I for SYRIA • i4S

I for SYRIA • i4S Humanitarian Care Malaysia Berhad

Maybank Islamic: 5515 7500 4299
CIMB Islamic: 8602 135 592
Bank Islam Malaysia: 1209 2010 0349 04

mycare.org.my

Hanya 2 langkah mudah untuk menyumbang kepada saudara kita di Syria:

1. Salurkan sumbangan anda menggunakan transaksi Mesin Auto-Teller (ATM), atau Mesin Deposit Tunai (CDM), atau Mesin Deposit Cek (CQM) atau melalui perbankan internet kepada akaun ‘HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD’ :

Akaun Maybank Islamic : 551575-004299
Akaun Bank Islam : 1209-20100-34904
Akaun CIMB Islamic: 8602 135 592

2.

Hantarkan butiran transaksi kepada kami. Maklumat yang kami perlukan adalah seperti berikut:

Nama :
Alamat surat menyurat :
No. Telefon :
No. Kad Pengenalan:
Emel :
No. Transaksi :
Waktu Transaksi :
Amaun Transaksi :

Tuan boleh emel/fax kepada kami maklumat tersebut untuk rekod kami melalui :

Emel MyCARE : [email protected]
Fax : +603-8734-9636

Selain itu, untuk sumbangan dari luar negara,

Servis Telegram Transfer (TT) boleh dibuat dengan memasukkan maklumat berikut:

Maklumat Penerima / Receiver name : Humanitarian Care Malaysia Berhad
Alamat Penerima / Receiver Address : No 18, Jalan Damai Mewah 2 , Taman Damai Mewah, Kajang, Selangor Darul Ehsan 43000 Malaysia
Akaun Penerima / Receiver Account : 551575004299
SWIFT Penerima / Receiver SWIFT : MBBEMYKL
Nama Bank Penerima / Receiver Bank Name: Malayan Banking Berhad ( MAYBANK)
Alamat Bank Penerima / Receiver Bank Address : No. 136 & 137, Jalan Senai Utama 5/17, 81400 Senai, Johor
Negara Destinasi / Destination Country : Malaysia
Mesej Penderma / Sender Massage : Donation

23/03/2023
19/12/2022

Ayuh bersama kita berdoa agar hujan yang turun ketika ini adalah asbab untuk kebaikan.

Kongsikan doa ini kepada sahabat-sahabat kita tidak kira di mana jua.

09/12/2022

MyCARE ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan pengerusi, Dr. Hafidzi bin Mohd Noor, atas sumbangan dan kepimpinan beliau menerajui MyCARE selama lebih sedekad.

Di bawah kepimpinan beliau, MyCARE telah mencipta pelbagai kejayaan dan menerima pelbagai pengiktirafan baik dalam mahu pun luar negara.

Di bawah kepimpinan beliau, MyCARE telah berjaya meluaskan capaian khidmat kemanusiaan kami daripada Palestin sahaja kepada 22 buah negara termasuk Malaysia dengan bantuan terkumpul setakat Disember 2021 berjumlah RM163 juta.

Di bawah kepimpinan beliau juga, MyCARE telah diberikan kepercayaan oleh Bank Negara untuk mewakili Malaysia ke Financial Action Task Force (FATF) Mutual Evaluation Exercise, menerajui South East Asia Humanitarian Committee (SEAHUM), menganggotai Jawatankuasa Pepandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), menjadi rakan kerjasama United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) Malaysia dan menerima 'Special Consultative Status' daripada United Nations Economic and Social Council (ECOSOC).

Jasa, sumbangan dan kepimpinan beliau ini telah membolehkan beliau dinobat sebagai salah seorang Tokoh Anugerah Maulidur Rasul 1436H/2015 Peringkat Kebangsaan.

Biarpun tidak lagi menerajui MyCARE, mengambil kira ketokohan dan pengalaman beliau, Lembaga Pemegang Amanah MyCARE sebulat suara telah bersetuju untuk melantik beliau sebagai Penasihat Kehormat MyCARE (Honorary Advisor).

Terima kasih dan tahniah Dr.

9 Disember 2022

09/12/2022

Mesyuarat Khas Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) pada 20 November 2022 sebulat suara bersetuju melantik Dato’ Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin bin Mustapha sebagai Pengerusi MyCARE yang baharu.

Dato’ Seri Ir Dr Kamal merupakan anak kelahiran Machang, Kelantan dan pemegang Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Kejuruteraan Struktur dari University of Aston, Birmingham, United Kingdom (1994).

