Kelab Belia Jatidiri Serendah

Kelab Belia Jatidiri Serendah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelab Belia Jatidiri Serendah, Youth Organization, 32-1, Jalan Gapi 1A/2, Antara Gapi, Serendah.
(4)

1) Pengiktirafan 5 Bintang (2022)
2) Ke-3 APBN Negeri Selangor Kategori Pertubuhan (2023)
3) Briged Setia Negara (23-25)
4) Johan APBN Negeri Selangor Kategori Pertubuhan (2024)

04 & 05 Mei 2026 | 16 & 17 Zulkaedah 1447HSelesai sudah sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Individu (...
07/05/2026

04 & 05 Mei 2026 | 16 & 17 Zulkaedah 1447H

Selesai sudah sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Individu (Lelaki & Wanita) serta Kategori Pertubuhan Belia. Tahun ini seramai 3 orang peserta individu iaitu saudara Hafizudin, Izudin dan saudari Alyaa telah dicalonkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Hulu Selangor bagi mewakili Daerah Huli Selangor.

Tahniah juga diucapkan kepada Kelab Belia Jatidiri Felda Gugusan Sg Dusun wakil tunggal daripada daerah Hulu Selangor bagi Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Pertubuhan Belia. Tidak lupa juga kepada saudari Jojo (GBBM Negeri Selangor) yang turut bersama dalam sesi penilaian kali ini mewakili Daerah Hulu Selangor.

Jutaan terima kasih juga diucapkan buat semua panel penilai diatas nasihat yang diberikan dalam meningkatkan lagi kecemerlangan diri dan pertubuhan supaya lebih maju di masa akan datang. Semoga tahun ini ada sinar buat daerah Hulu Selangor.

02 Mei 2026 | 14 Zulkaedah 1447H.Terima kasih Coach Akie dan Coach Rashid daripada Kieno Dynamic Solution yang sudi mene...
05/05/2026

02 Mei 2026 | 14 Zulkaedah 1447H.

Terima kasih Coach Akie dan Coach Rashid daripada Kieno Dynamic Solution yang sudi menerima kunjungan kami bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan perlaksanaan projek di bawak dana Geran Sejati Madani yang akan dilaksanakan oleh pihak kelab. Semoga dipermudahkan segala urusan semua rangkaian KBJS yang terlibat dalam menjayakan program ini. Mudah mudahan kita dapat membantu meningkatkan lagi ekonomi belia setempat khususnya.

29 April 2026 | 11 Zulkaedah 1447H.Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Azura (Pen. Kanan Kokurikulum) SMK Bandar S...
01/05/2026

29 April 2026 | 11 Zulkaedah 1447H.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Azura (Pen. Kanan Kokurikulum) SMK Bandar Sg Buaya diatas langkah proaktif yang dilakukan dalam menggerakkan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda bersama Badan Operasi Kelab Belia Jatidiri Serendah.

Sesi taklimat dan pendaftaran peserta ini telah dikelolakan oleh saudara Juddin selaku pemimpin BO ARPRM. Seramai 30 orang murid telah mendaftarkan diri dalam ARPRM Pingat Gangsa kali ini dan diharapkan tahun ini KBJS dapat melahirkan beberapa peserta pingat gangsa.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada Cikgu Sarizah dan Cikgu Zulfadhli kerana sudi menjadi guru penasihat bagi pelaksanaan program ini. Semoga dengan adanya program sebegini ianya dapat meningkatkan lagi kecemerlangan pihak sekolah dalam bidang kokurikulum melalui markah PAJSK murid-murid tersebut.

19 April 2026 | 03 Zulkaedah 1447H.Team KBJ memenuhi dua undangan rumah terbuka terlajak syawal iaitu daripada Saudara F...
23/04/2026

19 April 2026 | 03 Zulkaedah 1447H.

Team KBJ memenuhi dua undangan rumah terbuka terlajak syawal iaitu daripada Saudara Firdaus (Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Selangor) dan Saudari Kak Meqna (Penyelia PWB Dun Batang Kali).

Semoga kehadapannya kedua dua insan ini sentiasa sihat selalu, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Terima kasih juga atas ingatannya kepada kami untuk turut sama hadir dalam majlis rumah terbuka anjuran mereka.

Terima kasih juga kepada sub - tuan rumah Saudara Hairi yang bentangkan tikar untuk kami mentakak darah dihadapan rumahnya. Heee. Harap Pengerusi MBD Husel tak baran ada yang main claim2 ni. HAHAHAH.

