Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan - PPINS

Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan -  PPINS PPINS telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) pada 19 Januari 2011 dengan nombor pendaftaran PPBM 7022/11

Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan (PPINS) merupakan pertubuhan belia yang berdaftar dibawah Pedaftar Pertubuhan Belia. PPINS juga adalah salah satu badan gabungan negeri kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Address

Seremban
70400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan - PPINS posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Pelajar Islam Negeri Sembilan - PPINS:

Share

SELAMAT DATANG KE PPINS

PPINS juga menjalinkan kerjasama dengan pelbagai badan seperti, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Majlis Belia Malaysia dan pimpinan pelajar di institusi pengajian tinggi bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan untuk membangun potensi diri dari sudut keilmuan dan kemahiran. Program-program yang pernah dianjurkan adalah seperti Kursus Motivasi/Kepimpinan Pelajar, Khemah Ibadah, Perkampungan Menara Gading (PMG), Kursus Asas Fasilitator, Tahsin Solat, Kembara Khalifah, Rehlah dan banyak lagi.

RASIONAL PENUBUHAN PPINS lahir dari kesedaran serta semangat untuk bersama-sama masyarakat dalam menerapkan nilai Islam sebagai satu konsep kehidupan yang syumul bagi mendepani keruntuhan akhlak yang kian menular di kalangan pelajar.

Gerakan yang bersifat kesukarelawan ini bukan sahaja membantu mengatasi krisis sosial tetapi juga menjadi wadah bagi pelajar di semua peringkat untuk turun ke lapangan masyarakat membantu, berkhidmat dan menjalin ukhuwwah di samping mendidik diri dengan sifat kesukarelawanan.

LAGU PPINS Berbakti pada masyarakat Kepada nusa dan bangsa Kita bersama setia Menuju matlamat yang satu