seni warisan bangsa yang penuh dengan nilai disiplin, adab dan jati diri.

Sesi dimulakan dengan penerangan asas mengenai:
Pengenalan aliran Pencak 13
Kepentingan adab dalam persilatan
Disiplin diri dan pembentukan sahsiah
Sejarah serta hala tuju perjuangan di bawah MAKNI

Suasana gelanggang dipenuhi dengan semangat, keterujaan dan komitmen daripada para peserta serta tenaga pengajar yang berpengalaman.

MAKNI komited untuk terus melahirkan generasi yang bukan sahaja mahir dalam seni bela diri, malah memiliki kekuatan rohani, jasmani dan jati diri yang tinggi.

Ini bukan sekadar latihan,
Ini adalah PEMBENTUKAN WARISAN.

Kepada ibu bapa dan masyarakat yang ingin mendaftarkan anak-anak atau menyertai latihan, pintu gelanggang sentiasa terbuka.

"Warisan Dijaga, Jati Diri Diperkasa"

KENYATAAN RASMIPertubuhan Muafakat Alam Ikhwani MalaysiaMESYUARAT GELANGGANG ALIRAN 13📅 Tarikh: 4 April 2026🕙 Masa: 10.0...
05/04/2026

KENYATAAN RASMI
Pertubuhan Muafakat Alam Ikhwani Malaysia

MESYUARAT GELANGGANG ALIRAN 13
📅 Tarikh: 4 April 2026
🕙 Masa: 10.00 malam
📍 Tempat: Balai Komuniti Cheras Perdana (CP5)

Alhamdulillah, telah berlangsung satu mesyuarat yang menghimpunkan barisan ahli bagi membincangkan perancangan pembukaan gelanggang serta memperhalusi hala tuju gerak kerja bagi tahun 2026.

Antara perkara utama yang telah dibincangkan adalah:
✔️ Pembukaan Gelanggang Seni Penchak Aliran 13
✔️ Tarikh bermulanya gelanggang pada 17 April 2026
✔️ Perasmian Gelanggang Sawiryo
✔️ Program penerimaan murid baharu
✔️ Pelaksanaan adat ikatan pulut sebagai simbol ikatan perguruan
✔️ Penyusunan gerak kerja dan sistem latihan yang lebih tersusun
✔️ Perancangan hala tuju Pertubuhan Muafakat Alam Ikhwani Malaysia bagi tahun 2026, termasuk pengukuhan organisasi, pengembangan gelanggang serta pemantapan warisan seni dan jati diri

Gelanggang ini akan diterajui oleh Cikgu Bob bersama pembantunya Cikgu Rain, dalam memastikan kesinambungan ilmu, disiplin serta adab perguruan terus terpelihara.

Pihak kami juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

Tok Cindai, Panglima Aduka, Tuan Jeffrey dan Tuan Roni
atas kehadiran dan sokongan dalam memperkukuhkan silaturrahim serta semangat kebersamaan.

Mesyuarat ini bukan sekadar perbincangan pembukaan gelanggang, tetapi menjadi titik penyatuan arah dan langkah, dalam memastikan setiap usaha yang digerakkan mempunyai matlamat yang jelas, tersusun dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Semoga segala perancangan ini dipermudahkan dan diberkati.

“Bukan sekadar gelanggang dibuka, tetapi warisan disusun, jati diri dibina, dan masa depan diperkukuhkan.”

𝐊𝐄𝐍𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊: 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐄𝐁𝐀𝐍, 𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁?Hari ini rakyat Malaysia sekali lagi berhadapan den...
01/04/2026

𝐊𝐄𝐍𝐀𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐌𝐈𝐍𝐘𝐀𝐊: 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐓𝐄𝐑𝐁𝐄𝐁𝐀𝐍, 𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐆𝐆𝐔𝐍𝐆𝐉𝐀𝐖𝐀𝐁?

Hari ini rakyat Malaysia sekali lagi berhadapan dengan realiti pahit, kos hidup meningkat, harga minyak naik, dan tekanan ekonomi makin terasa.

Ya, kita akui faktor luar seperti 𝙥𝙚𝙧𝙖𝙣𝙜 𝙙𝙞 𝘼𝙨𝙞𝙖 𝘽𝙖𝙧𝙖𝙩 memberi kesan kepada harga minyak dunia. Laluan utama bekalan global terganggu, menyebabkan harga melonjak.

Namun persoalannya...
𝗮𝗱𝗮𝗸𝗮𝗵 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻?

