Aqsa Syarif

Directions Website Contact the organization

Aqsa Syarif Aqsa Syarif adalah agensi kemanusiaan dibawah yang fokus dalam isu-isu Palestin. | Ramadan Berdarah di Bumi Palestin!
(9247)

Bermula dengan Baitulmuqaddis, kini Gaza p**a diserang. Kekejaman Yahudi di penghujung Ramadan benar-benar sudah ke kemuncaknya. Jika ia berlarutan, mereka akan menyambut Syawal bukan dengan kemeriahan bunga api dan mercun, tetapi dentuman bom dan artileri. Setiap hari kita mengira bilangan mereka yang diserang, kita melihat berapa rumahdan bangunan musnah dan menjadi saksi letupan bom di tanah barakah ini. Ayuh umat Islam, padukan tenaga dan usaha demi pembebasan Palestin bumi tercinta! Sampaikan derma kalian merentas lautan supaya ianya sampai ke sana dan menjadi asbab kehancuran sebuah ego Yahudi. Derma di sini sekarang:
mycare.qrd.by/palestin

atau

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 13 5592
Rujukan: PalestinDiserang

Hantar pembayaran melalui akaun bank sahaja ke:

No tel: 018 908 9282
Emel: [email protected]

18/09/2026

HOUTHI SERANG MEKAH, PERANG YAMAN–ARAB SAUDI, IRAN KUASAI DRON “SUBMARINE” AS? | S2EP30

Tonton episod terbaru Podcast Aqsa Syarif di YT.

Episod kali ini membawakan kupasan mengenai Perang Saudara di Yaman, perkembangan konflik antara Houthi dan Arab Saudi, serta bagaimana pergolakan di Yaman berkait rapat dengan konflik serantau yang lebih besar. Perkembangan terkini menunjukkan pertempuran kembali memuncak dan memberi kesan besar kepada penduduk awam serta laluan perdagangan strategik di Laut Merah.

Selain itu, kita turut melihat perkembangan terkini perang antara Iran dan Amerika Syarikat, termasuk perkembangan ketenteraan, isu Selat Hormuz dan kesannya terhadap rantau Timur Tengah serta dunia.

Tidak ketinggalan, episod ini turut membincangkan krisis kemanusiaan akibat konflik di P4lest1n, sebelum melihat bagaimana perkembangan geopolitik turut mencetuskan kontroversi dalam dunia hiburan, termasuk isu terkini melibatkan Ed Sheeran dan Macklemore yang mencetuskan perdebatan selepas Macklemore dikeluarkan daripada baki jelajah Ed Sheeran.

📌 Antara topik yang dibincangkan:
• Perang Saudara di Yaman
• Konflik Houthi–Arab Saudi
• Perkembangan perang Iran–AS
• Perkembangan ketenteraan dan geopolitik Timur Tengah
• Krisis kemanusiaan dan nasib penduduk awam di G4za
• Selat Hormuz & Laut Merah
• Kontroversi Ed Sheeran & Macklemore
• Palestin, dunia hiburan dan pendirian selebriti terhadap konflik

🎬 Jangan lupa tonton sampai habis, tekan LIKE, KOMEN dan SHARE video ini.

🔔 SUBSCRIBE dan aktifkan loceng notifikasi untuk mengikuti episod-episod terbaru.

Terima kasih kerana terus menyokong Kemanusiaan dan Aqsa Syarif. ❤️

🇵🇸 TRAINING OF PALESTINE SPECIALIST (TOPS) 2026 🇵🇸“Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa”  Bersempena dengan Global Day ...
18/09/2026

🇵🇸 TRAINING OF PALESTINE SPECIALIST (TOPS) 2026 🇵🇸
“Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa”

Bersempena dengan Global Day of Action oleh Global Alliance for Palestine (GAFP) dan Minggu Peringatan Genosida Gaza oleh gabungan NGO Malaysia, MyCARE akan menganjurkan Training of Palestine Specialist (TOPS) 2026.

TOPS 2026 membariskan pakar-pakar bidang yang akan mengupas isu Palestin dari sudut sejarah, agama, dan geopolitik secara kritikal dan analitikal dalam misi untuk melahirkan barisan advokator Palestin yang seterusnya.

ANTARA TOPIK YANG AKAN DIKUPAS:

▪️ Memahami Akar Permasalahan: Kupasan isu Palestin dari perspektif agama dan sejarah dan bagaimana ia mempengaruhi penjajahan Zionis serta perjuangan rakyat Palestin;

▪️ Geopolitik & Perkembangan Terkini: Bedah siasat realiti dan ancaman terhadap Baitulmaqdis, impak Taufan Al-Aqsa, dan hala tuju masa depan Palestin;

▪️ Tindakan Solidariti Global: Memahami strategi gerakan solidariti global dan bagaimana kita boleh turut serta menyumbang.

BUTIRAN PROGRAM

Tarikh: 10 & 11 Oktober 2026 (Sabtu & Ahad)
Masa: 9:00 pagi – 5:00 petang
Lokasi: MyCARE HQ, Seri Kembangan

💳 YURAN PENYERTAAN

Pelajar: RM30/orang
Aktivis & Sukarelawan MyCARE: RM50/seorang
Orang Awam: RM50/orang (early bird) / RM70/orang

Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menjadi suara buat mereka yang masih dikepung dan ditindas.