16 April 2026 | 27 Syawal 1447H.Alhamdulillah, selesai perbincangan bersama Puan Azura (Pen. Kanan Kokurikulum) SMK Band...
16/04/2026

16 April 2026 | 27 Syawal 1447H.

Alhamdulillah, selesai perbincangan bersama Puan Azura (Pen. Kanan Kokurikulum) SMK Bandar Sungai Buaya bagi membincangkan berkaitan pelaksanaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Pingat Gangsa yang akan digerakkan di sekolah tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada 2 orang cikgu yang sudi untuk terlibat sama sebagai guru penasihat bagi melancarkan lagi pelaksanaan program ini. Terima kasih juga buat saudara Hafiz (Pemimpin ARPRM) melalui Badan Operasi KBJS yang proaktif dalam menggerakkan program ini. Semoga apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

12 April 2026 | 23 Syawal 1447H.PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA TAHUN 2026 PERINGKAT NEGERI SELANGOR📍 Politeknik Sultan...
13/04/2026

12 April 2026 | 23 Syawal 1447H.

PROGRAM SANTUNI PERTUBUHAN BELIA TAHUN 2026 PERINGKAT NEGERI SELANGOR

📍 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Tengah bersama JBSN Selangor telah mengadakan Program Santuni Pertubuhan Belia Tahun 2026 Peringkat Negeri Selangor (SejaTi MADANI X BELIA). Seramai 368 orang peserta telah menghadiri sesi taklimat tersebut. Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Pengarah JBSN Selangor, Tuan Syamsul Tahrin bin Mohd Tahir.

KBJS bersama 9 lagi pertubuhan belia yang telah berdaftar turut tidak melepaskan peluang untuk hadir sama dalam program kali ini. Syabas juga diucapkan kepada kelab-kelab tunggal yang bakal ditubuhkan selepas ini mewakili Hulu Selangor yang turut hadir sama dalam program kali ini. Terima kasih yang tidak terhingga buat pihak dan yang telah mengusahakan agar geran ini turut dapat dimanfaatkan oleh komuniti belia setempat.

Semoga dengan adanya geran ini menjadi satu lagi nilai tambah kepada pertubuhan pertubuhan belia yang ikhlas dalam membantu masyarakat agar kita sama - sama dapat membantu dalam memperkasakan hasrat negara ke arah Membangun Malaysia MADANI.

10 April 2026 | 21 Syawal 1447H.Sesi Kunjung hormat KBJS ke SMK Bandar Sungai Buaya. Turut hadir sama dalam sesi kunjung...
10/04/2026

10 April 2026 | 21 Syawal 1447H.

Sesi Kunjung hormat KBJS ke SMK Bandar Sungai Buaya.

Turut hadir sama dalam sesi kunjung hormat ini adalah Pengerusi Kelab Rakan Muda Sungai Buaya saudara Zahir. Pihak kelab ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah terutama kepada Tuan Pengetua dan PK Kokurikulum diatas kesudian menerima kehadiran kami.

Beberapa program bersama telah dibincangkan dan Inn Syaa Allah akan ada kalobrasi program diantara pihak kelab dan sekolah. Dikesempatan ini, turut memperkenalkan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda kepada pihak pentadbir supaya dapat digerakkan di dalam sekolah tersebut dan perkara ini disambut bail oleh pihak sekolah.

Diharapkan apa yang dibincangkan dapat dilaksanakan dengan sebaik baiknya dan sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan kecemerlangan pihak sekolah. Terima kasih sekali lagi SMK Bandar Sungai Buaya.

04 & 05 April 2026 | 15 & 16 Syawal 1447H.Kursus Pemantapan Pengurusan Pertubuhan Belia Hulu Selangot bertempat di Pasir...
06/04/2026

04 & 05 April 2026 | 15 & 16 Syawal 1447H.

Kursus Pemantapan Pengurusan Pertubuhan Belia Hulu Selangot bertempat di Pasir Puteh Resort Kalumpang & Training Centre. Majlis penutup program telah disempurnakan oleh En. Abdul Mun'im Bin Roslin (Ahli Majlis MPHS Zon 5).

