IKRAM Negeri Sembilan

Call Directions Website Contact the organization

IKRAM Negeri Sembilan IKRAM NS (Negeri Sembilan) sebuah NGO Islam yang memfokuskan aktiviti kemasyarakatan, kebajikan, dakwah dan tarbiah.

Menyebarkan dakwah dan tarbiah menerusi aktiviti kemasyarakatan dan bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam dan NGO yang lain.

โœจ RECAP: KEMUDI SIRI 2 โ€“ BEYOND LOVE, BUILT TO LAST! โœจAlhamdulillah! Pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) yang lalu, telah berla...
20/10/2026

โœจ RECAP: KEMUDI SIRI 2 โ€“ BEYOND LOVE, BUILT TO LAST! โœจ

Alhamdulillah! Pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) yang lalu, telah berlangsung program Kemudi Siri 2 bertempat di Pejabat IKRAM Negeri Sembilan, Paroi. Program yang bertemakan "Beyond Love, Built to Last" ini membawakan mesej "Tiada lagi teka teki: Mari sehaluan membina legasi" khas buat pasangan dan keluarga muda.

Antara sorotan (highlights) menarik sepanjang program ini:
-Sesi Utama Bersama Pakar: Perkongsian ilmu rumahtangga dan komunikasi yang bermakna daripada Datuk Dr. Harlina Halizah binti Siraj (Ahli Panel Pakar Syariah PPS JAKIM).
-Penampilan Istimewa "Couple Talk": Perkongsian borak pasangan secara santai dan inspiratif bersama Kak Hairiah & Akhi Muhannad.
-Aktiviti Kanak-Kanak: Anak-anak turut bergembira dengan pelbagai aktiviti menarik seperti mewarna, memakai topeng haiwan, dan permainan interaktif.
-Suasana Mesra & Interaktif: Penglibatan peserta melalui sesi kuiz interaktif, perbincangan, makan bersama, serta penyampaian cenderahati.

Jazakumullahu khayran katsiira diucapkan kepada Pasukan Pelaksana dan semua pasangan serta keluarga yang hadir memeriahkan program ini. Semoga ilmu yang dikongsi menjadi panduan berguna dalam membina rumahtangga yang utuh.

Moga bertemu lagi di siri KEMUDI yang akan datang! ๐Ÿ˜Š

IKRAM Seremban | TADABBUR SURAH AT-TAHRIM SIRI 2] ๐Ÿ“–Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya program Tadabbur Sura...
18/10/2026

IKRAM Seremban | TADABBUR SURAH AT-TAHRIM SIRI 2] ๐Ÿ“–

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya program Tadabbur Surah At-Tahrim Siri 2 yang membawakan tema โ€œIbrah dari Kisah Rumah Tangga Nabi SAWโ€ pada 13 Oktober 2026 (Selasa), jam 10.15 pagi, bertempat di Surau An-Najah, Ampangan, Seremban.Tazkirah telah disampaikan oleh Ustazah Nur Najihah Abdul Muhaimin.

Sesi tadabbur ini mengajak para jemaah menyelami pengajaran dan hikmah daripada kisah rumah tangga Rasulullah SAW, khususnya dalam membina keluarga yang berlandaskan iman, ketaatan dan tanggungjawab terhadap Allah SWT.Antara pengisian utama yang diketengahkan ialah tanggungjawab memelihara diri dan keluarga sebagaimana firman Allah SWT dalam Surah At-Tahrim, ayat 6:
ูŠูŽุง ุฃูŽูŠูู‘ู‡ูŽุง ุงู„ูŽู‘ุฐููŠู†ูŽ ุขู…ูŽู†ููˆุง ู‚ููˆุง ุฃูŽู†ู’ููุณูŽูƒูู…ู’ ูˆูŽุฃูŽู‡ู’ู„ููŠูƒูู…ู’ ู†ูŽุงุฑู‹ุง
โ€œWahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka...โ€
Ayat ini mengingatkan kita bahawa tanggungjawab mendidik keluarga bermula dengan memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu. Ibu bapa, khususnya, perlu menjadi teladan yang baik (uswatun hasanah) melalui amalan soleh, akhlak mulia dan ketaatan kepada Allah SWT sebelum membimbing ahli keluarga ke arah kebaikan.

