25/08/2026
Assalamualaikum...
Sambutan Maulidur Rasul pagi 25 Ogos bersamaan 12 Rabiul Awal 1448h telah berlangsung di pagi yang sangat indah dan penuh baraqah di Surau Al Wehdah...kemeriahan amat terasa dengan kehadiran penduduk taman Lestari permai.
Tarikh 12 Rabiul Awal adalah satu tarikh yg dinantikan oleh umat Islam sempena menyambut Maulidur Rasul iaitu tanda memperingati hari kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.
Terima kasih kepada pihak surau Al Wehdah kerana menjemput semua penduduk TLP Dan sebahgian daripada ahli KRT2 telah menyertainya.
Sambutan yang sangat meriah...dengan alunan zikir Dan doa memuji baginda Nabi Muhammad s.a.wserta perarakan di sekitar taman diadakan.
Alhamdulilah...semuanya berjalan lancar.
Dan semoga kita semua sentiasa mengekalkan ukhwah PERPADUAN yang baik.
BUNGA MAWAR MERAH BERSERI,
HARUM BAUNYA DI DALAM TAMAN,
NABI MUHAMMAD PENGHULU KAMI,
MENJADI PENYULUH SEPANJANG ZAMAN.