Surau AtTaqwa Desa Melor Serendah

Surau AtTaqwa Desa Melor Serendah Platform sebaran maklumat dan perkongsian pengalaman di kalangan para jemaah Surau AtTaqwa Desa Melo

Assalamualaikum w.b.t πŸ“’ Hebahan Surau At Taqwa, Desa Melor, SerendahπŸŒ™ IHYA RAMADAN SURAU AT TAQWA DESA MELORLot Tajaan I...
25/01/2026

Assalamualaikum w.b.t

πŸ“’ Hebahan Surau At Taqwa, Desa Melor, Serendah

πŸŒ™ IHYA RAMADAN SURAU AT TAQWA DESA MELOR
Lot Tajaan Iftar & Moreh Ramadan 1447H / 2026M

Dengan penuh rasa rendah hati, pihak Jawatankuasa Kariah dan Pentadbiran Surau At Taqwa, Desa Melor Serendah menjemput para jemaah serta orang ramai untuk bersama-sama menyumbang bagi menjayakan Program Tajaan Iftar & Moreh Ramadan Surat At Taqwa bagi tahun ini.

πŸ’  Butiran Tajaan:
- Tajaan Juadah 150 Pax
- RM225 bagi 1 lot
- Seikhlas Hati
- Jumlah untuk 1 malam : RM2,250 sehari
- Penyediaan juadah berbuka puasa sebanyak 150 pek SEHARI

🀲 Keistimewaan penyumbang:
Penyumbang boleh memasukkan sehingga 2 nama arwah untuk bacaan tahlil. Sila dapatkam borang di Surau. Sepanjang bulan Ramadhan tahlil akan diadakan selepas solat berjemaah isyak

πŸ“² Cara Menyumbang:
Imbas kod QR pada poster untuk daftar tajaan dan infaq atau boleh membuat sumbangan terus ke akaun:
🏦 Bank Muamalat
120-10000-77-7711
(Surau At Taqwa D.Melor)
πŸ“Œ Rujukan: Ihya Ramadan Surau At Taqwa

β€œSiapa yang memberi makan orang berpuasa, baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu.”
β€” Riwayat At-Tirmizi

✨ Satu sumbangan, satu kebaikan.
Satu perkongsian anda, pahala terus mengalir.
Ayuh kongsikan agar lebih ramai mendapat manfaat.






✨ Sambungan sambutan Maulidul Rasul Peringkat Surau Desa Melor Serendah ✨Alhamdulillah, sambutan Maulidul Rasul pada tah...
01/10/2025

✨ Sambungan sambutan Maulidul Rasul Peringkat Surau Desa Melor Serendah ✨

Alhamdulillah, sambutan Maulidul Rasul pada tahun ini telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan keberkatan. Program dimulakan dengan perarakan berselawat mengelilingi kawasan Desa Melor, diiringi dengan laungan selawat yang menggetarkan jiwa. Acara turut diserikan dengan aktiviti berselawat oleh muslimat, diikuti dengan penyerahan bunga telur sebagai simbol kasih sayang dan penghargaan.

Seterusnya, para jemaah telah diberi kesempatan untuk mendengar ceramah agama yang penuh pengisian rohani oleh Ustaz Dr. Ahmad Al-Yamani, yang menyentuh hati dan memberi pedoman buat semua yang hadir.

Bagi meraikan golongan kecil qariah, turut diadakan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak Desa Melor sebagai tanda kasih sayang dan semangat kebersamaan. Tidak ketinggalan juga, hadirin dijamu dengan jamuan makan yang mempereratkan lagi ukhuwah sesama jemaah.

Acara diteruskan di sebelah petang dengan suasana yang masih meriah melalui cabutan bertuah yang ditunggu-tunggu para hadirin. Kemuncak program diserikan lagi dengan Pertandingan Hafazan Al-Quran untuk remaja dan kanak-kanak Qariah Desa Melor Serendah, yang bukan sahaja mencungkil bakat generasi muda, tetapi juga mengangkat syiar Islam melalui alunan ayat suci Al-Quran.

🌸 Sesungguhnya, sambutan kali ini bukan sahaja menghidupkan sunnah Rasulullah SAW, tetapi juga memperkukuhkan silaturrahim dan menanam kecintaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW di kalangan masyarakat setempat.

