Aqsa Syarif 2.0

Aqsa Syarif 2.0 Aqsa Syarif adalah agensi kemanusiaan dibawah yang fokus dalam isu-isu Palestin.

27/09/2025

Alhamdulillah bantuan sampai!!! Terima kasih para penyumbang. Doakan rakyat Malaysia terus boleh menyumbang secara konsisten.

Adakah orang Palest|n juga manusia yang patut dihormati haknya untuk wujud di atas dunia? Adakah setelah 65,000 penduduk...
24/09/2025

Adakah orang Palest|n juga manusia yang patut dihormati haknya untuk wujud di atas dunia?
Adakah setelah 65,000 penduduk dibvnuh, lebih 100,000 mengalami kecederaan dan dua juta menjadi pelarian di negaranya sendiri barulah masyarakat antarabangsa mengiktiraf haknya?

๐†๐ž๐ฅ๐จ๐ฆ๐›๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ง๐ ๐ข๐ค๐ญ๐ข๐ซ๐š๐Ÿ๐š๐ง ๐@๐ฅ๐ž๐ฌ๐ญ๐ข๐ง: ๐’๐š๐ญ๐ฎ ๐Š๐ž๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐’๐ž๐ค๐š๐๐š๐ซ ๐‘๐ž๐ญ๐จ๐ซ๐ข๐ค?

Minggu ini, ramai dalam kalangan umat Islam dan pencinta kemerdekaan Palest|n menyambut baik pengumuman 10 negara lagi yang mengiktiraf negara Palest|n dalam Persidangan Penyelesaian Dua Negara PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

Antaranya ialah British, Kanada, Perancis, Belgium dan sebagainya. Dalam bahasa diplomasi, pengiktirafan seperti ini merupakan berita baik yang tidak pernah berlaku sepanjang 77 tahun penjajahan ke atas Palest|n.

Sehubungan dengan itu, kedutaan negara Palest|n sepatutnya diwujudkan di negara-negara yang telah mengiktirafnya dan memperakui sepenuhnya hak terhadap semua pelarian Palest|n yang berada di seluruh dunia hari ini untuk kembali ke tanah air mereka.

Jumlah pelarian Palest|n di luar Palest|n secara umumnya: di Jordan seramai 4.5 juta, di negara Arab lain seramai 1.8 juta, di negara bukan Arab seramai 761 ribu. (Jumlah keseluruhan penduduk Palest|n di luar adalah sekitar tujuh juta orang.)

Daripada gelombang pengiktirafan ini, reaksi daripada Netanyahu dan beberapa menteri negara Z|onis jelas menunjukkan mereka amat marah dan menafikan sepenuhnya walaupun satu peratus peluang untuk negara Palest|n ditubuhkan.

Justeru, tidak dapat dielakkan beberapa hakikat pahit daripada peristiwa Taufan Pengiktirafan Palest|n yang bersejarah ini.

๐Ÿ. ๐๐ž๐ง๐ ๐ข๐ค๐ญ๐ข๐ซ๐š๐Ÿ๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฅ๐š๐ฆ๐›๐š๐ญ

Isu Palest|n tidak sepatutnya dilihat dalam tempoh setahun atau dua tahun yang lalu sahaja. Ia adalah krisis kemanusiaan yang telah berlarutan selama 77 tahun ke atas seluruh Palest|n. Kini, krisis kemanusiaan akibat kekejaman dan keganasan rejim Z|onis telah sampai di tahap kemuncak sepanjang sejarah penjajahannya ke atas Palest|n.

Adakah orang Palest|n juga manusia yang patut dihormati haknya untuk wujud di atas dunia?

Adakah setelah 65,000 penduduk dibvnuh, lebih 100,000 mengalami kecederaan dan dua juta menjadi pelarian di negaranya sendiri barulah masyarakat antarabangsa mengiktiraf haknya?

Mungkin ada yang kata, sekurang-kurangnya negara Palest|n diiktiraf juga akhirnya. Tiada siapa yang menolak kebaikan negara Palest|n diiktiraf, namun tanda tanya yang lebih penting adalah: adakah tiada langsung nilai kemanusiaan terhadap Palest|n sehinggakan ketika berlakunya genosid selama dua tahun barulah hak mereka diiktiraf?

๐Ÿ. ๐ˆ๐ฌ๐ซ๐š๐ž๐ฅ ๐ฆ๐š๐ฌ๐ข๐ก ๐๐ข๐›๐š๐ง๐ญ๐ฎ ๐๐š๐ง ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐๐ข๐ก๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฆ

Dalam gelombang besar pengiktirafan yang sedang berlaku, tidak ada negara yang benar-benar menyebutkan punca sebenar krisis kemanusiaan di Palest|n. Seiring dengan itu, mereka sempat lagi menekankan kepentingan mengiktiraf negara Z|onis, seperti yang disebutkan oleh Presiden Prabowo sendiri dengan nada yang tegas dan bersemangat:

โ€œKita juga mesti mengiktiraf, kita juga mesti menghormati, dan kita juga mesti menjamin keselamatan serta keamanan Israel. Hanya dengan itu barulah kita dapat mencapai keamanan yang sebenar.โ€

Ucapan beliau diakhiri dengan โ€œShalomโ€.

Sedangkan yang menjadi mangsa kezaliman dan keganasan ialah orang Palest|n sejak 77 tahun, tetapi seruan untuk mengiktiraf Israel p**a diselitkan dalam persidangan ini. Sepatutnya semua tindakan ditujukan untuk membantu Palest|n, bukannya Israel.

Dalam pada itu, kebanyakan negara masih juga tidak menyatakan kesediaan mereka untuk menangkap Netanyahu akibat jenayahnya. Mereka turut tidak menyebutkan hukuman yang sepatutnya dikenakan ke atas rejim Z|onis seperti menghentikan pembekalan dan pembinaan senjata untuk kepentingan tentera Z|onis, memutuskan hubungan perdagangan dan mengharamkan laluan udara, darat dan laut untuk rejim Z|onis bagi kegunaan berkaitan ketenteraan.