DAFTAR SEKARANG selagi slot masih ada.

🔗 Tekan pautan untuk mendaftar di komen:


📞 Pertanyaan lanjut: 018-3139212 (AJK Pendaftaran)

11/09/2026

Serangan terhadap Syria tidak henti-henti berlaku daripada pihak rejim Z!on!s sejak kejatuhan Basyar al-Asad.

Serangan tersebut merangkumi serangan udara, usaha memecah-belahkan Syria, serta percubaan mengeksploitasi isu Druze untuk menguasai wilayah di selatan Syria dan sebagainya.

Namun, amat mengejutkan apabila baru-baru ini Menteri Luar Syria dilaporkan bertemu secara rahsia dengan Ketua Mossad.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Adakah Syria akan mengaku kalah dan berdamai dengan Israel demi keselamatan dan kestabilan negaranya sendiri — tanpa mempedulikan Bukit Golan, Gunung al-Syaikh dan Qunaiterah yang masih berada di bawah penaklukan penjajah?

Atau adakah terdapat agenda yang lebih besar di sebalik pertemuan tersebut?

🎙 Tonton ulasan penuh di YT Aqsa Syarif sekarang untuk mengetahui apa yang sedang berlaku di Syria dan apakah kemungkinan yang bakal berlaku selepas ini.

Link di komen di bawah:

10/09/2026

🎙 Menteri Luar Syria Bertemu Ketua Mossad, Iran Serang USS George Washington, & Pelan Israel Usir Penduduk Gaza | S2EP29

🌍 Dunia terus menyaksikan perkembangan besar di Asia Barat. Dalam episod kali ini, kita membincangkan beberapa perkembangan penting yang melibatkan Iran, Amerika Syarikat, Syria, Israel dan Gaza — serta persoalan besar tentang ke mana hala tuju konflik-konflik ini selepas ini.

🔥 PERANG IRAN–AMERIKA

🇮🇷 Apakah punca yang mencetuskan pusingan baharu ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat?
🎯 Apakah motif sebenar di sebalik tindakan Iran dan Amerika, dan apakah kepentingan yang sedang dipertahankan oleh kedua-dua pihak?
🌍 Bagaimana p**a reaksi dunia terhadap perkembangan terbaru ini?
🔮 Adakah konflik ini akan terus merebak dan menjadi perang yang lebih besar, atau masih ada ruang untuk penyelesaian?

🇸🇾 PERANG SYRIA–ISRAEL

✈️ Serangan terhadap lapangan terbang tentera udara di Idlib mencetuskan persoalan tentang perkembangan baharu di Syria.
🇹🇷 Bagaimana reaksi Turkiye? Apakah pendirian Presiden Erdoğan dan Menteri Luar Hakan Fidan terhadap perkembangan tersebut?
🤝 Lebih menarik, kita turut membincangkan pertemuan Menteri Luar Syria dengan Ketua Mossad serta persoalan besar yang timbul daripada pertemuan tersebut.

🇵🇸 GAZA: PERANG YANG BELUM BERAKHIR

🪁 Apa p**a perkembangan berkaitan layang-layang dalam perjuangan rakyat Gaza?
🎯 Kita turut melihat kisah misi menculik wakil Hamas dan perkembangan terbaru yang berkaitan dengannya.
🕊 Apakah perkembangan terkini mengenai Board of Peace, dan apakah implikasinya terhadap masa depan Gaza?

📺 Semua ini dan banyak lagi dibincangkan dalam Podcast Aqsa Syarif S2EP29.

🎧 Boleh tonton sekarang di Podcast Aqsa Syarif!

❤️ Jangan lupa untuk Subscribe, Like, Komen & Sebarkan supaya lebih ramai dapat mengikuti perkembangan dan memahami apa yang sedang berlaku di dunia Islam.

𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐲𝐚𝐭𝐢 𝐄𝐫𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐆𝐚.𝐳@ 𝐌𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐨𝐬𝐢𝐝Apakah makna kemerdekaan yang sebenar ketika rakyat Ga.z@ ...
08/09/2026

𝐌𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐲𝐚𝐭𝐢 𝐄𝐫𝐭𝐢 𝐊𝐞𝐦𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐆𝐚.𝐳@ 𝐌𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐃𝐢𝐥𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐆𝐞𝐧𝐨𝐬𝐢𝐝

Apakah makna kemerdekaan yang sebenar ketika rakyat Ga.z@ masih terus berdepan kemusnahan, kehilangan dan penderitaan akibat genosid yang berpanjangan?

Ikuti perkongsian yang mengajak kita merenungi nilai kemerdekaan, tanggungjawab kemanusiaan serta kedudukan umat Islam dalam menghadapi tragedi yang masih berlaku di Ga.z@.

Perkongsian disampaikan oleh Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin, Eksekutif Advokasi dan Penyelidikan, MyCARE.

Tarikh: 8 September 2026 (Selasa)
Masa: 2:30 petang

Kupasan yang akan dikongsikan:

👉Bagaimanakah keadaan terkini di Ga.z@?

👉Bagaimanakah Islam menterjemahkan erti kemerdekaan?