Kerajaan telah mengambil beberapa langkah:

✔ Mengekalkan subsidi RON95 untuk rakyat
✔ Bantuan bersasar kepada golongan tertentu
✔ Usaha mencari bekalan alternatif
✔ Kempen penjimatan tenaga

Tetapi dalam masa sama,
rakyat marhaen, peniaga kecil, rider, nelayan dan pekerja harian masih paling terkesan.

⚠️ PENDIRIAN MAKNI

Kami berpandangan:

🔴 Isu ini bukan semata-mata soal perang
🔴 Tetapi soal bagaimana kerajaan mengurus kesan krisis global
🔴 Dan sejauh mana rakyat dilindungi daripada tekanan ekonomi

📌 CADANGAN MAKNI

1. Perluas bantuan tunai secara menyeluruh kepada golongan terkesan
2. Kaji semula cukai bahan api sementara waktu
3. Perketat kawalan kos rantaian (logistik & barang asas)
5. Laksanakan pelan kecemasan ekonomi rakyat
6. Telus dalam penjelasan kos sebenar dan hala tuju negara

🔥 PENEGASAN

Rakyat tidak menolak realiti dunia.
Tetapi rakyat menuntut keadilan dalam beban yang ditanggung.
Jangan biarkan rakyat terus tersepit di tengah-tengah
antara krisis global dan kelemahan pengurusan tempatan.

MAKNI akan terus bersuara.
Demi rakyat. Demi negara.

Pengerusi MAKNI
Dato' Sifu Najib

30/03/2026

Isu pemandu mabuk di Malaysia bukan lagi kes terpencil. Ia telah menjadi ancaman serius kepada keselamatan rakyat sehingga meragut nyawa individu yang tidak berdosa.

Jika kita lihat negara-negara jiran, pendekatan mereka jauh lebih tegas dan konsisten.

Vietnam dan Indonesia mengamalkan pendekatan hampir zero tolerance, minum bermaksud tidak boleh memandu langsung. Singapura p**a melaksanakan penguatkuasaan ketat dengan hukuman berat serta larangan memandu yang panjang, termasuk tindakan berganda kepada pesalah berulang. Thailand p**a menekankan pencegahan melalui operasi besar-besaran dan had alkohol yang lebih rendah.

Kesimp**annya, negara yang berjaya mengawal isu ini mempunyai tiga perkara utama:

Undang-undang yang tegas, penguatkuasaan berterusan, dan pendirian tanpa kompromi terhadap pemanduan di bawah pengaruh alkohol.

Namun di Malaysia, walaupun undang-undang telah dipinda dan diperketatkan, kesan pencegahan masih belum cukup kuat. Masih terdapat ruang kelonggaran, rayuan, dan yang paling menyedihkan, keluarga mangsa sering kali tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya, termasuk dari sudut pampasan.

Sudah tiba masanya pendekatan lebih tegas diambil.
Antara langkah yang perlu dipertimbangkan secara serius:

Hukuman penjara wajib tanpa kompromi bagi kes yang melibatkan kematian

Penarikan lesen seumur hidup untuk pesalah berat

Pampasan wajib kepada keluarga mangsa, dengan mekanisme penguatkuasaan yang jelas

Pendekatan zero tolerance terhadap pemanduan selepas mengambil alkohol

Penguatkuasaan lebih agresif dan konsisten oleh pihak berkuasa
Ini bukan soal menyekat kebebasan individu untuk minum.

Ini adalah soal melindungi hak orang lain untuk hidup dengan selamat.

Jika kita masih berlembut dalam isu ini, maka setiap nyawa yang terkorban selepas ini bukan lagi sekadar kemalangan, tetapi kegagalan sistem untuk melindungi rakyatnya sendiri.

Pengerusi MAKNi
NAJIBULLAH BIN HUSSAIN

18/03/2026

KENYATAAN PENGERUSI MAKNI

Sebagai Pengerusi Pertubuhan Muafakat Alam Ikhwani Malaysia (MAKNI), saya ingin merujuk kepada pelaksanaan program Harmoni Madani yang telah diadakan sebagai satu usaha mempertemukan dua komuniti yang sedang melalui ketegangan, iaitu komuniti Melayu dan India.

Matlamat utama pertemuan ini adalah untuk membuka ruang dialog secara matang, membina persefahaman serta mencapai kesepakatan demi keharmonian bersama. Alhamdulillah, program ini telah berlangsung dengan lancar dalam suasana yang terkawal dan penuh semangat muafakat.