Tanpa adanya hukuman daripada masyarakat antarabangsa, khususnya berkaitan usaha menyekat pembekalan dan pembinaan senjata kepada rejim Z|onis, selagi itulah pengiktirafan ini tidak akan menghentikan genosid ke atas G4za.

๐Ÿ‘. ๐๐š๐ฅ๐ž๐ฌ๐ญ|๐ง ๐›๐š๐ ๐š๐ข๐ฆ๐š๐ง๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ซ๐ž๐ค๐š ๐ข๐ค๐ญ๐ข๐ซ๐š๐Ÿ?

Sepatutnya yang dimahukan dalam persidangan ini bukan sahaja genosid di G4za dihentikan serta-merta, tetapi di Tebing Barat juga perlu dihentikan segala aktiviti perluasan penempatan haram Yahudi yang jelas-jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Begitu juga tembok pemisah yang setinggi 8โ€“9 meter yang menutupi jalan di Baitulmaqdis dan Tebing Barat mesti dirobohkan, kerana ia telah mencerminkan makna sebenar dasar rasisme (perkauman) yang sedang berlaku ke atas penduduk Palest|n.

Tidak ada makna segala pengiktirafan negara Palest|n yang telah diumumkan oleh Kanada, British, Perancis, Belgium dan sebagainya jika tiada usaha pun untuk membina Palest|n sebagai sebuah negara yang hakiki. Sebuah negara yang bebas dari elemen penjajahan dan penindasan.

๐Ÿ’. ๐‡๐ž๐ฅ๐š๐ก ๐ฉ๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ค ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐ž๐ซ๐ž๐๐š๐ค๐š๐ง ๐ค๐ž๐ฆ๐š๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐ซ๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ?

Boleh jadi pengiktirafan ini adalah helah mereka hanya untuk meredakan kemarahan rakyat yang semakin meningkat. Tetapi rakyat tidak bodoh, mereka memerhati dan membaca. Mereka tidak akan menghargai pun pengiktirafan ini sekiranya kerajaan mereka masih mempunyai kerjasama dalam membekalkan senjata dan hubungan dagang dengan pihak rejim Z|onis.

Hasil sebenar yang dimahukan oleh rakyat ialah genosid dihentikan serta-merta. Mereka tidak reda kerana cukai mereka digunakan untuk melakukan jenayah kemanusiaan ke atas penduduk Palest|n, sedangkan rakyat sendiri dalam keadaan susah berbanding askar-askar dan pendatang haram Yahudi yang diberikan segala-gala untuk meneruskan jenayah kemanusiaan.

๐Ÿ“. ๐๐ข๐ก๐š๐ค ๐ฉ๐ž๐ฃ๐ฎ๐š๐ง๐  ๐ค๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š๐š๐ง ๐๐š๐ฅ๐ž๐ฌ๐ญ|๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐๐ข๐ฉ๐ž๐ซ๐ฌ๐š๐ฅ๐š๐ก๐ค๐š๐ง

Ucapan yang diberikan oleh sebahagian pemimpin dunia dalam persidangan semalam masih menyalahkan operasi pasukan pejuang pada 7 Oktober 2023.

Sedangkan sejumlah besar yang terbvnuh pada tarikh tersebut adalah disebabkan serangan daripada helikopter dan kereta kebal Z|onis sendiri, merujuk kepada Prosedur Hannibal yang diperintahkan oleh pihak berkuasa pada pagi 7 Oktober.

Seterusnya, dunia terlalu memikirkan nasib tebusan warga Israel yang ditawan pada 7 Oktober, tetapi langsung tidak melihat nasib tahanan penduduk Palest|n yang berada di dalam penjara Z|onis. Bilangan mereka adalah sekitar 10 ribu orang dan sekitar 400 daripadanya adalah kanak-kanak.

Lebih besar daripada itu, bagaimana p**a nasib dua juta penduduk Palest|n dalam G4za yang dikepung sejak 17 tahun dan kini dibedil, dibakar dan ditembak secara berterusan?

Ketika ini, apa yang dilakukan oleh pihak pejuang, tidak kiralah dari kump**an mana pun, merupakan bentuk penentangan bersenjata bagi melawan penjajah yang dibenarkan oleh undang-undang antarabangsa dan agama.

๐Ÿ”. ๐๐ž๐ง๐ ๐ข๐ค๐ญ๐ข๐ซ๐š๐Ÿ๐š๐ง ๐›๐ฎ๐ค๐š๐ง๐ฅ๐š๐ก ๐ฆ๐š๐ญ๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฃ๐ฎ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ญ๐š๐ฉ๐ข ๐ค๐ž๐ฆ๐ž๐ซ๐๐ž๐ค๐š๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ก๐š๐ค๐ข๐ค๐ข

Tanpa kesabaran dan keteguhan para pejuang G4za dan penduduk Palest|n secara umumnya selama 77 tahun, Palest|n bukan sahaja tidak diiktiraf, malah tidak akan disebut langsung oleh penduduk dunia. Tetapi hari ini, ribuan orang awam di London, Washington dan Kuala Lumpur, walaupun tidak tahu sepatah huruf bahasa Arab pun, sanggup mengorbankan diri mereka untuk menunjukkan sokongan kepada perjuangan Palest|n

Penulis melihat ini sebagai batu loncatan baharu dalam menuju ke arah kemerdekaan Palest|n. Jutaan manusia yang telah berkumpul di jalan raya dalam perhimpunan awam selama dua tahun ini telah membuahkan hasil yang sangat banyak, antaranya berlaku gelombang pengiktirafan seperti yang sedang disaksikan ketika ini.

Segala usaha dan bantuan untuk Palest|n, selagi tidak bertentangan dengan syarak, tidak akan menjadi sia-sia.