👉Adakah Rasulullah SAW menyambut kemerdekaan tanah airnya setelah ia dibebaskan daripada penguasaan kaum musyrikin Quraisy?

👉Adakah mustahil bagi umat Islam untuk bebas daripada kezaliman dan menyaksikan tersebarnya dakwah Islam?

👉Adakah kemerdekaan P4lest1n merupakan tanda kemerdekaan umat Islam daripada cengkaman musuh?

Boleh didengari menerusi Radio IKIM FM, serta siaran langsung di Facebook IKIM dan YT IKIM.

Mari bersama menghayati erti kemerdekaan bukan sekadar sebagai sebuah sambutan, tetapi sebagai kesedaran terhadap hak, keadilan dan kemanusiaan.

Seperti yang dilaporkan semalam, salah seorang pimpinan tinggi H4mas telah diculik oleh pasukan khas IDF. Mereka menyusu...
05/09/2026

Seperti yang dilaporkan semalam, salah seorang pimpinan tinggi H4mas telah diculik oleh pasukan khas IDF. Mereka menyusup masuk dengan sebuah van dan keluar semula bersama mangsa yang diculik dalam keadaan tergesa-gesa selepas dua orang anggota mereka terbunuh dan tiga lagi ditangkap.

Kelengkapan senjata dan peluru ditinggalkan begitu sahaja yang kemudiannya menjadi ghanīmah (rampasan perang) untuk para pejuang.

Namun, kisah ini tidak berlaku semudah itu sahaja. Sumber daripada rakyat tempatan turut menyatakan bahawa sebenarnya Samah al-Arabid (47 tahun), isteri kepada Muin al-Arabid yang kini telah diculik, berjuang sehingga ke akhir nyawanya.

Bukan beliau seorang sahaja, bahkan dua orang anaknya turut bersama-sama pejuang al-Q4ssam bertembung dengan musuh yang berjumlah sekurang-kurangnya 10 anggota tentera.

Dalam keadaan musuh yang lengkap dengan persenjataan, persiapan dan latihan ketenteraan serta sebagainya, Samah al-Arabid hanyalah seorang ibu yang sedang mempersiapkan majlis perkahwinan anaknya pada keesokan hari. Setelah berlakunya penyerbuan terhadap rumahnya, Samah meninggalkan segala persiapan tersebut untuk bertempur dengan musuh demi menyelamatkan suaminya yang telah diculik.

Walaupun berlaku serangan udara berdekatan dan mengetahui pihak musuh lengkap dengan persenjataan, sumber menyebutkan bahawa Samah bersama dua orang anak lelakinya tidak berundur walaupun seinci. Mereka sanggup mengorbankan nyawa demi menyelamatkan ayah mereka dengan apa sahaja kekuatan yang mereka miliki.

Sehinggalah beliau sendiri syahid. Pada tangannya kelihatan kesan inai yang menandakan persiapan perkahwinan anaknya. Manakala, dua orang anaknya mengalami kecederaan. Salah seorang daripada mereka yang merupakan bakal pengantin kehilangan salah satu matanya, manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah.

Inilah keluarga pejuang yang seharusnya menjadi contoh kepada seluruh umat Islam.

𝐊𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐔𝐦𝐦𝐮 ‘𝐀𝐦𝐦𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐠𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥𝐮𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐀𝐖 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠

Meneliti kisah Samah al-Arabid mengingatkan kita kepada kisah para sahabiah, iaitu sahabat dalam kalangan Wanita, yang pernah berjuang dengan senjata bersama-sama Rasulullah SAW. Salah seorang daripada mereka ialah Ummu ‘Ammarah (Nusaybah bint Ka‘ab) yang berada di samping perjuangan Rasulullah SAW sejak awal sehinggalah ke akhir hayatnya.

Ummu ‘Ammarah terlibat dalam Perang Uhud, Perjanjian al-Ridhwan (ketika Rasulullah SAW mengisytiharkan perang ke atas kematian Uthman bin Affan), Perang Hunain dan Perang al-Yamamah.

Kita mengambil faedah daripada kisah keberanian beliau dalam Perang Uhud. Ummu ‘Ammarah bersama suami dan anak-anaknya berada di samping Rasulullah SAW. Bukan sekadar dalam peperangan, sama ada di barisan hadapan atau belakang, tetapi mereka berada di sekitar Rasulullah SAW ketika baginda berada dalam keadaan yang sangat genting setelah terjatuh ke dalam lubang yang telah digali oleh musuh untuk memerangkap baginda.

Dalam peperangan tersebut, Rasulullah SAW mengalami kecederaan sehingga gigi kacip baginda yang mulia tercabut.

Keadaan ini sangat berisiko kerana nyawa baginda berada dalam bahaya sehingga tersebar berita yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW telah terbunuh. Namun, Allah SWT mengurniakan kepada baginda seorang ibu bersama keluarganya untuk mempertahankan Rasulullah SAW di hadapan musuh. Riwayat menyebutkan bahawa Ummu ‘Ammarah berada di setiap penjuru Rasulullah SAW.

