Pengakap Negeri Sembilan Seremban Timur

Pengakap Negeri Sembilan Seremban Timur Facebook Rasmi (Official page)
Persekutuan Pengakap Malaysia
Negeri Sembilan
Seremban Timur

SELAMAT MENYAMBUT HARI PENGAKAP MALAYSIA KE-118.Hari ini, 1 September 2026 kita kembali memperingati satu tarikh yang am...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI PENGAKAP MALAYSIA KE-118.

Hari ini, 1 September 2026 kita kembali memperingati satu tarikh yang amat bermakna dalam perjalanan panjang kepengakapan tanah air iaitu Hari Pengakap Malaysia Ke-118.

118 tahun bukan sekadar angka. Ia adalah sejarah, perjuangan, khidmat dan warisan yang telah diwariskan daripada satu generasi kepada satu generasi.

Gerakan Pengakap mula bertapak di Tanah Melayu pada tahun 1908 di Pulau Pinang sebelum berkembang ke seluruh Tanah Melayu dan kemudiannya menjadi sebahagian daripada gerakan Pengakap di Malaysia.

Perjalanan tersebut akhirnya membawa Pengakap tanah air ke persada dunia apabila pada 1 September 1957 Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu diterima sebagai ahli penuh Pertubuhan Pergerakan Pengakap Dunia (WOSM). Hari ini setelah 118 tahun kita bukan sekadar mengenang sejarah. Kita memikul amanah untuk meneruskan legasi yang telah dibina oleh generasi terdahulu.

Kepada seluruh warga PPM Daerah Seremban Timur, khususnya para Penolong Pesuruhjaya, Pemimpin, Penolong Pemimpin, Pengakap Kelana, Pengakap Remaja, Pengakap Muda, Pengakap Kanak-kanak serta seluruh keluarga Pengakap, pakailah uniform dengan bangga dan hayatilah nilai yang terkandung di sebalik uniform itu.

Peganglah Persetiaan Pengakap. Amalkan Undang-undang Pengakap. Hidupkan semangat khidmat. Tunjukkan teladan dan sentiasalah bersedia.

Kerana Pengakap bukan sekadar uniform.
Pengakap bukan sekadar aktiviti.
Pengakap bukan sekadar perkhemahan.
Pengakap adalah pembentukan insan.
Pengakap adalah pembinaan karakter.
Pengakap adalah latihan kepimpinan.
Pengakap adalah sekolah kehidupan.
Pengakap adalah khidmat kepada masyarakat dan negara.

Kita mahu melahirkan Pengakap yang:

⁰ Bukan sahaja pandai berkawad tetapi mampu memimpin.
⁰ Bukan sekadar tahu mendirikan khemah tetapi tahu mendirikan masa depan.
⁰ Bukan sekadar bersedia menghadapi cabaran di dalam hutan tetapi bersedia menghadapi cabaran kehidupan.
⁰ Bukan sekadar melaungkan “Be Prepared”, tetapi benar-benar menghayati dan mengamalkan semangat “SELALU BERSEDIA” dalam setiap keadaan.

Kepada generasi muda Pengakap, masa depan pergerakan ini berada di tangan kalian. Teruskan melangkah. Teruskan belajar. Teruskan berkhidmat. Teruskan memimpin. Jadilah Pengakap yang berilmu, berintegriti, berdisiplin, berani, berketerampilan dan berbakti.

Marilah kita bersama-sama menjadikan PPM Daerah Seremban Timur sebuah pergerakan yang bukan sahaja aktif, tetapi berimpak; bukan sahaja besar bilangannya, tetapi tinggi kualitinya; bukan sahaja gah pada nama, tetapi kukuh pada nilai dan perjuangannya.

Kita hormati sejarah. Kita hargai warisan. Kita perkasa masa kini. Kita bina masa depan. Kerana 118 tahun Pengakap Malaysia bukan sekadar untuk dikenang tetapi untuk diteruskan.

SELAMAT MENYAMBUT HARI PENGAKAP MALAYSIA KE-118!

Sekali Berpengakap, Selamanya Berpengakap.