ูˆูŽูฑุตู’ุจูุฑู’ ููŽุฅูู†ู‘ูŽ ูฑู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ู„ูŽุง ูŠูุถููŠุนู ุฃูŽุฌู’ุฑูŽ ูฑู„ู’ู…ูุญู’ุณูู†ููŠู†ูŽ

โ€œDan sabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.โ€ (Surah Hud: 115)

Doakan agar sekitar 50 kapal akan tiba di G4za dalam beberapa hari lagi. Semakin dekat jarak ke G4za, semakin berisiko keadaan keselamatan mereka. Teruskan berdoa dan menyumbang semampu yang boleh.

Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin
Pegawai Penyelidik Aqsa Syarif

๐Ÿšข Global Sumud Flotilla: Harapan Memecah Kepungan Gaza ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธApakah di sebalik pelayaran flotilla ke Gaza?Mampukah inisiatif...
16/09/2025

๐Ÿšข Global Sumud Flotilla: Harapan Memecah Kepungan Gaza ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

Apakah di sebalik pelayaran flotilla ke Gaza?

Mampukah inisiatif antarabangsa ini benar-benar memecah kepungan dan membawa harapan kepada rakyat Palestin?

๐ŸŽ™๏ธ Kupasan eksklusif bersama:
Ustaz Megat Aiman Hakim
(Eksekutif Advokasi & Penyelidikan MyCARE)

๐Ÿ“… Selasa, 16 September 2025
๐Ÿ•’ 3.00 petang
๐Ÿ“ป Radio IKIM FM

๐Ÿ“บ Ikuti juga secara langsung melalui:
๐Ÿ”ด YouTube IKIMfm
๐Ÿ”ด Facebook IKIMfm

---

๐Ÿ’ก Antara kupasan menarik yang akan dibincangkan:

1๏ธโƒฃ Sebelum menyentuh tentang misi flotilla ke Gaza, bolehkah diberikan sedikit penerangan mengenai serangan udara terbaru oleh rejim Zionis yang menyasarkan Doha dan San'aa?

2๏ธโƒฃ Apakah latar belakang misi berlayar menggunakan kapal laut dalam usaha memecahkan kepungan terhadap Gaza?

3๏ธโƒฃ Apakah cabaran yang dihadapi oleh para peserta misi sebelum berlayar?

4๏ธโƒฃ Adakah wanita selamat untuk turut serta dalam pelayaran ke Gaza?

5๏ธโƒฃ Apakah signifikan usaha ini, dan adakah misi kali ini berpotensi untuk berjaya memecahkan kepungan terhadap Gaza?

---

๐Ÿ‘‰ Jangan lepaskan perkongsian penting ini โ€“ sama-sama kita ikuti perkembangan misi kemanusiaan untuk Gaza!

๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ญ๐ข๐š๐ง ๐ญ๐จ๐ค๐จ๐ก ๐š๐ง๐ญ๐ข-๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐š๐ง ๐ฉ๐ซ๐จ-๐™๐ข ๐จ๐ง!๐ฌ: ๐š๐ฉ๐š ๐ฌ๐ข๐ค๐š๐ฉ ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆSemalam seorang tokoh anti Islam dan anti nilai kemanusia...
12/09/2025

๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ญ๐ข๐š๐ง ๐ญ๐จ๐ค๐จ๐ก ๐š๐ง๐ญ๐ข-๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ ๐๐š๐ง ๐ฉ๐ซ๐จ-๐™๐ข ๐จ๐ง!๐ฌ: ๐š๐ฉ๐š ๐ฌ๐ข๐ค๐š๐ฉ ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ ๐ˆ๐ฌ๐ฅ๐š๐ฆ

Semalam seorang tokoh anti Islam dan anti nilai kemanusiaan di G4za, Charlie Kirk ditembak di lehernya oleh seorang penembak tepat dari jarak jauh. Tembakan yang mematikan terbabit dirakam dan disebarkan seluas-luasnya di seluruh media sosial ketika beliau sedang menyampaikan ucapan di Utah.

Identiti penembak tersebut masih belum ditemui sehingga kini. Donald Trump dan ramai lagi barisan pimpinan utama kerajaan Amerika mengucapkan takziah dan melahirkan rasa kesedihan atas pembunuhan terbabit.

Seiring dengan itu, Charlie Kirk diangkat sebagai sebagai wira dalam memperjuangkan ideologi konservatif, aliran kanan dan sokongan tegar kepada pendirian dan tindakan kerajaan Zion!s.

Namun hakikatnya Charlie Kirk bukanlah wira, sebaliknya beliau adalah jurucakap berpengaruh yang menafikan jenayah genos!d ke atas umat Islam di G4za, mewajarkan segala jenayah kemanusiaan yang dilakukan oleh kerajaan Zion!s terhadap orang G4za dan menghina agama Islam.

Beliau sedikitpun tidak menghormati nasib kanak-kanak G4za yang kini menjadi mangsa kelaparan, pembedilan dan segala jenis penindasan yang sedang berlaku.

Walaupun beliau hanya memberikan buah fikiran sahaja bukannya peluru atau b@m, tetapi ia boleh bertukar menjadi senjata apabila pengikut beliau menderma harta mereka kepada rejim Zion!s untuk meneruskan jenayah kemanusiaan ke atas G4za.

Pada April tahun lalu, The Times of Israel melaporkan rejim Zion!s menerima sumbangan sebanyak 1.4 bilion dolar Amerika Syarikat daripada individu atau NGO di seluruh dunia.

Justeru kebenaran tetap disokong oleh kebanyakan manusia tanpa mengira agama dan bangsa. Kerana fitrah manusia membencikan keganasan dan penindasan kepada manusia lain, khususnya melibatkan kanak-kanak.

Satu tinjauan yang dijalankan oleh The Harris Poll and HarrisX terhadap sekitar 2,025 warga Amerika pada bulan lalu mendedahkan perubahan besar terhadap sokongan golongan muda kepada Israel.

60% daripada warga Amerika berumur 18-24 menunjukkan sokongan kepada pejuang Palestin berbanding Israel. Sokongan kepada Palestin ini tidak ditaja oleh mana-mana penyumbang kaya atau dasar kerajaan Amerika, sebaliknya ia tersebar secara organik melalui media sosial yang bebas.

