Kelab Belia Asrama Kasih Seri Serendah

Kelab Belia Asrama Kasih Seri Serendah Youth Organization

25 APRIL 2026(SABTU)Pertandingan Futsal Padang Belia Daerah Hulu Selangor tahun 2026 Anjuran Kelab Belia Asrama Kasih Se...
27/04/2026

25 APRIL 2026
(SABTU)

Pertandingan Futsal Padang Belia Daerah Hulu Selangor tahun 2026 Anjuran Kelab Belia Asrama Kasih Seri Serendah (KEBASKASS). Syukur kita panjatkan ke hadrat illahi kerana program ini dapat kita selesaikan dengan jayanya. Terdapat 14 Pasukan yang bertanding untuk merebut gelaran Juara dalam pertandingan kali ini.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang yang membawa balik kemenangan daripada tempat ke-4 , tempat ke-3 , naib johan dan juga johan dalam pertandingan kali ini. Tahniah Dan terima kasih juga diucapkan kepada semua peserta yang terlibat kerana memberikan kerjasama yang baik sepanjang pertandingan berjalan.

Pertandingan kali ini telah dirasmikan oleh Tuan Aylwin Chan WT Ahli Majlis MPHS Zon 16, turut hadir sama Puan Normiza Binti Kadar Maidin Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Hulu Selangor, tak lupa juga wakil dari Pengetua Asrama Kasih Ybk Serendah Cik Khuzaimi.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada barisan urusetia AJK dari (KEBASKASS), Dan turut dibantu oleh rakan strategik iaitu dari KBJ FELDA GUGUSAN SG DUSUN, KBJ TAMU HILL dan juga KBJ TABURA bagi menjayakan program kali ini. Semoga kita dapat menganjurkan lagi program seperti ini bagi mengumpulkan belia setempat dengan minat mereka tersendiri agar kita sentiasa menjadi tonggak untuk membangun jatidiri sejati belia.








24 APRIL 2026JUMAATEsok akan berlangsung Hari Pertandingan. Jadi, terima kasih diucapkan kepada yang terlibat dalam pers...
24/04/2026

24 APRIL 2026
JUMAAT

Esok akan berlangsung Hari Pertandingan. Jadi, terima kasih diucapkan kepada yang terlibat dalam persiapan hari ini. Semoga dengan persiapan hari ini kita dapat menjalani program besok dengan lancar sehingga selesai.

Jumpa esok bagi sesiapa yang terlibat !!!





15/04/2026Asrama Kasih Seri SerendahSelesai mesyuarat penyelarasan tugas bersama Ahli Jawatankuasa KEBASKASS bagi Pertan...
15/04/2026

15/04/2026
Asrama Kasih Seri Serendah

Selesai mesyuarat penyelarasan tugas bersama Ahli Jawatankuasa KEBASKASS bagi Pertandingan Futsal Padang Belia Daerah Hulu Selangor yang akan diadakan di Asrama Kasih Ybk Kg Seri Serendah.

Masih berbaki lagi 10 hari menjelang Hari Pertandingan. InshaaAllah dengan semua persiapan yang dibuat, dapat kita sama sama laksanakan program ini dengan baik supaya Pertandingan berjalan lancar dari mula sehingga selesai..

Ribuan terima kasih diatas kerjasama semua AJK KEBASKASS didalam perbincangan mesyuarat kali ini.

Assalamualaikum wbt dialu alukan kepada sesiapa yang berminat untuk ikut serta dalam Pertandingan Futsal Padang Belia Da...
10/04/2026

Assalamualaikum wbt dialu alukan kepada sesiapa yang berminat untuk ikut serta dalam Pertandingan Futsal Padang Belia Daerah Hulu Selangor !!! Penyertaan terhad !!!

Untuk pendaftaran boleh scan qr code yang tertera pada poster dibawah 🙏.

Address

Asrama Kasih Seri Serendah
Serendah
48200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Belia Asrama Kasih Seri Serendah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share