Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras Parlimen Hulu Selangor

Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras Parlimen Hulu Selangor Pusat khidmat Masyarakat Penyelaras Parlimen Hulu Selangor
Waktu Operasi :
9.00 pagi - 5.00 petang

23/05/2026
Ziarah ketiga pada hari ini, kami daripada Pejabat Penyelaras Parlimen Hulu Selangor telah mewakili Dr Sathia Prakash Na...
19/05/2026

Ziarah ketiga pada hari ini, kami daripada Pejabat Penyelaras Parlimen Hulu Selangor telah mewakili Dr Sathia Prakash Nadarajan bagi mengadakan ziarah medik ke rumah Puan Poongomet Erumalai yang kini terlantar sakit di atas katil akibat masalah kesihatan yang dihadapinya.

Walaupun berada dalam keadaan kurang sihat dan pergerakan beliau sangat terbatas, semangat serta ketabahan yang ditunjukkan amat menyentuh hati kami semua. Ziarah seperti ini bukan sahaja untuk menyampaikan bantuan, malah sebagai tanda sokongan moral agar beliau dan keluarga tidak berasa bersendirian dalam menghadapi ujian kehidupan.

Prihatin dengan keadaan yang dihadapi, Dr Sathia Prakash Nadarajan telah menyumbangkan pampers, susu serta sumbangan kewangan bagi membantu meringankan beban keluarga dalam urusan penjagaan harian beliau.

Semoga bantuan yang disampaikan sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kepada keluarga, dan kami mendoakan agar Puan Poongomet Erumalai diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesihatan yang lebih baik.

๐—ญ๐—œ๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐Ÿฎ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—›๐—จ๐—Ÿ๐—จ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅSelepas selesai program Ziarah Kasih di Taman Wawasan Batang Kal...
19/05/2026

๐—ญ๐—œ๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ๐—› ๐Ÿฎ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—”๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—˜๐—ก ๐—›๐—จ๐—Ÿ๐—จ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ

Selepas selesai program Ziarah Kasih di Taman Wawasan Batang Kali, kami daripada Pejabat Penyelaras Parlimen Hulu Selangor mewakili Dr Sathia Prakash Nadarajan telah meneruskan lagi misi kebajikan dengan menziarahi:

๐Ÿ‘ค Nama : Anatamuhan a/l Rengasamy
๐ŸŽ‚ Umur : 57 tahun
๐Ÿฉบ Sakit : Kencing manis & sakit jantung

Prihatin dengan keadaan kesihatan beliau, Dr Sathia Prakash Nadarajan telah menyampaikan sumbangan sebuah kerusi beroda bagi membantu memudahkan urusan pergerakan harian beliau.

Semoga sumbangan kecil ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada keluarga serta membantu beliau menjalani kehidupan harian dengan lebih selesa.

Kami di Pejabat Penyelaras Parlimen Hulu Selangor akan terus komited dalam membantu masyarakat yang memerlukan tanpa mengira latar belakang.

Semoga En. Anatamuhan diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.

Address

No 43 Jalan Gapimas1, Laman Gapimas
Serendah
48200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60360816392

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras Parlimen Hulu Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Khidmat Masyarakat Penyelaras Parlimen Hulu Selangor:

Share