Ini dibuktikan sendiri dengan perhimpunan-perhimpunan aman untuk menunjukkan solidariti untuk P@lestin di Amerika yang berjaya mengumpulkan 400,000 sehingga 100,000 peserta. Bahkan banyak trending di Media Sosial sama ada dengan lagu atau latar suara yang mengisyaratkan sokongan padu kepada P4lestin dan mengecam seteruknya pihak penjajah Zion!s.

Tambahan daripada itu, sejumlah besar artis terkenal di Amerika memberikan sokongan padu kepada P4lestin dan mengecam genos!d yang sedang berlaku seperti Mark Ruffalo, pelakon watak Hulk dalam siri filem Avengers.

Bahkan bulan lalu, Aljazeera melaporkan Lebih daripada 1,300 artis, termasuk beberapa bintang terkenal Hollywood, telah berikrar untuk tidak bekerjasama dengan institusi perfileman Israel.

Para artis ini boleh dibuang kerja, dibun^h dan diancam bahaya, tetapi isu P4lestin telah menjadikan mereka pejuang keadilan sehingga sanggup mengorbankan profesion mereka.

Begitu jugalah ramai warga Amerika daripada golongan pelajar universiti yang ditangkap kerana terlibat dalam perhimpunan aman dan pekerja Syarikat Apple dan Microsoft yang dibuang kerja kerana menyokong Palestin dan banyak lagi kisah perjuangan dan pengorbanan mereka.

Penulis ingin ketengahkan di sini ialah, tanpa Charlie Kirk dan ramai lagi pempengaruh penyokong Zion!s terkenal di Amerika Syarikat, isu P4lestin sedang berkembang sangat pantas secara organik dalam kalangan masyarakat Amerika. Semua itu berlaku walaupun Donald Trump pernah ugut untuk hentikan bantuan persekutuan kepada wilayah Amerika yang membenarkan usaha boikot, jutaan wang dibelanjakan untuk menutup kandungan yang menyokong P4lestin dan sebagainya.

Rata-rata pengguna di media sosial mengatakan ini adalah balasan kenyataan Charlie Kirk yang menyokong pembunuhan kanak-kanak di G4za, menafikan genosid dan menyokong tindakan Netanyahu.

Disebutkan dalam al-Quran bahawa kebaikan akan dibalas dengan kebaikan dan begitulah kejahatan.

โ€œJika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu jugaโ€. Surah al-Israk ayat 7.

Semoga kita juga dapat menginsafi semangat juang sebahagian besar penduduk Amerika Syarikat dalam usaha mereka memerdekakan P4lestin.

Artis di Malaysia yang ramai pengikut dan begitu juga pempengaruh digital di pelbagai platform media sosial, mereka sepatutnya konsisten dalam mendidik pengikut untuk terus segar dan bersemangat untuk memberikan sokongan kepada P4lestin. Ia adalah tanggungjawab agama dan kemanusiaan yang mesti yang diambil sepenuhnya.

Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin
Pegawai Penyelidik Aqsa Syarif

โš ๏ธ PERMINTAAN DARIPADA PARA PEJUANG DI G4ZABerikut adalah poster dan caption asal (kami edit sikit supaya tidak disekat ...
11/09/2025

โš ๏ธ PERMINTAAN DARIPADA PARA PEJUANG DI G4ZA

Berikut adalah poster dan caption asal (kami edit sikit supaya tidak disekat FB) yang diterjemahkan sendiri oleh para pejuang meminta rakyat Malaysia untuk memohon pertolongan Allah bagi penduduk Gaz4.

SEBARKAN DULU.

Teks seperti berikut:
Seruan untuk Memohon Turunnya Pertolongan Allah bagi Penduduk G4za

Brigade Pejuang G
mengajak seluruh umat Islam untuk bermunajat kepada Allah Taโ€˜ala,
memohon agar Dia mengangkat kesulitan yang menimpa saudara-saudara kita di G4za,
dengan melaksanakan dua rakaat shalat khusyuk pada sepertiga malam terakhir.

Setelah itu berdoa dengan membaca:

ู„ูŽุง โ€Œุฅูู„ูŽู‡ูŽ โ€Œุฅูู„ู‘ูŽุง โ€Œุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู โ€Œุงู„ู’ุนูŽุธููŠู…ู โ€Œุงู„ู’ุญูŽู„ููŠู…ูุŒ ู„ูŽุง โ€Œุฅูู„ูŽู‡ูŽ โ€Œุฅูู„ู‘ูŽุง โ€Œุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู โ€ŒุฑูŽุจู‘ู โ€Œุงู„ู’ุนูŽุฑู’ุดู โ€Œุงู„ู’ุนูŽุธููŠู…ูุŒ
ู„ูŽุง โ€Œุฅูู„ูŽู‡ูŽ โ€Œุฅูู„ู‘ูŽุง โ€Œุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู โ€ŒุฑูŽุจู‘ู โ€Œุงู„ุณู‘ูŽู…ูŽุงูˆูŽุงุชู โ€ŒูˆูŽุฑูŽุจู‘ู โ€Œุงู„ู’ุฃูŽุฑู’ุถูุŒ โ€ŒูˆูŽุฑูŽุจู‘ู โ€Œุงู„ู’ุนูŽุฑู’ุดู โ€Œุงู„ู’ูƒูŽุฑููŠู…ู

sebanyak 100 kali,
dengan harapan Allah Subhanahu wa Taโ€˜ala segera memberi jalan keluar bagi penduduk G4za.
Sesungguhnya Dia-lah Pemilik segala urusan dan Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Tiada daya dan upaya kecuali dengan pertolongan-Nya.