Namun begitu, saya ingin menyatakan rasa kesal apabila terdapat beberapa wakil daripada komuniti India, termasuk aktivis dan individu berkepentingan, yang tidak hadir walaupun kehadiran mereka amat diharapkan. Peranan mereka sangat penting bagi memastikan perbincangan yang lebih menyeluruh dan seimbang dapat dicapai.

Ketiadaan ini sedikit sebanyak menjejaskan usaha ke arah memperkukuhkan persefahaman antara kedua-dua pihak, malah berpotensi menimbulkan persepsi yang kurang tepat terhadap keikhlasan usaha pendamaian ini.

Dalam masa yang sama, saya ingin menegaskan bahawa MAKNI tetap mendesak pihak berkuasa untuk menjalankan tanggungjawab dengan telus, adil dan penuh amanah, terutamanya pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam menangani isu berkaitan hak milik tanah serta kewujudan rumah ibadat yang tidak sah di atas tanah yang mempunyai pemilikan yang jelas.

Isu-isu seperti ini perlu diselesaikan mengikut saluran undang-undang yang betul, tanpa tekanan, tanpa pilih kasih, dan tanpa menimbulkan ketegangan antara kaum.

Kita tidak akan mencapai keharmonian jika isu asas tidak ditangani dengan jujur dan berintegriti.

MAKNI kekal komited sebagai jambatan penyatuan, bukan medan perpecahan.

Demi Agama, Bangsa dan Negara.

Pengerusi MAKNI
Sifu Najib

08/03/2026

Alhamdulillah 🤲

Malam tadi saya mewakili Pertubuhan Muafakat Alam Ikhwani Malaysia (MAKNI) bersama Tok Cindai serta kepimpinan Kesatuan Melayu Islam Bersaudara (KMIB) telah hadir memenuhi jemputan ke Majlis Iftar 2026 anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang berlangsung di Wisma Sejarah.

Kehadiran ini bagi memeriahkan majlis serta mengeratkan ukhuwah antara NGO Melayu Islam, di samping memperkukuhkan semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan umat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Presiden PERKASA serta seluruh kepimpinan atas jemputan yang sangat bermakna ini.

Semoga majlis seperti ini terus menjadi medan merapatkan saf, menyatukan hati dan memperkukuhkan kekuatan umat Melayu Islam.

Ukhuwah diperkasa, perjuangan diteruskan. 🤝✨





MAKNI BERSAMA KMIBSUARA RAKYAT, TINDAKAN BERLANDASKAN UNDANG-UNDANGAlhamdulillah, Gerakan Desakan Kebangkitan Rakyat tel...
27/02/2026

MAKNI BERSAMA KMIB

SUARA RAKYAT, TINDAKAN BERLANDASKAN UNDANG-UNDANG

Alhamdulillah, Gerakan Desakan Kebangkitan Rakyat telah dilaksanakan dengan aman, tersusun dan penuh disiplin.

Sebagai Pengerusi Pertubuhan Muafakat Alam Ikhwani Malaysia (MAKNI) dan Timbalan Presiden Kesatuan Melayu Islam Beraja (KMIB), saya berdiri bersama kepimpinan dan ahli dalam memastikan setiap tindakan dibuat melalui saluran sah serta mematuhi peraturan negara.

Kita telah mengikut prosedur.
Kita telah menghantar memorandum.
Kita telah bergerak secara aman dan berhemah.

Sekarang kita menunggu tindakan.

Desakan ini bukan untuk mencabar mana-mana pihak. Ia adalah peringatan bahawa amanah perlu dilaksanakan dengan lebih tegas dan fokus. Rakyat melihat. NGO memerhati. Dan kita semua mahukan penyelesaian, bukan penangguhan.

Kita tidak bertindak secara emosi.
Kita tidak bergerak secara melulu.
Kita bertindak secara berstrategi dan berlandaskan undang-undang.

MAKNI bersama KMIB akan terus konsisten dalam memperjuangkan pendekatan yang matang, keras pada prinsip, tetapi tertib dalam pelaksanaan.

Harapan kita agar perkara yang dibangkitkan diberi perhatian sewajarnya dan ditangani secara profesional demi kepentingan masyarakat serta ketenteraman awam.

Kita hadir bukan untuk mencetuskan ketegangan.
Kita hadir untuk mengingatkan tanggungjawab.

Bicara Biar Pintar. Bertindak Biar Berakal.