πŸ“Œ Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩ„Ω‘Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―ΩAlhamdulillah, selesai sudah Program Sambutan Maulidur Rasul SAW...
01/10/2025

πŸ“Œ Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ΅ΩŽΩ„Ω‘Ω ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω ΩˆΩŽΨΉΩŽΩ„ΩŽΩ‰ ؒلِ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω

Alhamdulillah, selesai sudah Program Sambutan Maulidur Rasul SAW 1447H/2025M Surau At-Taqwa Desa Melor, Serendah.

Syukur Alhamdulillah… Program telah berjalan dengan lancar, meriah dan penuh keberkatan. Sambutan dimulakan dengan perarakan berselawat sekitar jalan Desa Melor, disusuli dengan aktiviti berselawat muslimat serta penyerahan bunga telur kepada para jemaah. Setiap aktiviti diselangi dengan cabutan bertuah kepada semua peserta yang bertuah.

Seterusnya, para hadirin berpeluang mendengar ceramah istimewa daripada jemputan Ustaz Dr Ahmad Alyamani, diikuti dengan jamuan makan bersama yang telah disediakan hasil sumbangan jemaah.

Pada sebelah petang p**a, program diteruskan dengan pertandingan hafazan Al-Quran di bawah yang telah menerima ramai penyertaan daripada anak-anak qari dan qariah Desa Melor, sekaligus menyemarakkan lagi suasana sambutan tahun ini.

Untuk makluman, perbelanjaan Sambutan Maulidur Rasul SAW di Surau At-Taqwa Desa Melor, Serendah tahun ini tidak melibatkan tabung surau. Segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya hasil infak ikhlas daripada jemaah Desa Melor, termasuklah:
πŸ„ Seekor lembu
πŸ’΅ Sumbangan kewangan
🎁 Hadiah cabutan nama bertuah

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua jemaah, para penyumbang, AJK Surau At-Taqwa, serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

🀲 Doa penutup:
Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ¨ΩŽΨ§Ψ±ΩΩƒΩ’ Ω„ΩŽΩ†ΩŽΨ§ ΩΩΩŠΩ’Ω…ΩŽΨ§ Ψ£ΩŽΨΉΩ’Ψ·ΩŽΩŠΩ’Ψͺَ، وَΨͺΩŽΩ‚ΩŽΨ¨Ω‘ΩŽΩ„Ω’ Ω…ΩΩ†Ω‘ΩŽΨ§ Ψ΅ΩŽΨ§Ω„ΩΨ­ΩŽ Ψ£ΩŽΨΉΩ’Ω…ΩŽΨ§Ω„ΩΩ†ΩŽΨ§ΨŒ ΩˆΩŽΨ§Ψ¬Ω’ΨΉΩŽΩ„Ω’Ω†ΩŽΨ§ مِنْ Ψ£ΩΩ…Ω‘ΩŽΨ©Ω Ω†ΩŽΨ¨ΩΩŠΩ‘ΩΩƒΩŽ Ω…ΩΨ­ΩŽΩ…Ω‘ΩŽΨ―Ω Ψ΅ΩŽΩ„Ω‘ΩŽΩ‰ اللهُ ΨΉΩŽΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω ΩˆΩŽΨ³ΩŽΩ„Ω‘ΩŽΩ…ΩŽΨŒ ΩˆΩŽΨ§Ψ­Ω’Ψ΄ΩΨ±Ω’Ω†ΩŽΨ§ فِي Ψ²ΩΩ…Ω’Ψ±ΩŽΨͺΩΩ‡ΩΨŒ ΩˆΩŽΨ§Ψ³Ω’Ω‚ΩΩ†ΩŽΨ§ مِنْ ΩŠΩŽΨ―ΩΩ‡Ω Ψ§Ω„Ω’ΩƒΩŽΨ±ΩΩŠΩ…ΩŽΨ©Ω Ψ΄ΩŽΨ±Ω’Ψ¨ΩŽΨ©Ω‹ Ω‡ΩŽΩ†ΩΩŠΨ¦ΩŽΨ©Ω‹ Ω„ΩŽΨ§ Ω†ΩŽΨΈΩ’Ω…ΩŽΨ£Ω Ψ¨ΩŽΨΉΩ’Ψ―ΩŽΩ‡ΩŽΨ§ Ψ£ΩŽΨ¨ΩŽΨ―Ω‹Ψ§.