Waktu pelaksanaan (InsyaAllah):
Kamis malam, 11 September 2025 (malam Jumat)

-Q_Berdoa_untuk_Gaz4

๐Š๐ž๐ ๐š๐ ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐†๐ž๐๐ข๐จ๐ง ๐‚๐ก๐š๐ซ๐ข๐จ๐ญ: ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ค๐ฎ๐š๐ง ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐™!๐จ๐ง๐ข๐ฌ ๐’๐ž๐ง๐๐ข๐ซ๐ขBaru-baru ini tersebar sebuah laporan rasmi yang mengesahkan b...
03/09/2025

๐Š๐ž๐ ๐š๐ ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐†๐ž๐๐ข๐จ๐ง ๐‚๐ก๐š๐ซ๐ข๐จ๐ญ: ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ค๐ฎ๐š๐ง ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐™!๐จ๐ง๐ข๐ฌ ๐’๐ž๐ง๐๐ข๐ซ๐ข

Baru-baru ini tersebar sebuah laporan rasmi yang mengesahkan bahawa tentera Z1onis telah gagal memenuhi apa-apa objektif operasi Gedion Chariot.

Objektif yang diumumkan ialah melumpuhkan pasukan tentera pejuang, membvnuh pemimpin-pemimpin gerakan pejuang dan memastikan penghijrahan penduduk G4za.

Daripada objektif yang diumumkan, tidak ada yang berjaya dicapai. Tidak dinafikan sebilangan anggota tentera pejuang gugur dan sebilangan pimpinan juga syahid.

Tetapi keadaan di lapangan menunjukkan siri perjuangan Hijaratu Daud masih berterusan dengan jayanya sehingga baru-baru ini tentera musuh berundur daripada daerah Hay Zaytun setelah tujuh kali cuba mengusainya.

Laporan tersebut mendedahkan antara punca kegagalan operasi Gedion Chariot adalah perancangan yang tidak teratur dan ketiadaan penyelarasan awal antara unit-unit yang terlibat.

Laporan tersebut turut mendedahkan kegagalan pihak atasan dalam menentukan tarikh yang jelas dan tepat bagi pelancaran operasi, yang menyebabkan kekeliruan dalam pelaksanaan dan kelemahan dari segi kesiapsiagaan di lapangan.

Selain daripada itu, laporan itu turut menyatakan bahawa rancangan ketenteraan yang dirangka tidak sesuai dengan gaya pertempuran pihak pejuang yang bersifat fleksibel dan berasaskan peperangan menggunakan terowong.

๐๐ž๐ง๐๐ž๐๐š๐ก๐š๐ง ๐‹๐š๐ฉ๐จ๐ซ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ง: ๐“๐š๐ง๐๐š ๐๐ซ๐จ๐ญ๐ž๐ฌ ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐’๐ž๐ง๐๐ข๐ซ๐ข

Para penganalisis berpendapat bahawa laporan tersebut didedahkan daripada pihak tentera sendiri sebagai usaha untuk menekan kerajaan bagi menghentikan genosid.

Hakikatnya, tentera Z!onis juga terdiri daripada rakyat biasa yang kini majoritinya menekan kerajaan bukan sahaja untuk mengembalikan tebusan, tetapi menghentikan genosid yang sedang berlaku ke atas G4za.

Semakin lama operasi ketenteraan dilakukan dalam G4za, semakin banyak kerugian yang ditanggung oleh tentera termasuk kerugian nyawa, aset kenderaan dan sebagainya.

Sebagai contoh, bulan lalu didedahkan seramai 80,000 tentera Z!onis mengalami kecederaan sejak bermulanya peperangan dan seramai 57 orang tentera dilaporkan telah membunuh diri.

Sementara itu, seramai 30 tentera musuh yang ditemu bual oleh World Street Journal mengakui mengalami keruntuhan mental dan kerajaan penjajah juga kini hadapi kesusahan untuk mendapatkan tentera simpanan untuk beroperasi semula dalam G4za.

๐Ž๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐‡๐š๐ฒ ๐™๐š๐ฒ๐ญ๐ฎ๐ง

Rejim Z!onis menghadapi kejutan pada Jumaat lalu apabila sekump**an pasukan pejuang berjaya melancarkan serangan gerila pada waktu malam di Hay Zaytun, utara G4za.

Serangan terbabit menyebabkan seorang tentera musuh gugur, 11 mengalami kecederaan dan empat lagi dilaporkan hilang.

Hilang yang dinyatakan dalam perenggan di atas membawa maksud pihak tentera tidak boleh menghubungi mereka dan mengenal pasti kedudukan mereka.

Namun pihak pejuang menyiarkan satu kenyataan pada tempoh 24 jam yang sama, โ€œkami ingatkan kepada yang lupa... mati atau menjadi tebusanโ€.

Ini memberikan isyarat bahawa kemungkinan bahawa empat orang tentera musuh yang hilang terbabit telah ditangkap sebagai tebusan.

Hal tersebut tidak mustahil untuk berlaku. Hal ini kerana telah banyak cubaan hampir berjaya para pejuang untuk menawan tentera musuh.

Kemampuan mereka untuk terus mencuba sehingga berjaya tidak dinafikan oleh penganalisis kerana mereka sentiasa menukar strategi serangan hendap dengan serangan yang efektif dan mampu menyerang pada kelemahan musuh.

Sehubungan dengan itu, kronologi dan kenyataan rasmi berkenaan operasi Hay Zaytun masih belum dikeluarkan oleh pihak penjajah mahupun pejuang.

Maklumat yang didapati setakat ini ialah pihak pejuang mempunyai kemampuan untuk beroperasi dalam gelap kerana serangan berlaku pada waktu malam, sebuah kereta pengangkut berperisai diletupkan dengan b@m buatan pejuang, jumlah penyerang yang ramai daripada pihak pejuang dan dilihat beberapa helikopter kelihatan membawa keluar mangsa dari G4za.

Sekiranya benarlah empat orang tentera menjadi tebusan, hal ini akan memberikan tekanan lebih besar kepada pihak tentera penjajah. Mereka sepatutnya mengembalikan tebusan yang sedia ada, tetapi mereka p**a yang menjadi tebusan.

Kemarahan daripada rakyat Yahudi dan pihak tentera sudah tentu semakin meningkat kerana sudah terang lagi bersuluh, jalan ketenteraan bukanlah penyelesaian. Ia merugikan wang rakyat, tentera yang beroperasi dan memburukkan nama negara di persada dunia.