Ikhlas daripada:

Pesuruhjaya Daerah
Majlis Pesuruhjaya Pengakap
PPM Daerah Seremban Timur
1 September 2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾MERDEKA!Hari ini kita mengibarkan Jalur Gemilang.Hari ini kita melaungkan M...
30/08/2026

🇲🇾 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 🇲🇾

MERDEKA!

Hari ini kita mengibarkan Jalur Gemilang.
Hari ini kita melaungkan Merdeka!
Hari ini kita mengenang perjuangan mereka yang terdahulu yang telah membebaskan tanah air daripada belenggu penjajahan.

Namun setelah 69 tahun merdeka kita wajar bertanya kepada diri sendiri:

Benarkah kita sudah benar-benar merdeka?

Kerana merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajah.

Merdeka ialah apabila akal kita bebas berfikir, hati kita bebas memilih, lidah kita bebas berkata benar dan jiwa kita bebas daripada ketakutan. Merdeka bukan bermaksud kita bebas melakukan apa sahaja. Tetapi merdeka bermaksud kita mampu menggunakan kebebasan dengan ilmu, akal, tanggungjawab dan keberanian.

Tiada ertinya kita melaungkan Merdeka setiap tahun jika dalam kehidupan seharian kita masih takut untuk bersuara. Tiada ertinya kita bangga dengan kebebasan negara jika rakyat masih takut mempertahankan kebenaran.

Tiada ertinya kita bercakap tentang keadilan jika keadilan hanya dirasakan apabila ia memihak kepada kita. Tiada ertinya kita mengangkat slogan kesejahteraan jika masih ada suara yang dipinggirkan, hak yang dipersoalkan dan nasib rakyat yang tidak didengar.

Dan tiada ertinya kita menyalahkan penjajahan masa lalu jika kita sendiri membiarkan pemikiran, maruah dan masa depan kita dijajah oleh kepentingan, ketakutan, kebencian dan perpecahan.

Kemerdekaan bukan hadiah untuk dibanggakan. Kemerdekaan adalah amanah untuk dipertahankan. Jangan hanya merdeka pada bendera yang berkibar.

Biarlah merdeka itu hidup dalam pemikiran.
Merdeka itu hidup dalam keberanian.
Merdeka itu hidup dalam tindakan.
Merdeka itu hidup dalam jiwa dan sanubari setiap rakyat Malaysia.

Kerana sebuah negara tidak akan benar-benar merdeka hanya kerana penjajah telah pergi.

Sebuah bangsa benar-benar merdeka apabila rakyatnya berani berfikir, berani berkata benar, berani mempertahankan keadilan dan berani menentukan masa depannya sendiri.

Maka pada Hari Kebangsaan ini, jangan sekadar bertanya:

“Sudah berapa lama kita merdeka?”

Tetapi tanyalah:

“Sejauh mana kita benar-benar menghayati kemerdekaan?”

Kerana akhirnya, kemerdekaan sesebuah negara akan sentiasa mencerminkan kemerdekaan jiwa bangsanya.

🇲🇾 MERDEKA!
🇲🇾 MERDEKA!
🇲🇾 MERDEKA!

Selamat Hari Kebangsaan ke-69.
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.

Ikhlas daripada,

Pesuruhjaya Daerah
Majlis Pesuruhjaya Daerah
PPM Daerah Seremban Timur
31 Ogos 2026

Salam Maulidur Rasul,Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana denga...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul,

Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya kita dapat bersama-sama memperingati Maulidur Rasul SAW, hari yang penuh bermakna bagi seluruh umat Islam.

Sempena memperingati kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW, marilah kita bersama-sama menyemarakkan rasa cinta dan kasih kepada Baginda dengan memperbanyakkan selawat, menghayati sirah perjuangan Baginda serta mencontohi akhlak mulia yang telah Baginda tunjukkan.

Sebagai warga Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur marilah kita menjadikan nilai-nilai yang diajarkan oleh Rasulullah SAW seperti amanah, disiplin, kasih sayang, persaudaraan, hormat-menghormati dan keprihatinan terhadap sesama insan sebagai pedoman dalam kehidupan dan dalam setiap aktiviti kepengakapan yang kita laksanakan.

