16/10/2026
HALA TUJU MAHAAD TAHFIZ DAN TURATH AR-RASYAD AS-SOFA
Antara kebimbangan utama ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz adalah mengenai hala tuju masa depan mereka selepas menamatkan pengajian. Ada yang bimbang anak-anak mungkin tidak mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran atau membina kerjaya selepas keluar dari maahad.
Namun, di Mahaad Tahfiz dan Turath Ar-Rasyad As-Sofa, kami bukan sekadar mendidik pelajar untuk menghafaz al-Quran dan mendalami ilmu agama, malah turut menyediakan laluan pendidikan yang terancang demi masa depan mereka.
Pelajar berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat kolej, diploma dan ijazah, malah berpeluang melanjutkan pengajian ke luar negara. Selain itu, kelayakan dan sijil yang ditawarkan turut menjadi sebahagian daripada usaha kami untuk membuka lebih banyak peluang pendidikan serta masa depan yang lebih cerah kepada para pelajar.
Kami percaya bahawa pendidikan tahfiz bukanlah pengakhiran kepada perjalanan akademik seseorang, sebaliknya menjadi asas kukuh untuk melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak mulia dan mampu melangkah jauh dalam pelbagai bidang kehidupan.
Mahaad Tahfiz dan Turath Ar-Rasyad As-Sofa — Membina generasi al-Quran, membimbing perjalanan ilmu dan menyediakan hala tuju masa depan.