Aamiin Ya Rabbal β€˜Alamiin.

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI ANJURAN 3 ENTITI, SURAU AT - TAQWA DESA MELOR/ PERSATUAN PENDUDUK DAN PEMILIK DESA ME...
27/04/2025

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI ANJURAN 3 ENTITI, SURAU AT - TAQWA DESA MELOR/ PERSATUAN PENDUDUK DAN PEMILIK DESA MELOR / KAWASAN RUKUN TETANGGA DESA MELOR, 2025 | 27 APRIL 2025 | AHAD & MERAIKAN BAKAL-BAKAL HAJI DAN HAJJAH QARIAH DESA MELOR 1446 HIJRAH

Alhamdulillah telah selesai majlis jamuan sempena Hari Raya di Surau At-Taqwa Desa Melor, Serendah. Sambutan yang sangat meriah dengan kehadiran hadirin yang tidak terhingga dari mula hingga akhir majlis berlangsung.

Majlis disajikan dengan makanan menarik antaranya
Nasi Minyak, Kari Kambing, Ayam Masak Merah, Satey, Spaghetti, Lemang, Kuah Kacang, Ketupat Palas, Rendang Daging & Ayam, Makanan bergoreng, Kuih dan Muih, Bubur Kacang Hijau, Air Jagung Viral & Air Detox yang sesuai dengan selera Qariah Desa Melor.

Tidak lupa sumbangan cenderahati dari Surau At-Taqwa kepada Bakal-Bakal Haji dan Hajjah yang akan mengerjakan Haji pada tahun ini dan juga sumbangan duit raya pada kanak-Kanak qariah Desa Melor, Serendah

Terima Kasih kepada kunjungan daripada YB Ahli Parlimen Hulu Selangor, Tok Penghulu mukim Serendah, Wakil dari Balai Polis Serendah, Nazir dan AJK Masjid Nurul Iman dan Pengerusi JKKP Kampung Dato Harun bagi memeriahkan lagi majlis ini.

Pengerusi dan semua Jawatankuasa Surau At-Taqwa ingin mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua dan melancarkan majlis. Dan kesempatan ini ingin memohon ampun dan maaf sekiranya mempunyai sebarang kekurangan sepanjang majlis

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Pengurusan Surau At-Taqwa, Desa Melor Serendah

22/03/2025

Program mengacau Bubur Lambuk di Surau At-Taqwa Desa Melor untuk agihan kepada para penduduk Desa Melor.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,Segala puji bagi Allah SWT yang telah memanjangkan usia kita untuk bertemu la...
01/03/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Segala puji bagi Allah SWT yang telah memanjangkan usia kita untuk bertemu lagi dengan bulan yang penuh keberkatan, Ramadan al-Mubarak.

Kami, barisan AJK Surau At-Taqwa, Desa Melor Serendah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan kepada seluruh ahli kariah. Semoga bulan yang mulia ini menjadi peluang untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, memperkukuhkan hubungan dengan Allah SWT, dan mempereratkan silaturahim sesama kita.

Marilah kita bersama-sama memanfaatkan bulan ini dengan solat berjemaah, tadarus Al-Quran, qiyamullail, dan amalan-amalan kebaikan yang lain. Semoga segala amal kita diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

Akhir kata, kami mendoakan agar Ramadan kali ini membawa keberkatan, keampunan, dan rahmat kepada kita semua.

Ramadan Kareem!

Dengan ingatan tulus ikhlas:
Ahli Jawatan Kuasa Surau At-Taqwa, Desa Melor, Serendah

πŸŒ™π—›π—”π—₯π—œ π— π—˜π—‘π—¨π—π—¨ π—₯π—”π— π—”π——π—”π—‘πŸŒ™Program Sepanjang RAMADHAN SURAU AT-TAQWA, DESA MELOR, SERENDAH 1446H/2025MπŸŒ™Assalamualaikum WBT Dat...
24/02/2025

πŸŒ™π—›π—”π—₯π—œ π— π—˜π—‘π—¨π—π—¨ π—₯π—”π— π—”π——π—”π—‘πŸŒ™

Program Sepanjang RAMADHAN SURAU AT-TAQWA, DESA MELOR, SERENDAH 1446H/2025M

πŸŒ™Assalamualaikum WBT Dato/Datin/ Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dirahmati Allah SWT,