Sabda Rasulullah SAW:

سمعتُ رسولَ اللَّهِ صلَّى اللَّهُ عليهِ وسلَّمَ يقولُ يومَ أُحُدٍ: ما التفتُّ يمينًا ولا شمالًا إلا وأنا أراها تقاتلُ دوني، يعني أمَّ عمارةَ

“Aku (Umar bin al-Khattab) mendengar Rasulullah SAW bersabda pada hari Uhud: ‘Aku tidak menoleh ke kanan atau ke kiri melainkan aku melihatnya sedang berperang mempertahankanku,’ iaitu Ummu ‘Ammarah.”

𝐃𝐨𝐚 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐒𝐀𝐖 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐔𝐦𝐦𝐮 ‘𝐀𝐦𝐦𝐚𝐫𝐚𝐡

Dalam keadaan itu, Nabi Muhammad SAW menghargai apa yang dilakukan oleh Ummu ‘Ammarah dan keluarganya. Baginda lantas mendoakan mereka sekeluarga:

بارك الله فيكم من أهل بيت

“Semoga Allah memberkati kalian, wahai Ahli Bait.”

Dalam riwayat yang lain, baginda menyebutkan:

رحمكم الله من أهل بيت

“Semoga Allah merahmati kalian, wahai Ahli Bait.”
Ummu ‘Ammarah kemudian meminta sesuatu daripada Rasulullah SAW selepas mendengar doa baginda. Kata beliau:

ادع الله أن نرافقك في الجنة

“Berdoalah kepada Allah agar kami dapat menemanimu di dalam syurga.”

Jawab Rasulullah SAW:

اللهم اجعلهم رفقائي في الجنة

“Ya Allah, jadikanlah mereka teman-temanku di dalam syurga.”

Kata Ummu ‘Ammarah selepas itu:

ما أبالي ما أصابني بعد ذلك في الدنيا

“Aku tidak lagi mempedulikan apa sahaja yang menimpaku selepas ini di dunia.”

Bermakna, pejuang yang berpangkat ibu ini mengorbankan seluruh keluarganya demi perjuangan Islam. Inilah salah satu hasil daripada iman yang kuat, sejajar dengan ajaran Baginda SAW.

Kedua-dua anaknya syahid di jalan Allah SWT. Manakala dirinya sendiri ditetak oleh musuh pada bahunya. Beliau mengalami kecederaan tersebut namun masih hidup selama beberapa tahun selepas itu, sehinggalah akhirnya bertemu dengan Allah SWT.

Al-syahidah Samah al-Arabid tidak setaraf dengan sahabiah yang diceritakan dalam kisah ini. Ummu ‘Ammarah mendapat doa daripada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi pendamping baginda di syurga. Namun, terdapat persamaan yang ketara antara mereka berdua.

Kedua-duanya ialah ibu yang terlibat dalam peperangan dan berperang dengan senjata di samping anak-anak mereka demi agama Allah SWT. Mereka berdua mengorbankan segala-galanya demi menegakkan agama.

Jelas bahawa peranan wanita amat penting dalam perjuangan ini. Di dalam rumah, mereka bertanggungjawab melahirkan dan membangunkan generasi baharu yang akan menggantikan generasi lama. Di luar, mereka juga diperlukan untuk membantu agama dan masyarakat dengan kemahiran dan kekuatan yang Allah SWT berikan kepada mereka.

Dalam Islam, orang pertama memeluk agama Islam ialah seorang wanita, iaitu Khadijah RA, dan orang pertama yang syahid juga ialah seorang wanita, iaitu Sumayyah RA. Begitulah hebatnya jasa para wanita sejak awal perjuangan Islam sehinggalah ke hari ini.

Semoga penulisan ini membantu memberikan inspirasi kepada para lelaki dan wanita khususnya untuk meneruskan perjuangan demi Islam. Lelaki dan perempuan, kedua-duanya mempunyai peranan yang berat dan mustahak untuk ditunaikan dalam perjuangan ini.

Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin
Pegawai Penyelidik Aqsa Syarif

𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐮𝐥𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐝𝐢 𝐊𝐚𝐭𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧Baru-baru ini berlaku lagi sebuah misi sulit rejim pen...
03/09/2026

𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐮𝐥𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐦𝐢𝐦𝐩𝐢𝐧 𝐝𝐢 𝐊𝐚𝐭𝐢𝐛𝐚𝐡 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐤𝐧𝐢𝐤 𝐏𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧

Baru-baru ini berlaku lagi sebuah misi sulit rejim penjajah untuk menculik pimpinan H4mas, Muin Arabid, di wilayah Katibah, Bandar G4za.

Misi tersebut menggunakan sebuah van putih (seperti dalam gambar di bawah) yang kononnya bertujuan menghantar bantuan kepada penduduk awam. Sebaik sahaja van tersebut tiba di lokasi sasaran, beberapa anggota tentera keluar dengan membawa senjata yang dipasang alat penyenyap.

Ahli misi tersebut menembak dua orang anggota keselamatan G4za dan seterusnya menculik Muin Arabid. Ketika operasi sedang berjalan, isteri mangsa sebenarnya turut berjuang dengan senjata sehingga ke akhir hayat. Keberanian ibu pejuang ini akan diceritakan dalam penulisan yang akan datang.

Selepas itu, sejumlah tentera al-Q4ssa.m tiba di lokasi untuk menggagalkan misi tersebut. Situasi terbabit menyebabkan beberapa anggota tentera rejim penjajah terkorban dan mereka terpaksa meninggalkan lokasi secara tergesa-gesa.