Mendidik keluarga bukan sekadar memenuhi keperluan fizikal dan material, tetapi turut merangkumi usaha membimbing mereka mengenal Allah, memahami ajaran Islam serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Tanggungjawab ini memerlukan kesabaran, kebijaksanaan dan komitmen yang berterusan.

Semoga penghayatan Surah At-Tahrim ini menjadi pemangkin kepada usaha kita membina keluarga Muslim yang teguh imannya, indah akhlaknya dan sentiasa berada dalam rahmat serta perlindungan Allah SWT. ๐Ÿคฒ๐Ÿป

Usai sesi ilmu, para hadirin turut menikmati jamuan potluck dalam suasana mesra dan penuh ukhuwah, sekali gus mengeratkan hubungan antara jemaah dan komuniti setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada IKRAM Seremban, JK Surau An-Najah, para penyumbang serta semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga setiap usaha dan sumbangan dikira sebagai amal soleh di sisi Allah SWT.Semoga kita terus istiqamah menuntut ilmu, mentadabbur al-Quran dan mengamalkan panduannya dalam kehidupan berkeluarga. Insya-Allah.

Bola masuk gol, satu gelanggang bersorak!Itulah antara momen yang menghidupkan gelanggang Ultimate Sporthaus, Nilai pada...
17/10/2026

Bola masuk gol, satu gelanggang bersorak!

Itulah antara momen yang menghidupkan gelanggang Ultimate Sporthaus, Nilai pada 14 Oktober lalu menerusi program JOM Shoot! anjuran IKRAM Muda Nilai bersama Harmoni Nilai.

Alhamdulillah, seronok tengok anak-anak muda turun ke gelanggang. Ada yang tunjuk skill, ada yang berhempas-pulas mengejar bola, dan ada yang mungkin lebih banyak gelak daripada menjaringkan gol.

Tapi itulah indahnya riadah bersama. Kita bukan sekadar nak keluarkan peluh dan jaga kecergasan. Kita nak bina persahabatan, belajar bekerjasama dan mengenali satu sama lain dengan lebih dekat.

Sebab ukhuwah tak terbina hanya melalui kata-kata. Ia tumbuh melalui masa yang kita luangkan, pengalaman yang kita kongsi dan kesediaan untuk saling menyokong.

Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan program ini. Semoga JOM SHOOT! menjadi titik mula kepada lebih banyak pertemuan dan persahabatan yang bermakna.

Kalau korang turun gelanggang, korang jenis yang kejar gol atau yang paling kuat bagi sokongan tepi gelanggang?

Jom hidupkan lagi aktiviti anak muda yang menyihatkan badan dan mendekatkan hati!

๐ŸŒŸ ANAK CEMERLANG BERMULA DARIPADA IBU BAPA YANG PEDULI! โค๏ธPernah tak kita tertanya-tanyaโ€ฆ๐Ÿค” Kenapa anak susah nak fokus b...
17/10/2026

๐ŸŒŸ ANAK CEMERLANG BERMULA DARIPADA IBU BAPA YANG PEDULI! โค๏ธ

Pernah tak kita tertanya-tanyaโ€ฆ

๐Ÿค” Kenapa anak susah nak fokus belajar?
๐Ÿค” Macam mana nak bantu anak lebih yakin dengan kebolehan diri?
๐Ÿค” Adakah cara kita mendidik selama ini benar-benar membantu anak mencapai potensi mereka?

Hakikatnya, kejayaan anak bukan hanya bermula di sekolah, tetapi juga dari rumah. ๐Ÿก

Anak-anak bukan sekadar perlukan ibu bapa yang menyuruh mereka belajar, tetapi ibu bapa yang memahami, membimbing dan menjadi pendorong kejayaan mereka.

