05/02/2026
ANUGERAH WANITA IKON MALAYSIA 2026/2027
Bukan semua wanita mengejar pengiktirafan. Namun ada wanita yang layak diiktiraf kerana sumbangan, kepimpinan dan impak yang ditinggalkan kepada masyarakat.
Anugerah Wanita Ikon Malaysia merupakan platform berprestij untuk mengenal pasti dan mengiktiraf wanita luar biasa yang menjadi contoh teladan, pemimpin komuniti serta agen perubahan kepada pemerkasaan wanita di Malaysia.
Anugerah ini bukan sekadar penghargaan, tetapi satu misi nasional untuk:
β¨ Membina keyakinan dan pengaruh wanita
β¨ Mengangkat kepimpinan wanita berimpak
β¨ Menginspirasikan generasi masa depan
Kini, kami menjemput ANDA untuk mencalonkan wanita yang anda rasakan layak menyandang gelaran Wanita Ikon Malaysia wanita yang bukan sahaja berjaya, tetapi turut menyumbang, membimbing dan memberi makna kepada orang lain.
π KATEGORI ANUGERAH
βͺοΈ Anugerah Wanita Ikon Negeri
βͺοΈ Anugerah Wanita Ikon Muda Negeri
βͺοΈ Anugerah Wanita Ikon Inspirasi Negeri (Kaum Cina)
βͺοΈ Anugerah Wanita Ikon Waja Negeri (Kaum India)
β¨ KEISTIMEWAAN PEMENANG
Pemenang di peringkat negeri dan Malaysia akan berpeluang untuk:
β’ Menjadi suara dan agen perubahan pemerkasaan wanita
β’ Mewakili platform kepimpinan wanita di peringkat nasional
β’ Menjalankan peranan sebagai Wanita Ikon selama 2 tahun
β’ Berjaringan bersama wanita-wanita hebat Malaysia
β’ Mengangkat jenama wanita Malaysia ke peringkat nasional & antarabangsa
π« Inilah masanya untuk mengangkat wanita yang memberi impak sebenar.
Jika anda mengenali wanita yang layak dijadikan inspirasi dan ikon calonkan mereka hari ini!
Google Form :
https://forms.gle/46q8Z44FLEEXXAdy6
π
Tarikh tutup pencalonan: 15 April 2026
β¨ Legasi Wanita, Aspirasi Negara β¨