13/08/2026
SEMINAR GURU TERAJU ORGANISASI CEMERLANG (GTO) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan dengan kerjasama JPNNS dan JKNS telah berjaya menganjurkan Seminar Guru Teraju Organisasi Cemerlang (GTO) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2026 pada 13 Ogos 2026 di Klana Resort, Seremban.
Program ini dianjurkan sebagai wadah strategik bagi memperkasa warga pendidik sebagai benteng utama pencegahan dadah di peringkat sekolah. Antara pengisian seminar termasuklah sesi Ice-Breaking, perkongsian ilmu bertajuk "Dadah Sintetik: Trend yang Mengundang Tragedi" oleh Dr. Muhamad Hazizi Bin Muhamad Hasani (JKNS), serta Latihan Dalam Kumpulan (Gallery Walk) kendalian fasilitator AADK dan JPNS.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Suhaimizan bin Bizar, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional & NGO Kerajaan Negeri Sembilan, hadir bersama YBrs. Puan Ruziliza binti Ibrahim, Pengarah AADK Negeri Sembilan dan En. Abdul Halim bin Hassan, Penolong Pengarah JPNS.
Setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak dan warga pendidik atas komitmen padu demi menjayakan aspirasi sekolah bebas dadah.
"Pencegahan Dadah Tanggungjawab Bersama."