Semoga semangat Maulidur Rasul ini terus menyuburkan ukhuwah dalam kalangan warga Pengakap di samping membentuk generasi Pengakap yang bukan sahaja cekap dan berdisiplin tetapi juga mempunyai akhlak yang terpuji serta sentiasa bersedia berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

“Rasulullah SAW sebagai qudwah, akhlak mulia sebagai pedoman, khidmat bakti sebagai amalan.”

Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus mekar dalam hati, kehidupan kita dipenuhi keberkatan dan seluruh warga Pengakap PPM Daerah Seremban Timur sentiasa berada dalam rahmat serta lindungan Allah SWT.

Salam Maulidur Rasul Daripada:

Pesuruhjaya Daerah
Majlis Pesuruhjaya Pengakap
PPM Daerah Seremban Timur
12 Rabiulawal 1448H / 25 Ogos 2026

Yip pi ya ya … Yip pi yip pi ya ya ya ... Kami pilih Pengakap sahaja ... Siang jadi kenangan … Malam jadi impian … Cinta...
08/08/2026

Yip pi ya ya … Yip pi yip pi ya ya ya ... Kami pilih Pengakap sahaja ... Siang jadi kenangan … Malam jadi impian … Cintaku semakin mendalam ..

Antara suasana pagi ini di mana para ADC PPM Daerah Seremban Timur sedang bertungkus-lumus menyiapkan persiapan akhir di tapak Galeri DiRaja Tuanku Ja’afar sebelum bermulanya acara yang penuh bermakna ini.

Dalam masa yang sama, semakin ramai peserta mula tiba dengan penuh semangat dan keceriaan. Ada yang dihantar oleh ibu bapa dan tidak kurang juga yang hadir bersama rakan-rakan dengan menaiki bas sekolah.

Ayuh warga Pengakap PPM Daerah Seremban Timur yang telah mendaftar!. Jom bersama-sama kita meriahkan Sambutan Hari Skaf Pengakap Sedunia PPM Daerah Seremban Timur 2026 yang akan berlangsung di Taman Tasik Seremban, Seremban, Negeri Sembilan.

Bersama kita cipta kenangan, eratkan persaudaraan dan semarakkan semangat kepengakapan!

Jumpa anda di sana!


HARI YANG DINANTI-NANTI TELAH TIBA!SAMBUTAN HARI SKAF PENGAKAP SEDUNIA 2026Setelah sekian lama menanti, hari yang dinant...
08/08/2026

HARI YANG DINANTI-NANTI TELAH TIBA!

SAMBUTAN HARI SKAF PENGAKAP SEDUNIA 2026

Setelah sekian lama menanti, hari yang dinanti-nanti telah tiba!. Ayuh kita bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Skaf Pengakap Sedunia anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Seremban Timur dengan penuh semangat, keceriaan dan ukhwah persaudaraan Pengakap!

9 Ogos 2026 (Ahad)
8.00 pagi – 2.00 petang
Taman Tasik Seremban, Negeri Sembilan

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!
- Senamrobik
- Fun Walk & Eat
- Menyambung Skaf Pengakap
- Mewarna
- Anyaman Kelerai
- Nyanyian Lagu-lagu Pengakap.. Dan banyak lagi!

Jom hadir beramai-ramai!. Raikan semangat kepengakapan, eratkan persahabatan dan cipta kenangan indah bersama keluarga besar Pengakap Malaysia.

Jumpa anda di Taman Tasik Seremban!


1 HARI LAGI!Tinggal 1 hari sahaja lagi!Jom bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Skaf Pengakap Sedunia anjuran PPM Daer...
08/08/2026

1 HARI LAGI!

Tinggal 1 hari sahaja lagi!

Jom bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Skaf Pengakap Sedunia anjuran PPM Daerah Seremban Timur!

Tarikh: 9 Ogos 2026 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: Taman Tasik Seremban, Seremban, Negeri Sembilan

Lokasi Berkumpul: Galeri DiRaja Tuanku Ja'afar
Pendaftaran: 8.00 pagi

Mari kita semarakkan semangat kepengakapan, eratkan ukhuwah serta bersama-sama meraikan Hari Skaf Pengakap Sedunia dalam suasana yang ceria, meriah dan penuh semangat!

Jumpa anda esok di Taman Tasik Seremban!

P/S: Penyertaan telah ditutup. Terima kasih atas sambutan yang amat menggalakkan!


