Puspanita Nahrim

Puspanita Nahrim PUSPANITA NAHRIM

PROGRAM BEAUTY TALK: CARA PENJAGAAN KULIT SUPAYA KEKAL SIHAT & AWET MUDAPUSPANITA Cawangan Kecil Institut Penyelidikan A...
23/06/2026

PROGRAM BEAUTY TALK:
CARA PENJAGAAN KULIT SUPAYA KEKAL SIHAT & AWET MUDA

PUSPANITA Cawangan Kecil Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah menganjurkan Program Beauty Talk: Cara Penjagaan Kulit Supaya Kekal Sihat & Awet Muda bersempena sambutan Hari Ibu sebagai tanda penghargaan terhadap peranan wanita, khususnya para ibu.

Program tersebut yang berlangsung pada 15 Jun 2026 (Isnin) di Auditorium Mini NAHRIM telah dikendalikan oleh SSD Bazilah Edrus dan team dari Mary Kay Malaysia. Melalui sesi perkongsian ini, para peserta didedahkan kepada amalan penjagaan kulit yang betul serta tips penjagaan diri bagi meningkatkan keyakinan dan kesejahteraan diri.
Penganjuran program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ahli Puspanita NAHRIM. Diharapkan inisiatif seumpama ini dapat terus memberi manfaat serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan diri dalam kalangan wanita.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada SSD Bazilah Edrus dan team Mary Kay Malaysia atas perkongsian ilmu yang bermanfaat, serta kepada semua peserta yang telah menyokong dan menjayakan program ini.

Salam Aidiladha kepada Srikandi PUSPANITA Cawangan Kecil NAHRIM.  Semoga hari yang penuh keberkatan ini mengingatkan kit...
26/05/2026

Salam Aidiladha kepada Srikandi PUSPANITA Cawangan Kecil NAHRIM. Semoga hari yang penuh keberkatan ini mengingatkan kita tentang erti kesabaran, keikhlasan, dan pengorbanan yang sebenar.

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN SELAMAT BERSARA DIUCAPKAN KEPADA YBHG. DATO' IR. HJ. DR. NASEHIR KHAN BIN EM YAHAYA, PENAUNG PU...
10/05/2026

SEKALUNG PENGHARGAAN DAN SELAMAT BERSARA DIUCAPKAN KEPADA YBHG. DATO' IR. HJ. DR. NASEHIR KHAN BIN EM YAHAYA, PENAUNG PUSPANITA CAWANGAN KECIL NAHRIM ATAS JASA SERTA DEDIKASI YBHG. DATO' SEPANJANG MEMIMPIN PERSATUAN INI.

SETINGGI - TINGGI PENGHARGAAN DAN JUTAAN TERIMA KASIH JUGA DIUCAPKAN KEPADA YBHG. DATIN HJH. KALSOM BEBE BT HANIBA, PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN KECIL NAHRIM ATAS DEDIKASI, BIMBINGAN DAN SOKONGAN PADU YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI KEPADA AHLI PERSATUAN.

10/05/2026
8 MEI 2026 | MAJLIS BINGKISAN BUDI DAN SESI PENYERAHAN TUGAS PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN KECIL NAHRIMSekalung pengharga...
10/05/2026

8 MEI 2026 | MAJLIS BINGKISAN BUDI DAN SESI PENYERAHAN TUGAS PENGERUSI PUSPANITA CAWANGAN KECIL NAHRIM

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datin Hjh Kalsom Bebe Bt Haniba atas segala jasa, bakti, dan bimbingan sepanjang menerajui PUSPANITA Cawangan Kecil NAHRIM. 🌹

Satu sesi Penyerahan Tugas Pengerusi PUSPANITA NAHRIM juga diadakan pada majlis tersebut. Majlis ini menjadi saksi bermulanya lembaran baharu buat persatuan yang akan diterajui oleh Puan Norwanis Bt Shaik Abdul Latiff, Timbalan Pengerusi I.

Di sebelah petangnya p**a, warga NAHRIM turut memeriahkan majlis Sanjungan Budi Ketua Pengarah NAHRIM, YBhg. Dato Ir. Hj. Dr. Nasehir Khan bin EM Yahaya yang akan bersara wajib pada 10 Mei 2026 di Putrajaya.

Seluruh warga PUSPANITA NAHRIM mendoakan agar YBhg. Datin terus cemerlang dan dirahmati dalam apa jua lapangan yang diceburi.

"Wanita Sepakat Negara Meningkat"

17 April 2026 | Jualan PUSPANITA NAHRIM 📸Sekitar kemeriahan Jualan PUSPANITA NAHRIM Jumaat lalu. Terima kasih kepada sem...
24/04/2026

17 April 2026 | Jualan PUSPANITA NAHRIM 📸

Sekitar kemeriahan Jualan PUSPANITA NAHRIM Jumaat lalu. Terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan menjayakan jualan kami! 🤩 👋✨

17 April 2026 | Mesyuarat Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil NAHRIM Bil. 2 Tahun 2026Mesyuarat telah dipengerusikan o...
24/04/2026

17 April 2026 | Mesyuarat Jawatankuasa PUSPANITA Cawangan Kecil NAHRIM Bil. 2 Tahun 2026

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Datin Hjh Kalsom Bebe bt Haniba, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil NAHRIM. Mesyuarat juga mengalu - alukan kehadiran Puan Norwanis bt. Shaik Abdul Latiff, Timbalan Pengerusi I yang baharu dilantik pada 16 Mac 2026 yang lalu.
Di antara agenda mesyuarat adalah perancangan aktiviti persatuan dan perubahan fungsi biro selaras dengan PUSPANITA PETRA.

JUALAN PUSPANITA NAHRIMTarikh: 17 April 2026 | JumaatMasa: 11am - 2pmTempat: Lobi Utama NAHRIM
14/04/2026

JUALAN PUSPANITA NAHRIM

Tarikh: 17 April 2026 | Jumaat
Masa: 11am - 2pm
Tempat: Lobi Utama NAHRIM

30 MAC 2026 | PutrajayaPUSPANITA Cawangan Kecil NAHRIM telah turut hadir di Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ketiga PUSPANIT...
30/03/2026

30 MAC 2026 | Putrajaya

PUSPANITA Cawangan Kecil NAHRIM telah turut hadir di Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ketiga PUSPANITA Cawangan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Tahniah kepada barisan jawatankuasa baharu yang telah dilantik!!





Barisan Jawatankuasa PUSPANITA NAHRIM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitra Maaf Zahir dan Batin..
20/03/2026

Barisan Jawatankuasa PUSPANITA NAHRIM ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitra Maaf Zahir dan Batin..

Address

Seri Kembangan
43300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Puspanita Nahrim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share