๐Ÿ’ก Jom sertai IMPAK MODUL 1: SIKAP IBU BAPA!

Satu program interaktif yang membantu ibu bapa memahami peranan penting mereka sebagai pembimbing dan pemudah cara pembelajaran anak-anak.

๐ŸŽฏ APA YANG MENARIK?

๐Ÿ’ž Knowing You, Knowing Me
Kenali dan fahami anak dengan lebih mendalam.

๐Ÿ’Œ Surat Cinta untuk Anak
Luahkan kasih sayang dan harapan kepada anak melalui aktiviti yang menyentuh hati.

๐ŸŒŸ Saya Penyayang dan Berkebolehan
Membina keyakinan, sikap positif dan potensi diri.

๐ŸŽฌ Tayangan Video Menarik
Perkongsian inspirasi untuk ibu bapa dalam membentuk masa depan anak-anak.

๐Ÿ“… Ahad | 18 Oktober 2026
โฐ 9.00 pagi โ€“ 12.00 tengah hari
๐Ÿ“ Dewan JMB, Flat Taman Semarak 2, Nilai

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ SIAPA PATUT HADIR?

โœ… Ibu dan bapa
โœ… Penjaga atau waris
โœ… Sesiapa sahaja yang prihatin terhadap pendidikan dan masa depan anak-anak

โค๏ธ Ingatlahโ€ฆ

Anak-anak mungkin lupa apa yang kita belikan untuk mereka, tetapi mereka akan mengingati bagaimana kita menyayangi, memahami dan menyokong mereka.

Sekolah mendidik, rumah menguatkan. Kita bersama membina kejayaan!

๐Ÿšจ TEMPAT TERHAD! JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!

๐Ÿ“ฒ Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster.

๐ŸŒˆ Bersama Ibu Bapa, Membina Anak Cemerlang, Masa Depan Gemilang.

๐Ÿค Anjuran Bersama:
IKRAM Nilai | Semarak Resource Centre | JMBTS2

๐Ÿคฒ ๐’๐„๐ƒ๐„๐Š๐€๐‡ ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“ | ๐Œ๐„๐‘๐„๐Š๐€ ๐๐„๐‘๐‹๐”๐Š๐€๐ ๐Š๐ˆ๐“๐€Syahadah ialah permulaan, bukan pengakhiran sebuah perjalanan.Di sebalik insan ya...
16/10/2026

๐Ÿคฒ ๐’๐„๐ƒ๐„๐Š๐€๐‡ ๐‰๐”๐Œ๐€๐€๐“ | ๐Œ๐„๐‘๐„๐Š๐€ ๐๐„๐‘๐‹๐”๐Š๐€๐ ๐Š๐ˆ๐“๐€

Syahadah ialah permulaan, bukan pengakhiran sebuah perjalanan.

Di sebalik insan yang memeluk Islam, ada perjalanan baharu yang perlu ditempuhi. Belajar mengenal Islam, membina keyakinan dan menyesuaikan diri dengan kehidupan yang berubah.

๐‰๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐›๐ข๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐ฆ๐ž๐ซ๐ž๐ค๐š ๐ฆ๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ก ๐ฌ๐ž๐ง๐๐ข๐ซ๐ข๐š๐ง. ๐Ÿ’š

Sumbangan anda bersama Hidayah Centre Foundation (HCF) membantu menyediakan bimbingan dan sokongan agar mualaf terus teguh dalam perjalanan menuju reda Allah.
Jumaat ini, hulurkan sedekah. Bantu mereka terus melangkah.