๐†๐ฅ๐จ๐›๐š๐ฅ ๐’๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ ๐…๐ฅ๐จ๐ญ๐ข๐ฅ๐ฅ๐š

Setakat ini lebih 50 kapal disertai 44 buah negara sedang menuju ke G4za. Tujuan mereka adalah satu, memecahkan sekatan zalim. Sebagai seorang muslim, wajib berusaha menghalang kezaliman dengan apa jua cara yang mampu dan membantu orang yang dizalimi.

Sabda Rasulullah SAW:

ุงู†ุตุฑ ุฃุฎุงูƒ ุธุงู„ู…ุงู‹ ุฃูˆ ู…ุธู„ูˆู…ุงู‹ุŒ ูู‚ุงู„: ุฑุฌู„ ูŠุง ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ุฃู†ุตุฑู‡ ุฅุฐ ูƒุงู† ู…ุธู„ูˆู…ุงู‹ุŒ ุฃูุฑุฃูŠุช ุฅุฐุง ูƒุงู† ุธุงู„ู…ุงู‹ ูƒูŠู ุฃู†ุตุฑู‡ุŸ! ู‚ุงู„: ุชุญุฌุฒู‡ ุฃูˆ ุชู…ู†ุนู‡ ู…ู† ุงู„ุธู„ู…ุŒ ูุฅู† ุฐู„ูƒ ู†ุตุฑู‡

Terjemahan: "Bantulah saudaramu sama ada dia seorang yang zalim atau dizalimi."

Maka seorang lelaki bertanya:

"Wahai Rasulullah SAW, aku bantu dia jika dia dizalimi, tetapi bagaimana jika dia yang menzalimi, bagaimana aku membantunya?"

Rasulullah SAW menjawab:

"Kamu menghalangnya atau mencegahnya daripada melakukan kezaliman. Maka itulah bentuk bantuan kepadanya." (Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Maka menjadi kewajipan untuk sekurang-kurangnya menunjukkan solidariti kepada mereka yang sedang menentang kezaliman ini melalui Global Sumud Flotilla. Empat organisasi besar yang terlibat:

1. Freedom Flotilla Coalition
2. Global Gaza Movement
3. As-Sumud Convoy
4. Nusantara Sumud Malaysia

Jangan ketinggalan atau buat-buat tidak tahu, teruskan membantu, menyebarkan perkembangan terkini dan kefahaman yang sahih. Semoga inilah amal yang menjadi penghapus dosa-dosa kita dan mendatangkan keredaan Allah SWT.

Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin
Pegawai Penyelidik Aqsa Syarif

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ูTAUFAN AL-4QSA & LEGASI YAHYA AL-SINW^R(Penulisan oleh: Ustaz Megat Aiman Hakim bin ...
02/09/2025

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูฐู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู’ู…ู

TAUFAN AL-4QSA & LEGASI YAHYA AL-SINW^R
(Penulisan oleh:
Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin)

Alhamdulillah, dengan izin Allah, buku kedua ini akhirnya dilancarkan.

Penulisan ini lahir daripada rasa tanggungjawab kerana terlalu rugi jika kisah perjuangan dan pengorbanan di bumi G@z^ tidak dicatat untuk generasi hari ini dan akan datang.

๐Ÿ“– Antara isi penting dalam buku ini:
โ–ช๏ธ Analisis mendalam tentang politik & ketenteraan G@z^a
โ–ช๏ธ Kisah pengorbanan dan ketabahan para pejuang serta rakyat
โ–ช๏ธ Bab khusus mengenai pengkhianatan yang sedang berlaku
โ–ช๏ธ Huraian berpandukan al-Quran, Sunnah dan pandangan ulama

Peristiwa Taufan al-4qsa bukan sekadar episod peperangan, tetapi satu fasa baru perjuangan kemerdekaan Baitul Maqdis. Seperti mana kisah Badar, Uhud dan Talut vs Jalut disebut dalam al-Quran, kisah G@za hari ini juga wajar diabadikan.

Buku ini sesuai untuk mereka yang ingin:

โœจ Memahami strategi dan kronologi perjuangan terkini
โœจ Mendapat inspirasi daripada kisah nyata di lapangan
โœจ Menyedari hakikat pengorbanan dan harga sebuah kemerdekaan

Link pembelian: https://shopee.com.my/Buku-Taufan-Al-Aqsa-dan-Legasi-Yahya-Sinwar-i.1002901631.27289577077

Nota: Gambar di โ€˜censoredโ€™ atas dasar peraturan di Facebook, boleh lihat di link yang diberikan bagi gambaran penuh

๐Ÿ”ฅ [SIARAN KHAS DI IKIM FM] ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ—“ Selasa, 2 September 2025๐Ÿ•’ Jam 3.00 Petang๐ŸŽ™ Tajuk:"Keteguhan Pejuang Menghalang Penjajahan ...
02/09/2025

๐Ÿ”ฅ [SIARAN KHAS DI IKIM FM] ๐Ÿ”ฅ
๐Ÿ—“ Selasa, 2 September 2025
๐Ÿ•’ Jam 3.00 Petang

๐ŸŽ™ Tajuk:
"Keteguhan Pejuang Menghalang Penjajahan Penuh ke atas G4za"

๐ŸŒ Dengar dan tonton pendedahan eksklusif daripada:
Ustaz Megat Aiman Hakim
Eksekutif Advokasi & Penyelidikan, MyCARE

๐Ÿ“ก Boleh didengari & ditonton secara langsung di:
๐Ÿ”Š Radio IKIMfm
๐Ÿ“บ YouTube Live IKIM
๐Ÿ“˜ Facebook Live IKIMfm

๐Ÿ’ญ Antara persoalan panas yang akan dikupas:

๐Ÿ”ฅ Apakah objektif sebenar operasi ketenteraan Z!on1s di utara Gaza โ€” khususnya di Bandar G4za? Mampukah ia berjaya?

