05/10/2026
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Keluarga N9W (Negeri Sembilan Wishers)
Setinggi-tinggi penghargaan dan Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada seluruh keluarga N9W yang telah hadir dan menjayakan event TWMU 3.0 di Kuantan, Pahang Sabtu Lepas..
Khusus buat Barisan AJK & Tenaga Penggerak N9W:
Ucapan terima kasih yang tak terhingga atas pengorbanan masa, tenaga, dan idea yang telah dicurahkan. Dari fasa perancangan, susunan laluan konvoi, urusan logistik, hinggalah ke penyelarasan keselamatan sepanjang program Tanpa dedikasi dan kerja keras korang, konvoi kita tidak akan berjalan selancar ini. ๐ซก
Khusus buat Para Peserta & Ahli Konvoi:
Terima kasih atas komitmen, disiplin tinggi, dan semangat kebersamaan sepanjang perjalanan jauh demi menaikkan nama N9W. Kehadiran korang memang menjadikan N9W lebih meriah!
Semoga ukhwah yang terjalin semakin kukuh dan dimurahkan rezeki untuk kita berkumpul lagi.
Tidak lupa juga kepada penganjur Toyota Wish Meet Up Vol.3 kerana berjaya merencanakan event TWMU3.0 dengan jayanya..Terbaikkkkkk๐๐๐๐
Dengan akhir kata...
Manis nya madu asalnya lebah,
Lebah menghisap manis debunga,
Kalau masih diizinkan Allah,
Next event kita akan berjumpa...
N9W Together we United! ๐ช๐
b/p: N9W
fans