Seramai 4 orang ahli KBJS telah hadir sama dalam sesi kursus kali ini. Terima kasih diucapkan kepada pihak Majlis Belia Selangor Daerah Hulu Selangor diatas inisiatif yang dilakukan. Sedikit sebanyak ianya membantu pelapis - pelapis di kalangan KBJS untuk mendalami dan memahami dengan lebih jelas berkaitan dengan MYKD, Star Rating, Pembikinan Kertas Kerja, Geran - geran yang terdapat di bawah KBS dan aktiviti-aktiviti profail di bawah Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Hulu Selangor. Semoga program sebegini dapat dianjurkan lagi di masa akan datang.

30 Mac 2026M | 10 Syawal 1447H.Selamat Hari Lahir diucapkan kepada saudari Sarah (Setiausaha) KBJS. Didoakan agar sentia...
30/03/2026

30 Mac 2026M | 10 Syawal 1447H.

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada saudari Sarah (Setiausaha) KBJS. Didoakan agar sentiasa berada dalam keadaan sihat selalu dan dimurahkan rezeki. Terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian daripada keluarga kecil KBJSi. Teruskan melangkah menabur bakti demi kesinambungan dan kecemerlangan generasi pemimpin pelapis belia di masa akan datang.

Selamat Hari Lahir sekali lagi dan moga-moga Allah permudahkan segala urusan anda di masa akan datang.

29 Mac 2026 | 09 Syawal 1447H🐐 JOM KORBAN DI YAMAN 1447H 🐐Anjuran : Kelab Belia Jatidiri SerendahAmbillah peluang melaks...
29/03/2026

29 Mac 2026 | 09 Syawal 1447H

🐐 JOM KORBAN DI YAMAN 1447H 🐐

Anjuran : Kelab Belia Jatidiri Serendah

Ambillah peluang melaksanakan ibadah korban sambil membantu saudara-saudara kita di Hadramaut, Yaman.

Daging korban akan diagihkan kepada fakir miskin, para alim ulama dan para pelajar agama.

💰 Harga Korban:
RM700 seekor kambing
(Termasuk kos pengurusan, penyembelihan dan pengagihan)

Hari Penyembelihan Bermula:
10 Zulhijjah 1447H
27 Mei 2026 (Rabu)

✨ Kelebihan Korban:
• Menghidupkan sunnah Nabi Ibrahim A.S.
• Mendapat ganjaran besar pada hari-hari yang mulia
• Membantu fakir miskin dan penuntut ilmu agama

⚠️ Tempat terhad

💳 Pembayaran boleh dibuat ke:
Agro Bank
No. Akaun: 1005481000072236
Nama Akaun: Kelab Belia Jatidiri Serendah

📞 Hubungi:
Wakil Yaman: +967 776 360 917 (Saudara Syamin)
Wakil Malaysia: +6011 1570 6710 (Saudara Hafizudin)

Tarikh tutup penyertaan adalah pada :
Rabu 20 mei 2026 bersamaan 03 zulhijjah 1447H

🤲 “Jadikan korban anda tahun ini sebagai sebab kegembiraan bagi mereka yang memerlukan.”

Jom sertai program korban ini dan rebut pahala pada hari yang paling mulia.

27 Mac 2026M | 07 Syawal 1447H.Selamat Hari Lahir diucapkan kepada saudara Hairi (AJK 3) KBJS. Didoakan agar sentiasa be...
26/03/2026

27 Mac 2026M | 07 Syawal 1447H.

Selamat Hari Lahir diucapkan kepada saudara Hairi (AJK 3) KBJS. Didoakan agar sentiasa berada dalam keadaan sihat selalu dan dimurahkan rezeki. Tanpa anda, KBJS bukanlah siapa-siapa dan tidak akan mampu untuk berada sehingga ke tahap ini. Teruskan melangkah menabur bakti demi kesinambungan dan kecemerlangan generasi pemimpin pelapis belia di masa akan datang.

Terima kasih kerana sudi untuk bersama dalam perjuangan ini bermula daripada awal penubuhan sehinggalah sekarang. Berbaki 4 tahun lagi sebelum melabuhkan tirai umur belianya dan kemudian akan diteruskan oleh generasi - generasi pemimpin pelapis. Inn Syaa Allah.

Selamat Hari Lahir sekali lagi dan moga-moga Allah permudahkan segala urusan anda di masa akan datang.

Address

32-1, Jalan Gapi 1A/2, Antara Gapi
Serendah
48200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Belia Jatidiri Serendah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kelab Belia Jatidiri Serendah:

Share