𝟏𝟎 𝐏𝐞𝐬𝐚𝐰𝐚𝐭 𝐓𝐞𝐧𝐭𝐞𝐫𝐚 𝐔𝐝𝐚𝐫𝐚 𝐃𝐢𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐌𝐢𝐬𝐢

Untuk menyelamatkan ahli misi ini ketika berundur ke lokasi selamat, rejim Zi0n1s menggunakan 10 pesawat tentera udara dan melancarkan sekitar 17 serangan terhadap rumah-rumah penduduk awam.

Serangan tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang awam terbunuh, termasuk wanita dan kanak-kanak. Selain itu, beberapa penduduk turut dilaporkan mengalami kecederaan.

Ada yang menyatakan ahli misi ini ialah anggota kump**an penjenayah bersenjata daripada kalangan penduduk G4za sendiri dan ada p**a yang menyatakan mereka ialah tentera Zion1s.

Dalam kedua-dua keadaan, walaupun Muin Arabid telah diculik, beberapa anggota misi telah terbunuh, iaitu seramai dua orang tentera IDF, manakala tiga orang pengkhianat berjaya ditangkap.

Bukan itu sahaja, para pejuang juga dilaporkan memperoleh senjata dan peluru yang ditinggalkan oleh musuh. Keadaan sama berulang kali berlaku di medan tempur yang ditinggalkan tentera rejim penjajah. Ini menunjukkan kegagalan tentera IDF dan sekutunya dalam menewaskan para pejuang di medan darat sepanjang pertempuran berlangsung.

𝐌𝐢𝐬𝐢 𝐆𝐚𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐚𝐥𝐚𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐌𝐮𝐢𝐧 𝐓𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐃𝐢𝐜𝐮𝐥𝐢𝐤

Dr Faiz Abu Syamalah, ahli akademik dan tokoh politik Palestin dari Khan Younis, G4za, menyebutkan tentang misi ini:

Kegagalan operasi ketenteraan Israel di barat G4za pada hari ini menunjukkan tiga perkara:

1. G4za masih berada dalam genggaman (kawalan) penduduknya, dan para penjaga G4za mempunyai akar yang mendalam di bumi P4lestin.

2. Ejen-ejen perisikan Israel lebih berbahaya dan lebih ganas daripada golongan Z1onis itu sendiri.

3. Peperangan ini akan berterusan sehingga Hari Kiamat.

Tambahan daripada penulis berkaitan operasi ini:

𝟭. 𝗚𝗲𝗻𝗼𝘀𝗶𝗱 𝗠𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗕𝗲𝗿𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻

Walaupun gencatan senjata telah diumumkan tahun lalu, lebih 1,300 individu telah syahid. Pembunuhan berlaku setiap hari terhadap kanak-kanak, wanita dan orang awam secara keseluruhannya. Ia berlaku melalui serangan udara, kelaparan, tekanan psikologi dan tembakan menggunakan dron.

𝟮. 𝗛𝟰𝗺𝗮𝘀 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗦𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗺𝗮 𝗔𝗱𝗮 𝗕𝗲𝗿𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸𝗻𝘆𝗮

Pada Julai lalu, H4mas telah bersetuju untuk menyerahkan pentadbiran kerajaan kepada Jawatankuasa Kebangsaan Pentadbiran G4za (NCAG) seperti yang dipersetujui oleh Donald Trump serta negara penjamin, Qatar dan Mesir.

Secara asasnya, G4za tidak lagi ditadbir oleh H4mas kerana peletakan jawatan telah berlaku secara rasmi.

Namun begitu, nyawa anggota H4mas dan ahli keluarga mereka terus menjadi sasaran setiap hari. Dalam operasi ini, isteri Muin Arabid turut terkorban. Ini membuktikan bahawa rejim penjajah bukan sekadar mahu mengalahkan H4mas, tetapi mahu membunuh seluruh pimpinan serta ahli keluarga mereka.

Ia merupakan langkah politik untuk mendapatkan sokongan golongan ekstrem dalam kalangan rakyat Israel yang bersetuju dengan jenayah genosid dan usaha mengosongkan G4za daripada penduduknya.

𝟯. 𝗞𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗲𝗻𝗷𝗮𝘁𝗮 𝗠𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗕𝗲𝗿𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮

Kump**an penjenayah bersenjata seperti kump**an Yasir Abu Syabab, Asyraf al-Mansi dan lain-lain masih berkuasa di sekitar 70% kawasan G4za yang telah dirampas.

Kewujudan mereka bersama kelengkapan senjata, peluru dan latihan ketenteraan yang diperoleh daripada rejim penjajah membantu jenayah genosid, perampasan lebih banyak tanah serta usaha menghalau penduduk P4lestin keluar dari tanah air mereka.

𝟰. 𝗞𝗲𝗵𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗗𝗶𝗴𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂

Walaupun Muin Arabid diculik, tradisi perjuangan H4mas sejak 1987 membuktikan gerakan ini tidak pernah mengalami masalah menggantikan pemimpin yang terkorban atau diculik.

