19/01/2026
JOM INFAQ UNTUK KERJA NAIK TARAF SURAU AN-NUR KAMPUNG SERI SERENDAH.
PROGRESS TERKINI :
Assalamulaikum. Alhamdulillah, kerja naik taraf Surau An-Nur Kampung Seri Serendah sehingga hari ini berjalan dengan lancar. Sekalung ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak JAIS dan semua yang telah menyumbang membantu usaha mulia ini. Untuk pengetahuan jemaah-jemaah dan penginfaq-penginfaq semua, berikut adalah senarai-senarai kerja naik taraf yang telah siap dijalankan sepanjang proses naik taraf (Rujuk Gambar) :
1) Membina dan ruangan solat baru di sayap kiri surau ✅
2) Membina tempat wuduk✅
3) Memasang tingkap dan pintu baharu✅
4) Menyusun semula pendawaian elektrik✅
5) Membaik pulih tandas dan tempat wuduk lama di sebelah sayap kanan surau ( Dibiayai pihak JAIS )✅
Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan semua, kini pihak surau masih menjalankan kutipan untuk membiayai kos kerja-kerja naik taraf seperti berikut :
1) Memasang karpet baru di ruangan solat baharu yang menelan belanja Rm9000.
2) Memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) untuk tujuan keselamatan, anggaran kos Rm1000.
3) Memasang tambahan 1 unit penyaman udara 2HP di ruangan solat baharu dengan kos Rm2500.
Sehubungan dengan itu, dengan rendah hati kami mengalu-alukan seluruh warga KRT Serendah, Jemaah surau/masjid dan penduduk -penduduk Serendah untuk bersama-sama membantu dengan cara berinfaq / berwakaf / zakat bagi menampung kos perbelanjaan usaha murni tersebut melalui :
* QR Code Surau An-Nur Kg Seri Serendah ( Rujuk Gambar )
* Transfer direct ke akaun bank Surau An-Nur Kg Seri Serendah ( CIMB : 8605910577 )
Sebarang pertanyaan berkenaan sumbangan dan progress kerja-kera naik taraf, tuan-tuan dan puan-puan boleh hubungi :
En.Noor Azlan B. Rafiei
Pengerusi Surau An-Nur
Call/Whatsapp : wa.me/60122737606
Hj Nor Hussin B. Mad
Bendahari Surau An-Nur
Call/Whatsapp : wa.me/60124703249
Sempena bulan Rejab yang mula ini, marilah kita bersama-sama untuk terus menyumbang atas jalan agama islam. Sesungguhnya setiap Infaq dan wakaf adalah saham akhirat yang berpanjangan.