๐Ÿ“Œ Sumbangan boleh disalurkan melalui
๐ŸŒ catalog.billplz.com/HCF/pf/sedekahhcfnegeri9
๐Ÿฆ Bank Islam: 1211 30 1077 4262
๐Ÿ“ฑ Qr pada poster

Semoga sedekah kita menjadi asbab kekuatan buat saudara baharu kita. ๐Ÿคฒ

๐‡๐ข๐๐š๐ฒ๐š๐ก ๐‚๐ž๐ง๐ญ๐ซ๐ž ๐…๐จ๐ฎ๐ง๐๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง
๐‘†๐‘Ž๐‘š๐‘๐‘Ž๐‘–๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐ผ๐‘ ๐‘™๐‘Ž๐‘š, ๐‘ƒ๐‘’๐‘Ÿ๐‘˜๐‘Ž๐‘ ๐‘Ž๐‘˜๐‘Ž๐‘› ๐‘€๐‘ข๐‘Ž๐‘™๐‘Ž๐‘“

Dakwah tak akan terhenti pada satu generasi. Ia perlu disambung oleh hati-hati yang sudi belajar, bergerak dan berkorban...
15/10/2026

Dakwah tak akan terhenti pada satu generasi. Ia perlu disambung oleh hati-hati yang sudi belajar, bergerak dan berkorban.

Alhamdulillah, pada 6 Oktober lalu, seramai 20 orang ikhwah daripada kalangan pelajar Tamhidi dan Degree Tahun 1 telah menyertai program Harmoni Circle.

Mungkin hari ini mereka masih dalam fasa belajar. Masih mencari rentak, membina kefahaman dan menguatkan diri sebagai mahasiswa.

Tapi siapa tahu, daripada pertemuan kecil inilah akan lahir penggerak-penggerak dakwah yang bakal membawa perubahan besar pada masa hadapan?

Sebab dakwah bukan sekadar tentang siapa yang memimpin hari ini, tetapi juga tentang siapa yang sedang kita persiapkan untuk menyambung perjuangan esok.

Semoga dakwah di IPT terus berkembang dan lahir generasi penggerak jemaah yang istiqamah. Ukhuwah terus mekar, kefahaman semakin kukuh serta semangat mereka terus menyala.

Pernah tak kita terfikir, mungkin orang yang kita bimbing hari ini ialah orang yang akan menyambung perjuangan kita suatu hari nanti?

Mudah-mudahan setiap usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi yang lebih baik.

Mencontohi Ummahatul MukmininSaidatina Khadijah RA merupakan suri teladan utama yang mencerminkan sifat unggul wanita da...
15/10/2026

Mencontohi Ummahatul Mukminin

Saidatina Khadijah RA merupakan suri teladan utama yang mencerminkan sifat unggul wanita dalam Islam melalui penjagaan kehormatan diri, kesetiaan kepada suami, dan pengorbanan harta demi agama. Peribadi mulia ini dibuktikan menerusi sokongan teguh beliau terhadap perjuangan Rasulullah SAW dan dakwah Islamiah.

Dalam acuan Islam, wanita diletakkan pada kedudukan yang sangat mulia. Sifat-sifat wanita solehah merangkumi aspek keteguhan iman, kesetiaan kepada suami, kesucian maruah, serta kesediaan berkorban demi menegakkan kebenaran. Dalam menelusuri ciri-ciri keperibadian ini, tiada tokoh yang lebih layak dijadikan sebagai uswatun hasanah melainkan Ummul Mukminin, Saidatina Khadijah binti Khuwailid RA. Beliau bukan sekadar isteri pertama Rasulullah SAW, malah merupakan benteng kekuatan terawal bagi dakwah Islamiah.

Sifat utama wanita dalam Islam yang terpancar pada peribadi Saidatina Khadijah ialah ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada suami. Apabila Rasulullah SAW menerima wahyu pertama di Gua Hira dalam keadaan gementar dan takut, Saidatina Khadijah menjadi penenang jiwa yang paling ampuh. Beliau menyelimutkan Baginda dan menuturkan kata-kata semangat yang membina keyakinan. Ciri isteri solehah yang membawa ketenangan ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rum, ayat 21:

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan..."

