04/04/2026
03 Apr 26, Hari Jumaat, Kg. Olak Lempit, Banting, Selangor DE.
Brig. Jen Dato' Pahlawan Mohd. Tairobi bin Abd. Razak ( Bersara.) dalam kenangan.
Telah meninggalkan kita semua buat selama lamanya pada 03 Apr 26 jam 1740 pm di Hospital Banting, Selangor sbb Jangkitan Kuman ( Virus.) pada paru paru.
Meninggal dalam usia 79 tahun, meninggalkan seorang balu Datin Zainon bt. Dato' Nordin 76 tahun.
Arwah pergi dgn meninggalkan seribu kenangan manis kapada REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA dan juga kapada PERSATUAN VETERAN REJIMEN ASKAR JURUTERA DIRAJA ( PV RAJD ).
Beliau seorang yg tegas, berdisiplin yg tinggi semasa bertugas, berhati mulia dan amat bertanggung jawap kapada anggota bawahannya.
Selepas bersara bergiat cergas didalam persatuan Veteran RAJD. Dengan kehilangan nya amat memberikan kesan kapada PV RAJD , Beliau amat Mesra dgn semua ahli2 persatuan, bergaul rapat tanpa sempadan dan kedudukan. Seorang pemimipin yg bolih dicontohi olih semua peringkat. Beliau pernah berkata setelah bersara kita semua adalah sama tiada apa perbezaan kedudukan dan pangkat.
Dari Hospital Banting, Jenazahnya telah dibawa ke Masjid Nurul Huda, Kg. Olak Lempit utk dimandikan di kapan kan dan kamudian di Solatkan selepas solat Isya. Kamudian jenazah dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Olak Lempit, Jalan Gate utk disemadikan buat selama lama nya. Pengurusan Jenazah selesai lebih kurang jam 2215pm.
Bagi pengringi pemergiannya menemui Ilahi mari lah sama2 kita sedekahkan bacaan AL FATIHAH semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama sama gulungan orang2 yg beriman dan beramal Soleh.
Al - Fatihah.... dibaca.... Aamiin.