PERTUBUHAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MINANG NEGERI SEMBILAN-PKMMNS

PERTUBUHAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MINANG NEGERI SEMBILAN-PKMMNS Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from PERTUBUHAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MINANG NEGERI SEMBILAN-PKMMNS, Non-Governmental Organization (NGO), Lot 37, Jalan Bahagia, Taman Dato' Shahbandar, Seremban.

Salam Aidilfitri 1447HMaaf zahir & batinTaqabbalallahu minna waminkum
21/03/2026

Salam Aidilfitri 1447H
Maaf zahir & batin

Taqabbalallahu minna waminkum

Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim PKMMNS telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Mac lalu. Seramai 4 orang a...
20/03/2026

Majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim PKMMNS telah berlangsung dengan jayanya pada 12 Mac lalu.

Seramai 4 orang anak-anak yatim dan 1 orang anak piatu telah diraikan dan mendapat sumbangan tunai aidilfitri.

Sebanyak RM6,390 telah berjaya dikumpulkan sepanjang bulan Ramadan ini dikalangan ahli dan masyarakat.

Terima kasih kepada semua yang telah sama-sama menyumbang samada dalam bentuk wang ringgit, juadah jamuan ataupun tenaga.

Sampai kita bertemu lagi di acara berikutnya!

"Basamo mangkonyo elok, saiyo mangkonyo jadi"

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 1447H  🌙Puji dan syukur ke hadrat Allah SWT yang masih membenarkan kita untuk bertemu kembali d...
19/02/2026

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK 1447H 🌙

Puji dan syukur ke hadrat Allah SWT yang masih membenarkan kita untuk bertemu kembali dengan bulan yang penuh barakah ini.

Kami di AJK PKMMNS ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada seluruh ahli dan masyarakat minang Negeri Sembilan khususnya.

Semoga Ramadan kali ini menjadi madrasah terbaik untuk kita meningkatkan ketakwaan, menggandakan amal ibadah, dan memperkukuh ukhuwah sesama kita.

“Ramadan Kareem, Allahu Akram.”

Basamo mangkonyo elok
Saiyo mangkonyo jadi

Ikhlas daripada:
Barisan AJK PKMMNS

Part 3Khamis, 12 Feb - Majlis bacaan Yaasin, tahlil & doa selamat perdana sempena menyambut Ramadan.Alhamdulillah, majli...
13/02/2026

Part 3
Khamis, 12 Feb - Majlis bacaan Yaasin, tahlil & doa selamat perdana sempena menyambut Ramadan.

Alhamdulillah, majlis cukup meriah dengan kehadiran ramai ahli & masyarakat.

Doa dititipkan buat orang tua & keluarga yang telah mendahului kita, dunsanak kita yang sedang diuji dengan kesakitan semoga Allah memberi kesembuhan.

Selawat & salam buat junjungan besar nabi Muhammad SAW berserta keluarga baginda.

Harapan kita semua semoga Ramadan yang bakal menjelma membawa kerahmatan, keampunan dan membebaskan kita dari api neraka hendaknya.

Di kesempatan ini para hadirin barilah-rilah bamaaf-maafan biar nak putiah hati jo muko nan janiah menjalang hari ka puaso.

Basamo mangkonyo elok
Saiyo mangkonyo jadi

Part 2Khamis, 12 Feb - Majlis bacaan Yaasin, tahlil & doa selamat perdana sempena menyambut Ramadan.
13/02/2026

Part 2
Khamis, 12 Feb - Majlis bacaan Yaasin, tahlil & doa selamat perdana sempena menyambut Ramadan.

Khamis, 12 Feb - Majlis bacaan Yaasin, tahlil & doa selamat perdana sempena menyambut Ramadan.
13/02/2026

Khamis, 12 Feb - Majlis bacaan Yaasin, tahlil & doa selamat perdana sempena menyambut Ramadan.

Perwakilan daripada Persatuan Kebajikan Anak Minang Negeri Johor  (PKAMNJ) yang diwakili Pak Man JJ, Makdang, Pak Tarmiz...
07/02/2026

Perwakilan daripada Persatuan Kebajikan Anak Minang Negeri Johor (PKAMNJ) yang diwakili Pak Man JJ, Makdang, Pak Tarmizi dan rakan-rakan telah hadir ke Seremban menziarahi Presiden PKMMNS (Pak Berman) pada petang tadi.

Pak Berman yang sebelum ini telah dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas kini telah beransur pulih.

Sebelumya, Pak Berman juga telah menerima kedatangan Pak Ujae dan Pak Ben daripada Ipoh (Group Minang Utara / PMMPM)
Pertubuhan Masyarakat Minangkabau Panampuang Malaysia-PMMPM

Dengan doa dan kehadiran rakan-rakan daripada persatuan sahabat diharapkan Pak Berman terus diberikan kesihatan yang baik selepas ini.

Pak Berman juga menzahirkan ucapan terima kasih dan rasa terharu atas sokongan daripada semua yang telah menziarahi dan mendoakan beliau.