πŸŒ™Bulan Ramadan akan berkunjung tidak lama lagi, pihak Jawatankuasa Surau At-Taqwa Desa Melor ingin membuka peluang untuk semua para dermawan memberi infaq bagi membantu program dan aktiviti yang dirancang akan berjalan sepanjang bulan Ramadan di Surau At-Taqwa

Antara program dan aktiviti dirancang sepanjang Ramadan 1446H/2025M:

πŸ“Œ Solat Sunat Tarawih Berjemaah
πŸ“Œ Pelancaran Tabung Ramadhan
πŸ“Œ Tazkirah Ramadhan
πŸ“Œ Tadarus Al-Quran
πŸ“Œ Jamuan Iftar dan Moreh
πŸ“Œ Tahlil & Doa Arwah
πŸ“Œ Program sedeqah Bubur Lambuk
πŸ“Œ Qiamullail 10 Malam Akhir Ramadhan
πŸ“Œ Sambutan Nuzul Al-Quran
πŸ“Œ Majlis Khatam Quran
πŸ“Œ Program Bersama Anak Yatim

Program Muslimah:
πŸ“Œ Kelas Tahsin Ramadhan
πŸ“Œ Tadarus Muslimah
πŸ“Œ Kuliah Dhuha

Daripada Zaid bin Khalid, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

Ω…ΩŽΩ† ΩΩŽΨ·Ω‘ΩŽΨ±ΩŽ Ψ΅ΩŽΨ§Ψ¦ΩΩ…Ω‹Ψ§ ΩƒΩŽΨ§Ω†ΩŽ Ω„ΩŽΩ‡Ω مِثلُ Ψ£ΩŽΨ¬Ω’Ψ±ΩΩ‡ΩΨŒ ΨΊΩŽΩŠΩ’Ψ±ΩŽ Ψ£ΩŽΩ†Ω‘ΩŽΩ‡Ω Ω„ΩŽΨ§ ΩŠΩŽΩ†Ω’Ω‚ΩΨ΅Ω مِن Ψ£ΩŽΨ¬Ω’Ψ±Ω Ψ§Ω„Ψ΅Ω‘ΩŽΨ§Ψ¦ΩΩ…Ω Ψ΄ΩŽΩŠΨ¦Ω‹Ψ§
_π™ΌπšŠπš”πšœπšžπšπš—πš’πšŠ: β€œπš‚πš’πšŠπš™πšŠ πš’πšŠπš—πš πš–πšŽπš–πš‹πšŽπš›πš’ πš–πšŠπš”πšŠπš— πš˜πš›πšŠπš—πš πš’πšŠπš—πš πš‹πšŽπš›πš™πšžπšŠπšœπšŠ πš–πšŠπš”πšŠ πš‹πšŠπšπš’πš—πš’πšŠ πš™πšŠπš‘πšŠπš•πšŠ πšœπšŽπšžπš–πš™πšŠπš–πšŠπš—πš’πšŠ πšπšŠπš—πš™πšŠ πšœπšŽπšπš’πš”πš’πš πš™πšžπš— πš”πšžπš›πšŠπš—πš πš™πšŠπš‘πšŠπš•πšŠ πš˜πš›πšŠπš—πš πš‹πšŽπš›πš™πšžπšŠπšœπšŠ_

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)

Sumbangan melalui online ke akaun Bank Muamalat Surau At-Taqwa Desa Melor
No Akaun : 120-10000-77-7711

Borang sumbangan dan tahlil juga boleh didapati di pintu masuk utama Surau At-Taqwa.


GOTONG-ROYONG SEMPENA MENYAMBUT KETIBAAN BULAN RAMADHANπŸ“… Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)πŸ“ Lokasi: Surau At-Taqwa Desa M...
22/02/2025

GOTONG-ROYONG SEMPENA MENYAMBUT KETIBAAN BULAN RAMADHAN

πŸ“… Tarikh: 22 Februari 2025 (Sabtu)
πŸ“ Lokasi: Surau At-Taqwa Desa Melor, Serendah

Aktiviti Gotong-Royong

βœ… Pembersihan ruang solat dan kawasan sekitar surau
βœ… Penyusunan semula Buku-buku dan peralatan surau
βœ… Penyediaan tempat berbuka puasa dan moreh
βœ… Penyediaan Alas Meja Baru untuk berbuka
βœ… Pembersihan kawasan stor baru
βœ… Pembersihan kawasan longkang
βœ… Kemasan pokok-pokok dan pasu sedia ada
βœ… Penyucian kipas-kipas dan aircond surau

Alhamdulillah, sekitar Majlis Gotong Royong Ambang Ramadhan 1446H.