Setiap pemimpin yang dilantik telah disediakan penggantinya kerana mereka memahami sikap musuh yang sentiasa menyasarkan serangan terhadap pimpinan gerakan.

Sejak 7 Oktober 2023, pemimpin H4mas yang berada di Iran telah dibunuh iaitu al-Syahid Ismail H4niyeh, di Lubnan al-Syahid Saleh al-Aruri, manakala di Qatar terdapat cubaan membunuh Dr Khalil al-Hayyah.

Sudah pasti pemimpin gerakan ini yang berada di G4za menjadi sasaran yang lebih mudah untuk dibunuh pada bila-bila masa.

Semoga penulisan ini memberikan lebih banyak perkembangan terkini di G4za. Mutakhir ini, usaha mendapatkan perkembangan dari G4za semakin terbatas akibat lebih ramai wartawan tempatan yang terbunuh, manakala perkembangan konflik antara Amerika Syarikat dan Iran turut menenggelamkan berita-berita terkini dari wilayah tersebut.

Teruskan membantu mereka, jangan berhenti berdoa dan terus menyebarkan kesedaran.

Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin
Pegawai Penyelidik Aqsa Syarif

𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐒𝐀𝐖 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐲𝐭𝐢𝐡𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐧𝐲𝐚𝐰𝐚Ketika Rasulullah SAW bersama para sahabat sedang menun...
01/09/2026

𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐒𝐀𝐖 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐬𝐲𝐭𝐢𝐡𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐧𝐲𝐚𝐰𝐚

Ketika Rasulullah SAW bersama para sahabat sedang menunggu Sayyidina ‘Uthman RA berunding dengan pihak Musyrikin Mekah bagi membolehkan baginda dan seramai 1,400 orang sahabat menunaikan umrah di Mekah, sampailah kepada baginda sebuah berita yang menyebabkan baginda sangat marah.

Berita tersebut mengesahkan bahawa Sayyidina ‘Uthman RA telah dibunuh oleh pihak Musyrikin Mekah.

Nabi Muhammad SAW mengisytiharkan perang terhadap pihak Musyrikin sebagai tanda membalas kematian Sayyidina ‘Uthman RA.

Sabda Baginda SAW:

لن نبرح حتى نناجز القوم

“Kami tidak akan berganjak sehingga kami memerangi kaum itu (Musyrikin Quraisy).”

Sambung hadis berkaitan peristiwa ini lagi:

فدعا رسول الله صلى الله عليه وسلم الناس إلى البيعة

Lalu Rasulullah SAW menyeru orang ramai untuk melakukan bai‘ah (ikrar taat setia).

فكانت بيعة الرضوان تحت الشجرة، فكان الناس يقولون

Maka berlakulah Bai‘ah al-Ridhwan di bawah pokok. Ketika itu, orang ramai berkata:

بايعهم رسول الله صلى الله عليه وسلم على الموت

“Rasulullah SAW mengambil bai‘ah daripada mereka untuk mati (di jalan perjuangan).”

Bermakna, mereka berikrar kepada Rasulullah SAW untuk tidak berundur dan tetap teguh menghadapi musuh walaupun sehingga mengorbankan nyawa.

Allah SWT mengakui akan perjanjian ini dan memuliakannya.

Firman Allah SWT:

۞ لَّقَدْ رَضِىَ ٱللَّهُ عَنِ ٱلْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ ٱلشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِى قُلُوبِهِمْ فَأَنزَلَ ٱلسَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَـٰبَهُمْ فَتْحًۭا قَرِيبًۭا

“Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah);

maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahui-Nya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.”

(Surah al-Fath, ayat 18)

Itulah agungnya nyawa seorang Muslim di sisi Rasulullah SAW. Baginda sanggup mengambil ikrar taat setia daripada 1,400 orang sahabat untuk berperang demi nyawa seorang Muslim.

Sabda SAW dalam sebuah hadis yang lain:

لزوالُ الدنيا أهونُ على اللهِ مِنْ قتلِ رجلٍ مسلمٍ

“Sesungguhnya lenyapnya dunia lebih ringan di sisi Allah daripada membunuh seorang Muslim.”

(Dikeluarkan oleh al-Tirmizi dan disahihkan oleh al-Albani.)

Bermakna, segala apa yang ada di dunia ini, segala ciptaan Allah SWT daripada setinggi-tinggi langit sehinggalah sedalam-dalam bumi, nyawa seorang Muslim lebih tinggi nilainya di sisi Allah SWT.

𝐍𝐲𝐚𝐰𝐚 𝐒𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐮𝐤𝐦𝐢𝐧 𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐀𝐠𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐚𝐚𝐛𝐚𝐡

Malah, dalam sebuah hadis yang lain, Nabi Muhammad SAW mengakui keagungan Kaabah di sisi Allah SWT:

رأيتُ رسولَ اللهِ صلَّى اللهُ عليهِ وسلَّمَ يطوفُ بالكعبةِ وهوَ يقولُ ما أطيبَكِ وأطيبَ ريحَكِ ما أعظمَكِ وأعظمَ حرمَتَكِ والذي نفسُ محمدٍ بيدِهِ لحُرمةُ المؤمنِ أعظمُ حُرمةً عِندَ اللهِ مِنكِ مالُهُ ودمُهُ وأنْ يُظنَّ بهِ إلا خيرًا

“Aku melihat Rasulullah ﷺ melakukan tawaf di Kaabah, lalu Baginda bersabda:
‘Alangkah baiknya engkau dan alangkah harumnya bau engkau. Alangkah agungnya engkau dan alangkah agungnya kehormatanmu.