Najibullah Bin Hussain
Pengerusi MAKNI
Timbalan Presiden KMIB

17/02/2026

Pertubuhan Muafakat Alam Ikhwani Malaysia (MAKNI) menyatakan sokongan terhadap seruan Konvoi Kebangkitan Rakyat yang digerakkan oleh Tok Cindai berhubung isu pencerobohan tanah yang sedang dibangkitkan.

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐀𝐅𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐈𝐊𝐇𝐖𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐌𝐀𝐊𝐍𝐈)Pertubuhan Muafakat Alam Ikhwani Malaysia (MAKN...
17/02/2026

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐒𝐎𝐊𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈
𝐏𝐄𝐑𝐓𝐔𝐁𝐔𝐇𝐀𝐍 𝐌𝐔𝐀𝐅𝐀𝐊𝐀𝐓 𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐈𝐊𝐇𝐖𝐀𝐍𝐈 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐌𝐀𝐊𝐍𝐈)

Pertubuhan Muafakat Alam Ikhwani Malaysia (MAKNI) menyatakan sokongan terhadap seruan Konvoi Kebangkitan Rakyat yang digerakkan oleh Tok Cindai berhubung isu pencerobohan tanah yang sedang dibangkitkan.

MAKNI berpandangan bahawa dalam sebuah negara yang berdaulat, setiap isu berkaitan tanah dan undang-undang perlu ditangani melalui saluran yang sah, aman dan berlandaskan prinsip kedaulatan undang-undang.

Sehubungan itu, usaha menghimpunkan NGO-NGO Melayu Islam bagi menyampaikan memorandum kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia serta pihak pentadbiran daerah adalah satu bentuk tindakan sivil yang wajar selagi dilaksanakan secara tertib dan mematuhi undang-undang.

MAKNI menyeru agar semua pihak:

• Bertindak dengan disiplin dan berhemah
• Mengelakkan sebarang provokasi
• Mengutamakan perpaduan dan kebijaksanaan dalam menyuarakan pendirian

Kita percaya bahawa suara rakyat yang disampaikan secara aman dan tersusun akan lebih dihormati serta memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk bertindak secara adil dan profesional.

MAKNI berdiri atas prinsip:
𝙉𝙚𝙜𝙖𝙧𝙖 𝙞𝙣𝙞 𝙉𝙚𝙜𝙖𝙧𝙖 𝙃𝙪𝙠𝙪𝙢.

Semoga segala usaha dipermudahkan dan dipandu ke arah penyelesaian yang terbaik untuk semua.

Allahu Akbar.

Dato’ Najibullah Bin Hussain
Pengerusi & Pengasas
Pertubuhan Muafakat Alam Ikhwani Malaysia (MAKNI)

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗔𝗙𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗜𝗞𝗛𝗪𝗔𝗡𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗠𝗔𝗞𝗡𝗜)Merujuk kepada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Tok...
13/02/2026

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜
𝗣𝗘𝗥𝗧𝗨𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗔𝗙𝗔𝗞𝗔𝗧 𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗜𝗞𝗛𝗪𝗔𝗡𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 (𝗠𝗔𝗞𝗡𝗜)

Merujuk kepada kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Tok Cindai menerusi Gabungan Kesatuan Melayu Islam Beraja, pihak MAKNI dengan ini menyatakan sokongan penuh terhadap pendirian tegas yang menuntut tindakan sewajarnya diambil ke atas pihak penceroboh berdasarkan lunas undang-undang negara.

Sebagai sebuah pertubuhan yang berteraskan warisan, persilatan, perubatan alternatif dan kebajikan masyarakat, MAKNI sentiasa menjunjung prinsip kedaulatan undang-undang serta menghormati institusi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia.

Sehubungan itu, MAKNI berdiri sejajar dalam gesaan agar tindakan dilaksanakan secara sah melalui saluran perundangan dengan mendahulukan laporan polis serta mengelakkan sebarang tindakan di luar kerangka undang-undang.

Kami percaya bahawa ketegasan dalam mempertahankan kedaulatan undang-undang mesti digerakkan secara tersusun, berhemah dan penuh tanggungjawab.

Sekian, terima kasih.

Dato Najibullah Bin Hussain
Pengerusi & Pengasas
Pertubuhan Muafakat Alam Ikhwani Malaysia (MAKNI)

Address

No. 27-1, Jalan Puj 3/9, Taman Puncak Jalil
Seri Kembangan
43300

Telephone

+601131552501

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Muafakat Alam Ikhwani Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Muafakat Alam Ikhwani Malaysia:

Share