Semoga hubungan kita terus erat merentasi sempadan negeri.

Basamo mangkonyo elok
Saiyo mangkonyo jadi

Pada pagi tadi telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kali Ke-1 Tahun 2026. 6 biro telah dibentuk oleh AJK yang telah ...
26/01/2026

Pada pagi tadi telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Kali Ke-1 Tahun 2026.

6 biro telah dibentuk oleh AJK yang telah terpilih di Mesyuarat Agung yang lalu.

1. Biro Kebajikan
Hersal Bin Said / Toufik Bin Amir

2. Biro Keahlian
Nofrizal Bin Rahman

3. Biro Agama
Thamrin Bin Said

4. Biro Wanita
Devi Elita Binti Yahya / Efri Yetti Binti Rajab

5. Biro Kesenian & Kebudayaan
Nelyati Binti Bustami / Asnimar Suryaningrat

6. Biro Ekonomi
Mohd Helmi Bin Mohd Nor

Mesyuarat juga telah membincangkan perancangan² yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat ini.

Dalam masa sama, kebajikan ahli tetap menjadi keutamaan AJK.

Ayuh sama-sama kita sokong dan jayakan setiap program yang telah dirancang!

Basamo mangkonyo elok
Saiyo mangkonyo jadi

Pemilihan Jawatankuasa PKMMNS Sesi 2026/2027Pada Mesyuarat Agung kali ini juga telah diadakan pemilihan Jawatankuasa PKM...
24/01/2026

Pemilihan Jawatankuasa PKMMNS Sesi 2026/2027

Pada Mesyuarat Agung kali ini juga telah diadakan pemilihan Jawatankuasa PKMMNS yang baharu bagi sesi 2026/2027.

Pengerusi Tetap Mesyuarat Agung yang baru dilantik, Tn. Hj. Mohammad Mustaffa Bin Ghazali daripada KRT Taman Dato' Shahbandar telah dipertanggungjawabkan bagi mengendali sesi pemilihan kali ini.

Empat jawatan tertinggi PKMMNS merangkumi Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha dan Bendahari dipertandingkan manakala sembilan posisi Ahli Jawatankuasa dilantik mengikut cadangan dan sokongan yang diterima daripada ahli yang hadir.

Berikut adalah keputusan penuh pemilihan;

Presiden
Berman Bin Bermawi

Timbalan Presiden
Ridwan Bin Muslim

Setiausaha
Mohammad Ridwan Bin Erizal

Bendahari
Mohd Farhan Bin Mohd Ridwan

Ahli Jawatankuasa
1. Devi Elita Binti Yahya
2. Efri Yetti Binti Rajab
3. Asnimar Suryaningrat
4. Nelyati Binti Bustami
5. Thamrin Bin Said
6. Nofrizal Bin Rahman
7. Toufik Bin Amir
8. Mohd Helmi Bin Mohd Nor
9. Hersal Bin Said

Ketua Bundo Kanduang
Devi Elita Binti Yahya

Selamat bertugas kepada barisan kepimpinan baharu PKMMNS!

"Basamo mangkonyo elok, saiyo mangkonyo jadi"

Pada Isnin (19/1/2026) lepas, telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung Dwi Tahunan PKMMNS Kali Ke-17. Mesyuarat ...
24/01/2026

Pada Isnin (19/1/2026) lepas, telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Agung Dwi Tahunan PKMMNS Kali Ke-17.

Mesyuarat Agung kali ini telah dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim selaku Penaung PKMMNS.

YBhg. Tan Sri juga telah berkenan untuk merasmikan pelantikan perdana Ketua Bundo Kanduang PKMMNS, Bundo Devi Elita.

Dalam ucapan beliau, YBhg. Tan Sri menyingkap sejarah dan peranan signifikan Bundo Kanduang dalam masyarakat Minangkabau.

YBhg. Tan Sri juga mengharapkan agar NGO seperti PKMMNS memainkan peranan aktif dalam memartabatkan budaya tradisi yang semakin menghilang.

Untuk projek ini YBhg. Tan Sri telah menyumbangkan RM1,400 selain daripada wang yang terkumpul dikalangan ahli sebanyak RM660.

Sebelum bersurai, YBhg. Tan Sri sempat beramah mesra dan bergambar bersama ahli-ahli PKMMNS.

Setelah Penaung bersurai, maka bermulalah Mesyuarat Agung Dwi Tahunan PKMMNS Kali Ke-17 tahun 2026.

"Basamo mangkonyo elok, saiyo mangkonyo jadi"

20/01/2026

Basamo mangkonyo elok
Saiyo mangkonyo jadi

Address

Lot 37, Jalan Bahagia, Taman Dato' Shahbandar
Seremban
70400

Telephone

+60146826325

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERTUBUHAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MINANG NEGERI SEMBILAN-PKMMNS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PERTUBUHAN KEBAJIKAN MASYARAKAT MINANG NEGERI SEMBILAN-PKMMNS:

Share