Pertubuhan Ukhuwah Mahabbah

Pertubuhan Ukhuwah Mahabbah Kami Kasih Cakna Semua

Perjalanan RohaniAlhamdulillah atas Anugerah iniHaza Min Fadhli Rabbi🤲🌹💚🌹
26/02/2026

Perjalanan Rohani
Alhamdulillah atas Anugerah ini
Haza Min Fadhli Rabbi🤲🌹💚🌹

20/02/2026

Alhamdulillah… moga bermanafaat
Barokallah… 🤲🙏🌹💚🌹

20/02/2026

Alhamdulillah… moga bermanafaat
Barokallah 🌹💚🌹

19/02/2026

Assalamualaikum wbt… moga bermanafaat
Barokallah🤲🙏🌹💚🌹

15/02/2026

Alhamdulillah…🌹💚🌹

29/12/2025
TAREKAT JALAN MENUJU WILAYAH YANG PALING SUNYI, PALING HALUS DAN PALING PANJANG JALANNYA IAITU:“IHSAN” Dalam Islam, kita...
25/12/2025

TAREKAT JALAN MENUJU WILAYAH YANG PALING SUNYI, PALING HALUS DAN PALING PANJANG JALANNYA IAITU:“IHSAN”

Dalam Islam, kita sering diajar bahawa agama ini berdiri atas tiga rukun besar. Islam, iman dan ihsan. Ramai memahami Islam melalui fiqh. Ramai mendalami iman melalui akidah. Tetapi ihsan, itulah wilayah yang paling sunyi, paling halus, dan paling panjang jalannya. Di situlah tarekat berada.

Tarekat bukan satu disiplin yang boleh disempitkan kepada buku, silibus, modul atau tempoh pengajian. Ia bukan seperti kita masuk kelas, belajar, diuji, kemudian tamat dengan sijil. Tarekat tidak bergerak dengan kaedah akademik. Ia bergerak dengan sistem tarbiah.

Dalam tarekat, pembelajaran bukan bermula dengan membaca semata-mata, tetapi dengan masuk ke dalam didikan. Bukan sekadar bertalaqqi untuk mengambil ilmu, tetapi bertalaqqi untuk diubah hal. Bukan menghafal untuk menambah maklumat, tetapi menghafal untuk melembutkan hati. Bukan khatam kitab, tetapi khatam keakuan diri sedikit demi sedikit.

Sebab itu orang yang benar-benar masuk jalan tarekat, dia tidak pernah merasa dirinya sudah sampai. Hari pertama dia bai‘ah, hari itulah dia mengaku dirinya murid. Sepuluh tahun berjalan, dua puluh tahun berjalan, rambut sudah memutih, kedudukan sudah berubah, orang sudah memanggil dengan pelbagai gelaran, tetapi di sisi gurunya dan di sisi Allah, dia tetap murid.

Tiada istilah tamat dalam tarekat. Yang ada hanyalah istiqamah. Jalan ini tidak berakhir dengan pencapaian, tetapi berakhir dengan hayat. Selagi nafas turun naik, selagi itulah suluk berjalan. Bezanya hanya satu, semakin lama berjalan, semakin rasa tidak tahu. Semakin lama berkhidmat, semakin rasa belum layak. Semakin banyak diberi amanah, semakin kuat rasa bergantung.

Walau apa pun tugasan yang diamanahkan, mengajar, memimpin, berniaga, berorganisasi, berdakwah, menulis, mengurus manusia, semua itu tidak mengeluarkan seseorang dari maqam murid. Bahkan tugasan-tugasan itu hanyalah medan untuk murid itu diuji adabnya, diuji taatnya, diuji ikhlasnya, diuji sangka baiknya kepada Allah dan gurunya.

Di sinilah ramai tersalah faham. Mereka menyangka tarekat itu satu fasa. Selesai fasa, mereka bergerak ke fasa lain. Hakikatnya tarekat bukan fasa, tetapi keadaan. Bukan episod, tetapi perjalanan hidup. Ia tidak menukar identiti seseorang daripada murid kepada bukan murid. Ia hanya menukar kedalaman murid itu dalam memahami kehambaan.

Dan selama mana seseorang itu masih melihat dirinya sudah tahu, sudah layak, sudah sampai, selama itulah dia sebenarnya belum pun melangkah jauh dalam tarekat. Kerana tanda awal orang yang benar berjalan di jalan ihsan, ialah dia semakin jelas bahawa dirinya akan kekal sebagai murid, sampai bertemu Rabbnya.

Pertubuhan Ukhuwah Mahabbah
24.12.2025

10/08/2025

Address

1259, Jalan 18/52, Taman Sri Serdang
Seri Kembangan
43300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Ukhuwah Mahabbah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pertubuhan Ukhuwah Mahabbah:

Share