Selain itu, sifat pengorbanan yang tinggi demi agama dan keluarga juga merupakan identiti wanita Islam yang sejati. Saidatina Khadijah merupakan seorang tokoh perniagaan yang kaya-raya dan dihormati di kota Makkah. Namun, setelah memeluk Islam, beliau menyerahkan seluruh harta bendanya tanpa baki untuk membiayai gerak kerja dakwah Nabi SAW serta membantu umat Islam yang ditindas. Pengorbanan luar biasa ini diiktiraf sendiri oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di mana Baginda bersabda mengenainya:

"Dia beriman kepadaku ketika manusia mendustakanku, dia membenarkanku ketika manusia menolakku, dan dia membantuku dengan hartanya ketika manusia menahan harta mereka daripadaku..." (Hadis Riwayat Ahmad)

Sifat ketiga yang wajib ada pada wanita Islam ialah menjaga kesucian diri dan maruah (iffah). Sebelum Islam datang lagi, Saidatina Khadijah sudah terkenal dengan gelaran At-Thahirah yang bermaksud "Wanita yang Suci" kerana kepakarannya menjaga maruah diri daripada budaya jahiliah. Kepatuhan beliau dalam memelihara kehormatan diri ini melayakkan beliau menerima salam daripada Allah SWT dan malaikat Jibril AS, serta jaminan sebuah mahligai di syurga yang tenang dan sunyi daripada sebarang kesusahan.

Kesimpulannya, Saidatina Khadijah RA telah membuktikan bahawa wanita memainkan peranan yang sangat dinamik dalam institusi kekeluargaan dan pembangunan ummah. Sifat-sifat mulia seperti setia, penyayang, berani, dan berkorban demi kebenaran yang ditunjukkan oleh beliau seharusnya menjadi pakaian peribadi setiap wanita Muslim hari ini.

Dengan mencontohi Khadijah Al-Kubra, wanita bukan sahaja mampu membina syurga di dunia buat keluarganya, malah meraih syurga abadi di akhirat kelak.



SALAM MOHON ISI BORANGPAUTAN PENDAFTARAN DAN BAYARAN SEMINAR MENITI USIA EMAS 2026๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡https://app.mypersatuan.com/pg/sem...
08/10/2026

SALAM MOHON ISI BORANG
PAUTAN PENDAFTARAN DAN BAYARAN SEMINAR MENITI USIA EMAS 2026

๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
https://app.mypersatuan.com/pg/seminar-meniti-usia-emas-2026

Adakah anda atau ahli keluarga anda bersedia untuk menikmati fasa usia emas yang lebih sihat, aktif, dan bermakna?

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 21 Oktober 2026 (Rabu)
โฐ Masa: 8.00 Pagi โ€“ 4.00 Petang
๐Ÿ›๏ธ Tempat: Auditorium, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

๐Ÿ‘ฅ SIAPA PERLU HADIR?
Warga Emas, Bakal Pesara,
Penjaga Warga Emas &
Sesiapa sahaja yang prihatin tentang kesihatan!

๐Ÿ’ณ YURAN PENYERTAAN:
Ahli PAWE Nilai : RM 10.00
Peserta Luar : RM 25.00
โš ๏ธ TERHAD : 300 PESERTA SAHAJA!
๐Ÿ“… Tarikh Tutup Pendaftaran : 14 Oktober 2026 (Rabu)
๐Ÿ“ž HUBUNGI :
PM Muhammad Kamal Mohd Rathi : 60 12-291 7217โ€ฆ
En. Mohd Zainudin Mohd Esin : 60 13-354 4066
Puan Hafidzah Hasrain : 60 12-306 2414

Pautan Pendaftaran ada di atas๐Ÿ‘†๐Ÿป๐Ÿ‘†๐Ÿป๐Ÿ‘†๐Ÿป

TERIMA KASIH ATAS PENYERTAAN ANDA

Address

Lot 2-3, Jalan PPP1, Pusat Perdagangan Paroi, Off Jalan Jalan Kuala Pilah-Seremban
Seremban
70400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60103430534

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when IKRAM Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to IKRAM Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share