๐Ÿ›ก Apa itu operasi โ€œHijaratu Daudโ€? Apakah rahsia dan simboliknya yang menggoncang barisan musuh?

โš”๏ธ Berjayakah para pejuang mengekang kemaraan Z!on1s? Apa bukti keberkesanannya di medan tempur?

๐Ÿ’ช Dari mana datangnya kekuatan luar biasa para pejuang walau tiada senjata canggih dan terkepung sepenuhnya?

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia boleh benar-benar memahami makna kemerdekaan dengan melihat G4za hari ini?

Nantikan jam 3 petang sebentar lagi๐Ÿซก, kongsi-kongsikan supaya lebih ramai mengambil faedah

๐‰๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ญ๐š๐ง๐ ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐˜๐š๐ก๐ฎ๐๐ข ๐ค๐ž๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ง ๐ค๐ฎ๐š๐ญ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐จ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐ข๐ง๐ขDalam suasana pihak penjajah mahu meneru...
30/08/2025

๐‰๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ญ๐š๐ง๐ ๐ข๐ฌ๐š๐ง ๐ฌ๐ž๐ค๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐˜๐š๐ก๐ฎ๐๐ข ๐ค๐ž๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ง ๐ค๐ฎ๐š๐ญ ๐๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐จ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐ข๐ง๐ข

Dalam suasana pihak penjajah mahu meneruskan juga projeknya menjajah seluruh G4za, selepas 22 bulan menggunakan segala kekuatan ketenteraan dan persenjataan, mereka masih lagi tersekat di daerah pertama yang diceroboh, sebuah daerah paling utara dalam Ga4za.

Daerah terbabit merupakan daerah Bait Hanun yang hanya sejauh 1.5 kilometer daripada sempadan G4za. Daerah ini akan sentiasa menjadi catatan sejarah perjuangan dan kecerdikan para pejuang dalam mengekang kemaraan musuh. Operasi yang baru disiarkan empat hari lalu dan dimulakan dengan ulang tayang episod kejayaan para pejuang sebelum ini.

Antaranya video sebutir peluru sniper menggugurkan dua orang tentera Yahudi, tembakan sniper menjatuhkan salah seorang tentera Yahudi sehingga kedua-dua kakinya terpacak ke langit dan kepalanya mendarat di atas tanah, serangan mengejut sehingga menerbalikkan sebuah kenderaan jeep tentera dan dan kemudian menyerang p**a pasukan penyelamat, letupan yang amat kuat sehingga menyebabkan kehancuran sepenuhnya kenderaan berperisai dan sebagainya.

Semua ini berlaku dalam keadaan Bait Hanun telah roboh sepenuhnya. Penduduk telah meninggalkan kawasan kecil ini. Tetapi para pejuang tetap memilih untuk terus berjuang dengan apa sahaja yang mereka miliki.

Dari mana sumber makan minum mereka? Di mana mereka menyimpan senjata? Dari mana diambil bahan letupan untuk membina al-Syuaz dan peluru RPG? Sejauh manakah terowong baru yang digali semula di bawah tanah dalam daerah ini? Semua ini hanya Allah sahaja tahu dan penulis anggap semua ini tidak akan berlaku tanpa bantuan dan karamah daripada Allah SWT.

๐Š๐ž๐ฆ ๐“๐ž๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐„๐ซ๐ž๐ณ

Lokasi operasi para pejuang kali ini adalah hampir dengan pangkalan tentera Erez yang terletak berdekatan sempadan utara G4za. Di sekitar lokasi terbabit, pernah berlaku siri serangan oleh para pejuang pada 30 Oktober 2023.

Ketika itu tentera Yahudi sedang dalam persiapan untuk menceroboh daerah Bait Hanun, tetapi para pejuang berjaya untuk melancarkan serangan daripada belakang tentera musuh dengan menggunakan jalan terowong bawah tanah.

Selain itu, pangkalan tentera Erez ini juga pada 7 Oktober 2023 lalu pernah dikuasai sepenuhnya oleh para pejuang. Pangkalan tentera ini diserang pada waktu pagi ketika tentera Yahudi masih lagi tidur dan tidak peka akan bunyi siren selepas para pejuang melepas sekitar 5,000 buah roket daripada G4za.

Para pejuang melepaskan tembakan kepada tentera Yahudi yang masih tidur di atas katil dan mereka yang terjaga pun tidak mampu melakukan apa-apa kerana terlalu takut.

Sebahagian besar dalam kalangan tentera digugurkan dan sebahagiannya lagi diambil sebagai tebusan. Ketika selesainya segala objektif yang disasarkan, para pejuang kembali semula ke G4za dengan membawa balik tebusan, senjata rampasan dan kenderaan tentera musuh

๐Š๐ซ๐จ๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐จ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข: ๐๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ—.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐๐š๐ ๐ข ๐ฌ๐ž๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ—.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฆ

7 Julai 2025, para pejuang telah menanam b@m di suatu lokasi perangkap. Kedudukan lokasi perangkap terbabit terletak di kawasan terbuka, bukannya di bawah runtuhan atau berdekatan bangunan.

Ini menunjukkan kebijaksanaan para pejuang dalam menyembunyikan diri mereka daripada pandangan drone peninjau di langit G4za.

Seiring dengan itu, perkara ini membuktikan tahap penguasaan para pejuang dalam membaca strategi dan pergerakan musuh. Seakan-akan pihak pejuang telah mengetahui pergerakan musuh pada 12 jam yang akan datang.

Tidak mustahil lokasi perangkap adalah sesuatu yang dipilih secara rawak atau tanpa perancangan yang terperinci. Sebaliknya ia adalah usaha yang memakan masa berhari-hari malah berminggu-minggu untuk mengenal pasti dan mengkaji pergerakan musuh yang serba lengkap dengan kemajuan teknologi.

Pada jam 9.30 malam, setelah melihat sekump**an besar tentera musuh telah hampir ke lokasi perangkap, para pejuang melepaskan beberapa das tembakan untuk mengumpan sasaran tiba di lokasi perangkap.

