Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia Cawangan Negeri Sembilan

Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia Cawangan Negeri Sembilan Page Rasmi Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia Cawangan Negeri Sembilan

Support.....Join melalui alam maya sahaja....Tanda sokong untuk kemajuan  PSSGMM. Mesyuarat MACAT  2025
25/05/2025

Support.....

Join melalui alam maya sahaja....
Tanda sokong untuk kemajuan PSSGMM.

Mesyuarat MACAT 2025

24/05/2025
16/05/2025

SELAMAT HARI GURU

لَوْ لا المُرَبِّي مَا عَرَفْتُ رَبِّي

"Jika bukan kerana guruku, mana mungkin aku dapat mengenal akan Tuhanku."

Terima kasih buat semua guru yang pernah mendidik diri yang hina ini. Semoga syurga buat semua guru. Aamiin.

YA ALLAH...

Jadikanlah akhlak kami seperti Baginda RASULALLAH...

Jadikanlah hati kami bersih seperti hatinya RASULALLAH...

Yang tidak membenci walau di benci
Yang tidak mendengki walau di dengki

Muliakanlah kami dengan mendapat kencintaan guru² kami.

Jadikanlah kami murid yang bersama² GURU² yang HAQ,ilmu yang HAQ,kitab² yang HAQ,sahabat² yang HAQ serta jalan ASWJ.

Jadikanlah kami murid² yang selalu mencontohi segala kebaikan guru² kami.

Jadikanlah kami selalu mendoakan kebahagiaan dunia akhirat guru² kami.

Allahumaa aamiin...

Terima kasih atas ilmu² yang di curahkan❤️

Halal Kan Dunya & akhirah 🙏

1 SYAHADAH 1 GERAK 1 HATI."

YANG MENJALANKAN TUGAS,
ZHARFAN ZALANI
SETIAUSAHA PSSGMM CAW. NEGERI PERAK

19/12/2024

ASSALAMUALAIKUM SALAM SYAHADAH

JEMPUTAN SEMPENA MERAIKAN MAJLIS ISTIADAT ULANGTAHUN PERTABALAN YTM YANG DIPERTUAN BESAR PANJI ALAM II YANG KE-6, TUANKU DATUK PADUKA WAN MUHAMMAD FIKRI AL-QADIRI Tuanku Panji Alam II

SUKACITA DIMAKLUMKAN BAHAWA MAJLIS ULANGTAHUN PERTABALAN YTM YANG DIPERTUAN BESAR PANJI ALAM II AKAN DILANGSUNGKAN PADA HARI SEPERTI BERIKUT :

TARIKH : 21HB DISEMBER 2022 (SABTU)
MASA : 9.00 PAGI - 5.00 PETANG
TEMPAT : TANAH ADAT PSSGMM,BUKIT TINGGI, BENTONG, PAHANG

SEHUBUNGAN DENGAN ITU, PIHAK URUSETIA DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT SEMUA AHLI PSSGMM DARI SELURUH MALAYSIA UNTUK SAMA-SAMA MERAIKAN DAN MEMERIAHKAN LAGI HARI YANG BERKERAMAT DAN PENUH ISTIADAT KERABAT BERGELAR & WARIS BERADAT KESULTANAN MELAYU PANJI ALAM NUSANTARA MELAYU [SUMATERA BARAT].

UNTUK KETERANGAN LANJUT BOLEH BERHUBUNG TERUS DENGAN PIHAK URUSETIA.
SEKIAN, HARAP MAKLUM.

YANG MENJALANKAN TUGAS,
BONDA PADUKA GEMALA SARI,
SETIAUSAHA AGUNG PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA'ARIFAT MALAYSIA.

31/08/2024

Alkisah Nasab Pewaris Panji Alam

Memandangkan Guru Utama PSSGMM adalah bernasab Kerabat DiRaja Pagaruyung, Sumatera Barat yakni selaku Pewaris dari keturunan Raja Adat, dari Raja Dua Selo Alam Minangkabau. Justeru, beliau mengangkat kembali Daulat Suku Adatnya dengan memakai gelaran YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam, Waris Beradat & Kerabat Bergelar Kesultanan Melayu Panji Alam Nusantara Melayu, serta segala Adat Istiadat DiRaja digunapakai dalam Pentadbiran dalaman Dewan Perguruan & Adat Istiadat PERSATUAN SENI SILAT GAYONG MA'ARIFAT MALAYSIA (KEBANGSAAN & ANTARABANGSA)

YTM Yang DiPertuan Besar Panji Alam @ Tuanku Panji Alam II (Guru Utama/Presiden PSSGMM)
selaku Ketua Istiadat DEWAN PERGURUAN DAN ADAT ISTIADAT PSSGMM

Orang Besar Bergelar Beradat Berempat DEWAN yg memakai gelaran Datuk Bendahara, Datuk Temenggung, Datuk Laksamana dan Datuk Syahbandar.

Orang Besar Beradat Berlapan, Orang Besar Beradat Enam Belas, Penggawa serta Ahli Kehormat dan Ahli Kerabat Panji Alam

Layaknya Guru kami memakai gelarannya Yang DiPertuan memandangkan beliau dari Kerabat Dan Pewaris DiRaja jua. Dan Gelaran itu digunapakai dalam Istiadat Dalaman Organisasi Kami dan beliau boleh dikatakan sebagai "Raja" dalam persatuan dan semua Murid/Ahli lebih 30ribu org semenjak 90an dari seluruh Malaysia dan luar negara sebagai "rakyatnya"..

Fahami istilah makna RAJA yakni Penghulu atau Ketua Suku Adat dalam Suku/Kaum tertentu... Harap maklum atas pencerahan ini bagi orang luar yg prihatin ingin mengetahuinya Dan tidak dipaksa untuk menerimanya sebagaimana kami menerima dalam urusan Istiadat Dalaman "KERAJAAN" kami, yakni Daulah Kesultanan Melayu Panji Alam Nusantara Melayu..

Disclaimer: Segala Adat Istiadat ini bukanlah ingin menuntut atau merampas Kerajaan/Kesultanan sedia ada yg diiktiraf oleh mana² pihak atau dlm Negara sendiri, ia sekadar mengangkat kembali Daulah Suku Adat yg telah lama ditutup dibawa lari oleh Pewarisnya ke Pahang dek kesan Perang Paderi di Alam Minangkabau yg ingin menghapuskan Institusi Raja-Raja Suku Adat di sana.

Hanya Jauhari Mengenal Manikam
Tuanku Panji Alam II

Mari sama-sama hadir memeriahkan suasana
14/08/2024

Mari sama-sama hadir memeriahkan suasana

Jemput hadir semua jemaah dan yang berminat dengan seni Silat…

Address

Rasah
Seremban
70300

Telephone

+60136339649

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia Cawangan Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Persatuan Seni Silat Gayong Ma'arifat Malaysia Cawangan Negeri Sembilan:

Share