Beliau mempunyai pengalaman dalam kedua-dua bidang - korporat dan akademik. Jawatan tertinggi yang pernah beliau sandang ialah sebagai Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dari 2015-2022.

Semasa menjadi Naib Canselor UNITEN, beliau bersama pas**an pengurusan telah membangunkan Pelan Strategik UNITEN 2015-2025 yang dikenali sebagai BOLD2025 (Building Opportunities, Living Dreams 2025). Pelan ini telah memboleh UNITEN berjaya mengumpul dana endowmen sebanyak RM135 juta untuk memenuhi matlamat strategik kemampanan kewangan universiti itu.

Pelantikan beliau sebagai Pengerusi MyCARE diharap akan dapat memperkukuh tatakelola dan profesionalisme MyCARE serta melonjakkan lagi pencapaian MyCARE khususnya ke arah menjayakan Rancangan Strategik MyCARE 2022-2026.

Tahniah dan selamat datang ke keluarga MyCARE Dato' Seri.

9 Disember 2022

08/10/2022

Salam Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

"وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ "

“Dan tidak Kami utuskan kamu, kecuali sebagai rahmat bagi seluruh alam.” Al-Anbiya’, ayat 107

Ikhlas daripada warga kerja dan aktivis MyCARE.

Laporan Audit dari MyCARE. Pilih lah MyCARE untuk menyumbang tanpa was-was. Tidak pernah ter 'missed' hantar laporan aud...
19/09/2022

Laporan Audit dari MyCARE. Pilih lah MyCARE untuk menyumbang tanpa was-was. Tidak pernah ter 'missed' hantar laporan audit setiap tahun dan di audit oleh firma terkemuka.

Tahniah kepada semua penyumbang MyCARE.

𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐀𝐔𝐃𝐈𝐓 𝐌𝐲𝐂𝐀𝐑𝐄 𝟐𝟎𝟐𝟏: 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟐 𝐓𝐄𝐑𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈, 𝐊𝐎𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐃𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟎

“𝑆𝑢𝑛𝑔𝑔𝑢ℎ, 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑢𝑟𝑢ℎ𝑚𝑢 𝑚𝑒𝑛𝑦𝑎𝑚𝑝𝑎𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑚𝑎𝑛𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟ℎ𝑎𝑘 𝑚𝑒𝑛𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎𝑛𝑦𝑎….” [An-Nisa’: 58]

Sepertimana tahun-tahun yang lalu, hari ini s**a kami kongsikan ringkasan ‘Laporan Kewangan MyCARE 2021’ yang telah diaudit dan dikemukakan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 31 May 2022.

Alhamdulillah sepanjang tahun 2021, MyCARE telah menerima sumbangan berjumlah RM29,191,236.29.

Ini adalah sumbangan tahunan kedua tertinggi yang pernah diterima oleh MyCARE sepanjang penubuhannya sejak tahun 2010. Ia adalah peningkatan sebanyak 57% daripada sumbangan yang diterima sepanjang tahun 2020.

Tiga penyumbang utama dana kemanusiaan MyCARE bagi tahun 2021 adalah dari Tabung Palestin Diserang (RM8 juta), Tabung Kemanusiaan Rohingya (RM3 juta) dan Projek MyQurbani yang meningkat daripada RM1.56 juta pada tahun 2020 kepada RM2.13 juta pada tahun 2021.

Peningkatan ini juga adalah hasil daripada peningkatan sumbangan luar negara berjumlah RM4.25 juta atau 14.6 % berbanding hanya 5% pada tahun 2020.

Antara penyumbang utama dari luar negara adalah Ummah Welfare Trust (UK) RM2.1 juta, Madani Limited (Singapura) RM648,000, AusRelief (Australia) RM640,000, Human Initiative (Indonesia) RM550,000 dan Human Appeal (Australia) RM254,000.

Peningkatan sumbangan dari luar negara ini mencerminkan peningkatan kepercayaan NGO-NGO luar negara kepada MyCARE untuk melaksanakan projek-projek bantuan bagi pihak mereka.

Untuk tahun 2021, sejumlah RM24.4 juta atau 85.9% daripada wang yang diterima telah diagihkan dalam pelbagai bentuk bantuan ke 20 buah negara termasuk Malaysia.

Antara agihan bantuan terbesar di dalam negara adalah RM900,000 untuk Bantuan Kecemasan COVID-19 dan RM386,000 untuk Bantuan Kecemasan Banjir di Lembah Kelang.

Peratus sumbangan ini selaras dengan komitmen MyCARE supaya sekurang-kurangnya 85% daripada jumlah sumbangan yang diterima disampaikan kepada penerima.