Sekump**an tentera mara ke lokasi perangkap dengan jumlah seramai sekitar 7 orang anggota. Setibanya mereka di lokasi, diletupkan dengan letupan yang kuat sehingga menyebabkan semua sasaran tercedera atau terjejas. Ada yang terbvnvh, manakala selebihnya mengalami kecederaan.

๐’๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐’๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฅ๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ซ๐ก๐š๐๐š๐ฉ ๐๐š๐ฌ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ

Pada sekitar lokasi letupan pertama rupanya telah tertanam b@m kedua. Selepas diletupkan b@m pertama, seperti yang dijangka para pejuang, datang p**a kump**an tentera musuh yang merupakan pasukan penyelamat. Jumlah mereka adalah sekitar 5 orang.

Apabila sasaran telah sampai ke lokasi perangkap, para pejuang meletupkan p**a b@m kedua. Semua serangan mengena sasaran. Selepas letupnya kedua-dua b@m, dilihat ramai anggota tentera yang alami kecederaan ditarik dan diangkat p**ang ke pangkalan tentera.

Kedengaran dengan jelas jeritan mereka yang kesakitan dan meminta tolong.

Moga-moga inilah balasan kecil atas apa yang mereka lakukan terhadap anak-anak G4za setiap hari. Balasan lebih besar, pedih dan sakit akan menanti mereka di akhirat kelak.

Jumlah kerugian yang diiktiraf musuh seramai lima orang anggota tentera gugur dan 20 lagi alami kecederaan. Kemungkinan ada lagi tembakan yang dilepaskan oleh para pejuang ke arah sasaran untuk memaksimumkan jumlah kerugian musuh.

Rakaman video disiarkan daripada dua sumber, iaitu kamera yang dipasang oleh para pejuang dan juga kamera milik musuh. Namun, dari sudut penglihatan para pejuang sudah pastinya ada kisah yang berbeza.

๐’๐ž๐ซ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฎ๐๐š๐ซ๐š ๐ฉ๐ฎ๐ง ๐ญ๐ข๐š๐๐š ๐ ๐ฎ๐ง๐š

Bait Hanun kini berada pada tahap jika diserang dengan serangan udara sekalipun tidak lagi memberi sebarang kesan kerana ia telah hancur sepenuhnya. Tidak strategik untuk menyasarkan serangan udara ke atas batu-batu runtuhan dan bangunan yang telah roboh.

Oleh itu, sepatutnya tentera penjajah telah pun menguasai secara penuh ke atas darat Bait Hanun, memusnahkan segala terowong yang ada di bawah tanah dan melumpuhkan segala kekuatan para pejuang.

Namun mereka diserang secara bertubi-tubi setiap kali memasuki kawasan ini dengan izin Allah SWT dan bantuanNya.

Lebih melegakan ialah musuh yang dikenakan serangan dalam operasi ini dan banyak kali sebelum ini ialah briged Netzah Yehuda, sebuah briged yang paling ekstrem dan ganas pemikirannya.

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ ๐ข ๐€๐ฅ๐ฅ๐š๐ก ๐ญ๐ข๐๐š๐ค ๐ข๐ณ๐ข๐ง๐ค๐š๐ง ๐†๐Ÿ’๐ณ๐š ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ก

Semoga penulisan ini mampu memberikan kesedaran dan menyuntik keyakinan kepada para pembaca bahawa para pejuang masih bernyawa dan panjang nafasnya. Mereka tidak dikesani dengan serangan udara, darat, kelaparan dan pengkhianatan daripada negara Arab dan Islam.

Mengingatkan kepada sepotong hadis sahih:

ูˆูŽู„ูŽูˆู’ ุงุฌู’ุชูŽู…ูŽุนููˆุง ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุถูุฑู‘ููˆูƒูŽ ุจูุดูŽูŠู’ุกู ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุถูุฑู‘ููˆูƒูŽ ุฅูู„ู‘ูŽุง ุจูุดูŽูŠู’ุกู ู‚ูŽุฏู’ ูƒูŽุชูŽุจูŽู‡ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽูŠู’ูƒูŽุŒ ุฑูููุนูŽุชู ุงู„ุฃูŽู‚ู’ู„ูŽุงู…ู ูˆูŽุฌูŽูู‘ูŽุชู’ ุงู„ุตู‘ูุญููู

"Dan sekiranya mereka semua berkumpul untuk memudaratkanmu dengan sesuatu, mereka tidak akan dapat memudaratkanmu melainkan dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan ke atasmu. Telah diangkat pena dan telah kering lembaran (catatan takdir)."

Bermaksud, sekiranya seluruh makhluk berkumpul di atas bumi ini untuk memudaratkan perjuangan agama ini pun, ia tidak akan berlaku sekiranya Allah tidak izinkan. Dengan kesabaran dan ketaqwaan para pejuang, penulis yakin, Allah tetap akan membantu para pejuang sehingga tercapainya kemerdekaan.

Firman Allah SWT:

ูˆูŽุฅูู†ู’ ุชูŽุตู’ุจูุฑููˆุง ูˆูŽุชูŽุชู‘ูŽู‚ููˆุง ู„ุง ูŠูŽุถูุฑู‘ููƒูู…ู’ ูƒูŽูŠู’ุฏูู‡ูู…ู’ ุดูŽูŠู’ุฆุงู‹ ุฅูู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุจูู…ูŽุง ูŠูŽุนู’ู…ูŽู„ููˆู†ูŽ ู…ูุญููŠุทูŒ

โ€œDan kalau kamu sabar dan bertaqwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan.โ€ Surah Ali Imran: 120

Doakanlah kemenangan ini terus menghampiri. Selagi ada iman, sabar, dan doa umat Islam, selagi itulah cahaya kemerdekaan akan tetap menyinari bumi P4lest!n.

Ustaz Megat Aiman Hakim bin Megat Shariffudin
Pegawai Penyelidik Aqsa Syarif

Address

No. 9, Jalan DaGang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
Seri Kembangan
43300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60389412341

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aqsa Syarif 2.0 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Aqsa Syarif 2.0:

Share