Demi Tuhan yang jiwa Muhammad berada di tangan-Nya, sesungguhnya kehormatan seorang Mukmin di sisi Allah lebih besar daripada kehormatanmu; begitu juga harta dan darahnya.
Dan kita hendaklah tidak menyangka terhadapnya kecuali dengan sangkaan yang baik.”

(Dikeluarkan oleh Ibn Majah dan al-Tabarani serta dinilai sahih oleh al-Albani.)

Kaabah merupakan masjid pertama yang dibina di atas bumi Allah SWT. Ia menjadi kiblat kepada seluruh umat Islam yang berjumlah dua bilion orang dan menjadi pintu keberkatan serta hidayah bagi sekalian alam.

Firman Allah SWT:

إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِلْعَالَمِينَ

“Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.”

Namun di sisi Allah SWT, nyawa seorang hamba yang beriman dan mengakui ketuhanan Allah SWT juga mempunyai nilai dan kehormatan yang sangat tinggi daripada rumah Allah, Kaabah.

Kaabah boleh runtuh akibat banjir, hujan lebat atau gempa bumi, dan selepas itu ia boleh dibina semula dengan binaan yang sama atau lebih baik.
Tetapi nyawa seorang Muslim di sisi Allah SWT berbeza.

Setiap roh yang ditiupkan sehingga menjadi seorang manusia yang beriman kepada Allah SWT diangkat kedudukannya tanpa mengira warna kulit, sama ada hitam atau putih, bangsa mahupun bahasa.

Firman Allah SWT:

وَلِلَّهِ ٱلْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِۦ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَلَـٰكِنَّ ٱلْمُنَـٰفِقِينَ لَا يَعْلَمُونَ

“Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasul-Nya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”

(Surah al-Munafiqun, ayat 8)

𝐒𝐞𝐣𝐚𝐮𝐡 𝐌𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐔𝐦𝐚𝐭 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐌𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐲𝐚𝐰𝐚 𝐔𝐦𝐚𝐭 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦?

Daripada penerangan al-Quran dan al-Sunnah di atas, menyelamatkan dan membela nyawa umat Islam adalah suatu perkara yang tidak boleh ditinggalkan walau dalam apa keadaan sekalipun.

Ia merupakan kewajipan yang telah digalas oleh Rasulullah SAW sepanjang hayat baginda.

Apa yang berlaku di P4lestin hari ini ialah penyembelihan penduduk Palestin yang berlaku setiap hari. Tanah yang diberkati dan disucikan, Baitul Maqdis, terus dirampas, manakala maruah Islam digadai dengan pencerobohan pendatang haram Yahudi terhadap Masjid al-Aqsa.

Dalam masa yang sama, sebahagian umat Islam dalam kalangan pemimpin terus mengadakan kerjasama dengan rejim penjajah.

Masyarakat Islam p**a masih jahil tentang asas-asas ajaran Islam. Negara-negara Islam yang berjumlah 57 buah terus meninggalkan G4za walaupun memiliki kekayaan ekonomi, kekuatan persenjataan dan jumlah penduduk yang mencecah dua bilion manusia.

𝐔𝐦𝐚𝐭 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐒𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐁𝐮𝐢𝐡

Rasulullah SAW yang kita semua sayangi sebenarnya telah menggambarkan keadaan ini dalam sebuah hadis yang seakan-akan memberikan gambaran secara keseluruhan tentang apa yang berlaku:

Daripada Thawban RA, Rasulullah ﷺ bersabda:

يُوشِكُ الأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا

“Hampir tiba masanya bangsa-bangsa akan menyerbu kamu sebagaimana orang-orang yang makan mengerumuni hidangan mereka.”

Para sahabat bertanya:
أَوَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ؟

“Adakah kerana jumlah kami sedikit pada ketika itu?”

Baginda ﷺ menjawab:

بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ، وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ

“Bahkan kamu pada ketika itu ramai, tetapi kamu seperti ghuthā’ (buih/ampas) yang dibawa oleh arus banjir.”

Kemudian Rasulullah ﷺ bersabda:

وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِي قُلُوبِكُمُ الْوَهَنَ

“Dan Allah akan mencampakkan wahan ke dalam hati kamu.”

Mereka bertanya:

وَمَا الْوَهَنُ؟
“Apakah wahan itu?”

Baginda ﷺ menjawab:

حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ

“Cinta kepada dunia dan benci kepada kematian.”
Hadis ini membenarkan realiti yang sedang berlaku:

𝟭. 𝗨𝗺𝗮𝘁 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶.

Sehingga para sahabat sukar untuk menggambarkan keadaan tersebut kerana ketika hadis ini disampaikan, umat Islam masih sangat sedikit.

𝟮. 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗮𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝗶𝘁𝘂 𝗽𝘂𝗻, 𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗸𝗲𝗸𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵 𝗱𝗶 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵.

Sehingga digambarkan dalam hadis ini:
“Bangsa-bangsa akan menyerbu kamu sebagaimana orang-orang yang makan mengerumuni hidangan mereka.”

