09/10/2026
๐ข LIVE KHUTBAH JUMAAT DARI MASJID QARYAH PAROI JAYA
๐ธ 9 OKTOBER 2026 / 27 RABIUL AKHIR 1448H
๐ธ Tajuk Khutbah :
SIHAT UNTUK TAAT
Tubuh badan merupakan amanah dan nikmat daripada Allah SWT yang wajib dipelihara. Seorang Muslim yang sihat lebih berupaya menunaikan ibadah, bekerja mencari rezeki yang halal, menjaga keluarga serta memberikan khidmat kepada masyarakat. Justeru, menjaga kesihatan bukanlah perkara sampingan, bahkan sebahagian daripada tanggungjawab seorang hamba dalam mensyukuri nikmat Allah SWT. Islam memberikan ruang yang baik kepada aktiviti sukan dan riadah sebagai salah satu usaha memelihara kekuatan serta kecergasan diri. Sukan bukan sekadar aktiviti untuk mengisi masa lapang atau mencari hiburan, bahkan boleh menjadi sarana membentuk disiplin, ketahanan mental, keberanian, kesabaran dan semangat kerjasama. Namun begitu, aktiviti sukan hendaklah dilakukan dengan niat yang baik, adab yang terpelihara dan tidak melanggar batas-batas syariat. Kesihatan jangan ditunggu hilang baru mahu dijaga. Penyakit itu ibarat datang tidak dijemput, dihalau p**a dia berpaut; salah hemat kita diangkut. Oleh itu, penjagaan kesihatan perlu dimulakan dengan langkah yang positif. Manfaatnya dapat dilihat sekurang-kurangnya pada empat sudut yang utama: Fizikal, Minda, Emosi & Kerohanian
Banyakkan munajat kepada Allah Azzawajalla dan bertaubat. Kembalilah ke landasan agama supaya setiap ujian dapat diharungi dengan cekal dan tabah
๐ฅ Live di Youtube Masjid Qaryah Paroi Jaya
๐ด๐๐ธ๐๐๐ถ ๐บ๐ฒ๐ฑ๐ถ๐ฎ ๐๐ผ๐๐ถ๐ฎ๐น ๐ ๐ฎ๐๐ท๐ถ๐ฑ ๐ค๐ฎ๐ฟ๐๐ฎ๐ต ๐ฃ๐ฎ๐ฟ๐ผ๐ถ ๐๐ฎ๐๐ฎ :
๐
๐๐๐๐๐จ๐จ๐ค : https://www.facebook.com/MasjidQaryahParoiJaya
๐๐ข๐ค๐ญ๐จ๐ค : https://www.tiktok.com/
๐๐จ๐ฎ๐๐ฎ๐๐ : https://www.youtube.com/