2 HARI LAGI!Ayuh bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Skaf Pengakap Sedunia anjuran PPM Daerah Seremban Timur!Tarikh: ...
06/08/2026

2 HARI LAGI!

Ayuh bersama-sama memeriahkan Sambutan Hari Skaf Pengakap Sedunia anjuran PPM Daerah Seremban Timur!

Tarikh: 9 Ogos 2026 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: Taman Tasik Seremban, Seremban, Negeri Sembilan
Lokasi Berkumpul: Galeri DiRaja Tuanku Ja'afar (8.00 pagi)

Mari kita bersama-sama menyemarakkan semangat kepengakapan, mengeratkan ukhuwah dan meraikan Hari Skaf Pengakap Sedunia dalam suasana yang penuh ceria.

Jumpa anda di sana!

P/S: Penyertaan telah ditutup. Terima kasih atas sambutan yang amat menggalakkan!


06/08/2026

3 HARI LAGI!

Sambutan Hari Skaf Pengakap Sedunia anjuran PPM Daerah Seremban Timur adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 9 Ogos 2026 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat: Taman Tasik Seremban, Seremban Negeri Sembilan

Jumpa anda di sana ya!

p/s: Penyertaan sudah ditutup!


SELAMAT HARI SKAF PENGAKAP SEDUNIAHari Skaf Pengakap Sedunia disambut setiap 1 Ogos oleh ahli Pengakap aktif dan bekas a...
01/08/2026

SELAMAT HARI SKAF PENGAKAP SEDUNIA

Hari Skaf Pengakap Sedunia disambut setiap 1 Ogos oleh ahli Pengakap aktif dan bekas ahli Pengakap di seluruh dunia. Pada hari ini, mereka digalakkan memakai skaf di tempat kerja, sekolah atau di mana-mana sahaja sebagai tanda kebanggaan terhadap persaudaraan Pengakap sejagat.

MENGAPA 1 OGOS?

Tarikh ini memperingati perkhemahan Pengakap pertama di Pulau Brownsea, England yang bermula pada 1 Ogos 1907. Perkhemahan tersebut dikendalikan oleh BP sendiri dan dianggap sebagai titik permulaan rasmi Pergerakan Pengakap Sedunia.

ASAL-USUL HARI SKAF PENGAKAP SEDUNIA

Sambutan ini mula dipopularkan sekitar tahun 2007 bersempena ulang tahun ke-100 Perkhemahan di Pulau Brownsea. Sejak itu tradisi memakai skaf pada 1 Ogos diamalkan di banyak negara sebagai simbol bahawa "Once a Scout, Always a Scout" (Sekali Pengakap, Selamanya Pengakap).

Makna skaf Pengakap Skaf bukan sekadar sebahagian daripada pakaian seragam. Ia melambangkan:

- Persaudaraan Pengakap sedunia.
- Persetiaan dan Undang-undang Pengakap.
- Khidmat kepada masyarakat.
- Semangat kepimpinan, disiplin dan pengembaraan.

CARA MENYAMBUT HARI SKAF PENGAKAP SEDUNIA

- Memakai skaf Pengakap sepanjang hari.
- Berkongsi gambar dengan tanda pagar atau
- Mengadakan aktiviti khidmat masyarakat, perkhemahan atau perjumpaan Pengakap.
- Mengingat kembali sejarah dan nilai-nilai Pengakap.

Hari Skaf Pengakap Sedunia menjadi simbol bahawa walau di mana pun seseorang berada atau sudah tidak aktif dalam pergerakan, semangat Pengakap sentiasa kekal hidup.

Pada tahun ini PPM Daerah Seremban Timur akan mengadakan Sambutan Hari Skaf Sedunia mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 9 Ogos 2026 (Ahad)
Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat: Taman Tasik Seremban, Seremban Negeri Sembilan

Jumpa anda di sana ya!

Akhir kata .. Selamat Hari Skaf Pengakap Sedunia!

Ikhlas dari:

Pesuruhjaya Daerah
Majlis Pesuruhjaya Pengakap
PPM Daerah Seremban Timur
1 Ogos 2026


Address

DC Seremban Timur
Seremban

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pengakap Negeri Sembilan Seremban Timur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share