Seakan-akan umat Islam amat lemah sehingga diibaratkan hanya sebagai hidangan makanan. Apa sahaja yang musuh mahukan daripada umat Islam, semuanya telah terhidang.

Maksudnya, kelebihan dan kekuatan geografi, ekonomi, sumber alam dan sebagainya yang ada dalam negara-negara Islam dimanfaatkan oleh musuh Islam untuk kepentingan mereka dan bagi memerangi sebahagian umat Islam sendiri yang lemah.

𝟯. 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗶𝗻𝗶 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗴𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗴𝗮𝗺𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗸𝘂𝗮𝘁.

Maka syaitan memenuhi kekosongan dalam hati umat Islam dengan kecintaan terhadap dunia, termasuk harta, wanita, kuasa dan sebagainya.
Apabila hati seseorang manusia telah dikuasai oleh dunia, ia melahirkan ketakutan terhadap kematian.

Seakan-akan kematian merupakan penghujung kepada segala kehidupan yang sedang dinikmati sekarang. Tiada syurga, neraka, alam barzakh dan hari kiamat.

𝐊𝐞𝐦𝐞𝐫𝐝𝐞𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐀𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐛𝐚𝐬𝐧𝐲𝐚 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐙𝐚𝐥𝐢𝐦

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan, amat wajar untuk kita memikirkan semula erti kemerdekaan tanah air dari sudut pandang Rasulullah SAW.

Sekiranya baginda hanya memikirkan kemerdekaan tanah airnya sendiri, cukuplah baginda memerdekakan Mekah daripada penguasaan Musyrikin Quraisy.

Tetapi selepas Mekah dan Madinah, baginda sendiri menghantar ramai sahabat ke utara, timur, barat dan selatan, keluar dari benua Arab untuk meluaskan Islam dan mengalahkan kuasa kezaliman.

Semua ini disebabkan kemerdekaan yang sebenar ialah apabila umat Islam bebas daripada pemerintahan yang zalim dan Islam dapat didakwahkan ke seluruh alam.

Firman Allah SWT:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

“Tidaklah Kami mengutuskan engkau melainkan menjadi rahmat bagi seluruh alam.”

Ayat di atas menjadi isyarat kepada kewajipan Rasulullah SAW untuk menyebarkan rahmat kepada seluruh dunia. Bukan hanya untuk tanah airnya, yakni Mekah atau Madinah, tetapi seluruh dunia, termasuk orang Islam dan bukan Islam daripada pelbagai bahasa dan bangsa.

Seterusnya, Islam tidak akan dapat menyebarkan rahmatnya selagi masih ada penguasa yang zalim berkuasa. Dakwah tetap digunakan dalam situasi tertentu, namun penentangan secara keras dan tegas juga digunakan dalam keadaan yang sesuai.

Baginda SAW sendiri terlibat dalam berpuluh-puluh operasi bersenjata dalam menghadapi musuh sepanjang hidup baginda SAW.

Tiada masalah untuk meraikan Hari Kemerdekaan Malaysia dengan penuh semangat patriotik dan kecintaan kepada tanah air setelah bebas daripada penjajahan British.

Namun, dalam masa yang sama, perlu diingati bahawa tanggungjawab untuk membebaskan umat Islam di negara lain seperti Palestin masih perlu digalas sebagai tanda Muslim yang taat kepada perintah al-Quran dan al-Sunnah.

Semoga pada tahun-tahun akan datang, Malaysia dapat menyambut kemerdekaan bersama-sama dengan P4lestin.

30/08/2026

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-69, Podcast Aqsa Syarif membawa episod khas:

Merdeka 1957: Peranan Ulama, Pejuang Kiri dan Nasionalis Melayu

Pernahkah anda mendengar tohmahan bahawa Malaysia ini hanyalah sebuah “giveaway country” yang merdeka secara percuma tanpa tumpahan darah? 🤔💭

Hakikatnya, jalan menuju 31 Ogos 1957 adalah perjalanan panjang yang sarat pengorbanan—daripada pembebasan minda, gerakan akar umbi, hinggalah ke meja rundingan diplomasi.

🎙️ Bersama Dr. Hafizi Mohd Noor (Penulis & Penasihat Kehormat MyCARE), kita meneroka:

🧠 Revolusi Pemikiran Islah: Ulama & pemikir awal memerdekakan minda rakyat menerusi ilmu (Ihya As-Syarif & MPSI).

📜 Perlembagaan Rakyat 1947 & Hartal: Pakatan PUTERA-AMCJA & gerakan kiri yang memberi tekanan hebat kepada British.

🛡️ Pengorbanan Bersama: Sumbangan pelbagai kaum — Melayu, Cina, India dalam mempertahankan tanah air.

🇲🇾 Naratif Sebenar: Bersikap adil dan meraikan seluruh lapisan perjuangan tanpa mengasingkan mana-mana pihak.

Ingatlah, kemerdekaan ini milik kita bersama, ia ditenun dengan air mata, keringat dan pengorbanan pelbagai aliran perjuangan.

LINK di Komen

Address

Seri Kembangan
43000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aqsa Syarif posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Aqsa Syarif:

Shortcuts

Share