Terima Kasih kepada yang hadir bagi memastikan kelancaran persiapan dan kelestarian surau sepanjang bulan Ramadhan.

JAZAKALLAH pada semua kariah yg hadir memberi sumbang tenaga bersamaΒ² menjayakan program gotong royong pada hari ini. Terima kasih juga kepada semua penginfak yang turut menjadi tulang belakang dalam memudahkan pengurusan surau selama ini.

"RAMADHAN KARIM ❀️...
SYUKRAN .....MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT

✨ Bersama-sama kita meraih pahala gotong-royong dalam bulan yang penuh keberkatan!

Sekian, terima kasih.

Salurkan Sumbangan/Derma Program Ramadhan.
Nama Akaun : Surau At Taqwa Desa Melor
Nama Bank : Bank Muamalat
No.Akaun : 120-10000-77-7711

KULIAH MAGHRIB KHAS : ULANGKAJI IBADAT PUASA RAMADHAN & PELANCARAN KUTIPAN DERMA TABUNG IHYA' RAMADHAN 1446HTarikh : 24 ...
20/02/2025

KULIAH MAGHRIB KHAS : ULANGKAJI IBADAT PUASA RAMADHAN & PELANCARAN KUTIPAN DERMA TABUNG IHYA' RAMADHAN 1446H

Tarikh : 24 Februari 2025 bersamaan 25 Syaaban 1446H
Masa : Selepas Solat Magrib
Tempat : Surau At Taqwa, Desa Melor Serendah

Turut berlangsung, Pelancaran dan kutipan derma untuk Program Ihya Ramadhan 1446H iaitu program menghidupkan bulan Ramadhan di Surau At Taqwa Desa Melor, Serendah

Bulan Ramadhan bakal berkunjung tiba,
Apakah persediaan kita untuk bertemu Ramadhan?
Mari pakat dengar ceramah dan ambil ulangkaji ilmu bermanfaat serta tingkatkan motivasi untuk memburu Malam Seribu Bulan

ROTAN DISIAT DIBUAT LUKAH,
MENAHAN LUKAH DI HUJUNG SALIRAN,
TUNAIKAN ZAKAT, INFAQ DAN SEDEKAH,
PILIHAN TERBAIK DI BULAN RAMADHAN

Pakat hulur sikit seorang, Hulur banyak Rezeki berkembang

Akaun Surau :
Bank Muamalat
120-10000-77-7711
Surau At-Taqwa, Desa Melor Serendah

ASSALAMUALAIKUM W.B.T✨Surau At-Taqwa, Desa Melor Serendah akan mengadakan *Gotong- Royong Semperna Ramadhan 2025* dan me...
19/02/2025

ASSALAMUALAIKUM W.B.T✨

Surau At-Taqwa, Desa Melor Serendah akan mengadakan *Gotong- Royong Semperna Ramadhan 2025* dan menjemput kepada semua muslimin & muslimat hadir pada ketetapan seperti berikut :-

πŸ—“οΈ TARIKH: 22 FEB 2025 (SABTU)
⏰ MASA: 8.00 PAGI
πŸ•Œ TEMPAT: SURAU AT TAQWA, DESA MELOR SERENDAH

🍽️ SARAPAN DISEDIAKAN (SUMBANGAN SARAPAN DI ALU-ALUKAN)

Jom Infaq Ke Surau At-Taqwa, Desa Melor Serendah

Bank Muamalat
120-10000-77-7711

Terima kasih atas sumbangan anda.

Kuliah MaghribSelasa 18 Feb 2025Ustaz Dr MahyudinTasawuf - Fiqh Al-SulukKitab Kefahaman Mendalam Menuju Kepada Allah
18/02/2025

Kuliah Maghrib
Selasa 18 Feb 2025
Ustaz Dr Mahyudin
Tasawuf - Fiqh Al-Suluk
Kitab Kefahaman Mendalam Menuju Kepada Allah

Address

Serendah

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau AtTaqwa Desa Melor Serendah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share