MyCARE telah menetapkan kos siling untuk pengurusan mestilah tidak melebihi 15% daripada jumlah sumbangan yang diterima. Alhamdulillah sejak penetapannya pada tahun 2015, kos pengurusan MyCARE konsisten berada di bawah paras 10%.

Untuk tahun 2021, kos pengurusan MyCARE adalah 4.3% sahaja; turun 1.6% berbanding tahun 2020. Ini adalah kos pengurusan yang terendah sejak penubuhan kami!

Penurunan kos pengurusan ini antaranya berpunca daripada sumbangan tahunan yang meningkat tinggi (dari RM18.6 juta kepada RM29.2 juta) sedang dalam waktu yang sama perbelanjaan pengurusan MyCARE meningkat sedikit sahaja dari RM1 juta kepada RM1.2 juta.

Penurunan kos pengurusan ini juga berpunca daripada peningkatan sumbangan langsung pengurusan dan hasil p**angan pelaburan yang baik. Ini membolehkan sekitar 38% dari kos pengurusan MyCARE tidak diambil daripada sumbangan awam tetapi ditampung oleh hasil pelaburan dan sumbangan langsung pengurusan.

Kami berharap pengurusan yang cekap dan berhemah dapat terus meminimakan kos tetapi pada masa yang sama menjana sumbangan yang lebih besar.

Penjimatan kos pengurusan ini telah menghasilkan lebihan yang lebih besar untuk Tabung Kecemasan dan Pelaburan dari RM1.4 juta kepada RM2.78 juta.

Seperti yang telah kami jelaskan sebelum ini, Tabung Kecemasan ini kami manfaatkan untuk penyaluran bantuan segera ketika bencana (seperti banjir dan perang) sementara menunggu kemas**an sumbangan orang ramai.

Tabung Pelaburan p**a kami manfaatkan untuk menjana tambahan dana untuk menampung kos pengurusan.

Kami merafakkan kesyukuran kepada Allah SWT atas kekuatan yang diberikan untuk melaksanakan amanah yang besar ini.

Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang prihatin dan sentiasa menyokong usaha-usaha kemanusiaan MyCARE.

Pencapaian ini adalah pencapaian kita bersama!

Laporan penuh yang telah diaudit boleh dirujuk di laman sesawang MyCARE: https://www.mycare.org.my/laporan-audit/

19/08/2022

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengucapkan Selamat menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia kepada para petugas kemanusiaan serta seluruh rakyat Malaysia yang komited mengangkat isu kemanusiaan di seluruh dunia termasuk para s**arelawan dan aktivis kemanusiaan.

Terima kasih kerana memperjuangkan isu kemanusiaan!

"Nurturing Humanity, Making a Difference."

31/07/2022

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengucapkan Selamat Hari Pahlawan kepada seluruh anggota keselamatan yang sedang berkhidmat mahu pun yang telah bersara.

Tidak dilupakan juga para perajurit yang telah gugur ketika mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

Tanpa pengorbanan, jasa dan bakti mereka, tiada kedamaian dan aktiviti ekonomi tidak dapat dilaksanakan dengan aman dan tenteram.

Semoga rahmat Allah SWT mencucuri seluruh anggota keselamatan negara dan ahli keluarga mereka.

Selamat Hari Pahlawan!

#2022

29/07/2022

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada muslimin dan muslimat di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei dan di seluruh dunia.

Hijrah atau perpindahan Rasulullah SAW dan para sahabat RA dari Mekah ke Madinah merupakan satu titik sejarah yang amat besar ertinya ke atas perkembangan ketamadunan Islam dan umatnya.

Semoga tahun baru hijrah ini menjadikan kita insan yang lebih cekal dalam menghadapi cabaran yang mendatang dan saling bantu membantu sesama kita.

“Keluarga Malaysia, Pemangkin Kemakmuran”





09/07/2022

MyCARE dan MyQurbani mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat.

Semoga ibadah qurban para peserta MyQurbani pada tahun ini diterima oleh Allah SWT.

Semoga segala sumbangan anda yang disalurkan kepada saudara-saudara kita yang memerlukan diberi ganjaran pahala berlipat kali ganda serta saham akhirat yang menggunung tinggi.

Jazakumullahu khayr kerana menyertai ibadah qurban dan aqiqah bersama kami di MyQurbani.

Taqabalallahu minna waminkum.

"Qurban Beyond Borders"

"Nurturing Humanity, Making a Difference"

Address

No. 9, Jalan DaGang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
Seri Kembangan
43000

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60389412341

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when I for SYRIA • i4S posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to I for SYRIA • i4S:

Share