Komuniti Taman Ampangan

Komuniti Taman Ampangan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Komuniti Taman Ampangan, Community Center, no. 6 Kedai Mbs , Jalan masria , rumah rakyat panchur, Seremban.

Komuniti MADANI merupakan badan sukarela pelbagai kaum yang ditadbir urus oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) bertujuan memupuk nilai-nilai murni dan kenegaraan dalam kalangan rakyat.

HEBAHAN: INISIATIF KERAJAAN NEGERI SEMBILAN 2026 – BANTUAN DIALISIS (PEMBEDAHAN TAPAK FISTULA)Kerajaan Negeri Sembilan s...
23/04/2026

HEBAHAN: INISIATIF KERAJAAN NEGERI SEMBILAN 2026 – BANTUAN DIALISIS (PEMBEDAHAN TAPAK FISTULA)

Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa prihatin dengan kebajikan rakyat dan meneruskan Bantuan Dialisis (Pembedahan Tapak Fistula) bagi tahun 2026.

Menerusi inisiatif ini, bantuan kos pembedahan sebanyak RM2,800 disediakan bagi meringankan beban kewangan pesakit yang memerlukan rawatan.

πŸ“Œ SYARAT-SYARAT KELAYAKAN:
β€’ Pemohon wajib menetap di Negeri Sembilan.
β€’ Pendapatan isi rumah adalah di bawah RM4,000.
β€’ Sedang menerima rawatan di Unit Nefrologi di hospital kerajaan.

πŸ₯ CARA MEMOHON:
Permohonan telah pun dibuka! Anda boleh mengemukakan permohonan terus menerusi Unit Nefrologi, Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Seremban. Urusan penilaian dan kelulusan akan dipanjangkan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNS).

Mohon kongsikan hantaran ini kepada ahli keluarga, rakan-rakan, atau komuniti setempat yang mungkin memerlukan bantuan ini. Sama-sama kita sebarkan info yang bermanfaat!





Berita baik untuk warga emas di Negeri Sembilan! πŸ“’πŸ‘΄πŸ‘΅Kerajaan Negeri Sembilan kini membuka Permohonan Bantuan Keceriaan W...
20/04/2026

Berita baik untuk warga emas di Negeri Sembilan! πŸ“’πŸ‘΄πŸ‘΅

Kerajaan Negeri Sembilan kini membuka Permohonan Bantuan Keceriaan Warga Emas 2026.

Melalui inisiatif ini, warga emas yang layak akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM200 seorang! πŸ’΅βœ¨

Pastikan anda atau ahli keluarga memenuhi syarat-syarat ini:
βœ… Permohonan telah dibuka bermula 1 Januari 2026.
βœ… Pemohon bermastautin di Negeri Sembilan.
βœ… Berumur 70 tahun dan ke atas.

⚠️ NOTA PENTING: Bagi warga emas yang pernah menerima bantuan ini sebelum tahun 2026, anda TIDAK PERLU membuat permohonan semula. Bantuan akan diagihkan secara berkala mengikut musim perayaan kaum. πŸŽ‰

Memohon sekarang melalui pautan di bawah:
πŸ‘‰ https://www.n9.digital/





Alhamdulillah... Tahniah Datuk YB Asna ADUN Lenggeng kerana telah menunaikan zakat harta dan zakat fitrah di Pejabat MAI...
06/03/2026

Alhamdulillah... Tahniah Datuk YB Asna ADUN Lenggeng kerana telah menunaikan zakat harta dan zakat fitrah di Pejabat MAINS cawangan Nilai.


PELAWAAN PERMOHONAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) TAHUN 2026.πŸ“Œ JPA dengan sukacitanya mempelawa warganegara Mal...
24/02/2026

PELAWAAN PERMOHONAN BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG (BYDPA) TAHUN 2026.

πŸ“Œ JPA dengan sukacitanya mempelawa warganegara Malaysia yang cemerlang dalam bidang akademik dan bukan akademik untuk memohon Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) bagi tahun 2026.

πŸ“Œ BYDPA, yang turut dikenali sebagai King's Scholarship, merupakan biasiswa paling berprestij di bawah JPA dan antara penajaan tertinggi Kerajaan bagi melahirkan pemimpin akademik dan profesional bertaraf dunia.

πŸ“Œ Biasiswa ini menyasarkan individu berpotensi tinggi yang menunjukkan kecemerlangan secara holistik merangkumi pencapaian akademik, penglibatan bukan akademik, kepimpinan yang unggul serta komitmen terhadap pembangunan negara.

πŸ“Œ Biasiswa ini ditawarkan kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana (Penyelidikan) dan Doktor Falsafah (Ph.D) secara sepenuh masa di institusi pengajian tinggi tempatan atau universiti terkemuka dunia dalam bidang-bidang yang memberi impak besar kepada negara, seperti berikut:

- Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)

- Ekonomi

- Undang-Undang

- Kewangan Islam

- Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence)

πŸ“Œ Calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui portal rasmi JPA di https://penajaan.jpa.gov.my bermula hari ini hingga 6 Mac 2026.

πŸ“Œ Permohonan ini juga dibuka kepada pegawai awam, tertakluk kepada syarat-syarat umum permohonan kemudahan Cuti Belajar yang berkuat kuasa.

πŸ“Œ Panduan lengkap permohonan beserta syarat-syarat permohonan adalah seperti di Lampiran A. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 03 - 8885 3569/3438/3879/3571 atau e-mel kepada [email protected].



10/12/2025
09/12/2025
Projek Mesra Rakyat Parlimen Seremban.Melalui Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Seremban, sebanyak RM517,780 telah diag...
31/10/2025

Projek Mesra Rakyat Parlimen Seremban.

Melalui Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Seremban, sebanyak RM517,780 telah diagihkan kepada sekolah, masjid dan surau di kawasan Seremban.

- YB Anthony Loke Siew F**k


Address

No. 6 Kedai Mbs , Jalan Masria , Rumah Rakyat Panchur
Seremban
70400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Taman Ampangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share